Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin. Aku ingin meminta maaf pada semua kalau-kalau mana lah tau ada tersalah bahasa, tersilap kata kan.. :) kira 0-0 lah balik ye. Tahun kali ni kitorang ada orang baru sekali beraya. Dah beli dah baju melayu untuk Farhan jugak, tapi tengok-tengok macam besar sikit. Maka, baju-baju melayu tiga beradik ni akan dipostpon pakai pada raya tahun depan. Harap-harap sempat aku beraya di tahun depan. Huhu...
Raya kali ni, encik Fadzli Shah terpaksa bekerja. Tapi kerja petang, so pagi tu sempat jugaklah kitorang beraya bersama-sama. Mula-mula beraya kat Kuang, kampung famili abang Cha. Tapi, tak sempat nak ambik gambar pun. Dalam pukul 1 baru gerak patah balik ke Taman Permata nak beraya rumah mak. Seperti biasa, acara tahunan raya pertama mesti famili adik beradik abah datang berkumpul kat rumah kitorang. Alhamdulillah tahun ni dapat lagi berkumpul ramai-ramai.
Acara wajib setiap tahun, setiap kali raya..mesti bergambar depan rumah mak.
Makcik-makcik dan pakcik-pakcik aku. Abah je sempoi pakai kain pelikat. huhuhu.. Tengoklah Farhan... huhuhu...
Masa ni dah bersiap-siap nak masuk kereta, nak bertolak ke Besout dah. Rumah Mak Long.
Ini jelah gambar raya kitorang sefamili. Itupun muka aku ntah apa-apa. Dengan Farhan tak nampak muka. Sabar je ler... Razi Izzat dah tukar baju dah. Baju dah kotor berpeluh-peluh, Tak dapat nak bergambar semua berbaju raya, Huhu.... Setiap kali raya memang confirm takde gambar raya kitorang sefamili kecik ni. Kecewa betul. Huhu... Abang, abang hutang ambik gambar raya haaa... Jangan buat-buat lupa.
Balik kampung pun tak banyak gambar yang diambil. Raya pertama tidur di rumah Mak Long kat Besout. Meriah betul tahun ni hari raya kat Besout. Dulu kalau raya balik sana, gelap je.. Orang tak pasang lampu. Hei..sekarang ni, dengan mercun meletup non stop, budak-budak merempit naik motor, memekak press motor. Sabar je lah aku ni haa...
Pagi tu baru gerak naik ke Ipoh, rumah makcik-makcik, sedara belah abah. Boleh tahan gak aku makan tak hengat dunia. Lagi-lagi ada pulak laksa.... Huhu.... Malam baru sampai ke Batu Kurau, Taiping - rumah Mak Teh kakak mak. Dalam pukul 9, baru gerak ke Bukit Merah Lake Town Resort. Bermalam kat situ. Tapi kan balik ipoh, padang rengas.. aku tengok rumah bukan main lagi cantik dari rumah kat KL ni ha... taman perumahan yang baru-baru tu..rumah dorg design lawa-lawa. Dasyat kan. Macam ni baik berhijrah ke luar bandar. Rumah besar, tanah lapang, jalan tak jem, kos kehidupan rendah, udara bersih... Haihhh...Kekeke..

Masa on the way nak balik KL ler bosan. Lenguh badan sebab jem gila gila. Gerak dari Taiping pukul 6 petang, sampai ke RnR Sungai Perak pukul 7.30. Pastu sampai Taman Permata pukul 1.30 pagi. Nasib kali ni tak nak ikut jalan kampung. Kalau tak, mahu jadi macam raya haji dua tahun lepas. Sampai rumah pukul 5 pagi. Huhu... Kelakar betul, dulu masa kecik-kecik, horror balik kampung sebab takut lalu jalan kampung, pulak tu abah bawak kereta memang laju, Kalau dia kata sampai KL pukul 11, memang pukul 11 lah kitorang sampai rumah. Dalam kereta, baik tidur dari bukak mata. Huhu... Tapi raya zaman sekarang horror nak balik kampung sebab malas nak tempuh jem yang gila punya teruk. Azab ler, sebab sekarang ni dah kena drive sendiri. Hehehe... macam-macam.
~ s u h i d a ~
No comments:
Post a Comment