Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Thursday, September 06, 2012

:: Mi Tomyam Padang Besar ::

Assalamualaikum....
Nak story sikit pasal mi tomyam faveret aku yg ada kat padang besar sahaja. Tempat lain tak boleh lawan tomyam makcik ni, memang terbaik. Seriussssss.....
Kalau nak naik sampai Kedah, confirm nak pergi Padang Besar dan pekena mi tomyam makcik ni.
Ini ler kedai makcik tomyam terbaik Padang Besar. hihihi... Memang nampak macam tak ramai orang. Tapi tomyam makcik paling best ar makcik. Kedai simple je, makcik ni kerja sorang-sorang je. Hari last kitorang pergi tu baru nampak anak dia tolong buat air, hantar air. Kalau tak sebelum ni, makcik tu sorang-soranglah yang amek order, siap air, masak, hidang, basuh pinggan semua sorang-sorang. Huhu.. cuma kedai dia tak jual banyak makanan lah.. 
Masih terasa kesedapan mi tomyam ni. Tak boleh blah. Tapi kan, memang kena makan satu mangkuk je. Kalau tambah, confirm tak sedap. Huhu... makan semangkuk pun dah tercungap-cungap kepedasan. Mana taknya aku tengok makcik masukkan cili api ada dekat 30 biji. Huhu....Harga semangkuk RM6. Tapi puas hati sebab makcik tak kedekut, ayam, udang, sotong selonggok.
Sebelum ni abang Cha siap interview makcik tu, mintak resepi. Yang trip kali ni, kitorang siap masuk ke dapur tengok makcik tu masak. Huhuhu....
Kalau untuk anak-anak masih boleh order nasi goreng atau mi goreng. Cumanya kedai makcik ni tak buka sampai malam, setakat ni sampai pukul 4 atau 5 petang. Tutup bila stok dah habis. Itu yang frust kalau dah mengidam, sekali pergi tengok kedai tutup. Gigit jari ler jawabnya. Hihi...
Aih, buat entry ni dah terasa macam nak makan mi tomyam makcik la pulakkkkk..... Huhuhu....

~ s u h i d a ~

Wednesday, June 29, 2011

:: Ayam Bakar Wali Songo ::

Assalamualaikum...
Ha haaa.... Ini lah ayam bakar Wong Solo yang tiba-tiba dah jadi favourite aku sekarang ni. Alkisah macam mana aku boleh terjebak dengan Ayam Bakar Wong Solo ni, kakak urut aku masa pantang ni yang rekemenkan. Nama dia Zety. Masa tengah-tengah urut tu, aku saja tanya makanan apa lagi yang boleh dimakan. Dia cakap ayam bakar boleh dimakan, then tanya aku nak try tak ayam bakar wong solo. Boleh jugak nak try. Huhu... Siap dia belanja aku, datang urut minggu seterusnya bawakkan aku ayam bakar ni. Makan sambal kicap je masa tu. Tempe dengan tauhu aku tak makan, makan bersyer dengan mak, jadi lagi sedap. Huhu...
Antara yang ada dalam set ayam bakar wong solo ni. Alkisah, mak tak reti nak sebut ayam bakar wong solo, dia panggil ayam bakar wali songo. Hihihi... Sambal dia pedas wooo.. tapi..layannnn... Ada branch kat Kg Baru, kalau ada sesiapa nak terjah ye.

~ s u h i d a ~

Thursday, June 24, 2010

:: Makan Ikan Bakar ::

