Assalamualaikum....
Selamat pagi semua. Aku singgah sekejap berblog ni nak maklumkan yang kitorang berdua dah keluar dari wad pediatrik HKL malam tadi. Izzat kena warded disebabkan cirit birit pulak. Masa kitorang sampai malam Sabtu tu, doktor dan nurse wad KK1 semua dah kenal kitorang. Aku dan Izzat dah glamer kat situ. Mana taknya dah masuk situ 4 kali. Paling best, bulan ni je 3 kali.
Semua doktor2 sebelum ni yang aku pergi (sebelum ni pergi hospital selayang, ampang puteri dan klinik famili) cakap maybe jangkitan kuman kat taska. Even masa kat klinik pesakit luar HKL pun doktor bertugas tu cakap kemungkinan besar jangkitan dari taska. Tapi, aku berat hati je nak percaya sebab takde budak-budak yang kena. Izzat je. Even Izzat 5 hari cirit birit dan pergi taska, still takde seorang pun yang terkena jangkitan dari Izzat. Yang terkena cuma cikgu Zakiah je la. Ye ler, dia je yang menjaga Izzat. Memang logikla dia boleh terkena, ate satu hari kat taska kena tukar pampers dekat 6-7 kali. Huhu..Kesian cikgu Zakiah. Aku memang betul-betul terhutang budi dengan cikgu Zakiah dan cikgu Anna tu. Sebab sepanjang diorang jaga Izzat yang sakit ni, diorang tak pernah komplen.
Ok, sambung balik cerita masuk wad hari tu. Doktor-doktor kat wad KK1 tu bila aku cakap cirit birit, diorang terus cakap...haaa..ini dapat dari wad la ni. Huhu....Memang ar, nak expect macamana..Memang tempat banyak virus. So, malam kitorang nak masuk wad tu, doktor cucuk tangan Izzat nak masuk drip, masuk ubat dan ambik sample darah nak buat blood test. Izzat menangis ler meraung2. Dalam dia menangis2 tu, doktor tengok air mata dia tak keluar langsung. Dia cakap kering air sampai menangis pun tak keluar air mata. Seriussss..Aku sendiri tak perasan. Huhu...Memang Izzat dehydrated betul sampai menangis pun tak keluar air mata dah. Alahai....Kesian anak aku....Berat Izzat timbang, baru 8.7kg. Ringan...Tengok muka dia pun dah rupa muka ayah dia. Kurus dan cengkung dah.
Sepanjang tinggal kat wad, Izzat asyik cirit je. Berak Izzat yang pertama tu kena timbang, 788 gram. Nak dekat 1kg tu. Pastu kena calit, diorang nak ambik sample. 3 botol. Huhu...Hmmm.... Pagi esok tu, dapat result blood test, doktor bagitau yang memang badan Izzat ada virus. Tapi bukan virus yang betul-betul jahat. (mmm...apa maksudnya tu, tak faham..virus semua jahat lah.) Virus ni memang takde ubat, so bagi air garam tu untuk tak bagi Izzat kering dan just berharap yang cirit birit tu akan hilang sendiri je nanti. Haih......
Alhamdulillah, petang tu, doktor bagi aku keluar sebab tengok Izzat mahu minum air garam tu. Mana taknya, kena paksa. Aku kena bagi air garam kat Izzat 130ml dalam masa satu jam. Aku bagi dalam 5 minit je 130ml tu. Huhuhu....Cian Izzat, terpaksa rela je minum air garam tu. Menangis nangis gak, tapi mulut bukak gak. Keke....Lepas tu, barulah dia ada selera nak makan roti dan bubur.
Sekarang ni aku dah kat rumah, Izzat dah takde cirit birit lepas last dia cirit kat rumah mak mertua aku. (Sebelum balik rumah, singgah dulu rumah mak mertua. Rindu kat Razi, kena tinggal lagi kat rumah nenek semalam. Malam ni ayah ambik ye Razi..) Tak tahu kenapa Izzat pagi ni dah tak cirit. Tapi alhamdulillah lah...
Pesanan buat Izzat.. Izzat tak nak sakit-sakit lagi ye. Huhu...Mak sentiasa doakan Izzat sihat selalu, insya Allah.
~ s u h i d a ~
3 comments:
siannya izzat..moga2 cepat sembuh..
Izzat..cepat sihat ye...
ko tabah je laa..biasalaa masa kecik2 ni macam2 susah sakit tu..tp insyaAllah dah besar makin menyenangkan...
Izzat cepat2 semboh tau...AMIN.
Post a Comment