Assalamualaikum...
Syoknya hari ni cuti. Hehehe... Boringnya esok kerja... Huuuu.... Esok pagi-pagi pukul 10.30 dah ada meeting. Buat mood spoil je.
Semalam seharian aku sorang-sorang dengan Razi dan Izzat. Abang ni time orang cuti, dia kerja pagi pulak. Time orang bekerja, dia memanjang kerja shift petang. Boring betul....Hmm..Penatnya aku semalam.... Dari pukul 8 pagi Razi bangun, sampai pukul 11.30 malam tak tidur-tidur. Tidur pun setengah jam. Petang tu aku konon-konon nak praktis dia tidur tak pakai pampers masa tidur petang tu. Lulus.... Dia tak kencing kat toto, tapi dia bangun pergi kencing kat tepi cabinet. Anak akuuuu..... Bilik air sekangkang kera je Razi.... Aih...
Semalam aktiviti memasak je kerja aku. Pagi-pagi buat roti telur. Habis kitorang tiga beranak makan. Tengahari sikit buat nasi goreng daging dan udang. Berbunga hati aku bila Razi cakap "Sedaplah mak.." Aku tau nasi goreng tu menjadi sebab Izzat makan pun banyak kali dan laju. Kalau time masak tak sedap, dengan muka-muka sekali Razi cakap "Mak, tak nak makan. Tak sedap." Ohhh...Masa tu penat jadi lagi penat. Huhu.. Bila dia cakap sedap, walaupun aku tahu biasa je rasanya..takdelah sesedap kat restoran mahal-mahal, tapi buat jadi lagi semangat nak masak. Petang tu aku buat cucur udang pulak. Kekeke...
Ada satu kisah, satu malam tu aku baru balik dari rumah mak dalam pukul 8.30 macam tu. So, nak siap-siapkan diorang untuk tidur. Nak mandikan dulu dan buat susu. Aku masak air, kettle tu rosak agaknya. Tekan-tekan asyik ternaik je. Last-last aku ikat pakai getah supaya boleh masak air. Mandikan Izzat dulu, dah tak larat nak mandi dua orang serentak. Razi kat depan, menyanyi kuat-kuat. Itulah kerja dia. Bercakap 24 jam kecuali tidur. Hihihi.... Tengah mandi-mandi tu, tiba-tiba elektrik takde. Izzat tak menjerit sebab dia ada dengan aku. Lagipun Izzat cool. :) Si Razi menjerit terkejut agaknya rumah tiba-tiba gelap. Aku ni sebenarnya penakut gak dengan gelap, tapi sebab dah dengan anak-anak, takkan aku pulak yang nak menjerit. Kekekeke...
So, dalam gelap-gelap tu meraba-raba cari lilin. Telefon abah mintak datang kejap tengok suis box tu. Sementara menunggu dalam gelap tu, tiba-tiba Razi baca doa kuat-kuat. "Ya Allah ya Tuhanku, lindungilah diriku, ibu bapaku..." Masa tu aku dah tergelak kuat-kuat dah. Terus Razi stop tak jadi baca doa, tersengih-sengih tengok aku. Muhammad Fakhrurrazi.. Muhammad Fakhrurrazi.. Harap-harap sampai bila-bila macam tu ye, rajin baca doa untuk mak dan ayah ye.
Menunggu atuk datang kat depan pintu. Razi ceria, Izzat takut sebenarnya gelap, tapi tak tunjuk..Nampak dari muka dia je. Hihihi...
~ s u h i d a ~
6 comments:
Heheh, aku expect kau terlanggar air panas tadi.. Nasib baik bukan...
besar dah anak2 ko su. makin cerdik abang long :)
pizli:huhu...alhamdulillah takkkk.... kettle tu rosak, tu yg tendang suis box tu.huhu..klu kena air panas, haru gak tu.
alya:nampak besar, tp still kecik lagi. kekeke....
alahai cute nye, budk2 ni kalau di didik dr awal mmg bijak kan ..
nape nmpak dua2 makin slim ...ni sure dh makin buas , lelaki kato nye
syok layan cuti dgn anak2 kat umah...tu lah xtvt paling menyeronokkan...
pandai razi baca doa...semoga sampai ke besar ye abg razi...amin
ko takut gelap sue? aku pun sama...keh keh keh..tp depan anak2 haruslah beranikan diri...
zura: huhu...insya Allah, harap-harap jadi anak yang bijak, soleh dan yang elok-elok sampai lah bila-bila. Huhu...
Nome:ye, aku ni penakut, tapi ngn anak, terpaksa ler berani. hihihi..
Post a Comment