Assalamualaikum....
Tadi ingat nak update blog cerita lain, tapi terjumpa gambar Izzat ni, tiba-tiba rasa syahdu pulak.
Gambar ni masa Izzat asma teruk, yang kitorang warded kat hospital 3 kali dalam masa sebulan tu. Haru betul. Kurus kering jadinya Izzat. Aiseh..sedih lah pulak. Tak boleh nak ingat keadaan kitorang masa tu. Pulak tu Izzat masa tu baru nak pandai berjalan. Nama je semput, tapi aktif macam orang tak sakit.
Tengoklah dia sekarang. Huhuhu...
Alhamdulillah, selepas ambil rawatan kat Pusat Homopati kat Selayang tu, sekarang Izzat dah tak kena asma dah. Cuma kalau bila dia selsema tu, ada lah jugak bunyi berkeruh tu. Tapi bukan asma. Syukur sangat-sangat. Sekarang ni aku alert je kalau anak-anak start selsema ke, batuk ke..aku bagi je ubat homopati. Memang dah ada bekalan dah. Tengok-tengok jugak Farhan ni, takut-takut jugak. Harap-harap dijauhkan, tak sanggup aku. Bukan tak sanggup nak menjaga, tapi aku ni allergic dengan hospital. Takut nak duduk kat hospital lama-lama. Huhuu...
Tapi yang bestnya, dalam ramai-ramai cucu atuk, Izzat ler yang rapat dengan atuknya. Hehehe....
~ s u h i d a ~
3 comments:
Kira menjadila buat kat situ ye, Alhadmulillah...
izzat dpt kasih syg extra ye
Pizli : Ye..alhamdulillah.
zura : dia pandai, dengan aku dia tak boleh sangat sebab abang Razi lebih kat aku. Jadi dia cari atuk dia ler. Huhu..
Post a Comment