Friday, December 31, 2010

:: Tahun 2010 Yang Banyak Kenangan ::

Assalamualaikum.....
Tahun 2010 ni betul-betul tinggalkan kesan yang sangat mendalam pada aku, lebih-lebih lagi bulan Disember ni. Sepanjang bulan Disember ni, aku dan famili sokmo tak sihat. Abang Cha sambut hari jadi dia 25 Disember hari tu dalam keadaan berbaring masa kitorang bagi dia hadiah. Hehehe...Demam, batuk, selsema melanda famili kitorang. Demam jenis yang tak boleh bangun punya. Suara aku pulak semalam dah macam rockers. Budak opis boleh lagi buat lawak cakap suara aku macam Ella. Sudahnya, dek tak tahan sangat, dah sampai menggigil-gigil dengan mata dah merah, aku balik awal. Takdelah awal sangat, 5.45 petang. Aku cuba bertahan tak nak MC atau balik awal, sebab rekod aku bulan disember kat opis tu sangat teruk. MC, EL, ambek leave lagi. Balik awal dah dua kali. Huhuhu..... Haru...
Aku berblog sekejap ni sebab dah pun 31 Disember dan nak tinggalkan sedikit memori bahawa tahun 2010 ni betul-betul satu tahun yang amat mencabar pada aku. Awal tahun bermula macam tahun-tahun yang biasa, happy, ceria, sihat sentiasa. :) Cuma yang tak bestnya banyak khabar angin kat opis lama pasal bonus yang mungkin takde, takde increment, khabar angin pasal maybe ada orang nak kena buang. Semuanya ok sehingga lah lepas pertengahan tahun, banyak konflik kat opis berlaku dan akhirnya aku kecundang dan terpaksa tinggalkan opis tu.
Lepas tu time raya dan rasa seronok sebab tak perlu terfikir-fikir bila nak kena masuk kerja balik, sebab aku tengah mengganggur. Kebetulan masa ni bisnes Wardahwardrobe aku berjalan lancar, banyak jugak keuntungan yang aku dapat dalam keadaan tidak bergaji. Alhamdulillah. Mungkin ada berlebih sebab aku tak perlu ambik sikit duit wardahwardrobe untuk perbelanjaan seharian kalau aku bekerja. Masa tu jugak aku bergelut antara nak berhentikan taska Razi dan Izzat dan jadi suri rumah sepenuh masa. Memang kalau aku takde hutang PTPTN kompem aku tak kerja weh. Duduk rumah je buat bisnes baju aku tu.
Dalam tengah-tengah kemelut dan tiada pekerjaan, aku masih lagi menghantar resume, tiba-tiba aku dapat tau aku mengandung dah 5 minggu. Masa tu, aku rasa dah macam takde jalan lagi dah untuk aku dapat pekerjaan dan mungkin terpaksa berhentikan taska diorang.
Tapi, alhamdulillah... dalam banyak-banyak resume yang aku hantar, tiba-tiba ada satu firm berminat nak interview aku. Padahal tempat yang aku apply ni, tak pernah masuk dalam list aku pun disebabkab faktor jauh, perbelanjaan dan tenaga. Lagipun ni satu-satunya tempat yang aku endah tak endah je hantar resume. Hehehehe... Selalunya macam tu kan.. benda yang kita tak nak tu lah yang kita akan dapat, dan benda yang kita nak sangat tu lah yang kita takkan dapat. Tapi takpe, aku redha, mungkin apa yang aku sangka baik pada aku tak semestinya baik, dan apa yang aku sangka tak baik pada aku tak semestinya benda itu tak baik. Allah je yang maha mengetahui.
So berbalik pada interview aku tu, masa hari interview, aku takut nak bagitahu bos yang aku ni mengandung. Proses interview ok je dan esoknya bos telefon tanya berminat tak nak kerja kat situ. Dalam fikiran, terfikir aik senangnya diorang offer orang kerja. Aku pun terpaksa bagitau bos yang aku ni mengandung dan surprisingly bos accept news dari aku dengan rilek sekali. Betul... takde gagap-gagap langsung. Dia tanya, aku ada masalah tak kalau pregnant, aku cakap lah dengan penuh kopidennya, takde masalah besar sangat pun. Setakat sakit-sakit badan tu biasalah. So, dia pun offer aku kerja dengan syarat maternity leave aku nanti dapat gaji sebulan je. Huhuhu.... Tapi itulah, kita ni merancang je, tuhan yang menentukan. Mana aku nak tahu, yang mengandung kali ni betul-betul lain dari yang sebelum-sebelum ni? Aku start loya lepas 5 minggu, iaitu lepas aku interview dan bila aku dah start kerja baru. Menarik betul. Berlarutan sehingga 16 minggu. Ini baru aku nak rasa boleh makan, tapi lepas tu demam, selsema pulak. Aku rasa berat aku dah turun 3kg kot. Entahlah.
Sebenarnya lepas aku dah kerja dua bulan kat sini, baru aku tau kenapa bos senang sangat accept aku. Hehe..Rupanya orang susah nak lekat lama-lama kat situ. Ada yang datang dua hari je, pastu tak datang-datang dah. Ada yang tak datang langsung. Ada yang bertahan sebulan je. Patutlaaaa... Aku rasa kos makanan kot. Kalau nasi goreng kampung sahaja dah RM10.90, apa kes? Huhu...
So, sempena nak ke permulaan tahun baru kembali, aku berdoa semoga tahun 2011 ni Allah permudahkan segala urusan keluarga kami, murahkan rezeki kami dan berikan kesihatan kepada kami sekeluarga. Aku harap tahun mendatang ni, aku akan jadi lebih matang, lebih sabar, aku nak jadi ibu dan isteri yang baik, aku nak jadi lebih kuat dan positif, aku nak jadi Suhida yang dulu. Ceria dan happy sokmo. :)