Assalamualaikum...
Entry ni cuma nak berkongsi dengan korang kalau nak makan ikan bakar waktu tengahari yang sedap kat area Ulu Kelang ni. Semalam, tiba2 member opis teringin nak makan ikan bakar. Jadi, kitorang pergi tapau kat Pasar Keramat. Ada warung ikan bakar kat tempat parking pasar keramat tu. Sedap weh...
Ini kedai dia. Aku tak tahulah nama kedai brader ni. Tapi korang cari brader badan besar ni. Tengok muka dia betul-betul. Itulah kedainya. Sebenarnya ada dua kedai ikan bakar kat pasar keramat ni. Dua-dua pun sedap. Tapi dah biasa beli dengan brader ni. Servis pun cepat walaupun ramai orang.
Diorang cuma jual ikan pari, ikan cencaru dan ikan terubuk. Besar beb. Memang puas hati makan. Kenyang gila perut korang. Tapi, aku tengok diorang ada jugak jual lauk untuk nasi campur kat belakang tu.
Pakcik ni sempat lagi jeling kamera, sedar orang ambik gambar dia. Hehehe...
Kuah asam yang power mower dashyat super pedas. Tapi..sedap.... :P Kompem lepas makan, sakit perut. Huhuhu.. Tapi sedap punya pasal, telan gak. Habis keluar air hidung, tak boleh bercakap masa makan. Hehehe...Pedas gila-gila.
Tengok ikan pari bakar dia. Puas hati, kan? Diorang jual set. Nasi, ikan, air asam/belacan, ulam dengan kuah sup. RM14. Kalau set ikan cencaru, murah sikit. Boleh dapat RM10. Sup dia pun sedap. Cuba lah pergi try ikan bakar kat situ kalau-kalau korang terlalu kat Pasar Keramat tepi sekolah tu. 
*Kalau diorang buat ayam bakar pun sedap, kan? Hmm..dah lama tak makan ayam bakar kat AU3, kedai brader ribu-ribu tu.. Sedapnya...

~ s u h i d a ~

Wednesday, December 02, 2009

:: Cerita Raya Haji Hari Tu ::

Assalamualaikum... Hehe..baru berkesempatan nak update blog. Nak cerita pasal apa lagi..pasal raya haji hari tu ler..Cerita aku kali ni panjang..bersedia ler nak membacanya..Huhu...Alkisahnya...dua pupu aku bertunang raya haji kedua kat Alor Setar. Jadi yang pergi cuma aku, mak, Ina, Razi dan Izzat. Bujang belaka lah semuanya. Kekeke...Nak buat cane, abah tak sihat lagi dan abg cha lak keje, tak boleh cuti sesuka hati je. Hmm..Maka bermulalah perjalanan kitorang yang penat tapi agak kelakar jugak ler aku rasa.
Pagi Sabtu tu kitorang bertolak dari Sungai Buloh pukul 10 pagi. Elok nak dekat sampai RnR Sungai Perak, Izzat berak,cirit birit dan bocor. Sebenarnya Izzat tak sihat dari hari Khamis lagi, demam panas sangat. Jadi tu yg dia cirit birit tu. Meragam oklah kot..hehe..sebab Ina yang jaga Razi dan Izzat kat belakang. Aku jadi supir. Huhu..

