Kotor dan menjijikkan! Itulah gambaran apabila melihat gelagat empat orang lelaki warga China yang menyediakan khidmat menanam gigi palsu di Jalan Pasar berhampiran Pasar Pudu di sini.
Tinjauan Kosmo! mendapati, 'klinik kaki lima' tersebut bukan sahaja beroperasi secara terbuka malah empat kumpulan yang melibatkan lima lelaki dan seorang perempuan yang berlagak seperti 'doktor' itu juga didapati tidak memakai sarung tangan ketika merawat pesakit mereka.
Lebih meloyakan, mereka hanya menggunakan segelas air biasa bagi membasuh peralatan yang telah digunakan dan alat yang sama digunakan daripada satu mulut ke mulut pelanggan lain tanpa dinyahkuman.
Selain peralatan khas pergigian, playar dan dawai yang digunakan untuk mengikat gigi pelanggan juga tidak dicuci dan terdedah kepada asap kenderaan di tepi jalan.
Walaupun hanya beroperasi di tepi jalan, 'doktor' berkenaan turut menyediakan penggerudi gigi elektrik untuk menebuk gigi pelanggan yang berlubang sebelum ditampal dengan sejenis serbuk yang dicampur dengan bahan kimia.
Semua barangan tersebut bukan sahaja disusun di atas meja tetapi ia turut disimpan di dalam beg dan kotak pensil supaya mudah dibawa lari jika diserbu pihak penguat kuasa.
Usaha Kosmo! untuk menemubual salah seorang 'doktor' yang berusia dalam lingkungan awal 40-an itu tidak berhasil kerana mereka tidak tahu berbahasa Inggeris sebaliknya semua jawapan diberikan dalam bahasa Cina.
Sumber dari Kosmo! Online 29 Mei 2010.
....................................................................
Macam-macam hal, yang pelik-pelik je sekarang ni. Atau mungkin tak pelik sebenarnya, entah-entah kat China memang berlambak diorang cabut gigi tepi jalan macam tu. Mana kita tau tak? Diorang kan terkenal dengan perubatan tradisional diorang. Huhu...Tapi, kalau korang..Berani tak nak cuba? Hihihi..

5 comments:
biasanya klau xde permintaan, maka xde la penawaran...
gamaknya pelanggannya2 org warga asing yg keja kt sini kot? sbb klau warga mesia, kan ada klinik gigi kerajaan.. wat pe carik risiko wat treatment gitu kt tepi jalan, ye dak?
isshhh pelik aku su, smlm aku dah komen and aku tgk komen aku lah yg pertama sekali takde pun....
bab cabut gigi yg paling aku takut sekali, aku takkan jumpa dr gigi kalau tak sakit gigi...seriau beb inikan pulak nk cabut gigi kat kaki lima cenggitu..
su,pasar pudu tu mmg teruk ckit kan..ai mmg x sukey g sana....mcm2 yg mengarut ada kt situ...ah mcm2 la lg....loya lak nk citer...eeii...geli nya la....bukan loya lg su...muntah jadinya....selalunya warga asing (warga diorg la kan...)...yg bnyk kt situ...
ann:betul tu.bnyk klinik gigi kerajaan punya.nape la na gi kat tepi2 jln camtu.maybe la kot pendatang asing.
bed:sebenarnya,aku pun da siap reply komen ko.hik3...
mummyar:ha ah,yg pelik2 mmg banyak kat jln pudu,tp bisnes pun byk dari sana gak.macam2 adaa....:)
Geli dan x berselera sungguh,haha :P
Post a Comment