~ s u h i d a ~

Monday, December 27, 2010

:: Kisah Izzat dan Ayah Demam dan Razi kat Giant ::

Assalamualaikum...
Hari ni aku EL sebab Izzat demam. Berjangkit dari ayah dia, yang sebenarnya berjangkit dari aku. Huhuhu... Sabo je ler. Izzat terjangkit demam maybe gara-gara disebabkan berebut tempat tidur dengan ayah dia la kot malam semalam. Hehehe... Mana taknya ayah tidur kat tilam Izzat ye. Aku tengok malam tu sedap je Izzat tidur berpeluk dengan ayah yang tengah demam. Abang Cha demam teruk, sampai terbaring tak boleh bangun langsung. Huhu...Suhu badan abang Cha 57.8C. Terkejut aku masa doktor cakap suhu dia tinggi macam tu. Sori ye bang, demam kite terjangkit pulak ke abang. Huhu...
Yang Izzat pulak malam semalam dah nampak bayang-bayang macam nak demam, tapi tidurnya elok, tak terbangun-bangun pun. Bangun pagi, bila aku rasa badan dia, boleh tahan panas jugak. Memang terasa macam nak kena EL ni, tengok ayah dia pun tak larat semacam. Memang Izzat tak larat pun siang semalam, melepek je. Huhu.. Alhamdulillah, merengek meragam dia tak teruk sangat. Nak jugak makan nasi dengan sup dua tiga suap.
Razi aku hantar jugak ke taska, walaupun dia tak nak pergi sebab Izzat tak pergi sekolah. Ada cerita kelakar sebenarnya kejadian masa ambik Razi balik dari taska. Disebabkan hari ni hari Isnin, hari mengepos baju. So, aku ingat takpelah boleh bawak Razi seorang pergi pejabat pos. Alkisah, sampai-sampai kat taska, aku suruh dia buang air dulu sebab Razi dah tak pakai pampers lagi dah. Cuma kalau nak berjalan jauh dan time tidur je baru pakai pampers. Agak-agak dah dua bulan kot tak pakai pampers. Masa pergi pejabat pos ok lagi, tak nampak macam gaya-gaya nak kencing ke apa. So aku rasa macam ok lah nak bawak pergi Giant jap. Razi macam biasa dengan mulut becoknya bercakap tak henti-henti sambil duk kendong plastik cheese. Seronok aku belikan dia cheese, dia suka makan cheese. Masa aku tengah memilih-milih spageti, aku tengok Razi dah start bergoyang kiri kanan, kiri kanan. Dalam hati janganlah dia mintak nak kencing. Elok terfikir macam tu, Razi cakap "Mak, abang nak kincing..." Aduyai, terus aku campak spageti, campak cheese dia tu dalam bakul. "Jom, kita lari pergi tandas." 
Hehehe.. Terpinga-pinga Razi, muka tak boleh blah. Ikut la aku berlari. Lari orang besar dengan budak kecik mana sama, terus aku dukung dia. Main langgar je orang. Aku terlanggar budak kaunter Giant, dengar dia cakap adui. Yela, ko menghalang laluan pun. Aku pandang jugak cakap sori. Tengok muka dia dari berkerut, terus berubah tersenyum... Hihi... Punya lah jauh toilet tu. Kalau orang biasa dengan Giant Taman Permata, toilet Giant kat food court kat hujung dunia nun. Dengan perut lagi, dengan berdukung Razi lagi. Sampai RHB aku serender, suruh dia jalan sendiri. Berlari-larilah kitorang ni pergi toilet.
Alhamdulillah sempat jugak sampai toilet. Kekeke...Punya lah aku tanak dia terkencing dalam Giant. Alih-alih masa dalam bilik air tu aku terjatuhkan spender dia, pastu masa nak angkat spender dia yang dah basah tu, aku terjirus belakang badan dia dengan air paip. Habis basah baju  dia. Alkisah....sori ye Razi. Dia membebel-bebel marah kat aku sebab buat baju dia basah. Hehe... Takpelah Razi, kenangan manis mak dengan Razi. :)