So, kitorang stop cuci bontot dulu kat Sungai Perak. Huhu..Pastu singgah dulu rumah tunang abang Ju kat kat Guar Chempedak, sampai dekat pukul 3 lebih. Solat, makan2 pastu bertolak pergi ke Alor Star, rumah fuzah dua pupu aku tu. Disebabkan aku ni kuat tidur kalau orang lain yang drive, maka sesat ler kejap kitorang kat Alor Setar tu. Sampai rumah fuzah, diorang dah sarung cincin dah pun. Huhu..Sedih..Nak buat cane..travel dengan dua anak kecik dan mak pun tak sihat. Lagipun nak kena hantar kad kahwin abang Ju ke rumah tunang dia, sebab rumah tunang dia dalam perjalanan ke atas. Tak muat kereta kalau dah turun nanti baru nak pas. Mak ok lagi pakai baju kurung, huhu..aku dan Ina pakai seluar je. Dah la tak sama tema. Terkilan lak aku rasa.
Ini ler bakal pengantin. Ezzad dan Fuzah. Sweet sangat tema kaler diorang.
Aik, ada pengantin kecik laa..Hehehe...Pelamin pun sangat sweet. Suka aku tengok!~
Tu apehal makcik tu tutup mata tu. Kekeke...Masa ni Izzat tidur. Kepenatan agaknya. Tak bangun pun walaupun bising2. Selalunya pantang bunyi sikit, dah terjaga. Huhu..
Nak jadi cerita malam tu tiba-tiba muka Izzat naik merah2..Pastu merebak ke badan dan tangan pulak. Makcik cadang sapu Izzat dengan minyak kelapa dara sebab insya allah gatal-gatal, ekzema boleh hilang. Aku sapu kat Izzat, tiba-tiba je mata Izzat jadi macam bengkak dan dia punya meragam..huuu...Last-last Kinah, kakak Fuzah ajak pergi klinik. Izzat pulak tiba-tiba selsema..Huhu..Naik kereta Azad suami Kinah, round-round pekan Alor Star tu tengok semua klinik tutup. Mm..sekali Azad terjumpa satu klinik ni, aku tengok dari luar pun dah rasa horror..Kekeke..buruk gila klinik dia. Macam tak pernah kena renovate aku rasa dari zaman 50 an lagi agaknya. Hahaha..
Ini reception klinik tu. Tengok sinki kat belakang tu. Hee..Masa ni aku tak konpiden, tapi dah no choice. Tawakal je lah.
Ini tempat amek ubat pulak..Errr...Macamne klinik kotor cani ek?
Apa kata kalau korang tebuk je dinding tengah2 tu kan senang. Lawak betul.
Assistant doktor ni uncle tau, tua aku rasa ada dalam umur 50 an kot. So, masa dia nak tulis nama Izzat tu..aku kena eja satu..satu...Muhammad tu uncle tu dah tolong singkatkan dah jadi Mohd. orang lama-lama..hee.. Aku pun ejalah F-A-K-H-R-I I-Z-Z-A-T satu..satu sampai semput aku rasa..Bila dia nak tulis nama ayah Izzat, aku terus serender..nak eja satu satu lagi? Huh..nama anak dan ayah sama je..sama panjang. Muhammad Fakhri Izzat bin Mohammad Fadzli Shah. Kekeke...
Jumpa doktor, doktor bagi ubat allergic ngn demam je.. Tapi tak hilang-hilang pun gatal dia tu sampaila semalam. Doktor pun sempoi je, doktor tua..pakai tshirt kolar je. Malas aku nak cerita pasal doktor tu, ubat dia tak berkesan pun kat Izzat. Huh..
Esoknya tu, dalam pukul 10 kitorang bertolak ke Padang Besar..yuhuu...Sampai Padang Besar dalam pukul 12 tengahari..matahari tengah tegak. Panas weh..tu yang minum air gas tak hingat..
Sebelum sampai Padang Besar, kena lalu Chuping dulu.. kawasan Ladang Tebu..lawa..Subhanallah..Suka sangat drive kat sini..Rileks. Enjoy the view.

