Showing posts with label celoteh. Show all posts
Showing posts with label celoteh. Show all posts

Friday, March 02, 2012

:: Antara Aku Dengan Cikgu Ana ::

Assalamualaikum...

Percaya tak yang Razi Izzat lagi senang dengar cakap cikgu Ana banding aku? Ketara sangat pulak tu. Aku memang salute cara kak Ana psiko budak-budak. Walaupun nampak cara kak Ana tu macam tak tegas,tapi budak-budak dengar cakap dia. Kan Razi suka bangun pagi menangis macam yang aku cerita sebelum ni kan... Aku mengadu dengan kak Ana, aku bagitahu yang Razi menangis kalau bangun tidur. Hari-hari merengek takde sebab. Aku mintak dia nasihatkan Razi, wow! Berkesan.... Hihihi...
Masa nak ambik diorang balik dari taska, kak Ana pesan esok pagi siapa bangun tidur nangis-nangis, ada apa kat telinga dia? Razi Izzat pun jawab...Ada Ssssss... Apa yang S tu kak Ana? Aku tanya. Kak Ana jawab S tu untuk Se_an, kan pesan dengan diorang kat sekolah tak boleh cakap perkataan tu, tu yang jadi S je tu... Huhuhu... Tapi Alhamdulillah, pagi esoknya memang Razi tak nangis. Dia ingat pesan cikgu Ana dia, siap bangga dalam mamai-mamai tu, dia bagitahu dia tak nangis, jadi takde S kat telinga dia. Sabar jelah aku. Huhuhu..
So far aku memang banyak bergantung harap pada kak Ana kalau bab nasihat-nasihat Razi Izzat ni. Cikgu Ana boleh pujuk diorang jangan berebut duduk tengah (dalam kereta). Sampai ke hari ni, diorang still berebut, tapi dah ada sistem giliran diorang sendiri. Huhu... Izzat train tak pakai pampers pun, kak Ana yang mulakan dulu. Huhu.. Now Izzat dah ok dah duduk rumah tak pakai pampers, pergi sekolah pun, aku bekalkan sekeping je pampers. Botol susu Razi Izzat pun tak bawak. Minum dalam gelas. Tapi kat rumah, still lagi minum botol. Huhu...
Tapi macam Izzat, dia sangat manja dengan kak Ana. Budak- budak lain panggil cikgu Ana, Izzat panggil Ana je. Pastu naik pangkat panggil kak Ana pulak, padahal cikgu ni. Sekarang je macam ok sikit, dia panggil cikgu kak Ana..hihi...suka hatilah Izzat. 
Syukur jugak, yelah.. Sekarang ni susah nak jumpa cikgu/pengasuh yang ada rasa sayang kat budak-budak memang kat hati dia ikhlas sayang kat budak. Kurang sikit susah hati aku nak hantar anak-anak ke taska. Memang beza keadaan taska tu kalau kak Ana takde, cuti balik kampung. Pagi-pagi huru hara jadinya taska tu. Duk cerita-cerita pasal kak Ana takde pulak nak tepek gambar..hihi...next time insya Allah...


~ s u h i d a ~

Thursday, February 23, 2012

:: Citer-citer Kosong Je ::

