Pernah sekali aku termenung jauh masa kat kedai goreng pisang menunggu orang menggoreng pisang. Jauh sangat aku teringat balik sampai terhenti bila abang kedai tu tegur... "Jangan termenung dik...." Tersengih kejap aku. Lepas tu dia sambung "Kalau termenung masa depan takpe dik.. Jangan termenung kisah silam.." Aku sengih je... Macam tau-tau je..
Memang aku kuat mengelamun sekarang ni. Sampaikan bawak kereta pun dah auto pilot. Sedar-sedar dah kat jalan lain. :)
Terima kasih abang kedai.. Akan ku ingat pesanan mu itu....
Sedar tak sedar tahun ni 34 dah aku... Mula terfikir apa erti hidup aku selama dah 34 tahun ni. Rasa banyaknya dosa terhimpun dan boleh kira sikitnya pahala aku. Itu pun kalau ada....
Niat nak baiki diri dari tahun lepas..tapi masih lagi di level yang sama. Kekuatan cumalah berkata dalam hati, ini ujian Allah pada aku.. ujian yang tak besar mana pun kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Bersabarlah dan cuba beri yang terbaik. Ikhlas....terasa besarnya makna ikhlas tu bila benar benar diuji..
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami dan limpahkanlah rahmat Mu pada kami.. sesungguhnya Kau lah maha pengasih lagi maha menyayangi.
Aku ada satu kelemahan iaitu.... aku lemah betul kalau anak-anak buat permintaan. Mesti aku try jugak dapatkan apa yang diorang nak. Rasa tak sampai hati bila diorang merayu. Huhu... (tu yang terjebak sampai ke Legoland tu. Ini semua kawan-kawan diaorang punya pasal lah ni. Terpengaruh dengar cerita kawan-kawan kat sekolah yang bercerita).
Yaya pun jadi jugak. Haiii...
Tapi, kadang-kadang aku fikir-fikir balik, aku beli sebab tak sampai hati ke, ataupun aku jugak yang minat sebenarnya. Hehehehe... Oklah... tak sampai hati dan aku pun sebenarnya memang minat kartun pun. :p
Mahal betul patung boboiboy ni, RM19.90. Razi siap suruh beli topi boboiboy sebab kawan kat sekolah ada jugak topi tu. Aku pergi jugak tengok harga...RM24.90. (Sebab aku tak minat topi dia, aku tak beli...Kekekeke...) Kuat betul pengaruh rakan sebaya kat sekolah....
Rasa macam hidup dah tak terurus kebelakangan ni. Busy benar mak bedah yang sorang ni,kan? Huhu...
Selain kesibukan yang melanda seperti melayan 3 orang anak dan juga kerja opis yang aku macam tak cukup masa ditambah lagi dengan kedai Wardahwardrobe aku tu, aku tambahkan lagi dengan buat freelance job. Haih.... (selain tu alasan aku ialah aku dah tak tau nak update cerita apa lagi pasal life aku.huhu...)
Anyway,aku sempat baca blog kawan2 tapi cuma jadi silent reader je lah. Salute pada blogger-blogger yang rajin mengupdate blog dengan gigih. Aku dah tak terlayan dah blog. Banyak nak cerita, terutamanya perkembangam Farhan. Time2 inilah best nak story pasal baby lagi, kan? Hehe... Oh ye, farhan dah ada 4 batang gigi. Dua atas, dua di bawah. Dia dah banyak faham pada apa yang berlaku.
Ok..ni pun aku update dalam keadaan separuh sedar. Dah pukul 5 pagi ni weh. Huhu....
Dah lama tak bercerita pasal life aku kan? Ewah....
Hmm..sekejap je aku rasa waktu berlalu bila kerja kat opis baru ni, dah setahun sebulan dah pun. Alhamdulillah, aku suka kerja kat opis baru ni, walaupun masa mula-mula dulu aku macam kureng je kan. Environment ok, bos ok. Kawan-kawan ok lah jugak, walaupun ada masa-masanya menyakitkan hati. Boleh buat aku jadi mental. Haih.... Makan pun dah ada kedai makan yang reasonable harga dia. Aku dah jarang makan dah nasi goreng kampung harga RM11.90 tu. Huhuhu... Kaya sangat lah aku ni kannn...
Tapi, kerja serius kerja macam orang gila. Tunggang terbalik hidup aku sekarang ni.
Ini lah tempat aku berdondang sayang hari-hari. Nasib baik workstation baru, semangat sikit nak buat kerja yang tak berkesudahan. Nampak meja macam kemas je kan. (Mestilah, nak masuk dalam blog..kasilah kemas sikit..hahaha)
Tapi, aku tak pasti lah samada aku ni yang over sensitive ke atau normal...Kenapa lah perangai sama je mana-mana pergi. Orang memang dengki kan kalau kita balik sharp pukul 6. Diorang rasa macam best je tegur orang, nak balik dah? Awalnya balik? Cabut ehhhh? Saje cakap kuat-kuat jerit sepelaung. Dalam hati aku, sama je macam opis lama kalau bab dengki tengok orang nak balik. Yelah, aku balik..ada 3 orang dah menunggu.. Korang balik, berlenggang kangkung, tak ada sesiapa yang tunggu. Kalau lambat ambik, OT sepuluh - lima belas hengget!!! Letihlah situasi macamni. Korang balik awal, ada aku kisah?? Hmmm!!!!!
By the way, Farhan dah nak masuk 7 bulan!
Ahmad Farhan dah start makan masa nak masuk 6 bulan hari tu. Sekarang asyik menangis tak boleh kena tinggal. Nak masak pun nak kena berdukung. Huhu.. nasib tak masak hari-hari, kalau tak mahu patah pinggang mak, Farhan. Ngee!~
* Sayang anak, tangan-tangankan.. tapi kalau terlebih tangan, takut jugak. Hai, hati...sabar banyak-banyak ye.
Pejam celik dah nak berganjak ke 2012 dah. Serius tahun 2011 ni cepat betul berlalu.
Kenapa aku macam dah tak berblogging dah, eh. Nak jalan-jalan tengok blog kawan-kawan pun sekali sekala je. Terasa sangat yang 24 jam tu tak cukup.
Hmmm... Harap-harap tahun 2012 akan datang, semua benda dipermudahkan, rezeki dimurahkan, hati dilapangkan, gaji dinaikkan, bisnes dimajukan..eh eh. Hehehe.....Aminnn... Korang doa-doakanlah untuk aku ye.
* Aku rindu nak berblogging... Aku rindu nak pergi jalan-jalan..huwaaaaa....
Ahmad Farhan dah dua bulan dan abang dah cukur rambut Farhan masa 15 Julai hari tu. Dekat 2 jam abang cukur rambut bam bam Farhan. Razi Izzat dulu pun abang yang cukur, aku tak pandai nak cukur kepala baby. Takut tertoreh. Huhu...
Lena Ahmad Farhan tidur lepas kepala dah dibotakkan. Sekarang ni Farhan menyusu tak kerap, tidur je banyak. Ada sekali tu aku tertidur dari pukul 11 malam, tersedar bila dia mintak susu, masa tu dah pukul 5.45 pagi! Huhu.. terkejut aku, dahlah rabun. Dalam gelap-gelap dengan tengah mamai-mamai tu, berkelip-kelip mata aku tengok jam. Takut tersalah tengok jam. Huhu..