Awan tebal sangat. Bajet nak hujan, tapi kejap je, rintik-rintik je. Sampai Padang Besar pukul 12..kitorang bertolak balik pukul 3...Buat apa lama2? Shopping ler..Hehe..Cian mak, tapi mak berjalan-jalan kat situ kejap je. Dah tak larat, duk baring dalam kereta. Mana nye tak lama, toto RM36 je. Murah murah..Banyak lagi lah barang murah kat sana. Bunjut plastik isi gula-gula untuk kahwin tu pun murah. Time menawar pun boleh la puas hati gak. Meja study untuk Razi aku beli Rm20 je...Lebar lak tu. Banyak lagi lah..juling mata aku dibuatnya. Bukan selalu pun shopping, dah jumpa tempat murah..takkan nak lepaskan peluang kan? Hehehe..Penuh bontot avanza, tapi still leh nampak lagi kereta belakang.
Sebelum balik tu, haruslah kitorang singgah makan kedai makcik mee tomyam tu. Kedai makcik ni tak sengaja dijumpai oleh abang Cha masa rombongan meminang untuk abang Ju tahun lepas. Kedai macam nak roboh tapi tomyam makcik tu sangatlah sedap. Hilang dah ngidam aku..takpe takpe, akhir bulan ni insya allah lepas lagi ke Padang Besar..ngeee.. Sedap tul..diperakui oleh abang Cha, mak dan Ina.. Ina susah nak dengar dia cakap sedap. So, sape2 teringin nak makan tomyam sedap, leh la roger aku tanya kat mana kedai makcik mee tomyam sedap kat Padang Besar tu ye..hehe..
Kedai makcik ni biasa je. Masa mula-mula sampai, aku ingat kedai tutup, sebab memang takde orang. Masa first time datang dulu pun sama, ingatkan tutup. Sabo je ler..Dah setahun, tak berubah pe pun.
Razi makan nasi goreng biasa je. Peringatan, mee tomyam dia sangatlah pedas. Sape tak lalu makan pedas, sila order air banyak2. Hehehe..Aku rekemen mee tomyam dia je tau. Makanan lain aku tak tau, sebab nasi goreng biasa dia tersangatlah biasanye. Kekeke..Bolehla..tapi tak power macam tomyam dia.
Sorilah korang, dah separuh mee tomyam kena makan, baru teringat nak snap gambo. Hahaha..Haih, itu pun nasib ingat tau. Kuahnya pekat, pedas dan sangat sedap. Ngee..Dah berapa kali aku cakap sedap?
Cian Izzat, tak berapa nak ceria. Tengok mata dia macam bengkak, kan?
Hm..yang mamat sorang ni sihat walafiat je. Tengah-tengah suap dia makan, tiba-tiba nangis..sebab nak teran berak..Razi memang kebanyakan masa nak berak, kena menangis dulu..cian sembelit..huhu..sabo je ler..Nasib ler masing-masing dah habis makan mee tomyam..Singgah Petronas, cuci bontot lagi. Huhu..
Pastu bermulalah perjalanan paling terpenat yang aku pernah rasa. Sampai kat RnR Gurun pukul 5 lebih, nak solat. Izzat pulak berak masa kat sini. Cuci bontot lagi. Pandai diorang ni membuang dekat2 dengan toilet..Hehe..Dibuatnya membuang lagi 40km nak sampai RnR, haru juge ye..Kekeke..Kitorang kua dari RnR Gurun pukul 6 lebih..Jem tak hingat, masa ni aku yang drive. Tertekan weh!~Sampai Taiping pukul 8 lebih kot..Dari Taiping nak ke Kuala Kangsar, tiga jam!~ Sampai kat Kuala takleh jadi...ikut jalan dalam.
Pemandangan awan dari highway masa tengah2 jem waktu senja tu. Besar betul awan tu.
Masa ni kat RnR Gurun. Izzat dah cuci bontot dan mandi. Macam ni lah mak duduk dalam kereta, kena berbaring je sebab tak boleh duduk tegak lama2.

Sempat lagi Izzat tengok kamera. Hehe..
Mm...lalu jalan dalam tak payah cerita la..Line clear..Kereta ada la dua tiga ketul. Jalan pun dah lebar, dua lane..Tapi satu lane ler kebanyakannya..Kekeke..Bawak laju ler. Kalau aku ingat balik cane aku drive malam tu, ngeri gak. Dengan kebanyakannya takde lampu jalan. pastu jalan kampung kan, mana nak tau tiba-tiba ada bintang melintas ke. Alhamdulillah selamat sampai. Yelah, pukul 2.30 pagi baru sampai kat simpang Tol Slim River. Tak laju pun..110-120 km/j. Tapi sebab kat jalan biasa, laju lah kot. Ada sekali tu tengah speed, ada lembu melintas. Sabo je ler aku. Nasib jalan lebar. Cess..Bersaing dengan lori lah, macam-macam lagilah. Tapi masa kat jalan dalam, mata memang tak mengantuk. Mana taknya, layan jalan bengkang bengkok ler. Huhu..
Sampai tol Sungai Buloh..pukul 4 pagi. Bateri henfon masing-masing memang dah kong. Mesti ada orang yang kerisauan nape kitorang tak sampai-sampai lagi. Kol tak dapat2. Hehehe..Dah pukul 4 pagi, mata aku pun dah penat, tp gagahkan gak. Bawak laju memang lajulah, aku tak nafikan. Nak cepat sampai rumah, nak straightkan badan dan kaki. Lenguh tau. Masa naik bukit kat Taman Melati sebelum sampai flyover tu, ada Mazda 5 potong aku, duk lane tengah. Aku pulak folo dia tengah laju, dari jauh aku dah nampak dah ada van bagi signal emergency kat lane kiri. Tapi takdelah bajet apa2. Dah nak sampai kat van tu, tiba2 Mazda tu brek emergency tapi dia lelong ke kiri ler. Aku lak masa tu, ikut brek ler dan ikut dia lelong ke kiri gak..Kalau aku ingat balik, tengah brek emergency macam tu, kata lah tayar aku terspin, terlanggar tembok penghadang tu cane ye...Astaghfirullah al azim..
Rupa-rupanya aku toleh tengok ada sorang pakcik tengah kutip entah apa entah tengah jalan sambil angkat-angkat tangan. Ingat orang leh perasan lah dia tengah berdiri tengah jalan. Agaklah sikit..merbahayakan orang lain. Geram betul aku masa tu. Tapi, Alhamdulillah..selamat gak sampai ke rumah pukul 4.30 pagi..Huuuuuuuuuuuuu....Mak cakap lepas ni dah tanak jalan cani. Kalau boleh, nak balik hari gak. Ngee!~ Sori mak...Cian mak.

