Assalamualaikum....
Nak story sikit pasal mi tomyam faveret aku yg ada kat padang besar sahaja. Tempat lain tak boleh lawan tomyam makcik ni, memang terbaik. Seriussssss.....
Kalau nak naik sampai Kedah, confirm nak pergi Padang Besar dan pekena mi tomyam makcik ni.
Ini ler kedai makcik tomyam terbaik Padang Besar. hihihi... Memang nampak macam tak ramai orang. Tapi tomyam makcik paling best ar makcik. Kedai simple je, makcik ni kerja sorang-sorang je. Hari last kitorang pergi tu baru nampak anak dia tolong buat air, hantar air. Kalau tak sebelum ni, makcik tu sorang-soranglah yang amek order, siap air, masak, hidang, basuh pinggan semua sorang-sorang. Huhu.. cuma kedai dia tak jual banyak makanan lah..
Masih terasa kesedapan mi tomyam ni. Tak boleh blah. Tapi kan, memang kena makan satu mangkuk je. Kalau tambah, confirm tak sedap. Huhu... makan semangkuk pun dah tercungap-cungap kepedasan. Mana taknya aku tengok makcik masukkan cili api ada dekat 30 biji. Huhu....Harga semangkuk RM6. Tapi puas hati sebab makcik tak kedekut, ayam, udang, sotong selonggok.
Sebelum ni abang Cha siap interview makcik tu, mintak resepi. Yang trip kali ni, kitorang siap masuk ke dapur tengok makcik tu masak. Huhuhu....
Sebelum ni abang Cha siap interview makcik tu, mintak resepi. Yang trip kali ni, kitorang siap masuk ke dapur tengok makcik tu masak. Huhuhu....
Kalau untuk anak-anak masih boleh order nasi goreng atau mi goreng. Cumanya kedai makcik ni tak buka sampai malam, setakat ni sampai pukul 4 atau 5 petang. Tutup bila stok dah habis. Itu yang frust kalau dah mengidam, sekali pergi tengok kedai tutup. Gigit jari ler jawabnya. Hihi...
Aih, buat entry ni dah terasa macam nak makan mi tomyam makcik la pulakkkkk..... Huhuhu....
~ s u h i d a ~



4 comments:
Nampak pun sedap. hehe.
amboi .. cm ngidam jew ..
huby ko siap tny resepi psl tkut nnt ko ngidam seksa dia nak pi balik kedah nun
Hik3..mmg terbaik pizli.
Zura..ko jgn..masin kang..uhuk3qqq
pekat, likat tom yam makcik tuh...nampak sedap sgt!
Post a Comment