Wednesday, March 31, 2010

:: Awards ::

Assalamualaikum...
Terima kasih Mummyar, Ryn dan Bed bagi aku award ni. Hehe...Top Blogger ke aku ni. Kejap ada, kejap hilang. Kekeke..Neway, mekasih korang...
1. thank and link the person that give you the award.
Thank you Mummyar, Ryn & Bed. Kalau ada yang aku tertinggal nama tu aku minta maaf ye.
2. Pass this award onto top 20 bloggers you've recently discovered and think are fantastic. Ha ah Ryn, instruction dia memang sama. Kahhh..Mesti orang yang buat ni copy paste. Takpelah, aku nak bagi award ni kat nama2 berikut. Tak dapat nak cukup 20 lak, takpe ye.
Elin 
Mai
Puan Werdah
Ina
Ain
Jieha
Hani
Fuzah

Lagi satu award dari Ryn dan Alya. Kalau ada gak yang aku tertinggal, sowi lagi sekali ye.
1. bagi ucapan terima kasih kepada siapa yang bagi award ni dan postkan award ni dalam blog masing- masing
Terima kasih Ryn dan Alya.
2. listkan tarikh lahir anak yang 1st dan seterusnya, letak sekali nama anak yang ke-2, 3, 4... dan seterusnya (kalau ada lagi, sila berbuat demikian ya..!!)
Muhammad Fakhrurrazi
20 Mac 2007
Muhammad Fakhri Izzat
22 Oktober 2008
3. Sesiapa yang pregnant, boleh letak gambar pregnant ye..
Oh, sekarang tengah tak pregnant.
4. Sila serahkan award kepada sesiapa yang anda rasakan hot mama
Mak daku yang tercinta ler...Sila amek ye mak.

~ s u h i d a ~

:: Nur Dayana Insyirah 1st Birthday Giveaway ::


Assalamualaikum..
Nak join giveaway "Nur Dayana Insyirah 1st Birthday Giveaway" pulak.  
Nak tahu lebih lanjut, leh klik kat sini. (tak tahu korang sempat join lagi ke tak..hari ni tarikh tutupnya. last minit baru nak join.huhuhu...sabo je ler..)
Aku nak join Kategori B.
 Nama anak : Muhammad Fakhri Izzat
Tarikh Lahir : 22 Oktober 2009
Lokasi : Sunway Resort Hotel dan Spa
Aku tak tahu nak panggil babywear yang aku pakai ni jenis apa. Tapi, ini adalah satu-satunya babywearing yang antara 2,3 helai yang aku ada yang aku rasa paling selesa untuk aku dan Izzat. Harga rm29.90 je, beli secara tak sengaja masa jalan-jalan kat Wangsa Walk Mall.
*Gambar ni sebelum Izzat sakit. Tembam la sikit dari sekarang ni. Huhu...Rasanya Izzat baru boleh berjalan kot masa ni.

~ s u h i d a ~

Monday, March 29, 2010

:: Razi 3 Tahun ::

Assalamualaikum...
Lambat pulak aku buat entry pasal birthday Razi (atas sebab2 yang tak dapat dielakkan).
RAZI DAH 3 TAHUN!!!
Semoga sentiasa menjadi anak yang soleh, bijak, ceria dan suka menghiburkan hati kami semua.
Mak dan ayah sayang Razi...Opah, nenek, atuk, dadak, maksu, mak lang, mak ngah...sekian sekian sekian semua sayang Razi tau.
Korang layan gambar lah ye.
Baju besday boy ditempah khas dari Ryn-my adorable tees. Sangat kiyut, Razi boleh tahu tu baju dia, masa mula-mula aku tunjuk kat dia.
Sabar..sabar....jeng jeng jeng...
Comel tak kek ni. Seminggu aku duk hadap photoshop, fikir nak buat kek Razi ni camne. Oh, aku order kek ni dari Lia-Lovely Cakes.
Tang bab lilin tu yang aku paling suka tu dan juga coklat rice kat tepi tu. Huhu...Sangat sedap kek ni.
Dalam banyak-banyak binatang kat kek tu, cuba teka Razi suh potong binatang yang mana satu. Teka lah...
Nenek dan Razi.
Izzat tengok je ye. Tunggu besday Izzat 2 years pulak nanti eh. Insya Allah....
Nak potong sayang betul.
Control..control...
 
