Showing posts with label izzat. Show all posts
Showing posts with label izzat. Show all posts

Tuesday, April 08, 2014

:: Izzat Sukan 2014 ::

Izzat dan Farhan sekarang dah pindah sekolah tahun ni. Sekolah kat Pasti. So Izzat merasa lah acara sukan besar-besaran masa tadika. Memang meriah sebab semua tadika pasti kat gombak ni berkumpul. Acara sukan kat padang taman sri gombak kot. Hee...tak pasti lak aku.
Jadi pahlawan ye korang.

Tengah siap sedia nak masuk perbarisan.

Acara bacaan doa, ikrar dan nyanyi lagu Negaraku & Pasti.

Tengah aerobik.

 Beratur sebelum start lari. Alhamdulillah duduk lane tepi. Senang nak amek gambar. :)

Ada gaya tak? Heee...

 
Izzat cuba posing sikit. :))
Overall ini first time Izzat join sukan besar-besaran. Merasa jugak ye.

~ s u h i d a ~

Friday, May 17, 2013

:: Kudis Di Kepala Izzat ::

Assalamualaikum....

Tak tahulah apa benda atas kepala Izzat ni. Macam kudis, tapi tak bernanah. Cumanya bila kopek, kulit kepala tu tertanggal. Dekat dua minggu dah jadi camni. Rambut Izzat pulak jenis lebat melekat kat kepala, terpaksa nipiskan rambut dia sebab nak sapu ubat. Tak bawak pergi jumpa doktor lagi ni. Cuma pakai krim gatal dari HKL.

Hope cepat elok. Tengok petang ni dah merebak kat dahi pulak.


Asalnya sikit je kat kulit kepala. Tapi petang tadi tengok dah sampai ke dahi dah. Tapi yang Izzat ni tak menggaru pun.

~ s u h i d a ~

Saturday, November 17, 2012

:: Kelemahan Mak ::

Assalamualaikum...
Aku ada satu kelemahan iaitu.... aku lemah betul kalau anak-anak buat permintaan. Mesti aku try jugak dapatkan apa yang diorang nak. Rasa tak sampai hati bila diorang merayu. Huhu... (tu yang terjebak sampai ke Legoland tu. Ini semua kawan-kawan diaorang punya pasal lah ni. Terpengaruh dengar cerita kawan-kawan kat sekolah yang bercerita).
Yaya pun jadi jugak. Haiii... 
Tapi, kadang-kadang aku fikir-fikir balik, aku beli sebab tak sampai hati ke, ataupun aku jugak yang minat sebenarnya. Hehehehe... Oklah... tak sampai hati dan aku pun sebenarnya memang minat kartun pun. :p
Mahal betul patung boboiboy ni, RM19.90. Razi siap suruh beli topi boboiboy sebab kawan kat sekolah ada jugak topi tu. Aku pergi jugak tengok harga...RM24.90. (Sebab aku tak minat topi dia, aku tak beli...Kekekeke...)  Kuat betul pengaruh rakan sebaya kat sekolah....

~ s u h i d a ~

Wednesday, June 20, 2012

:: Izzat ::

Assalamualaikum...
Hari tu Razi Izzat suruh aku tiupkan belon dan macam biasa, aktiviti lepas meniup belon ialah diorang melukis muka kat belon tu. Hihi...Macam biasa, aku tahu Izzat boleh melukis muka orang kat belon, cuma lepas tu tersurprise sikit sebab Izzat dah pandai eja nama sendiri. Ngee!~
Sambil eja pastu dia menulis. Bagus Izzat, nanti pandai tulis jawi pulak tau. Posing dengan belon buat kenangan eh Izzat. Sori mak baru tahu Izzat dah pandai tulis nama sendiri. :)
Ada gaya tak? Hehehe... Bila dah start pakai seluar panjang, nampak matured sikit. :) Izzat baru 3 tahun 8 bulan. Tapi dari lepas birthday dia tahun lepas, aku selalu treat dia macam dia umur 4 tahun. Sebab lahir bulan 10, dah hujung tahun. Huhu...
Budak kecik ni pulak saje aku tepek gambar ni sebab Farhan pakai baju ni nampak comel. Ngee!~