Assalamualaikum....
Barulah aku faham perasaan senior designer atau bos kalau aku lambat buat kerja, kan? Huhu.. Ada designer baru masuk semalam. Bagi buat simple working drawing pun ambik masa 2 hari. Dan tadi, aku terpaksa balik lambat sebab pukul 6 baru dia bagi drawing untuk checking. Padahal baik punya plan aku nak cabut awal kan, hari ni... Isshh...Kacau je.
Hmm... Bulan Mac nanti tak lama lagi nak birthday Razi yang ke 5. Ingat nak buat something special untuk dia. Tapi masih tak pasti lagi. 5 tahun dah Razi..Huhu.. Lagi setahun lebih dah nak masuk sekolah rendah. Kejap je setahun lebih tu, kan? Macam tak ready je nak lepaskan dia ke sekolah rendah. Eh apadaa...cerita lambat lagi nak berlaku. Hihihi.. Sekarang pun kalau bangun pagi, dia seorang je yang merengek meragam. Biasalah orang baru bangun tidur kan mood tak berapa nak ok. Hari-hari memang macam tu, dah style dia bangun pagi mesti ada yang tak kena. Pening-pening. Nak pakaikan baju pun nak memilih.. Stress aku pagi-pagi dengan nak rushing hantar diorang ke sekolah nak pergi opis. Now nak sembang-sembang kejap kejap dengan Cikgu Ana dengan Zakiah pun tak sempat. Sekali sekala dapat borak dengan kak Ana seronok. Orang suka bercerita. Nak buat macam mana. Serius aku memang rasa masa tu cepat sangat berlalu.
Izzat pulak dah start train tak pakai pampers kat sekolah. Kalau kat rumah bila time aku konpiden boleh handle je aku tak pakaikan dia pampers, takut dia terkencing kat lantai. Sebab sekarang budak kecik Farhan tu, tak boleh kena tinggal langsung! Menangis je mintak duduk sebelah. Pening pening... Nak ke toilet pun terkocoh-kocoh. Nak kena babab Farhan ni. Kesian..maybe sebab masih tak sihat lagi. Dah dekat dua minggu selsema tak hilang-hilang lagi. Masih on ubat homopati. Cepat sembuh ye Farhan.
Aku pulak semakin sihat dan tembam. Berat naik baik punye kan.... Nak diet dah tak rasa macam dulu-dulu. Dulu kalau nak diet, memang diet betul. Tapi sekarang ni, kata je malam tu berazam nak diet. Tapi esoknya tu, bantai makan ayam goreng, nasi penuh sepinggan. Dalam hati cakap, takpelah makan hari ni, esok pulak start diet balik. Hikhikhik.... Macam mana nak diet kalau camtu gayanya? :)
Aku sekarang dah mula start risau pasal kesihatan lah. Bila dengar-dengar macam2 penyakit, takut sangat kalau tiba-tiba datang penyakit entah dari mana. Macam tak ready je. Ada member cerita kat aku pasal member dia baru dapat tahu ada kanser hati. Umur baru 27 tahun. Anak dua orang. Katanya kanser hati memang jawapannya kematian je lah. Huhu.. Takut mendengarnya. Mana nak sangka ada kanser hati..dah stage 2 pulak tu. Kalau aku, mesti tangkap sayu punya sebab teringat kat anak-anak. Boleh ke kite tengok diorang membesar. Sempat ke kita tengok? Huhu...

~ s u h i d a ~

Wednesday, December 28, 2011

:: Rasa Macam Nak Pergi Bercuti Je ::

Assalamualaikum...
Ada member opis aku bagitahu dia nak travel sorang-sorang pergi Australia tahun depan. 2 minggu dia cuti nanti. Nampaklah kesungguhan dia, nak challenge diri sendiri. Berani ke tak, nak travel tempat orang sorang-sorang. Ye ar, orang perempuan. Haruslah rasa risau. Dia dah beli pun tiket air asia, RM1k return bulan 8 ni. Reason dia nak buat macam tu sebabnya ada kawan perempuan dia, pergi bercuti ke Europe sorang-sorang. Hmm...Huhu.. Kalau aku, teringin gak jalan-jalan tempat orang. Tapi kalau sorang-sorang, aku tak berani kot. Aku bukan apa, aku takut aku mati kutu je jalan sorang-sorang. Hehehe...Tapi agak menarik gak kan, nak travel sorang-sorang, amek gambar, suka hati nak pergi mana. Huhu... Ataupun reason kenapa pergi sorang-sorang sebabnya member-member takde badjet nak pergi jalan-jalan oversea. (Aku nak berjalan kat Malaysia ni pun tak ada badjet...hihihi)
Ada gak member aku yang lagi sorang ni, pergi holiday dengan member-member opis. Holiday trip dengan girlfriends je. Anak dan suami tak follow. Hmmm... Macam nak try sekali, boleh tak? Huhuhu..