Izzat...
Sungguh2 dia makan kek tu. Tapi, tak abes pun. =P
Maksu, Razi dan daku yang enterframe.
Abis compang campeng kek tu aku potong. Tak senonoh betul. Oh, dah dapat teka dah binatang mana? Kekeke...
* Sangat puas hati, walaupun cuma jamuan kecil, tapi nampak Razi sangat seronok. Perasaan apa lagi yang boleh aku gambarkan bila tengok Razi happy? Alhamdulillah...Mak sayang Razi.

~ s u h i d a ~

Sunday, March 28, 2010

:: Tag Gaji Oh Gaji ::

Assalamualaikum...
Aku dapat tag dari Alya dan Ryn pasal gaji oh gaji.

1. Anda makan gaji?
Ha ah.

2. Bila kebiasaannya anda dapat gaji?
31hb kalau 31hb tu bukan hari Sabtu atau Ahad. Kalau Sabtu Ahad, gaji dapat awal ler.

3. Pernah dapat gaji lambat?
Ada sekali. Tak ingat bulan lepas ke bulan sebelum tu.
4. Perkara pertama yang anda buat selepas dapat gaji?
Bayar duit taska dan semua hutang-hutang. Kalau tak, memang tak berbayar ler jawabnye.

5. Anda happy dengan gaji yang anda dapat?
Tak. Tapi, bersyukur gak ada pekerjaan dan gaji.

6. Apa yang anda buat dengan gaji pertama anda sewaktu mula- mula bekerja?
Tak ingat lah...Lama sangat dah. Tapi, kalau gaji pertama aku kat opis baru ni, aku belanja makan sempena harijadi abah yang ke 59 tahun.

7. Berapa anda simpan dari gaji anda?
Takde. Semua habis. Kalau aku dapat simpan pun, sure habis gak aku pakai. Ngee!~

8. Apakah barang yang paling berharga dapat anda beli hasil dari gaji anda?
Kamera? Kahhh....

9. Berapa gaji yang anda impikan?
Lagi besar gaji, lagi kena stay ler kat opis. Tapi, kalau dapat gaji 5 angka, bahagianyaaaa..oh ya, dan tak payah stay lama-lama kat opis. Atau takyah kerja langsung. Kahhh.....

10. Tag 5 orang yang anda rasakan sudah dapat gaji?
Mai, Elin dan Mummyar. Rasanya yang lain-lain dah buat kot.

~ s u h i d a ~

:: 1st Giveaway : Playground Play-A-Round ::

Assalamualaikum..
Dalam aku terjah blog2 orang nampak 1 contest ni, macam best je nak join. Join je, tak menang pun tak pe ler...bunyi macam merajuk ye..kekeke...
Ok, dianjurkan oleh mudah-sangat. Kalau korang nak join klik sini pun boleh.
Tarikh tutup 30.4.2010.
Aku nak letak gambar Razi dan Izzat. Gambar ni masa gi KLCC bulan Januari hari tu. 
Nama : Muhammad Fakhri Izzat
Umur :1 tahun 5 bulan
*Boleh diterima ke gambar ni sebab ada gambar aku sekali? Sebab Izzat tak pandai slide sorang-sorang lagi masa ni. Umur dia baru 1 tahun 3 bulan.
Nama : Muhammad Fakhrurrazi
Umur : 3 tahun.

Sekian, jom join ramai-ramai!~

~ s u h i d a ~

:: Cirit Pulak ::