~ s u h i d a ~

Wednesday, October 05, 2011

:: Check Up Farhan 4 Bulan ::

Assalamualaikum...
Hari ni check up Farhan 4 bulan kat klinik. Bawak sekali Razi dan Izzat.
 Bukan main lagi korang ye posing dengan jam Ben 10. Huhu.. Masa ni nak balik dah, tapi tunggu hujan berhenti, so posing-posing ambik gambar ler dulu.
Nampak mata Razi macam dah ok sikit, kan?
 Mata aku masih bengkak tapi dah kurang sikit merahnya. Nampak parut Izzat yang luka terhantuk kabinet tv tu?  
 Gambar tak berapa nak clear. Sekarang ni kalau tengok muka Izzat, mesti tertengok tempat parut tu dulu. Tak suka tengok... Hmm...
 Harap-harap ayah tak kena sakit mata ye. 
Berat Farhan 4 bulan dah 7.4 kg. Naik 900 gram dari berat yang last timbang. Alhamdulillah.. oklah tu. Naik jugak sikit, walaupun ramai yang tegur badan Farhan dah ringan. (Tapi aku still lenguh nak dukung dia lama-lama.. Ngee!~). Check up hari ini takde injection. 
Masa kat klinik, ada jugak 2,3 mak orang tegur sakit mata kitorang. Ada jugak yang tegur anak aku tiga-tiga orang lelaki. Huhu... Orang melayu memang macam tu lah, suka menegur, suka menyembang.. Ambil beratlah katakan ye. Hmmmmppphhhh....
Ni gambar tadi, nampak mata Farhan merah kan? Farhan suka hisap jari sekarang ni dan juga akan main bantal kalau letak bantal kat atas badan dia. Kalau aku nak buat kerja kejap ke, aku letak bantal atas dada dia. Kalau dia tak lapar susu, dia ok je main dengan bantal. Cumanya kena perhati-perhati jugak, takut tutup hidung dia. Nak bagi bantal tu best sikit, letak mainan kat bucu bantal. Hahahaha... Nanti mak beli mainan untuk Farhan eh. Kesian dia.. :)

*Anak-anak mak, anak-anak yang baik hati. Tahu mak tengah marah atau susah hati, pandai ambik hati mak. Mak sayang korang!

~ s u h i d a ~

Monday, September 19, 2011

:: Kesian Izzat ::

Assalamualaikum....
Kesian Izzat....
 Sakit mata pulakkkkkkkkkkkk....
Ayah belikan penutup mata masa bawak pergi klinik. Hihi...kelakar menengoknya, tapi kesian pun ye jugak. Tambah pulak dengan parut yang terhantuk kabinet hari tu. Tapi, Izzat punya aktif tetap maintain aktif. Jatuh tetap jatuh jugak. Nak marah, tapi tak sampai hati lak tengok dengan parut bagai. Hai Izzat hai Izzat.
 Ahmad Farhan ni pulak, dah masuk 4 bulan. Nampak badan macam susut sikit. Tunggu nanti timbang next month berapa berat adik ye. Dah mula pandai nak mengiring badan dah. Cepat-cepat belajar meniarap eh. Kejap je dah 4 bulan. Kang sedar-sedar je dah setahun, kan? Macam Razi, kejap je bulan 3 tahun depan dah masuk 5 tahun. Tiba-tiba je sedar dah masuk darjah 1 dan tiba-tiba je sedar aku dah jadi makcik tua. Huhuhu..... Sekian. Tiba-tiba emosi pulokk..

~ s u h i d a ~

Thursday, September 15, 2011

:: Izzat Jatuh Lagi ::