~ s u h i d a ~

Saturday, August 20, 2011

:: Aku Bersyukur Sangat Sangat ::

Assalamualaikum....
Alhamdulillah setakat ni aku rasa happy sangat dengan life aku. Sebelum-sebelum ni perasaan yang aku rasa down tu dah berganti dengan kegembiraan tiap tiap hari. Ceee....tiba-tiba je mukadimah macam tu ye. Aku bukan apa, memang aku tengah happy sangat-sangat sekarang ni. Memang betullah setiap anak itu ada rezekinya. Walaupun belanja makin bertambah, walaupun rasa penat yang tak pernah habis, walaupun tension yang sangat sangat, tapi kalau kita hadapi semuanya dengan rasa syukur, insya Allah semuanya akan rasa cukup kan? Harap-harap rasa happy yang aku rasa waktu ni akan berpanjangan dan kekal selama-lamanya. Aminn..
Oh..korang perasan tak sekarang ni masa singkat sangat. Sedar-sedar dah nak habis puasa. Sabtu dan Ahad tu tak rasa macam hari cuti pun. Baru je hari tu masuk tahun 2011, ni tak lama lagi dah nak masuk 2012. Oh tidak, tak nak lah tua cepat sangat. Hehe... Yang peliknya masa sekolah rendah dulu rasa lambat je waktu berlalu kan?
Hmm...Sekarang suasana kat opis baru aku kerja pun aku rasa dah cukup ok dah. Takde lah sebest suasana macam masa kat opis lama kat wangsa maju dulu. So far, ok je. Ngusik sikit-sikit tu biasalah, dengki sikit-sikit tu pun biasalah. Dapat bos pun, walaupun cerewet tapi tak marah kita kasar-kasar depan orang lain. Buat silap, bos tegur elok-elok. Aku kan tak pernah bekerja dengan bos lelaki, sokmo lady bos je. Best jugak kerja dengan bos lelaki - sebab tak kena marah. Hihi... tapi haruslah kerja dengan tekun, janganlah ambik kesempatan pulak, kan? :)
Alhamdulillah kedai Wardahwardrobe aku pun dah semakin maju. Sayang sangat wardahwardrobe. Agak-agak sampai bila kedai online aku ni eh? Kadang-kadang ada jugak terfikir nak resign dan bukak je butik baju. Huhu.. tapi aku bab direct selling ni memang lemah ar. Fail! Kuikui... jual online lagi cepat laku dari jual berdepan dengan orang. Maybe skill marketing aku takde - zero. Ngee!~ Tang ada regular customer yang setia membeli tu yang tak tahan tu. Ada seorang tu dah dekat setahun mesti beli hampir setiap minggu. Huhu.. Syukur ada orang yang percaya nak membeli baju dengan aku,kan? Paling tak tahan, bila customer-customer doakan aku macam-macam. Rasa seronok sangat sebab walaupun tak jumpa orang directly, ada jugak orang yang sudi nak doakan kebahagiaan aku kan? Hmmm...
Ok, ini jelah celoteh aku kali ni. Ambik masa yang ada nak membebel kat blog ni. Seriously aku cakap memang sesungguhnya aku sangat penat, sangat stress dan sangat sangat tak ada masa. Berita terkini pun dengar kat radio je. Allah jelah yang tahu macam mana rasanya kepenatan aku ni. Tapi, aku bangga sebab bila orang bercerita ada anak seorang pun diorang dah tak larat, aku ada 3 orang anak dan Alhamdulillah aku masih larat dan bersyukur sebab Allah permudahkan segala-galanya. Abang Cha pun banyak membantu buat kerja-kerja rumah dan banyak sangat berubah ke arah yang positif. Moga-moga Allah sentiasa memberkati dan melimpahkan rahmat ke atas keluarga kecik kami ni. Aminn.. :)
Macam baca novel tak post aku kali ni. Yeah! Selamat berhujung minggu kawan-kawan!

~ s u h i d a ~

Tuesday, June 28, 2011

:: Aku Nak Cuti. Boleh? Huhu.. ::

Assalamualaikum...
Teringin nya nak pergi bercuti jauh-jauh, pergi Indonesia ke, pergi Thailand ke..ala...kalau dapat pergi mana-mana pulau tidur 2 malam pun dah rasa ok dah. Aku sangat ingin pergi bercuti. Berangan nak pergi ke Bukit Tinggi, Padang boleh tak? Blogwalking tengok orang bercuti ke Bukit Tinggi, Padang macam best je. Huhu...
Pinjam gambar dari tuan empunya blog : Suritera.
Ini view Green Canyon Ngarai Sianok.
Ini pulak Lubang Jepun yang dibina masa zaman Jepun. Blogwalking tadi ada yang cakap terowong ni dibina bukan oleh orang tempatan sebab tak nak orang tempatan tahu kewujudan terowong ni. Dan disebabkan kat situ banyak yang mati kena seksa dengan orang Jepun, diorang tak galakkan budak-budak kecik masuk ke dalam. Huhu.. Ni yang aku baca kat blog orang ler..
Gambar ni dari blog Suritera tadi tu, katanya dulu pokok kelapa ni lurus, tapi jadi bengkok camni sebab gempa bumi. Huhu...Camne leh jadi camtu ek. Ajaib..ajaib...
Huu...Ajaib jugak kalau aku dapat pergi jalan-jalan, bercuti-cuti kan? Hmmm...