Sekarang bermula kembali aktiviti mengpum susu ye. Ini gambar stok EBM untuk Farhan. Alhamdulillah... Gambar ni diambil masa nak menyusun balik susu dalam freezer. Dah penuh sangat freezer. Susun balik yang lama-lama letak kat depan yang senang nak capai. Yang baru-baru letak belah dalam. Mana tak banyak macam tu, aku simpan susu 3-4oz je dalam satu plastik. Huhu... first day balik dari hospital, aku dah start pum. Sebab Farhan jaundice. Dia tak kerap menyusu. Tu yang pum je sokmo. Lagipun kali ni berazam nak menyusukan anak susu badan sepenuhnya sampai 2 tahun. Susah macam mana pun nak pum masa kerja, aku akan usahakan. Masa Izzat dulu aku give up pum kat opis sebab budak-budak opis lama aku kuat mengusik masa aku tengah pum. Tension ler, nak pum susu pun kena concerntrate gak. Hihi....
Aktiviti mengpum harian aku bermula dengan dari pukul 6 pagi. Bagi yang fresh punya kat taska pagi-pagi tu. Tengahari pum sekali kat surau awam. Huhu.. Ada la seorang je kakak yang tegur aku masa tengah pum masa kat surau. Ok jugak takde orang nak tegur, segan jugak pum susu kat surau awam. Ada jugak aku try pum kat opis, tapi masa lunch lah. Itu pun tak selesa jugak sebab pum kat workstation je. Tertoleh toleh kat pintu, takut ada orang lelaki masuk tiba-tiba. Takpun tiba-tiba bos sergah ke. Huhu.. Hari tu ada sekali, tengah-tengah pum, member budak lelaki tak pergi lunch, dah terbantut susu aku. Huhu... Sekarang ni pum pakai avent manual, penyelamat aku. Sebab spectra aku entah mana-mana aku letak. Bersepah-sepah. Dah jumpa mesin, corongnya pulak tak jumpa. Yelah, kan pindah rumah hari tu.. Ewah, alasan... Hihi...So sekarang ni tiap-tiap hari pagi pagi dengan mata tak boleh bukak, pum ler susu secara manual. Kat surau pum ler sampai lenguh tangan. Yelah pum susu stok dari pukul 7 pagi sampai pukul 1 tengahari baru nak pum. Dah tentu-tentu lama nak pumnya. Huhu.... Ini ler cabaran orang nak menyusu anak susu badan ye. Ingat senang ke. Orang yang gigih je sanggup tau. Huhu...
Aku dah mula start kerja 19 Julai hari tu. Tersangatlah malasnya perasaan aku nak start kerja balik. Rasa malas dan penat. Kat opis nak menghadap kerja yang bertimbun, yang kat rumah nak menghadap kain bertimbun. Huhu... First day, second day rasa tension betul. Rasa nak resign pun ye jugak, tapi sabar..sabar... Bonus dah nak dekat dah ni. Huhu.. macam dapat, ye tak? Ada sedikit rasa tension jugaklah, member-member lain semua dipanggil untuk review salary. Tapi aku tak dipanggil pun. Budak yang masuk sebulan selepas aku pun diorang panggil, takkanlah sebab aku cuti bersalin 2 bulan, diorang tak nak review salary.. Sedih betul. Teruk betul bos aku ni. Dahlah sebulan gaji aku unpaid, pulak tu suruh aku naik kerja balik lepas sebulan cuti. Mana ada orang naik kerja masa pantang. Bongok betul. Haaa kannn...
First day pergi opis, banyak jugak aku boleh lupa dalam masa 2 bulan tak bekerja ni. Mula-mula masa nak naik lif, aku boleh lupa opis aku tingkat berapa. Then aku boleh lupa nama budak-budak opis aku.. Then paling parah, aku boleh terlupa autocad sikit-sikit. Huhu... Nampak sangat takde hati nak kerja kat situ. Pastu bertambah boring bila tengok komputer aku kena blok, tak boleh bukak blog. Nak blogwalking, tak boleh dah lah. Geramnya saya!
Tapi yang bestnya aku naik kerja ni, dah tak payah makan nasi goreng kampung rege RM11.90 tu lagi dah. Sudah ada kedai makanan melayu yang baru..... :) Nasi + ayam + sayur dapatlah RM5. Oklah, kalau standard Mon't Kiara, tu dah kira murah tu. Masa mula-mula masuk kerja, kedai-kedai yang aku selalu beli makanan, semua tegur. Sudah beranak ke? Cepatnya 2 bulan, kan? Soalan yang biasa-biasa je lah. Yang tak biasanya, siap makcik kedai makan ni suruh aku pergi kedai senseh, cari ubat yang boleh naikkan seri muka. Alamak makcik...muka saya tak berseri ke? Sabo je ler. Huhu....
Hmm... ni dah habis minggu pertama aku bekerja balik. Penat memang penat, tension memang tension, tapi kerja tetap kerja. Wardahwardrobe aku pun dah tunggang terbalik dah sekarang ni. Huhu...
Gambar Ahmad Farhan ni selingan je. Ngee! Kesian dia dah kena hantar pergi taska ye!
Kalau ikutkan hari, hari ni Farhan dah 30 hari. Hari Isnin ni, kena pergi ke KKIA Gombak Setia untuk injection Farhan. Injection Hepatitis B kot. Nanti confirm balik. Huhu.. Aku bab-bab injection ni tak berapa boleh nak ingat walaupun ni dah beranak kali ketiga. Ngee!~
Tak sabar nak timbang berapa berat budak bam bam tu. Peha dahlah besar, pipi bulat, mata sepet pulak tu. Macam anak jepun dah nengoknya. Teringat kat Razi dan Izzat masa diorang breastfeed dulu. Huhu... Bulat dan semangat. Razi susut bila start minum FM. Izzat pulak susut masa yang dia asma teruk dulu. Dua-dua Razi dan Izzat tak dapat full BF sampai 2 tahun. Izzat sampai 2 tahun tapi setahun lebih tu dah campur FM sebab aku stress pum susu kat opis dan susu start jadi sikit. Huhu..
So, kali ni kena kuatkan semangat untuk fully BF Farhan walaupun aku tau kali ni lagi besar dugaan nak pum susu kat opis. Opis kali ni lagi open, memang kalau aku nak pum jugak dari workstation aku, memang cari nahas ler. Huhu... Tapi, kalau nak try, boleh jugak kan? Sekali tengah pum, bos datang ke meja, naya jugak kan? Mr Yap tu dah lah bos yang jenis suka datang ke meja tiba-tiba. Haru pulak nanti jadinya. Surau pulak jauh, nun hujung blok lagi satu. Insya Allah boleh kalau kita betul-betul nak kan? Harap-harap sangat dapat fully BF kan Farhan. Senang dan jimat. Hehehe... Ohhhh.. malasnya nak kerja!!!
Pasal pum susu kat rumah, hari first day balik rumah aku dah start pum susu sebab Farhan kuning. So, dia banyak tidur. Bila dah bengkak, dia pulak tersedak-sedak. Sampai sekarang ni, aku cuba merajinkan diri untuk pum susu sebelum BF Farhan. Alhamdulillah, susu yang dah dipum cukup untuk stok sebulan dah kot. Kuranglah sikit risau nak buat stok EBM untuk Farhan.
Oh...nak naik kerja nanti nak kena bincang dengan owner taska diorang ni. Huhu..3 orang ni berapa lah agaknya yuran sekolah diorang kan? Takpe, rezeki mak untuk anak-anak mak. Doa mak harap anak-anak mak pandai mengaji, pandai membaca, pandai berkata-kata dan berperangai yang elok-elok. Lagipun cikgu yang jaga diorang pun aku dah kenal lama. Takdelah risau sangat. Alhamdulillah.
Hmm...pantang kali ni rasa cepat pulak masa berlalu. Sedar tak sedar dah 30 hari. Tinggal lagi 14 hari je. Yeay! Pastu bolehlah minum air sejuk. Huhuhu.. Bab makan ni aku ok lagi, leh je tahan makan. Tapi bab minum air... Haih, kalau ikutkan nak je teguk air peti ais sejuk-sejuk tu. Hehehe.... Lagi satu, sambal belacan... Aku makan jugak sikit sambal belacan (buat rasa je..ye ke? Ngee...), tak boleh tahanlah dugaan sambal belacan.