Assalamualaikum....
Izzat memang aktif kalau compare dengan Razi. Dalam dia semput-semput tu pun, takkan boleh nak duduk diam punya. Ada je kerja, kejap melompat, kejap panjat kerusi. Masa raya hari tu, tiga kali bengkak bibir sebab jatuh tergigit bibir.
 Ini gambar masa raya hari tu.
Alkisah macam hari-hari yang biasa, balik rumah kitorang berempat je kat rumah. Biasanya bila sampai rumah, aku bukakkan tv tengok kartun. So, diorang akan duduk diam dan bolehlah aku buat apa-apa yang sepatutnya. Malam tu, aku pun tak tau kenapa aku macam tak nak bagi diorang tengok tv lagi sangat. Jadi, aku tak on la tv. Bila tv tak on, diorang pun buat la aktiviti diorang. Diorang main kejar-kejar. Razi yang kejar Izzat. Toto kebetulan depan kabinet tv. Izzat lari lari pastu landing atas toto. Dua tiga kali landing atas toto, yang last sekali tu, terlajak sikit ke depan agaknya. Sedar-sedar aku tengok dah nangis. Sekali angkat, darah banyak gila. Razi dah terdiam bila tengok darah pastu Izzat menangis dengan Farhan menangis nak berdukung, aku pun join sekali menangis sebab banyak betul darah Izzat. Lagi sikit pulak tu nak kena mata. Telepon abang Cha suruh balik, pastu telefon Cikgu Ana dan Zakiah sebab aku dah panik sangat. Diorang je orang terdekat dan kak Ana pun dah berpengalaman handle budak-budak kalau kecemasan. Diorang tolong bawakkan kitorang pergi klinik.
Doktor kat klinik bagi dressing dulu sebelum pergi HKL. Aku tak berani nak letak gambar masa dia tengah bleeding. Takut korang tak sanggup tengok je.
 Ini gambar masa tengah tunggu giliran kat kecemasan HKL. Klinik refer pergi ke HKL sebabnya kena jahit, luka dalam sangat dan takut infection. Masa tunggu giliran ni pun, tak boleh duduk diam. Huhu.. masa kat HKL doktor mintak buat X-Ray, alhamdulillah tak de retak atau apa-apa. Syukur sangat. Masa X-Ray pun ok je. Ikut arahan nurse. Doktor dan nurse pun suka sebab Izzat tak menangis. Kat HKL diorang pakai glue stitch je. Kena jaga jangan bagi kena air 3 hari, takut nanti gam tu terbukak balik.
 Hari ni dah masuk hari ke tiga, malam nanti baru boleh bukak plaster. Mata bengkak jugak ler. Sepet sebelah. Alahai Izzat.. Cuba lah berhati-hati sikit kalau time main tu. Haih... Susah hati mak tau. Tapi kan, Izzat menangis tak lama pun masa lepas jatuh tu. Agaknya tengok aku menangis lagi teruk kot. Huhuhu...

~ s u h i d a ~

Thursday, September 08, 2011

:: Tiba-tiba Teringat ::

Assalamualaikum....
Tadi ingat nak update blog cerita lain, tapi terjumpa gambar Izzat ni, tiba-tiba rasa syahdu pulak.
Gambar ni masa Izzat asma teruk, yang kitorang warded kat hospital 3 kali dalam masa sebulan tu. Haru betul. Kurus kering jadinya Izzat. Aiseh..sedih lah pulak. Tak boleh nak ingat keadaan kitorang masa tu. Pulak tu Izzat masa tu baru nak pandai berjalan. Nama je semput, tapi aktif macam orang tak sakit.
Tengoklah dia sekarang. Huhuhu...

Alhamdulillah, selepas ambil rawatan kat Pusat Homopati kat Selayang tu, sekarang Izzat dah tak kena asma dah. Cuma kalau bila dia selsema tu, ada lah jugak bunyi berkeruh tu. Tapi bukan asma. Syukur sangat-sangat. Sekarang ni aku alert je kalau anak-anak start selsema ke, batuk ke..aku bagi je ubat homopati. Memang dah ada bekalan dah. Tengok-tengok jugak Farhan ni, takut-takut jugak. Harap-harap dijauhkan, tak sanggup aku. Bukan tak sanggup nak menjaga, tapi aku ni allergic dengan hospital. Takut nak duduk kat hospital lama-lama. Huhuu...
Tapi yang bestnya, dalam ramai-ramai cucu atuk, Izzat ler yang rapat dengan atuknya. Hehehe....

