Sunday, May 01, 2011

:: 35 minggu Sudeyyy ::

Assalamualaikum... 
Sedar tak sedar, dah tinggal lebih kurang  28 hari je lagi nak bersalin. Lain rasanya bila dah tahu lebih kurang bila tarikh nak bersalin dengan tak tau bila. Saspen jadinya lagi-lagi nak serah badan nak kena belah. Ikutkan ni kali ke empat aku kena operate. Operation batin yang aku pernah buat dulu kena kira sekali kan? Hihihi... Err..kalau tengok balik video aku kena operate tu, aku lak jadi ngeri. Macam mana rupa rahim aku sekarang ye. Huhu.. Aku ada makan Ubat Homopati untuk elokkan dan cantikkan balik rahim. Harap-harap betul-betul eloklah rahim aku ni. Nak pakai lama ni. Insya Allah...
Oh ya, cuma nak kongsi cerita aku cek up kat KKIA baru-baru ni. Alhamdulillah, berat aku 74.8kg, berat cuma naik 800gram. Ikutkan lagi kurang kot sebab aku tipu nurse berat aku hari tu. Kekekeke.... Lega, ingatkan berat naik banyak. Then kencing pun dah tak kotor. Aku makan ubat homopati jugak. Doktor Sabri bagi satu ubat untuk elokkan balik sistem dalam badan dan satu ubat lagi untuk elokkan balik air kencing kot. Tapi, Alhamdulillah..dah ok. Kalau tak jenuh jugak nak mendengar apa kata doktor kalau hari tu detect kencing kotor lagi. Kelakar kalau ingat balik masa aku tak berapa nak besar lagi, mak ada suruh makan ubat homopati, tapi aku macam tak konpiden. Tapi, sekarang ni apa-apa je terus pergi homopati je. Setakat ni serasi dengan aku dan anak-anak. Harga ubat pun ok. Dan Alhamdulillah, Izzat dah tak kena asma yang kerap macam dulu. Rasanya dah tiga bulan lebih kot tak kena ,baru-baru ni je macam nak jadi balik, itu pun sebab menangis teruk sangat sebab kena sakat dengan Razi. Bagi makan ubat homopati cepat-cepat dan Alhamdulillah, dia cepat ok. :)
Masa jumpa nurse KKIA yang kali ni, aku rasa ni first time ada seorang nurse ni bercakap dengan aku secara positif. Dia baca buku merah aku dan tengok aku dah czer dua kali. Dia cakap ni kalau dah czer dua kali ni, yang ini kena czer jugak ni. Aku angguk dan sengih je. Dah boleh terima dah. :) Then, dia cakap tapi mana tahu kalau tiba-tiba kali ni dapat bersalin normal ke, kan? Mana tahu... Hihihi... Senang hati aku dengar dia cakap camtu, macam doa jugaklah....Walaupun aku tahu tak mungkin kot dapat bersalin normal. Lepas tu nurse tu cakap lagi, awak tahu tak yang awak boleh cakap dengan doktor yang awak tak nak ikat. Dia cerita dia pernah tengok patient yang umur dia baru 29 tahun dan dah tiga kali czer macam aku. Tapi, patient tu mintak tak nak kena ikat. Tapi, memang kena jarak paling kurang pun lima tahunlah. Aku pernah dengar jugak yang kita boleh refuse untuk tak nak kena ikat. Tapi, kali ni bila dengar dari nurse gomen sendiri, aku confident sikit. Rupa-rupanya doktor akan tanya sebelum operation samada aku nak ikat ke tidak. Aku ingatkan masa dalam bilik OT, doktor akan tanya lepas tengok rahim aku ok ke tak. Nurse tu gelakkan aku. Takkan lah awak tengah mamai-mamai tu doktor nak tanya awak nak ikat ke tak.. Macam mana nak jawab dalam mamai-mamai tu. Hihihi... Kalau camtu, harap-harap aku ada kekuatan untuk mendengar doktor membebel bila aku cakap aku tak nak ikat dulu rahim aku. Aku faham, doktor cuma menjalankan tanggungjawab diorang untuk explain apa yang elok dan tak elok. Tapi, kadang-kadang aku rasa ayat yang diorang susun tu tak berhemah sangat, cakap macam tuhan. Tu yang buat aku bengang tu kalau jumpa doktor-doktor ni. Lagi-lagi doktor yang muda-muda ni. Geram pulak bila ingat balik.
So, sekarang ni takde buat apa-apa persiapan lagi. Baju dan tuala baru mak mertua aku dah belikan. Napkin, barut, baju baby Razi dan Izzat dulu ada aku dah basuh jugak. Itu je lah persiapan. Barang-barang aku je tak beli lagi. Beg pun tak siap-siap lagi. Huhuhu.... Dah terbayang-bayang dah jari baby yang halus, bau baby yang wangi (kecuali time baby berak ler...hihihi..) Tak sabar rasanya nanti nak tengok reaksi Razi dan Izzat. Aku tahu dah reaksi Razi mesti excited punya. Nak tengok macammana reaksi Izzat ni...harap-harap boleh jadi abang yang cool. :)

~ s u h i d a ~

4 comments:

pizli.mw said...

Aku pun excited jugak kau tau? Hahaha..

wdta said...

pizli:ye ke?hihhii...

Jue @ atanayuiman said...

k.sue >> kalo dapat bersalin sebelum due czer, insyallah leh normal.. manalah tau ada rezeki tetiba ini leh normalkan.. xpe, janji semua selamat.

wdta said...

jue:terima kasih jue..kata-kata tu doa...berharap jugak klu dpt normal :) ye..janji semuanya selamat dan bb sihat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...