Assalamualaikum....
Selamat pagi semua. Aku singgah sekejap berblog ni nak maklumkan yang kitorang berdua dah keluar dari wad pediatrik HKL malam tadi. Izzat kena warded disebabkan cirit birit pulak. Masa kitorang sampai malam Sabtu tu, doktor dan nurse wad KK1 semua dah kenal kitorang. Aku dan Izzat dah glamer kat situ. Mana taknya dah masuk situ 4 kali. Paling best, bulan ni je 3 kali.
Semua doktor2 sebelum ni yang aku pergi (sebelum ni pergi hospital selayang, ampang puteri dan klinik famili) cakap maybe jangkitan kuman kat taska. Even masa kat klinik pesakit luar HKL pun doktor bertugas tu cakap kemungkinan besar jangkitan dari taska. Tapi, aku berat hati je nak percaya sebab takde budak-budak yang kena. Izzat je. Even Izzat 5 hari cirit birit dan pergi taska, still takde seorang pun yang terkena jangkitan dari Izzat. Yang terkena cuma cikgu Zakiah je la. Ye ler, dia je yang menjaga Izzat. Memang logikla dia boleh terkena, ate satu hari kat taska kena tukar pampers dekat 6-7 kali. Huhu..Kesian cikgu Zakiah. Aku memang betul-betul terhutang budi dengan cikgu Zakiah dan cikgu Anna tu. Sebab sepanjang diorang jaga Izzat yang sakit ni, diorang tak pernah komplen.
Ok, sambung balik cerita masuk wad hari tu. Doktor-doktor kat wad KK1 tu bila aku cakap cirit birit, diorang terus cakap...haaa..ini dapat dari wad la ni. Huhu....Memang ar, nak expect macamana..Memang tempat banyak virus. So, malam kitorang nak masuk wad tu, doktor cucuk tangan Izzat nak masuk drip, masuk ubat dan ambik sample darah nak buat blood test. Izzat menangis ler meraung2. Dalam dia menangis2 tu, doktor tengok air mata dia tak keluar langsung. Dia cakap kering air sampai menangis pun tak keluar air mata. Seriussss..Aku sendiri tak perasan. Huhu...Memang Izzat dehydrated betul sampai menangis pun tak keluar air mata dah. Alahai....Kesian anak aku....Berat Izzat timbang, baru 8.7kg. Ringan...Tengok muka dia pun dah rupa muka ayah dia. Kurus dan cengkung dah.
Sepanjang tinggal kat wad, Izzat asyik cirit je. Berak Izzat yang pertama tu kena timbang, 788 gram. Nak dekat 1kg tu. Pastu kena calit, diorang nak ambik sample. 3 botol. Huhu...Hmmm.... Pagi esok tu, dapat result blood test, doktor bagitau yang memang badan Izzat ada virus. Tapi bukan virus yang betul-betul jahat. (mmm...apa maksudnya tu, tak faham..virus semua jahat lah.) Virus ni memang takde ubat, so bagi air garam tu untuk tak bagi Izzat kering dan just berharap yang cirit birit tu akan hilang sendiri je nanti. Haih......
Alhamdulillah, petang tu, doktor bagi aku keluar sebab tengok Izzat mahu minum air garam tu. Mana taknya, kena paksa. Aku kena bagi air garam kat Izzat 130ml dalam masa satu jam. Aku bagi dalam 5 minit je 130ml tu. Huhuhu....Cian Izzat, terpaksa rela je minum air garam tu. Menangis nangis gak, tapi mulut bukak gak. Keke....Lepas tu, barulah dia ada selera nak makan roti dan bubur.
Sekarang ni aku dah kat rumah, Izzat dah takde cirit birit lepas last dia cirit kat rumah mak mertua aku. (Sebelum balik rumah, singgah dulu rumah mak mertua. Rindu kat Razi, kena tinggal lagi kat rumah nenek semalam. Malam ni ayah ambik ye Razi..) Tak tahu kenapa Izzat pagi ni dah tak cirit. Tapi alhamdulillah lah...
Pesanan buat Izzat.. Izzat tak nak sakit-sakit lagi ye. Huhu...Mak sentiasa doakan Izzat sihat selalu, insya Allah.

~ s u h i d a ~

Friday, March 26, 2010

:: Tag dari Mummyar ::

Assalamualaikum...
Aku dapat tag ni dari MUMMYAR, kawan blogger aku yang baru. Salam kenal ye kak.

SIAPAKAH ANDA DIRUMAH?
Isteri dan mak.

SIAPAKAH DIRI ANDA DISAMPING RAKAN?
Pendengar yang baik dan jadi bahan lawak (selalunya....).

5 BENDA YANG ANDA IDAMKAN TAPI MASIH BELUM TERCAPAI?
Berat yang ideal.
Filter air ELKEN.
Kereta baru.
Iphone.
Pergi Disneyland. (Kahhhh..eh eh, ni kira wishlist ke?)

SIAPAKAH NAMA PASANGAN ANDA?
Mohammad Fadzli Shah bin Ahmad...