~ s u h i d a ~

Monday, May 02, 2011

:: Cerita Kosong Je ::

Assalamualaikum...
Syoknya hari ni cuti. Hehehe... Boringnya esok kerja... Huuuu.... Esok pagi-pagi pukul 10.30 dah ada meeting. Buat mood spoil je.
Semalam seharian aku sorang-sorang dengan Razi dan Izzat. Abang ni time orang cuti, dia kerja pagi pulak. Time orang bekerja, dia memanjang kerja shift petang. Boring betul....Hmm..Penatnya aku semalam.... Dari pukul 8 pagi Razi bangun, sampai pukul 11.30 malam tak tidur-tidur. Tidur pun setengah jam. Petang tu aku konon-konon nak praktis dia tidur tak pakai pampers masa tidur petang tu. Lulus.... Dia tak kencing kat toto, tapi dia bangun pergi kencing kat tepi cabinet. Anak akuuuu..... Bilik air sekangkang kera je Razi.... Aih...
Semalam aktiviti memasak je kerja aku. Pagi-pagi buat roti telur. Habis kitorang tiga beranak makan. Tengahari sikit buat nasi goreng daging dan udang. Berbunga hati aku bila Razi cakap "Sedaplah mak.." Aku tau nasi goreng tu menjadi sebab Izzat makan pun banyak kali dan laju. Kalau time masak tak sedap, dengan muka-muka sekali Razi cakap "Mak, tak nak makan. Tak sedap." Ohhh...Masa tu penat jadi lagi penat. Huhu.. Bila dia cakap sedap, walaupun aku tahu biasa je rasanya..takdelah sesedap kat restoran mahal-mahal, tapi buat jadi lagi semangat nak masak. Petang tu aku buat cucur udang pulak. Kekeke...
Ada satu kisah, satu malam tu aku baru balik dari rumah mak dalam pukul 8.30 macam tu. So, nak siap-siapkan diorang untuk tidur. Nak mandikan dulu dan buat susu. Aku masak air, kettle tu rosak agaknya. Tekan-tekan asyik ternaik je. Last-last aku ikat pakai getah supaya boleh masak air. Mandikan Izzat dulu, dah tak larat nak mandi dua orang serentak. Razi kat depan, menyanyi kuat-kuat. Itulah kerja dia. Bercakap 24 jam kecuali tidur. Hihihi.... Tengah mandi-mandi tu, tiba-tiba elektrik takde. Izzat tak menjerit sebab dia ada dengan aku. Lagipun Izzat cool. :) Si Razi menjerit terkejut agaknya rumah tiba-tiba gelap. Aku ni sebenarnya penakut gak dengan gelap, tapi sebab dah dengan anak-anak, takkan aku pulak yang nak menjerit. Kekekeke...
So, dalam gelap-gelap tu meraba-raba cari lilin. Telefon abah mintak datang kejap tengok suis box tu. Sementara menunggu dalam gelap tu, tiba-tiba Razi baca doa kuat-kuat. "Ya Allah ya Tuhanku, lindungilah diriku, ibu bapaku..." Masa tu aku dah tergelak kuat-kuat dah. Terus Razi stop tak jadi baca doa, tersengih-sengih tengok aku. Muhammad Fakhrurrazi.. Muhammad Fakhrurrazi.. Harap-harap sampai bila-bila macam tu ye, rajin baca doa untuk mak dan ayah ye. 
Menunggu atuk datang kat depan pintu. Razi ceria, Izzat takut sebenarnya gelap, tapi tak tunjuk..Nampak dari muka dia je. Hihihi...