~ s u h i d a ~

Sunday, August 07, 2011

:: Razi dan Izzat - Edisi untukmu ::

Assalamualaikum....
Abang Razi - abang yang penyayang, prihatin dan sabar. Tapi kuat menangis.
Mak sayang abang Razi sebab abang Razi sabar dengan mak, faham keadaan mak. Kebanyakan masa abang Razi boleh buat mak nak menangis, ada masa abang Razi boleh buat mak nak marah, tapi banyak masa abang Razi asyik buat mak tergelak je. :) Tengok gigi dah rongak. Haih....
.
Abang Izzat - abang yang penyayang, nampak macam tak prihatin, tapi prihatin sebenarnya. Abang yang masih manja lagi sebenarnya. Tapi pandai bawak diri.
Mak sayang sangat dengan Izzat. Harap Izzat jadi anak yang baik, mendengar kata. Jangan mak cakap buat derk, muka selamba je. Bengang tau. Huhu.. Belajar kena rajin-rajin. Rajin-rajin main dengan kertas dengan pen. Jangan asyik nak tengok tv je, asyik main patung ultraman, asyik main mainan kereta. Kena rajin baca buku jugak, macam abang Razi..asyik mintak beli kertas je. Huhu... Pastu kena rajin makan. Dah kurus dah badan mak tengok. 
.
Walaupun Razi Izzat kecik lagi, tapi kebanyakan masa diorang faham aku tengah susah hati ke, aku tengah sibuk dengan Farhan ke. Ada masa-masa tension, ada masa-masa tergelak dengan perangai ikut suka hati diorang je. Huhu... Biasa lah tu. Budak tengah nak membesar, harap sangat-sangat aku dapat jadi mak yang baik. Tak nak marah-marah. 
Tapi pelik sungguh, bila cakap perlahan..lambat je reaksi diorang. Tapi bila dah keluar suara petir macam nak pecah anak tekak, haa..baru ada reaksi. Tapi, tak best la kan, kalau asyik marah je. Letih tau.

Macammana pun, mak bangga dan bersyukur dapat anak-anak macam abang Razi dan Izzat tau. Jadi abang yang baik, anak yang patuh dan soleh. Jadi cucu yang baik jugak. Jangan asyik mintak beli itu, beli ini je tau. Asal tengok ada kartun best kat tv, asyik suruh beli je...Kena sentiasa sayang sesama sendiri, ayah, atuk, opah dengan nenek ye. :) termasuk semua sekali ahli keluarga ye!

~ s u h i d a ~

Friday, May 06, 2011

:: Lukisan Razi ::

Assalamualaikum...
Nak bercerita pasal Razi dengan hobi dia. Razi memang anak yang suka membaca, mengaji, menangis dan melukis. Hihi... Alhamdulillah... Menulis ABC, 123, Alif Ba Ta semua dah lulus. Cuma kadang-kadang tu dia macam terlupa kejap. Tapi menulis-nulis ni dia dah kureng sikit sekarang ni. Dia lebih kepada melukis pulak. Musim melukis.. Tunggu bulan depan, musim apa pulak. :)
Baru-baru ni aku perhati lukisan dia dah improve. Banyak jugak improve. Tapi, tulah...satu-satunya yang aku lemah ialah dah banyak sangat kertas A4 dia conteng. Beli buku latihan, kejap je dia conteng. Lepas tu cari balik kertas A4. Memilih lak tu, nak conteng satu muka je. Muka belakang tak nak conteng. Haii... Takpelah Razi, asalkan Razi tak merepek-repek, contenglah banyak mana kertas pun. Bagi je kertas dan pensilbox, dia duduk diam ler. Kusyu' melukis sambil-sambil tu menyanyi, baca doa ke, bercakap sorang-sorang ke. 
So, aku decide sebab dah banyak sangat kertas terpakai ni, aku ambiklah gambar beberapa keping lukisan dia untuk kenangan sebelum aku buang kertas ni. Huhuhu.. Sayang pulak rasanya nak buang, tapi...agak menyemak jugak ler.. kekekeke.... Ingat nak bagi kat taska diorang je, kalau diorang nak pakai untuk buat origami ke. Takdelah membazir kan? Ok, jom. Layan hasil karya Muhammad Fakhrurrazi, 4 tahun.
 Pensil box oren Razi. Kaler pensil semua letak dalam tu, kotak aku buang. Pakai pensilbox je senang. Itu pun masih lagi sepah-sepah jugak.
 Butterfly.
Snake.
Jellyfish.
 Kucing. Takut mak tengok kucing Razi ni.
Crab.
Lembu.
 Gambar ayah agaknya.. :) dengan baby baru kot.... Hmm...
 Caterpillar.
 Lion.
 Sotong.
Haa..cuba teka apa ni? Hehehe.... Ini ler Mr. Spongebob Squarepants.
Ini pulak hasil karya Muhammad Fakhri Izzat. Hihi... Tak lama lagi Izzat pun pandai melukis macam abang Razi tau.
Kalau time korang happy-happy, mak pun happy jugak. Jangan selalu sangat menangis-nangis ye. Sayang anak-anak mak. Oh....aku tinggal lagi beberapa hari lagi je ni.... Huuuu... Tak ready lagi rasanya. 