CERITAKAN 5 PERKARA YANG PALING ANDA SUKA TENTANG PASANGAN ANDA?
semuanya

BILA TARIKH COUPLE
kahhhh....lupa lupa...jap ingat balik ye..mmmm....
takde tarikh sebenar kot. tapi tarikh ni masa first time gi keluar makan kot. 14 November 2003

KENANGAN PAHIT ANDA BERSAMA RAKAN ANDA
Accident motor masa aku form 4. Itu paling pahit kot, sebab member aku tu sampai kena operate perut dia. Ada pendarahan dalaman. Aku yang bawak motor bapak dia masa tu. Dia bonceng kat belakang. Huhu...

LAGU TEMA CINTA ANDA
Bersamamu Ezlynn
Kenangan Terindah Samsons

APA PERUBAHAN YANG ANDA INGIN LIHAT PADA PASANGAN ANDA
jadi suami dan ayah yang soleh

TAG 10 RAKAN LAIN
Sesiapa nak buat tag ni, sila ler amek ye. Jangan segan2.

Sekian..
~ s u h i d a ~

Thursday, March 25, 2010

:: Izzat Sakit ::

Assalamualaikum....
Akhirnya setelah berhari-hari dapat gak aku update blog aku ni. Ketika ini Izzat tengah tengok DVD Kungfu Panda, cerita yang dia boleh layan sampai habis. (Kalah cerita Geng Upin Ipin tu). Aku tak tau dia tidur ke apa tu. Tak bergerak-gerak. Jap aku jenguk dia jap... Lohh..tidur rupanya....Kuikuikui...Ingatkan khusyu tengok Kungfu Panda. Sabo je ler.
Malam ni Razi takde, aku hantar ke rumah nenek dia kat Sentul. Sebab...hari ni Izzat dah masuk hari ke 5 cirit birit, hardcore punya. Semalam dari pukul 11 malam sampai nak dekat pukul 3 pagi, aku rasa ada dekat 5 kali aku tukar pampers Izzat. Huhu...ada sekali tu, baru je pas sarungkan pampers baru, cirit lagi..Sabar..sabar...Pastu, Razi pulak tiba-tiba muntah. Tengah-tengah tidur, dia tersedak, dan termuntah. Cuak aku masa tu. Pandai lak tu, bila aku pujuk tak payah minum susu takut dia muntah balik, dia tak mintak susu. So, aku pikir aku kena asingkan Razi dan Izzat. Nanti kang kalau dua-dua sakit, aku gak yang haru sorang-sorang. Terbayang-bayang muka dia tadi masa hantar dia ke rumah nenek dia.... :(
Buat pengetahuan, Izzat warded hari Khamis dan Jumaat minggu lepas (lagi sekali sebab asma). Hari berikutnya Izzat dah ok. Entah tak tahu sebab apa, hari Ahad malam Isnin tu, tiba-tiba dia start muntah-muntah dan cirit. Malam Isnin tu aku bawak ke hospital Selayang. Mula-mula dengar nafas Izzat berbunyi, tapi sebab sebelum keluar rumah tu dia muntah sekali. Bila dah sampai hospital, MA kat situ (2 orang yang cek) cakap Izzat takde asma. So, aku ambik no giliran untuk jumpa doktor berkenaan cirit birit dan muntah-muntah tu. Sekali doktor cakap kena masuk air dan buat blood test. Kalau darah ada problem, maybe kena warded. Aku trauma betul dengar perkataan warded masa tu dan aku terus back out. (Aku malas nak cerita nape aku trauma kena warded, kang bertambah-tambah sakit hati aku.)
Esoknya abang Cha bawak Izzat ke Ampang Puteri, tapi aku tak tahu kenapa doktor tak bagi Izzat ubat cirit birit. Dia cuma bagi injection (aku tak tau injection tu utk apa..ini akibat communication skills yang teruk..aku tak pasti samada antara abang cha dengan doktor atau abang cha dengan aku..sebab aku tak dapat apa-apa info lepas dia berjumpa dengan doktor tu..). Tekaan aku, mungkin doktor tu tak bagi air garam lagi sebab hospital selayang dah bagi air garam. Doktor Ampang Puteri cuma bagi antibiotik dengan ubat untuk asma je.
So....berlarutanlah Izzat cirit birit sampai la ni. Sampai cikgu zakiah. cikgu yang jaga Izzat kat taska pun dah kena cirit birit. Berjangkit.(Alhamdulillah, aku masih sihat...aku cuba untuk kuatkan diri sendiri..aku tak nak sakit..kesian Izzat nanti....takut gak, takut kena mc lagi..huhuh....) Tadi, cikgu Anna tu tanya nak cuba tak minum air gandum. Bolehlah kot. Sebab katanya kalau nak cuba air kelapa, orang tua pun tak larat, sebab boleh buat badan lemah. Ini lagilah baby. (Alhamdulillah kedai air kelapa kat Melawati dah takde..) Aku cuba gak teh pekat macam yang Bed cadangkan,  tapi tak jalan. Tadi aku bawak Izzat gi Klinik Famili, harap-harap kali ni ubatnya berkesan. Doktor bagi ubat cirit birit dengan air garam. (Oh, Izzat cirit masa kat klinik, tapi taiknya kaler putih..sebab minum air gandum kot...)
Buat masa ni, aku cuma berdoa semoga cepat-cepat Izzat sihat. Badan Izzat susut sangat. Dah macam badan baby umur tak sampai setahun. Sangat sedih....Tolong doakan sekali ye, agar izzat cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala. Amin... Mak sayang Izzat ye...

