Assalamualaikum....
Entry kali ni nak cerita pasal Izzat kena asma hari tu. Dah boleh upload gambar dah. Ok, macam ni ceritanya. Sebenarnya Izzat dah start selsema dari minggu lepas lagi. Dah bagi ubat selsema pun tak hilang gak selsema dia. Tak lama pastu dia mula start nafas berbunyi. Aku cuma bagi nebulizer untuk bagi dia lega sikit untuk bernafas. Tapi bila dah hari Rabu, rasanya macam kena bawak pergi klinik. Bawak pergi Damai Service Hospital kat Taman Melawati, doktor Wati tu refer Izzat ke mana-mana hospital. Dia suspect jangkitan kuman kat paru-paru, sebab Izzat demam. Doktor suruh admit kat situ je, tapi....uhuk uhuk...
Malam tu kitorang try dulu ubat dari Damai, nama ubat tu Singulair. Tapi, tak jalan gak. Malam tu Izzat still nafas laju. So, pagi Khamis tu, kitorang terus pergi ke Wad Pediatrik. Doktor cek dan memang kena warded. Paras oksigen Izzat cuma 94. Nurse tu cakap kalau normal untuk baby ialah 95. Lagi satu unit je Izzat. Huhuhu..Takpelah, kali ni aku terima je dengan redha terpaksa bermalam kat hospital.
Izzat tengah tidur. Rasanya baru lepas buat xray kot. Masa ni baru dapat katil baby. Berdoa je mintak-mintak dapat katil untuk ibu gak sebab kalau tak sakit ler pinggang weh, tidur atas kerusi je. Wad pediatrik penuh. Tak macam masa bulan 12 tahun lepas yang kitorang warded dulu. Kali ni ramai budak-budak sakit. Kebanyakannya asma pulak tu. Dan banyak gak yang kena jangkitan kuman kat paru-paru. Malam kedua aku, satu bilik semua budak-budak asma dan jangkitan kuman. Pulak tu ada yang kena stay sampai 10 hari. Huhu..aku dalam hati, mak aih...sepuluh hari? Izzat cepat-cepat sembuh ye Izzat.
Disebabkan ramai pesakit, kitorang kena tunggu giliran nak dapat katil. Kitorang masuk dalam tengahari, dapat katil dalam pukul 6 macam tu. Alhamdulillah, dapat gak katil untuk aku baring-baring susukan Izzat. Ada ibu sebelah aku, tidur atas kerusi je.Alhamdulillah baby dia dapat tidur dalam katil baby. Kalau tak, memang haru ler.
Izzat dah bangun, aku pujuk keluarkan semua mainan. Mana taknya, masa ni doktor dah cucuk tangan dia masuk jarum. Sibuk nak suruh aku bukak balutan dia tu. Mmm.. Yang peliknya kali ni treatment, diorang start dengan cuma suruh pakai inhaler asthalin tu je masa hari pertama. Tapi puff 6 kali dalam masa 4 jam. Ok gak tu, nak suruh buat nebulizer, memang kena sabar je la dengar Izzat meraung-raung sebab dengan oksigen lagi tersangkut kat hidung tu. Berapa banyak kali dia cabut benda alah tu. Sabo sabo.. Ye ler, nak memasang satu hal pulak ye. Jarum yang cucuk kat tangan tu, untuk nurse bagi antibiotik. Kesian gak, benda tu melekat je kat tangan. Sakit weh, berdenyut-denyut tu. Tapi kalau asyik nak kena injek je, mesti lagi haru. Tapi ada lagi yang lebih haru, Izzat ni ok ler, kena cucuk kat tangan je. Ada baby yang aku tengok, kena cucuk kat kaki. Ada yang kena cucuk2 banyak kali sebab tak jumpa urat. Lagi parah, aku ternampak ada seorang baby, kena cucuk kat tepi kepala, macam ariel pulak aku tengok. Sebelum tu Elin ada bagitau aku, dia pernah nampak baby kena cucuk kat kepala sebab tak jumpa urat. Tak terbayang camne rupa mula-mula tu, alih-alih ternampak pulak. Kesian sangat.. Sakitnyaaaaa...
Kena balut dengan kain, sebab mesti Izzat tarik punya kalau tak balut.