Monday, December 20, 2010

:: Ke Majlis Perkahwinan di Kedah ::

Assalamualaikum...
11hb Disember hari tu kami serombongan famili beramai-ramai pergi ke Alor Setar, Kedah untuk menghadiri majlis perkahwinan Fuzah dengan pasangannya Ezzad. Majlis ceria dengan warna kuning dan merah berlangsung di Old Village Homestay. Kitorang gerak dari KL dari pukul 12 tengah malam dan sampai ke tempat majlis berlangsung pukul 7.30 pagi. Sampai-sampai breakfast dulu bawah flyover highway. Huhu...Oklah, jom layan gambar.. Layannn...Zassss.....
Pasangan pengantin yang sama padan. Fuzah dan Ezzad.
Bagus homestay ni. Memang rumahnya luas. Lengkap dengan bilik-bilik yang banyak dan juga dewan untuk pelamin ataupun majlis.
Korang ni memang betul-betul macam raja sehari. :)
Sama padan kan, macam budak-budak lagi pun ye. Hehehe...
Kombinasi warna merah dan kuning memang menjadi ler.
Pasangan pengantin dengan keluarga pengantin lelaki.
Selamat Pengantin Baru Fuzah.. Moga kekal bahagia hingga ke akhirnya dan bertemu kembali dengan Ezzad di kemudian hari, insya Allah.
Bergambar dengan kitorang pulak. Oh, perut aku tak dapat dicover, dah besar walaupun baru 16 minggu. Huhu..
Hantaran dari pihak lelaki.
Hantaran dari pihak pengantin perempuan. Aku minat dengan bunga ros merah tu. Bunga tu diorang gubah sendiri. Nampak simple, tapi banyak pekerjaan jugak tu.
Cupcakes dalam congkak. Kreatif kan? Cupcakes ni aku orderkan dari Huda, Precious Delight.
Terima kasih ye buatkan cupcakes yang memenuhi konsep yang kitorang mintak. Ala-ala hantaran tradisional. Tengok macam remeh jugak nak mengulit tanjak, sirih junjung bagai. Good job.
Tekun tengok kemeriahan majlis. Izzat yang semakin manja dan semakin berisi, Alhamdulillah..sekarang macam dah sihat.
Ibu mengandung nak jugak ambik gambar, menyelit. Hehehe..
Yang aku rasa untungnya buat majlis kat Old Village Homestay kat Alor Setar ni sebab selain homestay, diorang ada restoran sekali dan juga yang menariknya bersebelahan dengan sungai. Sungai ni takdelah cantik sangat, tapi still boleh buat suasana jadi best ler. Aku tengok sungai ni macam ada buaya je. Huhu... Waktu petang, pengantin bergambar atas bot seberang sungai ni. Tapi kitorang tak dapat nak tunggu sampai ke petang sebab kami sekeluarga pergi bercuti ke Langkawi. Next entry, Insya Allah.... Oh ya, homestay ni boleh nampak dari tepi highway PLUS.
Meja makan untuk tetamu dari pihak lelaki.
Meja makan beradab pengantin.
Ini pulak tempat makan untuk tetamu-tetamu yang datang. Yang sedang menopang dagu tu mak tiri aku. :) dengan anak-anaknya.
Sebelah kiri tu abang Mi dan sebelah kanan tu pulak, abah..Encik Mat Hanip. :) Oh ya, diorang ada provide laksa dengan goreng pisang sekali. Weh....laksa dia sangat lah walllawehhhhh sedap gilak. Maybe sebab dengan cuaca yang panas dan persekitaran kot. Tak tahulah.. Tapi aku rasa selain mi tomyam Padang Besar yang aku suka tu, laksa kat kenduri ni yang second leh buat aku teringat-ingat. Kekee.. Goreng pisang pun sedap, sebab diorang goreng kat situ jugak. Huhu....
Sempat jugak bergambar kat pelamin dengan mak dan Ina. Tengok muka aku dan adik aku, tak serupa langsung kan.
Mak mertua pun ikut sekali. Bergambar dengan Razi dan Izzat. Susah jugak nak suruh diorang ni bergambar.
Sebenarnya kitorang ni nak bergambar dengan hantaran. Hehehe.. Tapi tak nampak pulak hantarannnya.
Setakat ni je, nanti kalau aku ada kesempatan, insya Allah aku akan update cerita trip kitorang ke Langkawi pulak. Hehe...Tapi entah bila pulak aku nak cerita ye.
Oh ya, aku dah ok dah dari alahan... Huhu.. Oklah sikit kot sebab tengah hari tadi dah boleh masak. Bolehlah dah bau masakan. Harap-harap lepas ni aku rajin ler nak memasak balik. Dah rasa malas pulak nak masak. Ahakssss....

