Thursday, May 12, 2011

:: Kejadian Panik Pagi Tadi ::

Assalamualaikum....
Pagi tadi aku panik sekejap sebab tak rasa pergerakan baby. Selalunya pagi-pagi tu kalau dalam kereta, baby berpusing sampai boleh jadi senak perut. Tapi, pagi tadi..... diam. Dekat pukul 10 lebih, aku pergi toilet, tekan-tekan perut, usik-usik.... diam.... tak bergerak. Dia mengeras sekali je. Apa lagi..... agak panik la jugak, sebab sepanjang mengandung 3 orang anak, ini lah baby yang paling aktif. Sampai tengah tidur pun boleh terkejut sebab dia bergerak macam kita tengah kejutkan orang bangun tidur. Haaa.... Ini diam sunyi sepi. Bila aku bagitahu admin, dia terus suruh aku pergi hospital. Aku ingatkan nak tunggu at least sampai pukul 1 ke, tapi yelah...takut jugak kalau terlambat ke apa...
Sepanjang driving aku agak mengelamun jugak. Takut gi hospital, tiba-tiba doktor bagitau bad news ke, takpun kena operation awal ke. Huhu.. So, balik rumah dulu ambik abang cha yang sedang sedap tidur. Sampai HKL dah pun pukul 12 tengahari. Tapi, sepanjang aku kat dalam kereta.. ada terasa dia gerak dua kali. Bila dah cek dengan nurse, baru lah rasa baby gerak. Cisss...baby tidur agaknya. Dia kepenatan agaknya semalam. 
Aku kena pergi ke bahagian PAC kat HKL, tak taulah apa maksud singkatan tu. Tapi tulah tempat dituju kalau bila dah keluar tanda nak bersalin atau dah rasa contraction. Tiba-tiba teringat balik masa nak bersalinkan Izzat. Pergi HKL pukul 4.30 pagi. Tahan sakit dari pukul 4.30 petang. Last-last czer.... Huhu... So, tadi tu sesi soal jawab dengan nurse isi borang je dah ambik masa 15 minit. Lepas tu jumpa doktor buat scan. Alhamdulillah, heart beat baby ok. Aku je yang cuak. Masa tu baby dah gerak dekat 6-7 kali dah kot. Ye ar...selalunya gerak kerap lah jugak. Takut gak aku kalau jadi apa-apa. Sebab perut aku besar sangat, takut dia tak muat ke apa ke.. Hehehe... Tadi doktor scan perut, aku lupa pulak nak tanya berapa dah berat baby. Kerek betul doktor yang scan perut aku tu, dahlah tak pandai scan. Nak pegang perut aku pun geli. Siap panggil doktor melayu yang lain suruh pegang perut aku. Aku tengok je muka doktor tu. Geram jeeeee.... Nasib baik ko doktor... ringan je mulut aku ni tadi.
Tak lama pastu datang lagi seorang doktor yang agak senior kot dari doktor kerek yang scan perut aku tadi. Doktor senior tu sampai-sampai je tanya berapa umur aku. Aku jawab 30. ewahh.. padahal tahun ni 31. hihi... Doktor tu cakap 31 je lahh.. Sambil sengih-sengih. Kecik molek je orangnya. Muda kot dari aku sebab panggil aku kakak. Walaupun muda, tapi nada cakap dia tegas tapi still ada hemahnya. Doktor Haliza. Kalau terbaca blog aku ni,  saya suka doktor tau. :) Dia bagitau aku pasal kesan czer dan efek kalau aku pregnant lagi lepas ni. Tapi ayat dia sangat sedap didengar... Senyum je aku dengar. "Akak tahukan kesan dari pembedahan ni, boleh buat luka usus, pundi kencing. Sebab tu kena jarakkan kandungan. Ini dah nak 3 kali czer, memanglah kita akan sarankan untuk ikat rahim, tapi..yelah akak pun baru 31 kan. So, saya akan bagi lagi satu peluang, maknanya tak ikat lah ye. Akak pun tak nak ikat lagi kan?" Huhuuu..... Yeay!! Cayala doktor. Tapi, dia nasihatkan untuk jarakkan untuk mengandung kali ni 5 tahun. Orait doktor. Insya Allah. Ikutkan kali ni pun memang nak jarak jauh sikit, tak larat doktor..... Tapi, dah rezeki... huhu...
Sebenarnya, aku ada appointment dengan HKL esok (Jumaat) untuk tetapkan tarikh bersalin. Tapi, dah datang hari ni, diorang terus tetapkan date bersalin. 
Huhu....Jeng jeng jeng, tarikhnya ialah 19 MEI 2011 ye kawan-kawan. Ingatkan bila dah czer ni bolehlah pilih date suka hati aku. Rupanya kena tengok jugak kekosongan yang ada. Cisss... dan 19 Mei je yang available. Huwaaa... Masa tu baby baru 37 minggu 4 hari. Risau jugak kalau premature ke apa ke. Doktor cakap dah ok dah baby masa tu. Jangan kena cucuk untuk kuatkan paru-paru baby sudah... Tak nak aku. Huhuhu... Nanti warded 18 Mei, Rabu depan. Macam tak caya je secepat ini aku nak bersalin. Wahhhh..... Kerja kat opis tak siap lagi.
Ohh... Aku ada beli buku ni. Kebetulan terjumpa masa pusing-pusing Wangsa Walk tadi. RM14.50. Tertarik sebab ada 32 resepi berpantang. Alah...boleh je google. Tapi, mengada-ngada punya pasal, beli ler.. Boleh claim kat LHDN nanti, kan? Kalau beli buku or majalah. Hihihi....
Sekian cerita untuk hari ni, doakan aku dan baby ok2 je ek.

~ s u h i d a ~

3 comments:

pizli.mw said...

Selamat bersalin ye Suhida.. Nanti update hehehe..

wdta said...

hik3..insya allah...pas bersalin je terus update. :)

atanayuiman @ Jue said...

dah tau tarikh, lagilah berdebar2 kan.. paper pun semoga selamat semuanya.. aminn..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...