Hoh...masa nak pasangkan oksigen ni ke hidung dia, mak aih....Memang kena tabahkan hati ler. Mula-mula memang dia duk merengek2. Silap...bukan merengek, meraung kalau ikutkan. Huhu... Ye ler, kat tangan dah satu hal berdenyut-denyut. Ini lak kat hidung ada pulak benda menyangkut iye...Cian lah dia..
Habis semua barang aku punggah, nak pujuk dia.
Mak sedih Izzat. Tapi Izzat maintain ceria ye.
Ini masa hari kedua, doktor dah bagi off oksigen dah dan start bagi nebulizer setiap 4 jam. Pastu doktor pakar tu taburkan harapan pada aku yang petang tu aku dah boleh keluar, tapi kena tunggu doktor sesi petang approve. Sebab dia nampak Izzat dah aktif, dan nafas Izzat macam dah ok.
Tengok muka mak dan anak yang ceria, konon-konon petang tu dah boleh balik.
Kan Izzat kan kan..Ingatkan dah boleh balik. Sekali doktor sesi petang datang cek. Dia tak bagi kitorang balik. Muka aku tersangatlah frust masa tu. Tapi...nak buat camne. Malam tu tidur dalam keadaan lapar, sebab makanan tak sedap dan tak selera...Aku nak balikkk..
Ini hari ke 3. Tengok tu, abis satu bilik tu dia merayap.
Happy sangat-sangat masa ni. Sebab doktor dah bagi kitorang discaj. Yeay. tapi doktor pesan suh sambungkan puff tu sampai aku rasa Izzat ok. Baik doktor!~
Haih..memang takde gaya awak semput Izzat. Mana tak semput, aktif memanjang..Kekekeke..Anyway, syukur sangat-sangat. Kitorang ok sepanjang 3 hari kat wad. Cuma hari ke3 tu aku macam da weng sikit. Kalau lah doktor tak bagi aku balik gak hari ke3 tu, tak tau ler aku nak cakap macammana. Kahhh....
Bila dah duduk wad ni, macam-macam orang ler leh jumpa. Macam-macam cerita lah dengar. Tapi, aku lagi suka lepak baca buku, dan aku berjaya habiskan baca Twenties Girl tu dilah. Ceritanya sangat touching. Huhu.. Sekian.
~ s u h i d a~
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
7 comments:
Tahniah.. Touching kah?
lahai...ciannyer kat izzat...aku sedih giler kalau tgk bebudak kecik2 dah masuk sepital...lagi2 kalau kena cucuk kat tgn...haru ooooo...dulu bile leesya kena admit wad...x renti2 aku nangis sue...semoga ko tabah yer...dan semoga izzat cepat2 sembuh...
ALAMAKKKK.. nape bab gmbo nak last2 tu mato aku bergenang ni .. waaaaaaaaa
aku tingt time adik lelaki aku kecik2, gini le mama aku .. susah nk jaga.. kene dok wad... huuuhhuhuhuhuuhuh
eh ado ke yg enjit kat kepala??? mmg le situ ado urat .. tp selalu kalau x jmp kat tngn, kat kaki... myb x jmp jgk kut..
kesiannyerr..aku ni bab bebudak sakitt sgt2 lah aku seriau...hope izzat cepatlah sembuh..amin..
huhu...huhu..sedih nengok izzat pakai wayar kat hidung tuh..
kuat ko kan. aku tak kuat kalau anak kena warded ni. tp nak wat cmne. tp aku tgk izzat muka rilek je. siap bole jalan2 lg. ko sebut singulair, masa nia admit dulu, masa dah discharge doktor soh makan singulair gak. dia dlm serbuk kan? tak bekesan pun. selsema dgn batuk jugak. huhu..
ye, touchingkah twenties girl tu? aku rasa aku dah habiskan semua buku sophie kinsella. shopholic series, remember me, can you keep a secret, undomestic goddes. ok jer. light entertainment.takder la berat sangat.baca buku masa bujang tak sama baca buku masa dah ada anak.betul tak su?
alhamdulillah izzat dah ok. sabar la su. semua tu ada pulangan nyer nanti.insyaallah.hang in there ok.
Post a Comment