Pantang kali ni aku tak ambik apa-apa supplement pun. Alhamdulillah badan sihatlah jugak. Doa-doakan aku selamat berpantang dan luka operation tak terbukak ye. Hehehe..
Pagi tadi aku panik sekejap sebab tak rasa pergerakan baby. Selalunya pagi-pagi tu kalau dalam kereta, baby berpusing sampai boleh jadi senak perut. Tapi, pagi tadi..... diam. Dekat pukul 10 lebih, aku pergi toilet, tekan-tekan perut, usik-usik.... diam.... tak bergerak. Dia mengeras sekali je. Apa lagi..... agak panik la jugak, sebab sepanjang mengandung 3 orang anak, ini lah baby yang paling aktif. Sampai tengah tidur pun boleh terkejut sebab dia bergerak macam kita tengah kejutkan orang bangun tidur. Haaa.... Ini diam sunyi sepi. Bila aku bagitahu admin, dia terus suruh aku pergi hospital. Aku ingatkan nak tunggu at least sampai pukul 1 ke, tapi yelah...takut jugak kalau terlambat ke apa...
Sepanjang driving aku agak mengelamun jugak. Takut gi hospital, tiba-tiba doktor bagitau bad news ke, takpun kena operation awal ke. Huhu.. So, balik rumah dulu ambik abang cha yang sedang sedap tidur. Sampai HKL dah pun pukul 12 tengahari. Tapi, sepanjang aku kat dalam kereta.. ada terasa dia gerak dua kali. Bila dah cek dengan nurse, baru lah rasa baby gerak. Cisss...baby tidur agaknya. Dia kepenatan agaknya semalam.
Aku kena pergi ke bahagian PAC kat HKL, tak taulah apa maksud singkatan tu. Tapi tulah tempat dituju kalau bila dah keluar tanda nak bersalin atau dah rasa contraction. Tiba-tiba teringat balik masa nak bersalinkan Izzat. Pergi HKL pukul 4.30 pagi. Tahan sakit dari pukul 4.30 petang. Last-last czer.... Huhu... So, tadi tu sesi soal jawab dengan nurse isi borang je dah ambik masa 15 minit. Lepas tu jumpa doktor buat scan. Alhamdulillah, heart beat baby ok. Aku je yang cuak. Masa tu baby dah gerak dekat 6-7 kali dah kot. Ye ar...selalunya gerak kerap lah jugak. Takut gak aku kalau jadi apa-apa. Sebab perut aku besar sangat, takut dia tak muat ke apa ke.. Hehehe... Tadi doktor scan perut, aku lupa pulak nak tanya berapa dah berat baby. Kerek betul doktor yang scan perut aku tu, dahlah tak pandai scan. Nak pegang perut aku pun geli. Siap panggil doktor melayu yang lain suruh pegang perut aku. Aku tengok je muka doktor tu. Geram jeeeee.... Nasib baik ko doktor... ringan je mulut aku ni tadi.
Tak lama pastu datang lagi seorang doktor yang agak senior kot dari doktor kerek yang scan perut aku tadi. Doktor senior tu sampai-sampai je tanya berapa umur aku. Aku jawab 30. ewahh.. padahal tahun ni 31. hihi... Doktor tu cakap 31 je lahh.. Sambil sengih-sengih. Kecik molek je orangnya. Muda kot dari aku sebab panggil aku kakak. Walaupun muda, tapi nada cakap dia tegas tapi still ada hemahnya. Doktor Haliza. Kalau terbaca blog aku ni, saya suka doktor tau. :) Dia bagitau aku pasal kesan czer dan efek kalau aku pregnant lagi lepas ni. Tapi ayat dia sangat sedap didengar... Senyum je aku dengar. "Akak tahukan kesan dari pembedahan ni, boleh buat luka usus, pundi kencing. Sebab tu kena jarakkan kandungan. Ini dah nak 3 kali czer, memanglah kita akan sarankan untuk ikat rahim, tapi..yelah akak pun baru 31 kan. So, saya akan bagi lagi satu peluang, maknanya tak ikat lah ye. Akak pun tak nak ikat lagi kan?" Huhuuu..... Yeay!! Cayala doktor. Tapi, dia nasihatkan untuk jarakkan untuk mengandung kali ni 5 tahun. Orait doktor. Insya Allah. Ikutkan kali ni pun memang nak jarak jauh sikit, tak larat doktor..... Tapi, dah rezeki... huhu...
Sebenarnya, aku ada appointment dengan HKL esok (Jumaat) untuk tetapkan tarikh bersalin. Tapi, dah datang hari ni, diorang terus tetapkan date bersalin.
Huhu....Jeng jeng jeng, tarikhnya ialah 19 MEI 2011 ye kawan-kawan. Ingatkan bila dah czer ni bolehlah pilih date suka hati aku. Rupanya kena tengok jugak kekosongan yang ada. Cisss... dan 19 Mei je yang available. Huwaaa... Masa tu baby baru 37 minggu 4 hari. Risau jugak kalau premature ke apa ke. Doktor cakap dah ok dah baby masa tu. Jangan kena cucuk untuk kuatkan paru-paru baby sudah... Tak nak aku. Huhuhu... Nanti warded 18 Mei, Rabu depan. Macam tak caya je secepat ini aku nak bersalin. Wahhhh..... Kerja kat opis tak siap lagi.
Ohh... Aku ada beli buku ni. Kebetulan terjumpa masa pusing-pusing Wangsa Walk tadi. RM14.50. Tertarik sebab ada 32 resepi berpantang. Alah...boleh je google. Tapi, mengada-ngada punya pasal, beli ler.. Boleh claim kat LHDN nanti, kan? Kalau beli buku or majalah. Hihihi....
Sekian cerita untuk hari ni, doakan aku dan baby ok2 je ek.
Wah...aku dah nak masuk 36 minggu sudeyyy.. Pagi tadi baru aku terperasan bila berdiri depan cermin, alamak..perut aku sangat bulat. Huhu.. Macam fake pulak nampak. Macam taruk belon dalam baju. Kekeke... Tergelak tengok diri sendiri kat depan cermin.
Ohh....sekarang ni perasaan aku kadang-kadang rasa macam lamanya lagi nak bersalin, tapi kadang-kadang rasa macam eh... tak lama je lagi ni. Lagi dua minggu je ni (kalau doktor suruh amik date untuk operate masa aku 38 minggu). Risau sebab takde preparation apa-apa sangat. Tadi dah basuh baju-baju Razi Izzat masa baby. Banyak lagi yang elok. Jimat tang kat situ kot. Huhu... Banyak boleh dipakai balik. Tadi selongkar balik stokin diorang, alahai...kenangan betul masa pantang dengan Razi dan Izzat. Masing-masing dengan ragam yang lain-lain. Harap-harap kali ni adik baru dalam famili behave ye. Rajin hisap susu, rajin tidur malam dan tak rajin menangis ye. Hihihi....
Membawa perut bila pregnant kali ke 3 ni sangat-sangatlah lain. Mungkin faktor umur dan dengan struggling handle Razi Izzat buat badan rasa sakit-sakit sangat. Tidur memang tak boleh nak terlentang langsung, memang kena mengiring sokmo. Kaki pun bengkak yang amat sangat. Aku tau kalau tak nak bagi kaki bengkak sangat, bila nak tidur tu angkat kaki sikit. Ada jugak aku try malam tadi, tapi kalau dah mengiring, cane nak letak dua2 kaki atas bantal. Nak tidur terlentang? Oohhh...perut aku sangat besarrrrrrr..... huhuhu.. Sesak nafas jadinya dan sakit pinggang. Kali ni jari-jari dua-dua belah tangan aku selalu kebas dan lenguh sepanjang masa kat sendi-sendi. Agaknya jadi kebas sebab tangan tertindih lama akibat tidur mengiring. Betul..perut aku sangat besar.. Huhu... Lebihan lemak agaknya. Hihi...