~ s u h i d a ~

Monday, May 02, 2011

:: Cerita Kosong Je ::

Assalamualaikum...
Syoknya hari ni cuti. Hehehe... Boringnya esok kerja... Huuuu.... Esok pagi-pagi pukul 10.30 dah ada meeting. Buat mood spoil je.
Semalam seharian aku sorang-sorang dengan Razi dan Izzat. Abang ni time orang cuti, dia kerja pagi pulak. Time orang bekerja, dia memanjang kerja shift petang. Boring betul....Hmm..Penatnya aku semalam.... Dari pukul 8 pagi Razi bangun, sampai pukul 11.30 malam tak tidur-tidur. Tidur pun setengah jam. Petang tu aku konon-konon nak praktis dia tidur tak pakai pampers masa tidur petang tu. Lulus.... Dia tak kencing kat toto, tapi dia bangun pergi kencing kat tepi cabinet. Anak akuuuu..... Bilik air sekangkang kera je Razi.... Aih...
Semalam aktiviti memasak je kerja aku. Pagi-pagi buat roti telur. Habis kitorang tiga beranak makan. Tengahari sikit buat nasi goreng daging dan udang. Berbunga hati aku bila Razi cakap "Sedaplah mak.." Aku tau nasi goreng tu menjadi sebab Izzat makan pun banyak kali dan laju. Kalau time masak tak sedap, dengan muka-muka sekali Razi cakap "Mak, tak nak makan. Tak sedap." Ohhh...Masa tu penat jadi lagi penat. Huhu.. Bila dia cakap sedap, walaupun aku tahu biasa je rasanya..takdelah sesedap kat restoran mahal-mahal, tapi buat jadi lagi semangat nak masak. Petang tu aku buat cucur udang pulak. Kekeke...
Ada satu kisah, satu malam tu aku baru balik dari rumah mak dalam pukul 8.30 macam tu. So, nak siap-siapkan diorang untuk tidur. Nak mandikan dulu dan buat susu. Aku masak air, kettle tu rosak agaknya. Tekan-tekan asyik ternaik je. Last-last aku ikat pakai getah supaya boleh masak air. Mandikan Izzat dulu, dah tak larat nak mandi dua orang serentak. Razi kat depan, menyanyi kuat-kuat. Itulah kerja dia. Bercakap 24 jam kecuali tidur. Hihihi.... Tengah mandi-mandi tu, tiba-tiba elektrik takde. Izzat tak menjerit sebab dia ada dengan aku. Lagipun Izzat cool. :) Si Razi menjerit terkejut agaknya rumah tiba-tiba gelap. Aku ni sebenarnya penakut gak dengan gelap, tapi sebab dah dengan anak-anak, takkan aku pulak yang nak menjerit. Kekekeke...
So, dalam gelap-gelap tu meraba-raba cari lilin. Telefon abah mintak datang kejap tengok suis box tu. Sementara menunggu dalam gelap tu, tiba-tiba Razi baca doa kuat-kuat. "Ya Allah ya Tuhanku, lindungilah diriku, ibu bapaku..." Masa tu aku dah tergelak kuat-kuat dah. Terus Razi stop tak jadi baca doa, tersengih-sengih tengok aku. Muhammad Fakhrurrazi.. Muhammad Fakhrurrazi.. Harap-harap sampai bila-bila macam tu ye, rajin baca doa untuk mak dan ayah ye. 
Menunggu atuk datang kat depan pintu. Razi ceria, Izzat takut sebenarnya gelap, tapi tak tunjuk..Nampak dari muka dia je. Hihihi...

~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...