Monday, March 22, 2010

:: Cutest Baby Birthday Contest ::

Assalamualaikum....
Saje nak repeat balik entry ni. Jom join contest aku ni ye. Klik sini boleh, klik kat gambar pun boleh.

Jom join ramai-ramai. Kasi meriah sikit. Disamping leh menambahkan lagi kawan-kawan blogger aku.
* Kepada yang dah join, terima kasih banyak2 eh.
Pastu iklan sikit, sudi-sudilah singgah jap kedai baju wardahwardrobe aku tu eh..Kahhh....harusler dipromote sikit.


~ s u h i d a ~

Sunday, March 21, 2010

:: Beautiful Blogger Award ::

Assalamualaikum...
Dapat award dari MAK, thank you mak....dan untuk dapatkan award ni rupa-rupanya ada syarat yang perlu dipenuhi..
Syarat-syarat seperti di bawah:
1. Thank & link the person
that gave you the award.
DONE.
2. Pass this award onto 15
bloggers you’ve recently
discovered and think are  fantastic.
Elin
Zaihan
Zura
Ryn
Alyyani
Nome
Bed
Jue
Aieza
Mel
Mai
Fuzah
Jiey
Chekuna
Khamisah
3. Contact said Blogs and let them know
they’ve won the award
InsyaAllah..4. State 7 things about yourself.
Seorang isteri kepada Muhammad Fadzli Shah dan mak kepada Muhammad Fakhrurrazi dan Muhammad Fakhri Izzat.
Tahun ni aku berumur 30 tahun. (Nape aku nak kena bagitahu ye...kekeke..)
Sangat suka makan steak.
Suka melukis. Tapi skill macam dah takde dah. Huu..Sedih..
Aku ada kedai blog, jual baju. Jom singgah jom kedai aku. (Aci dak aku promote kat sini..huuu..)
Aku dulu pernah join kadet polis masa sekolah kat Bentong dulu. Pernah wakil negeri Pahang dulu. (Nape tiba-tiba aku teringat kadet polis lak ni....haih...)
Teringin nak turunkan berat badan sampai 52 kg..Tapi macam tak kesampaian je...(Takde kena mengena lagi...huhu..korang layan kan je le yer...)
 Ok, inilah awardnye...Maceh mak....Lain kali bagi lah lagi ye....
Sekian, terima kasih.
Jemput2 ler korang, amek award ni ye.

~ s u h i d a ~

Wednesday, March 17, 2010

:: Tag ALYA ::