Ni gambar aku snap masa driving balik dari kerja. Weh, tak sampai seinci dah tu nak kena stereng kereta. Kekekeke... Ikutkan bawak kereta pun semput sebenarnya sebab senak kat perut. Alhamdulillah, walaupun bawak kereta manual, jalan yang aku lalu takdelah jem teruk sangat. Jem kat DUKE masih terkawal lagi.
Cuma cabaran sekarang ni bila nak menapak dari parking ke bangunan opis agak boleh buat menangis jugak. Mana taknya, kena mendaki bukit. Kalau dulu ambik masa dalam 3 minit nak berjalan mendaki, sekarang ni aku rasa ada 5-7 minit kot. Rasa macam tak sanggupnya aku nak pergi opis. Huhu...
Tapi, dalam tak sanggup nak berjalan tu, sempat jugak aku terjah ke Mid Valley balik kerja hari Jumaat lepas. Kahhh.... Tapi, sekejap sangat dapat round-round ekspo. Sampai sana pun dah pukul 8.30 macam tu. Pukul 9.30 diorang dah tutup dah. Sekejap sangat. Tak puas rasanya, sebab tak sempat singgah semua booth. Agak berbaloi jugak kot harga-harga barangan kat ekspo ni. Aku beli botol susu AVENT - pakej 3 botol x 9oz untuk Razi Izzat dan 3 botol 4oz untuk adik baru. Harga RM120. Ok kan? Pada aku ok kot, sebab hari tu beli yang 2 botol x 9oz pun dah harga RM75. Itu pun masa tengah promotion, kalau tak RM90 tak silap aku. Kesedaran BPA free. Menyesal pulak rasanya, dulu tak prihatin dengan botol susu Razi Izzat. Huhuhu...
Sedar tak sedar, dah tinggal lebih kurang 28 hari je lagi nak bersalin. Lain rasanya bila dah tahu lebih kurang bila tarikh nak bersalin dengan tak tau bila. Saspen jadinya lagi-lagi nak serah badan nak kena belah. Ikutkan ni kali ke empat aku kena operate. Operation batin yang aku pernah buat dulu kena kira sekali kan? Hihihi... Err..kalau tengok balik video aku kena operate tu, aku lak jadi ngeri. Macam mana rupa rahim aku sekarang ye. Huhu.. Aku ada makan Ubat Homopati untuk elokkan dan cantikkan balik rahim. Harap-harap betul-betul eloklah rahim aku ni. Nak pakai lama ni. Insya Allah...
Oh ya, cuma nak kongsi cerita aku cek up kat KKIA baru-baru ni. Alhamdulillah, berat aku 74.8kg, berat cuma naik 800gram. Ikutkan lagi kurang kot sebab aku tipu nurse berat aku hari tu. Kekekeke.... Lega, ingatkan berat naik banyak. Then kencing pun dah tak kotor. Aku makan ubat homopati jugak. Doktor Sabri bagi satu ubat untuk elokkan balik sistem dalam badan dan satu ubat lagi untuk elokkan balik air kencing kot. Tapi, Alhamdulillah..dah ok. Kalau tak jenuh jugak nak mendengar apa kata doktor kalau hari tu detect kencing kotor lagi. Kelakar kalau ingat balik masa aku tak berapa nak besar lagi, mak ada suruh makan ubat homopati, tapi aku macam tak konpiden. Tapi, sekarang ni apa-apa je terus pergi homopati je. Setakat ni serasi dengan aku dan anak-anak. Harga ubat pun ok. Dan Alhamdulillah, Izzat dah tak kena asma yang kerap macam dulu. Rasanya dah tiga bulan lebih kot tak kena ,baru-baru ni je macam nak jadi balik, itu pun sebab menangis teruk sangat sebab kena sakat dengan Razi. Bagi makan ubat homopati cepat-cepat dan Alhamdulillah, dia cepat ok. :)
Masa jumpa nurse KKIA yang kali ni, aku rasa ni first time ada seorang nurse ni bercakap dengan aku secara positif. Dia baca buku merah aku dan tengok aku dah czer dua kali. Dia cakap ni kalau dah czer dua kali ni, yang ini kena czer jugak ni. Aku angguk dan sengih je. Dah boleh terima dah. :) Then, dia cakap tapi mana tahu kalau tiba-tiba kali ni dapat bersalin normal ke, kan? Mana tahu... Hihihi... Senang hati aku dengar dia cakap camtu, macam doa jugaklah....Walaupun aku tahu tak mungkin kot dapat bersalin normal. Lepas tu nurse tu cakap lagi, awak tahu tak yang awak boleh cakap dengan doktor yang awak tak nak ikat. Dia cerita dia pernah tengok patient yang umur dia baru 29 tahun dan dah tiga kali czer macam aku. Tapi, patient tu mintak tak nak kena ikat. Tapi, memang kena jarak paling kurang pun lima tahunlah. Aku pernah dengar jugak yang kita boleh refuse untuk tak nak kena ikat. Tapi, kali ni bila dengar dari nurse gomen sendiri, aku confident sikit. Rupa-rupanya doktor akan tanya sebelum operation samada aku nak ikat ke tidak. Aku ingatkan masa dalam bilik OT, doktor akan tanya lepas tengok rahim aku ok ke tak. Nurse tu gelakkan aku. Takkan lah awak tengah mamai-mamai tu doktor nak tanya awak nak ikat ke tak.. Macam mana nak jawab dalam mamai-mamai tu. Hihihi... Kalau camtu, harap-harap aku ada kekuatan untuk mendengar doktor membebel bila aku cakap aku tak nak ikat dulu rahim aku. Aku faham, doktor cuma menjalankan tanggungjawab diorang untuk explain apa yang elok dan tak elok. Tapi, kadang-kadang aku rasa ayat yang diorang susun tu tak berhemah sangat, cakap macam tuhan. Tu yang buat aku bengang tu kalau jumpa doktor-doktor ni. Lagi-lagi doktor yang muda-muda ni. Geram pulak bila ingat balik.
So, sekarang ni takde buat apa-apa persiapan lagi. Baju dan tuala baru mak mertua aku dah belikan. Napkin, barut, baju baby Razi dan Izzat dulu ada aku dah basuh jugak. Itu je lah persiapan. Barang-barang aku je tak beli lagi. Beg pun tak siap-siap lagi. Huhuhu.... Dah terbayang-bayang dah jari baby yang halus, bau baby yang wangi (kecuali time baby berak ler...hihihi..) Tak sabar rasanya nanti nak tengok reaksi Razi dan Izzat. Aku tahu dah reaksi Razi mesti excited punya. Nak tengok macammana reaksi Izzat ni...harap-harap boleh jadi abang yang cool. :)
Hehehe... Gembira rasanye hati. Result MGTT hari tu elok-elok border line. Alkisahnya pagi-pagi pukul 8 lebih aku dah sampai ke KKIA Gombak Setia. Rasanya ada dalam 20 orang ibu mengandung yang kena MGTT sama dengan aku. Tengok muka-muka diorang ada yang gelisah, ada yang monyok, ada yang muncung..Hihihi.. Ada jugak yang macam tak kisah, borak tak ingat dunia. Huhuhu... Ada lah jugak aku perasan sorang dua yang meleleh air mata masa minum air gula. Giliran aku minum air gula dalam pukul 8.30 pagi. Aku dapat mug MILO yang saiz sederhana tu. Lega.... Aku tengok ada yang dapat mug yang saiz biasa tu, ngeri gak nak habiskan. Bila tengok mug MILO ni takdelah rasa down sangat sebab dalam fikiran dah set saiz mug MILO kecik berbanding dengan mug biasa. Tapi sebenarnya sama kot dengan mug biasa... Hihihi...