~ s u h i d a ~

Tuesday, September 28, 2010

:: Bebelan Puan Suhida Di Tengah Malam Buta Ni ::

Assalamualaikum...
Ketensionan melanda sebab banyak benda yang aku nak ceritakan kat blog, tapi tak dapat nak upload gambar. Nak kata sebab dah melebihi 1GB bak kata adik aku, aku cuba upload gambar kat rumah mak aku, boleh pulak. Takde pulak keluar kata error. Tension betullah. Nak upload gambar kat laptop kat rumah tu je yang tak boleh. Apasal haaa??
Hmm..by the way. Hari tu hantaran siap dengan suksesnya. Alhamdulillah, sempat jugak aku siapkan petang Jumaat dan malam tu sempat pulak jemput kawan-kawan lama datang rumah, jamuan kecik2 je. Sebab kawan aku yang sorang tu, kebetulan nak turun KL dari Kuantan. Dia cakap nak datang rumah aku beraya, itu yang ada makan-makan sikit. Nantilah kalau ada kelapangan, aku story ler. Nak jugak tepek-tepek gambar. Sabo je ler. Huhu...
Lagi satu aku sangatlah busy nya, mengalahkan orang yang bekerja. Pagi tadi adhoc dapat offer buat part time. Terus start tengahari tadi. Disebabkan kesengalan laptop, aku terpaksa buat kerja kat opis tempat aku buat part time ni. Tak tahulah laptop tu tak boleh nak install autocad. Abang cakap sebab laptop pakai Vista, tak compatible dengan autocad. Boring betul. Dah kena stay kat opis diorang. Kalau lepak kat rumah, dah boleh senang lenang buat kerja selang seli dengan FB ke, apa ke, kan? Hehehe... 
Hati aku sangat tak senang sekarang ni, jiwa kacau. Tapi, bukannya orang faham pun, kan?
* Oh, sekarang aku kat rumah mak aku, mintak tolong kakak ipar aku installkan autocad kat komputer mak aku. Konon-konon nak buat kerja kat rumah mak dulu, baru balik rumah. Tapi, Razi dan Izzat baru je tidur. Hilang terus mood aku nak buat kerja dan aku sangat penat untuk buat autocad.

~ s u h i d a ~

Friday, September 24, 2010

:: Jemputan Kad Kahwin ::

Assalamualaikum...
Hari ni aktiviti aku padat walaupun duduk kat rumah je. Huhu.. Pagi-pagi masak mee goreng simple. Buat bekal untuk Razi dan Izzat. Sambil-sambil tu, lepas buat apa-apa yang patut, mengarang la kejap hantaran. Dekat tengahari, Nina datang lagi, bawak duit mas kahwin dan hand bag. Coach lagi tu. Berkenan pulak aku tengok handbag tu, simple je dan nice. Nanti dah siap hantaran, bolehlah tengok rupa handbag Coach tu macammana. Tapi, handbag mahal, aku tak pandai nak pakai. Kalau aku pakai, mesti nampak macam biasa je. Hehehe..
Petang sikit, adik sepupu aku Fuzah datang ke rumah nak beraya dan bagi kad jemputan kahwin dia. Kenduri bulan 12 ni kat Alor Setar. Syok, dapatlah berjalan-jalan lagi ke Padang Besar. Dapatlah pergi makan mee tomyam kat tepi jalan tu. Insya Allah.. dan jugak shopping sakan kat Padang Besar. Kalau dah dapat kerja, bolehlah shopping. Kalau tak dapat kerja, sila perhati je ye Puan Suhida. :P
Mmmm...So, Fuzah tadi bawak sekali kad jemputan kahwin. Sangatlah unexpected dan tak pernah terfikir pun. Dia buat dalam bentuk.....
.
.
CEK! Kekeke..Sangatlah jimat dan orang akan simpan kot cek ni. Buat kenangan. Siap dengan cover macam betul-betul buku cek haaa... Siap ada yang kat tepi tu yang tak tahan tu. :P
Peta ada kat bahagian belakang cek ni. Amacam? Ada berani nak buat kad kahwin bentuk macam ni. Kosnya pun agak murah jugaklah. Aku tak ingat tadi dia sebut berapa. Insya Allah, kalau takde apa-apa yang menghalang, sampai lah kitorang kat Alor Setar ye Fuzah.
* Nanti dia kahwin, tema warna baju untuk ahli keluarga dan sedara mara ialah warna kuning diraja. Dia dah bagitahu awal-awal. Ok jugak, bolehlah prepare apa2 yang patut. Satu-satunya baju kurung aku yang warna kuning, dah lama tak boleh pakai dah. Dah tak muat. Huhuhu... Untuk pengantin pulak, nanti diorang akan pakai baju warna merah. Kontra kan? Hehehe...Memang adik sepupu aku yang seorang ni, yang pelik-pelik je. Tapi yang pelik tu lah yang buat kita selalu teringat. :)