~ s u h i d a ~

Saturday, December 18, 2010

:: Celoteh Makcik Suhida ::

Assalamualaikum...
Baru je nak semangat buat entry baru untuk blog yang dah bersawang ni jadi terbantut kejap. Sebab tak boleh nak upload gambar dari kamera. Banyak sangat gambar-gambar nak upload, maklumlah kalau ada gambar tu menceriakan lagi cerita, kan? Tapi, takpelah mengenangkan esok hari Sabtu dan tiba-tiba mood berblog macam dah datang balik, baik aku cepat-cepat menaip. Huhu...Sekarang dah pun pukul 12 malam, selalunya time-time macam ni aku da terbongkang dah tidur. Penat punya pasal. Sampai rumah pun tak sempat nak kemas. Ngee!~ Razi dan Izzat dah tidur. Paling lambat pun, pukul 10 diorang dah kena paksa tidur dah. Walaupun diorang tak mengantuk, aku paksa jugak suruh tidur sebab aku pun nak tidur. :D 
Aku rasa kan, antara sebab-sebab kenapa aku asyik rasa penat sekarang ni mungkin disebabkan oleh :
1. Aku mengandung <--- ini memang kompem la kan...
2. Dah lama tak travel jauh ke opis. Dulu ke opis 5 minit je, maklum ler opis belakang rumah. Now..sangat jauh....Huuu... Terasa weh, duit minyak, duit tol, duit makan... Semuanya double..double trouble.Huwaa....
3. Maybe aku tak cukup tenaga sebab makan tak selera.
4. Razi dan Izzat sekarang tengah sama-sama naik. Dah pandai bergusti. Dan manja diorang tersangatlahhhhhh...manja? Terutamanya anak sulung aku tu. Mengalahkan si adik pulak.
5. Sebab aku dah tua kot? <---tak perlulah korang komen faktor no 5 ni. :D Aku terima hakikat ini.
Hmmm...Semenjak dua menjak ni semua benda dalam hidup aku jadi berterabur start daripada aku melepek dek alahan. Tak terurus semua jadinya! Mulai dari hari ni aku berazam untuk menyusun kembali semua benda yang dah tunggang terbalik dalam hidup aku dan terutamanya dalam rumah lah. Banyak sangatlah barang dalam rumah...Camne nak buat ni? Sekarang tak boleh jemput tetamu datang ke rumah, segan aku. Baik kemas habis-habisan dari sekarang sebelum perut makin memboyot. Ni kes pindah rumah hari tu tak habis kemas lagi dan berlarutan dengan pertambahan barang-barang lagi. Aduyai...Bertabah hatilah makcik....
Lepas tu kan, aku rasa aku dah nak start asingkan tidur Razi dan Izzatlah. Masing-masing dah jarang terbangun tengah-tengah malam mintak susu. Bolehlah kot tidur bilik lain. Bila lagi aku nak start kalau bukan sekarang, sebelum dapat baby baru, kan? Huhu..baby baru... Tapi, Razi tu agak penakut sikit ler. Dia kalau bercerita pasal hantu, tersangatlah kreatifnya. Sampai aku pun boleh jadi meremang bulu roma. Huhu...
Hmm...Baik tukar cerita sebelum aku jadi seram balik. Huhu...Cerita pasal bab alahan pulak, aku rasa aku dah mula start rasa nak ada balik selera makan. Tengoklah esok tahap kerajinan yang macam mana, ingat nak try masak. Lama betul aku tak masak. <--pengakuan ikhlas nih! Bau makanan pun tak lalu, apa tah lagi bau orang memasak. Kali ni rasanya rekod paling lama rasa alahan selama mengandung. Dah nak masuk 16 minggu pun masih tak ok ok lagi. Aku masih tak sempat lagi cerita aku nyaris-nyaris muntah dalam kereta bos. BMW X8 pulak tu.... Seksa betul naik kereta tu. Harap-harap cepatlah hilang alahan ni. 
Oh ya, kiranya nak masuk 4 bulan dah kan aku ni, tapi berat daku tak naik-naik dari first timbang hari tu. Selalunya sebelum-sebelum ni kompem setiap kali cek naik 1kg atau 1.5kg. Ni maintainlah pulak... Hari tu turun 1kg, sampai sudah angka tu tak gerak-gerak. Berapa angkanya tu, tak yah ler tanya ye. I malu...Hehehe...
Oh ya, aku dah tengok jugak Rapunzel. Tapi beli cd je. Kartun-kartun dia sangat comellah. Suka sangat tengok muka cute Rapunzel. Tapi Razi Izzat tak minat sangat tengok. Maybe sebab gambar blur kot, maklumlah CD pirate. Huhu.... Nak tengok wayang, tapi ajak Razi dia boleh cakap dia tak nak tengok sebab kartun tu kartun orang perempuan... Sabo je ler..