Bacaan gula aku mula-mula sebelum minum air gula ialah 3.7mmol/L. Rendah berbanding bacaan masa MGTT bulan November hari tu, 4.4mmol/L. So,aku agak lega jugak insya Allah bacaan akan lebih rendah kot masa result nanti. Huhuhu...
Sementara nak menunggu 2 jam sebelum cucuk lagi sekali untuk tahu result, nurse tak bagi pergi mana-mana. Baru ingat nak lari kejap. Huhuhu... Diorang ada buat sesi kena dengar ceramah. Aku dapat dengar ceramah senaman antenatal. Ada lah dapat info sedikit senaman pernafasan, senaman untuk kurangkan sakit belakang, senaman untuk kurangkan kaki kejang. Bagus jugak KKIA yang aku pergi ni. Dari mengandung Razi sampailah mengandung no tiga ni, mesti akan ada perubahan dari segi perkhidmatan dan sistem diorang. Nurse pun ramah, takdelah garang-garang. Boleh borak macam kawan-kawan.
Alhamdulillah kali ni minum air gula, aku rasa takde pening kepala sangat sebab sakan borak dengan ada dua orang lagi ibu mengandung ni. Kebetulan yang borak sama-sama ni, semuanya mengandung anak ketiga. Kebetulan jugak, diorang pun dua2 anak sulung dan no dua, anak lelaki. Hehehe... Sementara menunggu dan berborak tu, habis jugak aku minum 2 air botol mineral yang saiz kecik tu, konon-konon boleh bagi bacaan lagi rendah. Hihihi...
Dalam pukul 10.30 nurse dah start panggil sorang-sorang untuk cucuk dapat result pulak. Berdebar-debar weh, selawat bagai. Doa sangat-sangat janganlah bacaan lebih dari 8mmol/L. Alhamdulillah sangat-sangat, bacaan aku 7.6mmol/L. Sama dengan result bulan November hari tu. Walaupun aku dalam lingkungan normal, tapi bacaan tu agak tinggi jugak naik dari 3.7mmol/L. Tak kisahlah..asalkan lepas dari kena BSP. Terasa berat kat bahu macam hilang lepas dapat result. Berjalan ke kereta pun tersengih-sengih sambil cakap sorang-sorang. Syukur sangat-sangat. Kalau selalu happy hati berbunga kan seronok kan?
Nak tak nak esok adalah hari MGTT ataupun dikenali sebagai hari penyeksaan ibu mengandung. Huhuhu... Ibu-ibu yang tengah sarat ni dipaksa untuk meminum air gula yang manisnya teramat-amat sangat sehingga sesiapa yang tak tahan boleh muntah-muntah dan pengsan jadinya. (Pengsan tu aku tambah je.)
Setiap ibu mengandung yang akan menjalani ujian ni akan disuruh puasa dari pukul 10 malam pada malam sebelumnya dan akan disuruh minum air gula pada hari esoknya pada pukul 8 pagi. Sebelum tu, bacaan darah akan diambil untuk dicatatkan. Iaitu bacaan gula dalam darah sebelum ujian dilakukan. Kemudian ibu beramai-ramai meminum satu mug besar punyaaaa air gula yang sangat manis tak boleh blah. Ada yang tabah hati cuba minum secepat yang mungkin, ada jugak yang minum bersantai sambil berborak-borak, ada jugak yang minum sambil termenung. Huhu... Kalau macam aku, aku minum secepat yang mungkin. Nak termenung-menung tu takut terfikir-fikir, boleh muntah jadinya. Kalau ada ibu yang muntah, diorang akan dipaksa untuk minum sekali lagi. Sadis sungguh. Suka-suka hati korang je eh.
Sebenarnya malam ni aku tekad untuk tak makan. Tapi, sebab pergi rumah mak tadi, tengok ada ayam goreng, kari, sambal belacan dengan tempoyak...terus tak jadi nak berpuasa awal. Lagi-lagi perut teramatlah lapar. Huhu... Maka, kantoi ler makan nasi jugak walaupun sebelum pukul 10 malam. Lepas makan rasa menyesal pulak.... Huhuhu... Tak boleh tahan godaan sambal belacan, tempoyak dengan kari tu sebenarnya. Takut gila kalau bacaan jadi tinggi. Disebabkan aku tersangatlah berdebar-debar, aku pinjam mak punya mesin untuk cek gula dalam darah macam dalam gambar kat bawah ni.
Aku selalu jugak pakai benda alah ni masa kena BSP masa pregnant Izzat dulu. Sampaikan dah rasa biasa je kena cucuk-cucuk jari tu. Huhu... Seksa weh BSP, kalau siapa yang pernah kena.
Dan bacaan aku 5.9mmol/L pada pukul 11.30 malam. Last makan malam pukul 9.30 malam. Cukup-cukup 2 jam test lepas makan. Sila lihat jadual kat bawah untuk rujukan paras bacaan yang normal.
Aras glukosa dalam plasma vena (mmol/l)
Puasa
2 jam selepas glukosa diambil
Normal
<6
<8
Tolerans glukosa yang terganggu
6-8
8-11
Diabetes
>8
>11
Aku pun sebenarnya tak berapa faham jadual kat atas ni, tapi kalau bacaan aku malam ni 5.9mmol/L aku rasa agak bahaya jugak untuk MGTT esok. At least kena bacaan 4mmol/L baru aku rasa lega sikit. Harap-harap esok pagi bacaan akan jadi lagi rendah. Result MGTT aku masa 26 Nov 2010 hari tu, kalau sebelum 4.4mmol/L dan selepas test 7.6mmol/L. Harap sangat-sangat esok bacaan cantik jugak. Doakan aku ye kawan-kawan.
Sebelum baca, aku nak bagitau entry kali ni memang luahan perasaan aku semata-mata. Aku menaip dengan lelehan air mata dan air hidung ye. Sila baca dengan serius. Terima kasih.
Semalam aku rasa macam dah bermula episod pra-bersalin yang menakutkan. Kenapa?
Semalam normal cek-up di KKIA Gombak Setia, kandungan aku dah pun berusia 32 minggu dan 3 hari. Aku takde lah nak expect apa-apa sangat. Cuma rileks nak pergi cek-up biasa je. Mula-mula timbang berat... Ok...naik >1.5kg. Sepatutnya cek-up kali ni kena naik 1kg je per dua minggu. Nasib baik boleh timbang sendiri, nurse tak berdiri sebelah tengok berat kita. So aku kelentong nurse tu sepatutnya berat aku 74.8kg kot. Aku kelentong berat aku 74kg je. Huhu....
Lepas tu, cek kencing... kotor. Tak pernah-pernah result aku kencing kotor. Ni second time cek-up trace kencing kotor. Nurse nasihatkan supaya minum banyak air. Ikutkan aku ni hantu air, memang manusia kuat minum air. Jadi pelik lak nape tiba-tiba kencing aku kotor. Huhu....
Dah pasal kencing kotor, kena cucuk ambik darah lagi untuk cek paras hemoglobin pulak. Kali ni prosedur dah bertukar. Dari cuma cucuk kat jari je, dah bertukar kena amek darah kat pelipat tangan dalam 3ml dan kena bawak sendiri ke makmal kat klinik kesihatan yang baru dibina kat sebelah KKIA Gombak Setia ni. Result seperti yang aku duga, bacaan makin jatuh. Dari 10.5, jadi 9.7, pastu jadi 9.4...dan semalam dah jadi 9.1mg je. Huhu... Anemialagi aku ni. Walaupun masa mengandung sebelum-sebelum ni pun aku anemia, tapi kali ni aku frust sangat-sangat.. Sebab aku dah makan asid folik dan vitamin B kompleks hari-hari... Kalau masa dulu, aku tak kisah sangat, sebab aku memang makan ubat ikut suka hati aku je. Huhu... Oh ya, yang boleh buat lagi haru, misi tu tak jumpa urat darah aku. Geramnyaaaa.... Tiga kali cucuk baru jumpa. Sori...sori.... Aku senyum je, tapi dalam hati aku bengkerk weh... Sakitlah!!! Meh aku cucuk tangan ko pulak. Sengal nye orang.