~ s u h i d a ~

Friday, October 30, 2009

:: Ayam Penyet ::

Assalamualaikum..
Ada sebuah restoran baru dibuka di kawasan ofis aku. Restoran Ayam Penyet Ria. Ada satu malam tu, air takde kat kawasan rumah kami dan kebetulan abang ada di rumah. Jadi, aku mengajak ler makan kat restoran ni. Sangat sedap ayam penyet nya. Ayam kampung. Tak silap aku, resepi ayam penyet ni ayamnya direbus dulu, baru goreng. Pastu ada herba-herba lagi untuk diperap. Yang paling menyelerakan sebenarnya sambal belacannya, sangat pedassssssssssss... Sape yang suka makan cili, pedas-pedas, sambal belacan, memang leh layan ar makan kat sini. Hehe..Layan gambo jom..Zasss...
Interior dia simple je. Ceiling yang tinggi buat orang jadi selesa dan ruang nampak luas. Razi tengah menulis kat resit.
Jangan diconteng menu tu, Razi...
Izzat tu sebenarnya mengantuk tu. Hehe..tapi aktif jugak mengetuk2 meja.
Sepanjang Razi menulis ni, mulut dia riuh mengeja, bercerita. Hehe..
Tadaa..ayam penyet. Siap tauhu, tempe, kangkung dengan kubis. Tengok sambal belacan dia. Terliur tak? Aku mintak extra sambal belacan lagi, sedap punya pasal. Esok pagi sakit perut, makan cili banyak sangat. Kekeke...
Tambah keropok udang, air spesel Soda Gembira. Itu nama air kat indonesia. Tengah hot kat sana. Sebenarnya air sirap campur susu dengan air soda je. (Kat sini lama da kot.) Tapi, sangat sedap jugak. Selain dari ayam penyet, ada gak daging penyet, udang penyet, ikan keli penyet, sup rawon, bakso..mm..pe lagi eh..sup buntut (aku pun tak tau buntut sape dorang amek wat sup..hehe..). Rasa macam semua makanan Indonesia kot. Ayam penyet ni dari Indonesia. Siap dengan tauhu dan tempe. Sayur kangkung nye kering je. Tapi sedap sebab makan kering sekali dengan ayam tu, rasa rangup pulak bila mengunyah. Harga boleh tahan jugak lah mahalnya. Sebab nasi harga lain. RM1.50 pulak tu harga nasi. Ayam penyet RM7.90. Buat sekali sekala makan boleh la kot. Kalau hari-hari nak lunch ayam penyet ni, penyet lak duit gaji aku kang. Kekeke.. Tapi, makanan ayam penyet nye sangat sedap. Meh datang try. Kat Wangsa Link, Wangsa Maju. Dekat dengan Wangsa Walk Mall. Pas kenyang makan, leh la gi jalan-jalan ke shopping complex baru kat Wangsa Maju ni. Hehe..

~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...