Assalamualaikum..
Aku dapat TAG dari Alya, alkisah tag untuk mengingat kembali saat-saat awal perkenalan dengan suami. Mmmm...aku try, try ye nak ingat balik. Uhuk uhuk...Almaklum ler, aku ni pelupa bab2 camni. Ok, jom layan tag jom....
1. first time jumpa with your hubby, bila and kat mana?
Tak ingat ler bila first time jumpa. Sebab abang Cha abang kepada bestfriend ku dari Form 2. Aku pun tak ingat bila first time aku jumpa dia. Bila eh first time jumpa? Mmmmmm...
2. love at first sight?
Hmm..tak la kot. Tersangkut masa aku jadi pengapit kakak kawan aku ni. Tahun 2003. Padahal sebelum-sebelum tu dah berapa kali jumpa. Agaknya masa kenduri kahwin tu baru nak terkena panahan cinta kot. Ceh..poyo..
3. who is he when the first time you meet him?
Abang kawan aku. Rambut panjangggg...Rockers tu rambut panjang2. Siap ada janggut dan misai. Sekarang dah tak boleh bela ler, ate dah kerja hotel) Masa first time bawak pergi jumpa mak, agaknye kenang tu abang best friend aku kot. So, mak bertenanglah jugak. Kaahhh..Ye ke mak.
4. how long it takes for him to ask you out of a date?
Entah, beberapa minggu lepas kenduri kot. Masa tu dia sms, alasan, nak tanya pasal kamera. (Masih teringat gurauan itu...) Kekeke....
5. first place dating?
Pergi bukak puasa kat ada satu restoran seafood kat Gombak kat tepi masjid tu. Tak ingat dah nama dia. Kat simpang tiga trafik light tu. Kalau orang Gombak tau ler kot. Kahhh...
6. how he proposed?
Proposed macam tak proposed pun. Macam cakap-cakap nak datang rumah je.
7. special date with your hubby?
2 Jun 2006. Hari nikah.
20 Mac 2007. Razi lahir.
22 Oktober 2008. Izzat lahir.
8. changes that he asked you to do?
Dia takde suruh aku ubah apa-apa kut. Cuma aku kena faham dia lebih sikit kut.
9. what is about him that you love so much?
Menerima daku seadanya...Ewah.
10. what is about him that you wish he would like change?
STOP SMOKING, PLEASE!!!
11. you will lose your mine and crack your head when he?
Buat tak tau dengan aku. Aku sedar siapa diri ku ini..Isk isk...
12. you will smile through your eyes for the whole day when he?
Reply my sms and return my call dan paling best bila dia yang mula cakap I Love You. (Selalu aku je yang cakap dulu...boring je....)
13. complete below sentences 'my love towards my hubby is as big as..'
Entahlah..aci dak jawab macam tu. Aku tak pernah boleh jawab soalan camtu.
14. nak pass tag ni kepada siapa?
Khamisah, jawab eh tag ku ini.
Sekian, terima kasih.

Saje nak letak gambar ni. Terkenang zaman cinta-cintun dulu. Huhuhu....
~ s u h i d a ~

:: Alice In Wonderland ::

Assalamualaikum....
Dah tengok dah pun Alice in Wonderland...Hmmmmmmmmmmmmm...
Tak best pun. Biasa je.
Sampai KLCC pukul 8.10 minit macam tu. Aku tadi entah apa hangin kat kepala ni, ikut Jelatek pulak. Alhamdulillah tak jem. Tapi, itupun berkejar-kejaran jugak nak pergi ambik tiket. Tak faham, kenapa bila dah bayar online pun still kena pick up tiket 45 minit awal. Letih betul nak kejar masa. Pulak tu, kaunter ambik tiket bukak jugak untuk kaunter bayar tiket. So, orang yang beratur panjang-panjang ni siap "Eh eh" dengan aku bila aku ke depan kaunter. Lantak ler.
Pastu kitorang gi makan kat food court, makan MC'D. Aku order Big N Tasty, tak sedap pun...Uhuk uhuk....Menyesal lak aku amek burger tu. Makan french fries tak abes, seludup masuk french fries dalam wayang. Kekeke..Tapi, tak makan pun.
Mmm..cerita dia biasa je lah. Aku rasa..aku rasa lah yang buat jadi tak best sebab masa 2 jam tu pendek sangat. Cerita tu macam diringkas-ringkaskan. Patutnya dia kena buat bersiri macam Lord of The Rings, baru best kot. Hehe...ok je lah. Takde lah tak best sangat pun. Ada gak bab yang kelakar-kelakar dan yang tak logik pun ada gak. Yang kelakarnya Red Queen tu nak potong kepala orang je kerja dia. Keke...Sebab, kepala dia besar gila. Kahhh..Itu ler orang dengki memang takleh tengok orang lain senang/lawa. (Ayat ini tidak ditujukan pada sesiapa ye..)
Sepanjang tengok movie, Razi behave. Danial banyak mulut. Kekeke..tanya macam2. Hmmm..Izzat meragam, sebab panas. Weh, TGV takde aircond ke? Panas ko, Izzat berpeluh-peluh sampai aku tanggalkan baju dia. Tak logik betul. Razi lak tergaru-garu, nasib tak menangis. Izzat pun agaknya aku dah tanggalkan baju dia, baru dia diam dan terlelap kat bahu aku. (Itu pun kena kipas pakai kertas). Serius...bengang tul. Dahlah cerita tak best, burger tak sedap, air cond takde. Macam-macam.....Nasib Ina belanja tengok wayang, maceh Ina. Ngeee....
* Pasni nak tengok How You Train Your Dragon pulak. Ewah..ikut nasihat kawan aku, jangan bosan bosan, buat apa-apa aktiviti. Baik.