Dah lepas cek dengan nurse, diorang mintak aku jumpa doktor hari ni sebab kes kencing kotor aku ni. Aku memang horror kalau bab jumpa doktor KKIA ni. Diorang strict sikit. Kalau dengan nurse, boleh lagi kalau nak skip ke, nak ngelat ke. Huhu... Macam dijangka jugak, banyak perkara yang tak best. Mula-mula doktor suruh aku test lagi sekali MGTT. Ingatkan dah lepas hari tu, tak kena. Kena jugak minum air gula minggu depan hari Jumaat. Terganggu kejap emosi aku ni.. Arghhhh.... Minum air gula satu hal, kena diet satu hal. Takut result kencing manis satu hal, kalau kena buat BSP pulak satu hal. Aku ni dahlah baru kerja kat tempat baru.... Serius, aku sangat tertekan masa cek up tadi.
Doktor suruh aku test lagi sekali air kencing, tapi kena pergi makmal, pastu dia saspek aku talasemia dan mintak aku amek darah lagi kat makmal. Alhamdulillah test kencing kat makmal, kencing aku ok. Cuma ada protein 2% kot, tak silap aku. Pada aku, mula-mula maybe takde apa-apa. Tapi bila aku tanya doktor ada apa-apa yang tak kena ke pasal protein tu, aku ada kanser ke. Sebab muka doktor tu macam risau je bila tengok result aku tu. Dia cakap, "Takdelah..awak takde apa-apa. Saya risau baby tu je." Terdiam aku... Apa lagi laaaa yang tak kenanya.. Aku nak tanya lebih-lebih, tak jadi. Dia pun tak explain apa-apa. Takut kang lagi merepek jadinya.
So, masa ambik darah kat makmal sebelah tu. Dahlah lama menunggu. Yelah, klinik kesihatan lah katakan.... Punyalah ramai umat manusia dalam klinik tu. Klinik kecik sangat. Kali ni aku kena injek 2 kali pulak... sebab mamat tu isi darah aku dalam botol yang salah. Darah 5ml lak tu sekali injek. Geram je..Sabo..sabo... Result darah tu nak tau aku ada talasemia ke tak, akan dapat dalam masa sebulan. Doa-doakan aku takde talasemia ye. Macam-macam penyakit akhir zaman ni. Ish.. kebetulan masa kena injek ambik darah 2x tu, ada sorang makcik ni keting belah kiri dia separuh kena potong... Ngeri aku tengok, first time aku nampak isi daging manusia live. Makcik tu kencing manis. Datang klinik untuk cuci luka. Alamak... insaf tengok. Aku tak nak dah kerap sangat minum air manis. Menakutkan.. tak sanggup aku.
Hmm..sebenarnya ada lagi perkara yang buat aku down hari ni. Tapi, nak cerita pun..maybe orang akan cakap benda tu biasa je. Normal... yang penting ibu dan anak selamat. Tapi, pada aku apa-apa pun semuanya badan aku yang menanggung. Apa yang jadi hari ni, apa yang akan jadi akan datang... walaupun kita tak tahu lagi apa yang akan jadi... Tapi, kemungkinan-kemungkinan yang bakal aku hadapi tu, bukanlah sesuatu yang best. Apa yang aku harapkan, cuma Allah bagi aku kekuatan dan dapat support dari suami pun cukuplah.. Aku dah tak mengharap yang lain lagi dah... Aku faham semua ketentuan Allah, tapi... mestilah ada sedikit kecewa. Takkan lah aku tak boleh tunjuk sikit kecewa aku. Aku bukannya manusia yang perfect pun, boleh terima je semua ujian dengan redha. Mungkin mula-mula aku macam susah nak terima, tapi lama-lama aku akan ok.. Cuma ambik masa dan aku rasa aku perlu jugak luahkan rasa hati aku lebih-lebih lagi pada orang yang aku rasa patut tahu apa dalam hati aku.
Hmm.. dah macam cerpen dah jadinya luahan perasaan. Dari pagi sampailah aku menulis ni meleleh je air mata. Jangan esok bengkak mata sudah. Harap-harap Allah permudahkan aku untuk mengurus anak-anak lepas aku bersalin nanti. Aku tahu dugaan masa tu mesti tough sikit, tapi nak buat camne..hadap je lah,kan?
Hari ni confirm :
1. Aku akan bersalin c-zer jugak. Doktor memang tak benarkan untuk bersalin normal lagi sebab history czer dah dua kali. Risiko untuk ibu, sebab takut rahim boleh pecah masa conttraction dan kemungkinan baby boleh meninggal dalam perut. Oklah, aku tak tanamkan harapan lagi dah untuk bersalin normal. Aku faham ramai lagi kat luar sana yang bersalin czer, berderet anak jantina yang sama dan dah selamat kena ikat. Hidup bahagia je. Tapi, jangan cakap dengan aku... Kesian..muda lagi..baru 30 dah kena ikat..muda lagi dah kena ikat rahim. Memang aku pangkah orang yang cakap camtu kat aku.
2. Confirm bersalin kat HKL lagi kali ni. Doa-doakan aku dapat lagi kali ni duduk dalam bilik first class. Bukan nak mengada-ngada mintak bilik first class. Tapi, kalau dah czer tu, elok lah duduk dalam bilik. Confirm kena tahan 3 hari. Suami boleh tunggu. Orang cakap boringlah duduk dalam bilik sorang-sorang takde orang nak bersembang. Lantak kan... Yang penting aku selesa, bilik air ada dalam bilik. Takdelah aku risau nak tinggalkan anak sorang-sorang kalau nak ke bilik air. Toilet kat HKL kalau ward biasa, jauh. Dengan luka czer lagi. Terkedek-kedek nak ke toilet, sakit-sakit tu. terkejar-kejar risaukan anak kena tinggal. Huhu.. Banyak lah kalau ikutkan. Bil kalau first class dan czer kat HKL dalam seribu Lebih. Tak membazir pun. Asalkan selesa. Aku yang nak kena tahan tiga hari nanti kat wad. Psiko weh kalau duk ward biasa, tengok katil asyik bertukar orang dah boleh balik rumah...huhu... Ya Allah, harap-harap sangat dapat 1st class masa bersalin nanti.
3. Confirm anak lelaki. Hari ni dua kali scan, sekali kat KKIA. Lagi sekali kat HKL. Memang nampak telurnya. :) Kedudukan baby melintang tadi. Kepala kat perut belah kanan aku. Tapi kaki dia kat belah kiri perut aku. Nurse nasihat jangan pergi urut. Eleh, kalau aku urut pun, ada apa hal? Aku confirm kena czer kan?..... Sekian bebelan Suhida pada hari ni. Terima kasih kerana sudi membaca dan berkongsi rasa dengan aku kejap. :P Ye...aku memang akan down berbulan-bulan.
Yeah... Berjaya mengupdate blog empat hari berturut-turut. Kali ni nak tepek gambar scan baby hari tu. Kitorang pergi scan kat Vision College di Kelana Jaya pada 19 Mac 2011 lepas. Awal-awal lagi aku dah buat appointment dengan VC. Tak nak jadi macam Izzat dulu. Susah nak nampak sebab dah terlewat minggu sangat dah. Huhuhu... Lagipun semangat nak tengok muka baby secara 3D - walaupun ni dah masuk anak nombor tiga. Excited tang nak tengok gender baby jugak sebenarnya. Huhuhu....
