Monday, June 15, 2009

:: Cuti-cuti Tengok Gajah ::

Kami pergi ke Pusat Pemuliharaan Gajah di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang hari Ahad lepas. Perjalanan dari KL ke sana rasanya dalam 2 jam kot. Lalu ikut highway, masuk ke exit Lanchang. Senang je nak cari. Memang best lah. Masuk percuma. Tak caya, kan? Diorang memang tak mintak bayaran, terpulang nak derma berapa. Ada aktiviti menunggang gajah dan mandi bersama gajah. Mula-mula macam excited nak naik gajah, tapi tengok orang-orang yang naik tu memeluk tukang bawak gajah tu bukan main rapat, jadi macam tak best lak. Tapi, naik gak. Mana leh tak naik,kan? Rugi ar kalau tak naik. Hehe.. Banyak gajah dia. Lebih dari 10 ekor kot. Anak gajah ada 3 ekor. Comel lak aku tengok.
Razi masa mula-mula sampai, dari jauh tengok gajah duk jerit-jerit "Elephant..elephant". Elok aku bawak je dekat dengan gajah, terus jerit takut. Menjerit-jerit suruh kita ni jauh dari gajah, punyalah dia takut. Agaknya selalu tengok dalam TV, tengok dalam buku nampak gajah kecik je. Sekali tengok dekat-dekat..amik ko..besaunya binatang. Haha...Ni antara gambar2 yang disnap. Layan ar..Zasss...
Mak mertua pun ada.
Tengah ajar Razi tunjuk peace. Hehe..Razi takde dalam gambar ni, sebab dia takut menjerit2 bila dekat dengan gajah.
Razi ada dalam gambar ni, sebab jauh dengan gajah. Haha..
Izzat macam tak heran je ngn gajah tu.Tengok ar..posing atas gajah. Aku cuak gak duk kat belakang sekali. Huu..


Tapi, memang best kalau datang ke sini. Rasa hilang gak tension. Balik ke KL, kitorang singgah mandi sungai kat Janda Baik. Best, tapi gambar kat Janda Baik lain kali aku download.

~ s u h i d a ~

5 comments:

Jue @ atanayuiman said...

sue, xnak ker gajah tue..??

nasz said...

wah, seronok n xcited ye (bkn anak, mak nye, kekeke)...

camane la kalo inshe tgk gajah dpn2 gitu...

Mrs. Simplicity said...

aku kalo naik gajah mmg seram sejuk. bonggol2 dia tu menakutkan, rasa cam nak tebalik je.

wah, izzat lg cool dr razi ni. sebab razi takut gajah. hehe..

strawberi @ mamadira said...

sempoi tul korang ye...
camne leh tahu tempat ni??
x pernah dengar... baru hari ni tau..
biasa klu nak naik2 cam tu
mahu kena pegi thailand..kan..

Hikaru said...

oi2, asal time ak xde kt umah, rajin lak p tgk gajah.. wuwu..

p/s: ko xbg duit ke kt pusat tu? kalo ko bg, bagusla.. kalo ko xbg, ko tau x berapa mahal kos nk bela gajah.. (haha, pakar hidupan liar y xbertauliah mula membeel)..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...