~ s u h i d a ~

Saturday, December 04, 2010

:: Lama Aku Menghilang ::

Assalamualaikum...
Dari sehari ke sehari ingat nak menaip tapi asyik tergendala je. Mesti stop kat assalamualaikum lepas tu tutup balik samada takde mood atau takde idea atau razi izzat nak ajak main dan macam-macamlah. Itu yang blog ni pun dah bersawang, berlalang bagai. Nak singgah blog kawan-kawan pun mana yang sempat je.
Sedar tak sedar aku dah pun nak masuk 14 minggu mengandung dan dah sebulan bekerja kat tempat baru. Huhu...Pengalaman mengandung kali ni sangatlah lain dari Razi dan Izzat. Alahan teruk sangat. Macam masa Razi Izzat, bila dah habis 3 bulan tu kiranya dah ok lah gak selera makan. Sekarang ni makin menjadi-jadi pulak alahan. Demam, selsema, batuk, sakit kepala semua datang serentak. Huhu... Kalau mengandung sebelum ni, berat asyik bertambah, tak pernah turun pun. Kekeke... Tapi mengandung kali ni first time berat turun. Agaknya sebab asyik muntah balik. Makan pun tak lalu, sekadar cukup syarat tak nak bagi badan mengigil-gigil. Tapi tak kurus-kurus jugak. Pelik betul. Hehehe..
Bekerja kat tempat baru pulak setakat ni ok je. Cuma belanja lebih pada minyak dan makan dan masa perjalanan. Mahal weh makan kat area Sri Hartamas sana nun. Kalau nak jimat, bawak bekal nasi lemak hari-hari, tapi kena makan time lunch ler. Kekeke...Duit jimat ler kalau buat macam tu, tapi lama-lama badan pun senang naik. Environment kerja ok, aku pun baru sebulan je kat situ. Cuma takde lagi admin yang perasan bos dan takde orang yang banyak propaganda dan agenda. Mmmm.... Target kerja dengan elok-elok selagi boleh sampai lepas bersalin dan lepas tu tengok rezeki kat mana pulak. Sekarang ni hadapi hari-hari dengan redha je. 
Oklah setakat ni je,  Izzat dah ajak main. Huhu.. Aku selitkan jugak gambar sikit buat korang lepaskan rindu nak tengok aku. Perasan ye. :P Aku akan cuba update blog sekerap yang mungkin. Insya Allah. Nak jugak cerita pasal perkembangan adik Razi dan Izzat dalam blog ni. :)
Gambar sekeluarga yang aku rasa setakat ni yang paling OK. Hikhik....
Oh ya, ada ahli keluarga baru dalam famili kami. Nur'Aina Sufiyyah, buah hati adik ipar a.k.a kawan baik aku, Lily. Lily selamat melahirkan baby girl pada 23 Nov 2010 di HKL. Berat Aina 2.36kg. Moga menjadi anak yang solehah, rajin dan bijak ye.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...