Reception counter. Diorang dah berpindah kat tempat lain. Dulu masa Izzat kat bangunan yang dekat sikit dengan tabung haji tu. Sekarang ni kat bangunan belakang Giant kecik.
Izzat dah nak jadi abang dah. Lepas ni tak boleh panggil adik Izzat lagi lah. Kat sekolah, cikgu dah start ajar panggil abang Ngah dah. Macam-macam... Huhu...
Ini pulak Abang Long, tapi gaya macam adik bongsu. Harap-harap bila dah keluar adik baru ni, abang Razi tak mahu ragam-ragam eh... Kena rajin tolong mak tau. Sekarang pun rajin jugak, banyak tolong mak. :)
Oh ya, bayaran untuk buat 3d scan kat VC dah naik banding masa Izzat dulu, tahun 2008. Sekarang dah jadi RM90. Tapi masih lagi murah berbanding scan kat tempat lain sebab diorang bagi CD yang ada gambar dan jugak video. Banyak jugak budak yang scan tu ambikkan gambar baby dalam perut aku ni. Banyak gambar muka. Sebab masa ni pagi, adik tidur. Budak yang scan perut aku tu tenyeh-tenyeh perut aku banyak kali pun, adik tak bangun-bangun. Gerak sikit-sikit je. Lena betul dia tidur sampai susah nak tengok gender apa.
Aku scan ni masa 28 weeks hari tu. Berat baby baru 1.26 kg. Kalau nak scan kat VC kena antara 28-30 weeks tak silap aku. Kalau lambat sangat, susah nak tengok muka baby.
Macam banyak ikut muka abang Izzat je, dik... :)
Masa scan tu, aku bagi Razi dan Izzat duduk sama-sama atas katil. Saje nak bagi diorang pengalaman tengok adik dalam perut mak. :) Bukan nak tengok baby sangat pun, banyak melompat-lompat atas katil je berbanding nak tengok apa yang ada kat screen monitor tu. Huhuhu... Tapi gambar kat atas ni, Razi boleh buat aku tergelak bila dia kata "Mak, rambut adik pacaklah". Huhu... Memang betul pun, kalau tengok macam pacak kan rambut adik? :)
Adik tak banyak gerak pun sebab tengah tidur. Teringat masa scan Razi dulu, ada satu gambar tu, doktor tangkap gambar dia masa dia tengah tersenyum. Hihi.. Memang sampai sekarang pun, kuat tersenyum. Harap-harap adik dalam perut ni nanti pun kuat senyum jugak ye. :) Tapi tak banyak ragam, behave macam abang Izzat eh.
Oh ya, korang tentu nak tau gender baby kan? Baby boy jugak ye kawan-kawan. Huhu.... Bila nak dapat girl pulak ye? Ngeee!~ Punyalah berapa banyak orang predict aku ni pregnant baby girl sampai aku pun rasa macam ye je kali ni baby girl. Dan pertama kalinya, aku tengok kalendar cina tu tak betul. Tak tau mana yang silap, mungkin conception sebulan sebelum last period aku. Sebelum-sebelum ni, insya Allah kalau orang mintak aku tengokkan kat kalendar cina tu, betul jantina baby yang diorang pregnant. Mana nak sangka, aku yang selalu tengok, bila sendiri punya...boleh baby tak sama macam kalendar tu. Takpelah..mula-mula je rasa macam kecewa sikit. Sikit je... :) yelah, kalau dalam 10 orang yang aku jumpa, 9 orang cakap aku ni pregnant baby girl. Mana tak frust. Huhu.... Harapan tu agak tinggi lah. Lagi-lagi dah dua boy, nak lah jugak merasa raya pakai sedondon dengan anak perempuan. Hahahaha...Takpe dik, nanti dah besar, boleh jaga mak kan?
Oh...tapi masa nak tengok gender baby tu, lama jugak. Susah nak nampak sebab baby tidur tak nak bangun. Pulak tu dia kepit paha. Sampai budak yang scan tu dah give up, aku mintak try lagi sekali..last try. Masa cubaan yang last tu baru nampak baby boy. Tapi, dia cakap dia berani cakap yang boy tu 70%. Tapi, masa tu aku tengok pun, terang-terang nampak bird. Huhuhu.... Tak sabarnya aku nak bersalin. Tinggal dua bulan je lagi ni. Dah tak larat bawak badan dah weh... Kali ni pregnant, kebanyakan yang interview aku soalan pertama yang diorang tanya "Akak pregnant kembar eh kak?" Membuatkan azam aku untuk menurunkan berat badan membuak-buaks okehhhh... 15 kg ye suhida, target tu penting. Tak boleh capai pun takpe. Hahaha....
Oklah ye....Nanti update blog yang seterusnya, nak tepek gambar ibu mengandung 30weeks pulak. Insya Allah... Kalau ada masa dan kesempatan.
Bila aku nak update blog ni? Rindu betul nak merepek meraban cerita pasal Razi, cerita pasal Izzat. Tapi, asyik tak sempat je.... Terbaru ni banyak jugak nak update, nak tepek gambar kek Razi. Nak tepek gambar mak buyung ni ha...perut dah besau. :) Nak tepek gambar scan 3d baby hari tu. ;) seprise seprise... Seprise la sangat kan... Cis...
Sekarang ni, kalau jejak kaki dalam rumah, memang otomatik mata jadi mengantuk. Pukul 9.30 malam je dah selamat...hanyut tidur. Malam semalam cuba jugak nak update blog, tapi internet pulak buat hal. Nak mendownload gambar pun dekat satu jam. Dah abis download, boleh pulak tak dapat nak publish. Buang masa aku je.
Hmm.. semalam dah pergi cek-up kat klinik. 30 minggu dah aku ni. Lagi 60 hari je untuk menyambut kelahiran ahli keluarga yang baru. Tapi persiapan - zero. Takde buat apa-apa lagi. Nak kobek balik baju-baju baby yang boleh direcycle, nak cari balik pum spectra 3 aku tu yang dah ntah kat mana, nak kemas bilik atas, nak beli baju baby lagi.. Macam-macam.. badan dah tak larat, nak tidur pun mengah kalau lepas naik tangga. Hihi...
Memang mengandung kali ni terasa banyak betul dugaannya. Alahan yang teruk, gangguan emosi yang teramat sangat, ada sekali tu aku terjatuh..macam-macamlah... Tapi yang bestnya kali ni, berat aku baru naik 4.3 kg je.. Muahahahahah....suka aku. Walaupun naik sikit, tapi masih lagi berat yang agak berat jugak la sebenarnya. Takpe, at least ada satu benda yang boleh buat aku rasa termotivated sikit. Hik3....
Oh ya, sekarang ni pun macam tengah nak survey apa benda yang nak dibeli untuk makan masa pantang nanti. Sebelum ni aku cuma makan tablet ikan haruan Leesa Formula dengan Gamat HEalin - Gamogen tu je termasuk makjun kampung yang resultnya memang mantap. Buat badan jadi cepat sihat. Tapi kali ni macam tertarik dengan produk Nona Roguy.
Harganya boleh la kot. Aku macam tertarik sebab ada member yang cadangkan minyak urut dia best. Pulak tu ubat makan cuma 1 botol je. Huhu... Ok ler, kan? Kalau ikut testimoni boleh turunkan berat badan. Bolehlah cuba kali ni. Dah 2x bersalin, tak pernah lagi merasa beli set bersalin. Kuikuikui....
Hmmm setakat ni je lah aku bercerita. Nanti kalau ada masa, aku berblogging lagi ye. Daa...~
Karakter anak-anak ni berbeza kan? Tetapi, macam mana pun perangai diorang, sebagai mak mesti kita akan analisis kan sikap anak-anak? Hihi...