~ s u h i d a ~

Tuesday, March 16, 2010

:: Entry Pendek ::

Assalamualaikum...
Malam ni ada aktiviti outing dengan adik aku, Ina dan anak-anak serta anak sedara aku, Danial. Nak pergi tengok Alice In Wonderland. Hoho..Awal-awal dah book seat. Tengok kat TGV KLCC je. Senang, lalu MRR2, masuk AKLEH, terus masuk parking bawah KLCC. Naik escalator dah sampai TGV. Hehe..
Pastu leh ler, beli roti kat Auntie Anne's. Ngeee....Tak sabor ni.
* Entry ni dikeluarkan sebab kebosanan yang amat sangat di opis. Ado kerja, tapi malas nak buat. Gara-gara bos takde dan kerja tak banyak. (Sambil menaip, terpaksa pandang belakang banyak kali, takut kantoi..huhu..)
Sekian.

~ s u h i d a ~

Sunday, March 14, 2010

:: Prebiu Belon Panas Udara Putrajaya Kali ke 2 ::

Assalamualaikum..
Jom ramai-ramai tengok Hot Air Balloon minggu depan kat Putrajaya. Dari 18 hingga 21 Mac 2010. Info ni aku dapat dari seorang member aku yang komen aku kat facebook sebab aku bosan tahap gaban. Huhu..
Syok eh kalau dapat pergi tengok, mesti ada banyak bentuk dan kaler. Ini kalau amek gambar, mesti puas hati. Agak-agak dapat naik tak? Tapi kalau aku beriya nak naik, orang tak nak naik, malas gak. Mmm..
Kat bawah ni imej aku google, aku copy paste eh. Saje nak tunjuk belon-belon yang ada tahun lepas. Sangat kreatif.
Sejak kerja IDS, aku dah jadi hantu nescafe. Tapi kat opis je lah. Kes, diorang tak provide Milo. Bosan.
Macam tak caya je, ini gambar Putrajaya.
Sangat kiyut burung merak ni. Kalau bawak Razi dan Izzat ni mesti heboh punya tunjuk sambil jerit-jerit bird bird!

Kat bawah ni lak aku copy paste artikel dari TimeOutKL. Apa plan diorang untuk tahun ni pulak. Korang baca je lah ye.
Did you know that hot air balloon is the oldest successful human-carrying flight technology still in existence? Fancy taking a ride in one?

Come March, you can experience what it feels like riding in a hot air balloon yourself. The Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2010 returns for its second year, and this time, the public will have more to look forward to as it promises to be a bigger event than last year’s, with more participants and balloons that should keep avid shutterbugs happy snapping photos all day long.
Even casual spectators will have a great outing with the family as the organisers have arranged various side activities that should cater to all.

Those that want to experience a hot air balloon ride, the tethered rides for the public should be one to watch out for. There will be five hot air balloons specifically for these tethered rides, and the public should get a great panoramic view of Putrajaya, if the weather permits of course. Last year the rides cost RM10 per person for 5 minutes of tethered flying, and although the organisers have not confirmed it yet, the cost for this year should stay the same (we hope).

The highlight of the fiesta will be on Saturday night, where the nightglow display would be held, and follow immediately with fireworks. How the nightglow display Putrajaya Hot Air Balloon Fiesta 2010 01works: the balloons will be inflated like a normal take off, but instead of ascending, they are held down to the ground. The burners are ignited periodically, and in the dark, these lighted balloons will glow like huge lanterns, giving a spectacular display to the audiences. Perfect for a romantic night out, wouldn’t you say so?

The 2nd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2010 is scheduled from 18 – 21 March 2010. For more information, please visit http://www.myballoonfiesta.com/.