~ s u h i d a ~

Thursday, July 01, 2010

:: Kenapa Aku Gemuk? ::

Assalamualaikum...
Ini lah sebabnya kenapa aku gemuk keje kat opis sekarang ni. Ada je benda nak mengunyah. Supply makanan mesti sentiasa ada. Hehehe...Biskut kering cicah dengan nescafe memang lah sedap. Walaupun biskut kosong je. Kan kan kan? Sebelum lunch mesti sekali, petang pun mesti sekali lagi mkn biskut cicah dengan nescafe. Ini lah cara buat hilang mengantuk aku. Huhuhu... Selain gula-gula dan air manis
Hari ni satu hari takde kerja. Korang percaya tak? Takde kerja. Ni dah tahap bosan dah ni. Tu yang update blog buat entry merapu-rapu ni. Tak faham betul, kenapalah manager baru tu takut betul nak bagi aku buat kerja. Macam-macam. Nama je manager. Ish... Harap-harap esok ada lah kerja. Tak tahu nak isi time sheet buat kerja apa. Hari ni boleh lah menipu. Esok, takkan nak menipu lagi.
Oh ya, bulan ni aku akan join group 3-series. Kekekeke....Kenapa bila na ke umur 30-an, kita jadi semacam eh? Padahal nak masuk 20-an, bukan main suka lagi. Hehehe.. Dah tau, lagi pura-pura tanya.
* Oh, baru dapat tahu tadi. Memang ramai yang takde kerja. Kahh...dan sori tajuk entry aku takde kena mengena sangat dengan apa yang aku membebel nih. Huhuhu...

~ s u h i d a ~

Tuesday, June 29, 2010

:: Hadiah Aku Menang ::

Assalamualaikum.......
Hari tu kan aku menang contest,kan? Dah dapat dah hadiah nya. Tadaaaa....
Ini ler hadiahnya. Klip gambar yang berdiri tu. Aku letak ler gambar kawen kitorang ni. (Gara-gara gambar ni tertinggal kat opis, sebab aku tumpang scan kat opis, nak masuk contest. Hehehe...ha ah, masa aku kahwin, tangkap gambar pakai filem je. :P)
Daripada tak pakai, baik aku letak gambar kahwin aku ni. Sekali sekala, boleh menenangkan perasaan aku yang tertekan ni haa...

~ s u h i d a ~

Friday, June 11, 2010

:: Potty Seat dan Aku Takde Idea ::

Assalamualaikum...
Dah pukul 6, nak balik rumah dah pun. Nak update blog, tapi..takde idea. Saje tengok2 fesbuk, terjumpa ada org jual Potty Seat. Hehehe.. Harga RM60 termasuk pos. Nak beli boleh tak? Ngeee!~ 

Macam-macam orang buat bisnes ni kan? Mmmm... aku nak stop ar kedai wardahwardrobe aku tu. Ok tak?

~ s u h i d a ~

Wednesday, June 09, 2010

:: Wednesday Blues ::

Assalamualaikum...
Tahu kah camne perasaan aku pagi ni.Macam gambar baby kat bawah nilah. Huhu... Boring je...
Kemalasan melanda nak masuk opis. Takde mood. Nasib baik bos pergi oversea. Huhu.. Lehla melepak2 kemalasan lagi. Mana tau petang karang boleh update blog lagi ke, kan? Hik3...Bukan aku je malas nak pergi kerja. Razi dan Izzat pun sama, layan je tidur. Sabo je ler.