Razi aku rasa semua orang kot tahu yang dia memang suka binatang. Tapi patung binatang je. Huhu... Kalau binatang hidup datang dekat dia, dia lah orang pertama yang akan menjerit dan lari. Razi suka main susun binatang tu sambil mulut becok bertanya takpun bercakap sorang-sorang.
Izzat pulak, pe'el dia bila tengok abang Razi menyusun binatang, mula lah dia datang menyepah semua binatang yang tersusun tu. Lepas tu mulalah aksi menangis dari abang Razi. Izzat pulak cuma berlalu dengan muka yang selamba macam tak de buat salah apa pun. Huhu... Bukan apa, orang tu nak join main sama-sama..tapi si abang tak nak geng..Dia sepahkan je lah mainan tu. Tunjuk perasaan kot. Huhuhu..
Tapi, kitorang perasan Izzat suka mempomen barang. Dia suka teliti satu barang tu duk leka dia je. So, kitorang bajet satu hari nanti Izzat akan jadi engineer.
Cerita pasal nak jadi apa bila diorang dah besar, ada satu hari tu aku belikan diorang buku mewarna sorang satu. Aku tau Razi suka binatang, jadi aku beli buku mewarna binatang.
Bersungguh-sungguh tunjuk buku baru dengan muka yang bangga. Hehehe.. Mulut riuh bertanya ni gambar binatang apa..ni apa..Jenuh jugak nak melayan. Dia tahu tu binatang apa, tapi ada jugak binatang-binatang baru yang dia tak tahu..macam rakun. Punyalah minat dengan binatang. Huhu..
Izzat pulak aku belikan buku yang ada gambar kereta ataupun pengangkutan. (si abang pegang pensil..adik pegang senduk...mmm...)
Masa duduk dengan diorang sambil mewarna tu, adalah sikit dialog aku dengan diorang. Huhu..
Aku : Izzat ni nanti dah besar nak jadi engineer ke? Tak mahu jadi pilot ye. Mak takut. Nak duduk kat kapal terbang, jadi engineer kapal terbang je la eh. (Aku sengih sorang-sorang- Izzat takde apa-apa reaksi..cuma pandang je muka aku).
Razi : Habis tu abang nanti nak jadi apa bila besar nanti?
Aku : Abang Razi jadi ustaz lah.. Kan abang nak jadi ustaz.
Razi : Abang tanak lah jadi ustaz..
Aku : Habis tu nak jadi apa?
Razi : Abang nak jadi zirafah!!!
Tergelak sorang-sorang je tengok muka ikhlas dia nak jadi zirafah. Aduyai...anak oh anak.
Terasa lama pulak dah tak bercerita merepek-repek kat blog ni. Alkisah malam ni ambik la masa sikit nak sok sek. Mula-mula sekali nak story sikit sebab kenapa aku tukar nama blog ni. Bukannya apa... Hihi.. Korang saspen ke? Takde apa-apa la sebenarnya.. Kan kitorang nak menerima ahli keluarga baru, dah tak sesuai nak pakai nama fazdarazat tu. Sebab fazdarazat tu gabungan nama abang, aku, razi dan izzat. Nanti kalau dah dapat baby baru..takkan nak tambah lagi hujung belakang zat tu. Nanti kalau nak tambah anak lagi...tambah lagi nama kat belakang tu? Kekekeke... Tak sesuai la pulak.. So kesimpulannya aku taruk je la nama aku. Dah tak tau nak bubuh nama apa lagi dah. Boleh ye...
Pulak tu aku boleh lupa, kalau tukar nama blog, semua link kawan-kawan hilang. Huhu... Nak mencari balik la pulak. Takpelah....Boleh buat perlahan-lahan cari balik link korang. Jangan marah ye..kalau tiba-tiba tak dapat masuk link lama aku. Huhu.. Aku tak sengaja...
Hari ni aku dah 24 minggu 3 hari. Pagi tadi pergi ke klinik untuk check up. Berat naik 1.5 kg. Nurse tu cakap "Ni sepatutnya naik 2 kg ni". Ok lah tu nurse, kang aku naik banyak-banyak, kau suruh minum air gula pulak. (Masa Razi Izzat dulu aku boleh naik sampai 4kg dalam masa sebulan..Insaffff....) Huhu... Hb 10.5. Bolehlah tu. Paras normal 11. Hik3.... Tadi aku bagitahu nurse, hari ni patutnya nak kena jumpa doktor. Tapi, tiba-tiba aku ubah fikiran pulak. Rasa malas nak jumpa doktor. Bukan apa, takut nanti doktor cek balik buku aku tu, dia suruh minum air gula pulak. Huhuhu.. Uhuk uhuk.. Tak nakkkk.....
Ni rupa aku dah 24 minggu. Rasa segan pulak kali ni mengandung nak ambik gambar. Badan lebih besar dari biasa. Tunjuk gambar duduk je lah ye. Aci tak? Ni masa adik abang, Ain bertunang kat Bangi. Tahniah ye Ain. Comey je pakai kaler pink... teringat aku masa bertunang dulu. Comey gak <--- nak jugak tu. Hahahaha...
Pasal pregnancy aku pulak.. Huhu...Aku terasa mengandung kali ni agak mencabar lah. Badan betul-betul sakit sana-sini. Memang normal sakit-sakit tu. Tapi Razi Izzat dulu, boleh tahan lagi, gagah lah jugak. Sekarang ni, kalau duduk lama-lama, mula lah krem kat punggung dan peha. Pinggang jadi lenguh. Makan pun masih tak berselera. Memilih je nak makan apa. Tapi kalau nak ikut aku punya memilih, memang kebulur masuk angin ler. Makan sekadar nak bagi perut berisi je. Sebab tu, bila aku tengah berselera..jangan lah buat aku mati selera... Memang lah rasa nak marah je. Dahlah tengah lapar, hilang selera..memang boleh buat satu malam tu kelaparan lah..Kesian baby, mak kali ni tak berselera. Harap-harap baby ok ok je ye kat dalam tu.
Tapi, memang mencabar ye, mengandung dengan anak dua orang yang tengah aktif membesar ni. Banyak kali jugak jadi Hulk Hogan tak sadar diri. Adeh..cabaran..cabaran... Baru cabaran mengandung. Belum lagi keluar nanti. Apa pulak cabarannya nak membesarkan anak-anak ni kan? Hopefully aku tabah dan boleh harungi semua ni. Aku nak jadi Super Mommy!!!!
Selamat bercuti semua. Dah alang-alang cuti ni, nak ambik kesempatan update blog. Hari tu ada chef kecik masuk dapur nak tolong aku masak. Razi ler..bersungguh-sungguh nak tolong, tak sampai hati pulak tanak bagi dia tolong. Dah tengah nak rajin, baik suruh dia menolong. Huhuhu...
"Mak, abang Razi nak tolong mak masak.." dia tanya aku sambil tersengih-sengih.
Aku bagi lah dia tolong potong sayur brokoli. Dah dapat tugas tu, bukan main suka. Sengih sampai ke telinga.
Bagi dia berdiri atas kerusi.
Bagi dia pisau plastik Ikea dan pelapik pemotong.
Potong brokoli bersungguh-sungguh sambil mulut riuh pok pek pok pek.
Datang lagi sorang budak kecik. Izzat pun nak tolong jugak. Tunggu Izzat besar sikit ye.
Lama-lama tension aku. Yang sorang nak kena perhati takut dia tertonggeng jatuh kerusi. Yang sorang lagi dah menarik-narik kain sambil merengek-rengek....Nak memasak pun terganggu. Aduhai..anak-anak sabar je la... :D Dah besar nanti, tanak tolong mak, siap lah korang..