Sekian, terima kasih.

~ s u h i d a ~

Friday, March 12, 2010

:: Jalan-jalan Dengan Mak ::

Assalamualaikum...
Kejadian ni dah lama berlaku. Ewah. Entry ni pasal pergi keluar jalan-jalan cari makan dengan mak dan Ina dan of course ler Razi dan Izzat pun ado. Kitorang gi satu restoran ni kat Sunway Pyramid. Mak belanja. Ngeeee....Jom layan ganbar..Layan Zasss....
Syok tul tengok diorang kat bawah main air kat Sunway Lagoon water park.
Ye..Ina memang tinggi dari aku. Aku tahu itu.
Mak aih..Tak takut jatuh ke?
Antara interior yang nampak selain muka aku itu.
 Apa haa nama makanan ni. Lupa dah. Tapi ayam lilit serai tu sedap. Agak-agak diorang recycle ke serai tu? Errrr..... 
Ini pun aku tak tahu apa benda ntah. Lupa. 
Ini aku tau. Ini steak.
 
Sempat posing kat salah satu seating area restoran ni.
Sudah kenyang, suka hati....Macam real je harimau tu terkam rusa tu. Besar betul patung harimau ni. Harimau sebenar pun tak sebesar tu kot.
Suka benar ambik gambar sambil menunjuk. Entah apa entah yang ditunjuk entah Razi ni.
Izzat yang maintain cool. 
Besar gajah ni. Scary...
Tengok tu, dia tunjuk lagi!~ Cuba tengok kamera betul-betul.
 Mak yang tak sihat, tapi kuatkan jugak nak belanja kitorang makan. Ngeee....
 Saya sayang mak saya. Hehehe..
Itu dia...Razi buat apa tu?
 Mak dan Ina, best friend forever. Kahhh.. Sekian.
* Sori ye. Kali ni layan gambar je. Aku nak cerita pun, dah lama dah kitorang gi keluar makan ni. Tak ingat dah.

~ s u h i d a ~

Wednesday, March 10, 2010

:: Rombongan Meminang Abang Amrin ::

Assalamualaikum..
Ingat lagi tak aku ada order kapkek hari tu dari Lia Lovely Cakes untuk rombongan meminang abang sepupu aku. Gambar macam kat bawah ni. Tak sabar aku nak tunjuk kapkek yang dah jadinya.. Kuikuikui...
Taraaaa....Ok tak? Aku sangat suka. Patutnya order 25 pcs terus. Bagi kat belah pompuan 16 je. Belen kita makan ler, kan Ina..kekeke..
So, kat bawah ni gambar sepanjang majlis pertunangan abang sepupu aku. Sori, aku tak sempat pun nak snap gambar-gambar hantaran yang aku buat. Sangat sedih. Ada yang nampak, nampak jelah ye. Jom layan gambar, sebelum ke rumah pihak perempuan, kitorang bertanggah kat Masjid Negeri kat Shah Alam. Sakan...Mana taknya, abang sepupu aku leh lupa nak bawak cincin. Asalnya nak ke rumah pihak perempuan pukul 2, lajak sampai ke pukul 3. Sabo je ler..Dah, jom layan gambar..Layan...Zassss...
 Izzat, Razi dan Irfan. Tengah melepak kat perkarangan Masjid Shah Alam. 
 Ini sedara-sedara yang berkumpul duduk kat pergola kat luar masjid. Sangat mendamaikan..dan sangat panas. Kalau tak panas, memang leh layan tidur nih. 
 Tengok ler, berkerut-kerut dua orang ni menahan panas. 
 Razi dan Irfan yang tak kisah panas ke ribut ke tetap maintain ceria. 
 Tengok ler..hahaahaha... 
Masing-masing tengah menunggu nak naik lif.
 Muka asyik tersembunyi je. Haih..susah tul nak enterframe sekarang ni. 
 Sesi mengumpulkan dulang-dulang hantaran. Tema pihak lelaki silver dan putih. Tema pihak perempuan gold. 
Geram je aku tengok kapkek itu. 
 Sempat lagi ko tengok kamera eh ina.
Izzat dah tanggal baju dah..Panas...Meragam-ragam..Menguji kesabaran weh.
Ini ler bakal pengantin perempuannya....Tahniah..Majlis insya allah bulan 5 nanti.

~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...