~ s u h i d a ~

Sunday, May 30, 2010

::Klinik Gigi Di Kaki Lima::

Kotor dan menjijikkan! Itulah gambaran apabila melihat gelagat empat orang lelaki warga China yang menyediakan khidmat menanam gigi palsu di Jalan Pasar berhampiran Pasar Pudu di sini.
Tinjauan Kosmo! mendapati, 'klinik kaki lima' tersebut bukan sahaja beroperasi secara terbuka malah empat kumpulan yang melibatkan lima lelaki dan seorang perempuan yang berlagak seperti 'doktor' itu juga didapati tidak memakai sarung tangan ketika merawat pesakit mereka.
 Lebih meloyakan, mereka hanya menggunakan segelas air biasa bagi membasuh peralatan yang telah digunakan dan alat yang sama digunakan daripada satu mulut ke mulut pelanggan lain tanpa dinyahkuman.
Selain peralatan khas pergigian, playar dan dawai yang digunakan untuk mengikat gigi pelanggan juga tidak dicuci dan terdedah kepada asap kenderaan di tepi jalan.
Walaupun hanya beroperasi di tepi jalan, 'doktor' berkenaan turut menyediakan penggerudi gigi elektrik untuk menebuk gigi pelanggan yang berlubang sebelum ditampal dengan sejenis serbuk yang dicampur dengan bahan kimia.
Semua barangan tersebut bukan sahaja disusun di atas meja tetapi ia turut disimpan di dalam beg dan kotak pensil supaya mudah dibawa lari jika diserbu pihak penguat kuasa.
Usaha Kosmo! untuk menemubual salah seorang 'doktor' yang berusia dalam lingkungan awal 40-an itu tidak berhasil kerana mereka tidak tahu berbahasa Inggeris sebaliknya semua jawapan diberikan dalam bahasa Cina.
Sumber dari Kosmo! Online 29 Mei 2010.
....................................................................
Macam-macam hal, yang pelik-pelik je sekarang ni. Atau mungkin tak pelik sebenarnya, entah-entah kat China memang berlambak diorang cabut gigi tepi jalan macam tu. Mana kita tau tak? Diorang kan terkenal dengan perubatan tradisional diorang. Huhu...Tapi, kalau korang..Berani tak nak cuba? Hihihi..

~ s u h i d a ~

Sunday, May 16, 2010

:: Ada Satu Malam Tu ::

Assalamualaikum....
Hikhik, saje je ambik gambar Razi dan Izzat macam ni. Razi je yang selalu silang kaki kalau baring hisap susu. Izzat aku saja2 buatkan kaki dia silang macam tu. Pastu ambik gambar. Masa ni dah pukul 8 lebih dah. Diorang mintak susu. Hisap susu sambil layan cerita Kungfu Panda.
 Ada gaya tak? Seorang gentel bantal, seorang lagi pegang berus gigi?  
 Masing-masing khusyuk je layan kartun panda tu.  
 Susu Razi dah habis, tapi tak tidur lagi. Izzat susu tak habis lagi, dia dah hanyut....Aku lak ada projek baik punya dengan Razi. Hihihi... 
 Acara makan dan buka hadiah. Kahhh.... 
 Tertengok iklan MC'D. Tengok bukan main besar burger diorang. Terliur jap. Tu yang aku order tu. Order Happy Meal gak untuk diorang. Cheese Burger. Tapi, aku gak yang melantak. Kahhh...Razi tak suka makan burger. Dia layan french fries je.
Ambik ko tu. Mega Mac. Ada 4 lapis daging burger. Mana aku tak gemuk!!! Ngeee...
Sekian, tamat sudah cerita ada satu malam tu. Hikhikhik...Terima Kasih.

~ s u h i d a ~

Friday, May 07, 2010

:: Abang Dah Besar Eh? ::

Pukul 8.30 malam.
Izzat dah tidur. (Yeay!)
Aku suap Razi makan bubur. Berselera sungguh dia makan bubur. Lepas dah beberapa suap, Razi tunjuk tangan dah tak mahu lagi.
Aku : Razi dah kenyang?
Razi angguk. "Abang dah kinyang."
Aku : Kita tidur eh pasni.
Razi geleng sambil mulut duk kunyah nasi lagi.
Aku : Mak buat susu ye. Abang Razi tidur.
Razi sambil lambai-lambai tangan dia tunjuk tak nak. "Abang tak nak susu. Abang dah besar, Abang dah besarlah mak."
Kahhhh...Siapa pulak yang dah ajar dia tak payah minum susu lagi ni? Sabo je ler aku.
Pukul 9.30 malam.
Razi : "Mak...nak susu..."
Kekekeke..Lawak ar Razi ni.
** Sayang anak-anak mak...

~ s u h i d a ~

Friday, April 30, 2010

:: Cindai Versi Bahasa Cina ::

Assalamualaikum...
Tadi bukak facebook jap. Saje-saje tengok apa status kawan-kawan. Sekali terpandang status kawan aku, dia bagi link Siti Nurhaliza- Cindai (Chinese Full Version) by Chien Bai Hui.
So, saja lah bukak youtube. Artis dari China kot, aku tak pasti. Nyanyi lagu cindai version bahasa cina. Kelakar lak aku rasa. Hehe..Biasa dengar bahasa Melayu, bila kena tukar bahasa lain, rasa lain pulak. Suara artis yang nyanyi ni pun buat bulu roma aku meremang. Keke..Cuba lah korang dengar. Kat bahagian last-last tu, dia ada nyanyi sikit versi bahasa Melayu.

~ s u h i d a ~

Wednesday, April 28, 2010

:: Present For Cik Shiqa ::

Assalamualaikum....
Hari ni aku hepi, walaupun siang tadi rasa bosan gila duduk kat opis. Rasa macam nak lari balik rumah je. Huh....Aku hepi sebab..kan hari tu follower blog ku ini mencecah sampai ke 100 orang dan entah kenapa masa tu tergerak hati ni nak bagi present kat follower ke 100 yang bertuah. Sekali insan yang bertuah tu ialah Cik Shiqa. Tadi dia mesej aku kat wardahwardrobe yang dia dah buat entry pasal baju tu kat blog dia. Suka dia dapat kebaya blouse kaler hitam tu. Hehehe....Sila lah terjah ye. Tapi yang pasti, aku pun hepi tengok cik shiqa hepi. :)

~ s u h i d a ~

Wednesday, April 14, 2010

:: Safi Sari Gamat? ::

Assalamualaikum...
Aku memang pakai pencuci muka Safi. Tengok ler kaler apa-apa pun, aku tak kisah. Aku ambik kaler mana yang berkenan masa tu. Ngeee..
Baru-baru ni pergi carrefour, beli barang-barang basah, beli ler sekali pencuci muka. Kat rumah nye dah nak habis. Sekali tengok ada kaler baru la pulak. Kaler biru......
Wah..kaler baru ke ni? Baca tengok Pencuci Muka Anti Jerawat, Sari Gamat. Wah...harus cuba ni. Sari gamat, pastu anti jerawat pulak tu. Tak tau ler produk baru ke produk lama ke, tapi aku tak pernah tengok lagi yang kaler ni. Aku pun rembat, beli.
Huhu....Ada lagi yang lama tu berbaki sikit lagi. Tapi, tak sabo aku nak pakai pencuci muka baru. Sekali.....cuci muka, bau dia ada lain macam sikit lah. Jenuh aku duk fikir bau apa ye pencuci muka ni. Bau macam familiar. Selalunya pencuci muka bau sabun kan? Pikir punya pikir, sebab bau tu familiar sangat... Lama-lama baru aku perasan bau apa. Sebijik bau ubat nyamuk.
Sabo je ler.. Camne dari sari gamat bertukar ke bau ubat nyamuk? Nasib bukan bau lipas...Huhu...Nasib aku suka bau ubat nyamuk. Kahhh...

* Gambar diambil dari google.
~ s u h i d a ~

Tuesday, April 13, 2010

:: Youtube ::

Assalamualaikum....
Hari tu aku saja saja browse youtube. Aku search "cara pakai shawl". So, keluar berderet-deret entah sape-sape ntah, rajin tul diorang ni nak videokan tunjuk cara nak pakai shawl. Kekeke... Alkisahnya, masa tengah tengok-tengok tu aku scroll down lagi ke bawah nak tengok cara orang lain pakai shawl pulak. Scroll punya scroll, aku terpandang satu tajuk tu... "cara-cara menenenkan anak" . Kahhhh....Tapi, aku tak bukak ler video tu.
Apa daa diorang ni. Agak-agaklah sikit, semuanya nak kena tunjuk cara-cara ke? Sabo je ler..
~ s u h i d a ~

Thursday, April 08, 2010

:: Follower ke 100 ::

Assalamualaikum.....
Sempena follower aku dah mencapai yang ke 100 orang, aku dengan berbesar hati nak bagi hadiah pada follower aku yang bertuah, iaitu follower yang ke 100, CIK SHIQA. Tahniah!!! Hehehe...Apalah mimpi aku kan..So, hadiahnya ialah sehelai baju dari WaRdaHwaRdrObe. Cik Shiqa boleh pilih mana-mana baju yang cik shiqa berkenan ye. 

~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...