Assalamualaikum....
Minggu ni aku rasa minggu yang panjang sangat. Macam-macam hal.
Sabtu : Izzat sihat walafiat. Razi selsema sikit-sikit.
Ahad : Izzat tiba-tiba batuk-batuk. Dah mula tak ada selera nak makan. Lepas maghrib, badan panas sikit dan muntah-muntah. Habis dimuntahnya atas mak Su. Lepas muntah, tiba-tiba badan Izzat jadi panas sangat. Malam tu kitorang tidur tak lena.
Isnin : Izzat demam yang amat panas. Sampai aku ambik EL. Dari malam sebelum tu Izzat muntah banyak kali. Pagi tu kitorang ke klinik. Sebab yakin dengan ubat homopati lepas cuba untuk semput Izzat, kitorang pergi klinik homopati kat Selayang tu. Doktor Sabri cakap demam biasa. Bagi makan ubat demam, batuk dan selsema. Dah alang-alang tu, aku cek sekali Izzat elergik dengan apa sampai naik gatal-gatal satu badan dia. Izzat elergik susu haiwan rupanya. Petang tu gak suruh ayah beli susu soya.
Selasa : Demam Izzat tak kebah lagi. Razi pulak ikut demam. Aku pergi ofis macam biasa. Tapi, tak boleh buat kerja dan fokus sebab badan dah start rasa seram sejuk. Nak mc, admin tak bagi. Katanya opis banyak kerja. Bosan. Ingat aku sakit main-main ke? Malam masih lagi tidur tak lena. Izzat asyik terjaga, batuk-batuk dan tak selesa macam nak semput. Razi pulak mengigau. Ada sekali tu mengigau sambil jerit "Api..api.." Mengigau macam orang tua. Sabo je ler.
Rabu : Aku MC. Bangun pagi berat sangat terasa kepala. Lantak koranglah. Pergi opis tapi tak boleh buat kerja pun buat apa. Buat badan lagi sakit adalah. Mmm... Aku, Izzat dan Razi demam. Pagi mintak tolong ayah hantarkan Razi dan Izzat ke taska. Aku pulak tidur sampai ke tengahari. Nikmatnya...Alhamdulillah. Huhuhu...Menjelang tengahari, cikgu bagitau Izzat semput teruk. Pergi ke klinik homopati tu balik. Doktor Sabri cek rupanya badan kitorang banyak toksik. Katanya keracunan. Wallahua'lam. Izzat maybe terkena dari aku, sebab aku BF. Cek paru-paru Izzat tak ada masalah. Tapi, memang nafas Izzat berkeruh dan kalau tekap telinga kat dada dia memang ada bunyi. Aku konpius, tapi terima je ubat yang doktor Sabri bagi. Tawakal. Malam tidur tak lena lagi. Huhu...
Khamis : Pagi-pagi tadi tengok nafas Izzat laju. Naik turun dada dia bernafas. Pastu nak bersiap-siap pagi tadi, Izzat nak berdakap je dengan aku. Sampaikan nak drive pun nak peluk bertekup kat dada. Macam mana mak nak drive, Izzat? Dia macam nak mintak nak menyusu lagi. Jam dah pukul 9 Izzat. Mak sekarang ni hari-hari masuk opis lambat tau.Terpaksa aku tinggalkan dia kat rumah dengan ayah memandangkan kat taska pun ramai yang sakit. Cikgu pun sakit. Mana taknya semua budak-budak sakit. Haru betul. Tak ada mood aku nak pergi kerja. Kat opis kepala ni asyik teringat Izzat dan Razi. Rupa-rupanya lepas aku tinggalkan Izzat, ayah cerita Izzat meraung dekat 2jam panggil "Mak..mak.." dekat pagar sliding door. Sedihnya lah. Aksi guling-guling kat lantai pun ada. Hik3...Ayah first time tengok agaknya Izzat mengamuk macam tu. Balik opis lunch hour, tengok Izzat dah tertidur. Izzat mengamuk nak susu aku rupanya. Dia tak lalu minum susu soya tu. Bila ayah bagi susu dumex biasa, baru dia nak hisap susu botol. Alahai...Camne ni Izzat? Kalau tak tukar ke susu soya, memang asyik menggaru-garulah badan menahan gatal. Susah hati aku. Tengahari tu aku paksa Izzat makan nasi dengan kuah sup. Memang meronta-ronta lah tak nak makan. Tak selesa tekak nak menelan agaknya. Kena gak paksa makan, sebab semalam dia tak nak makan langsung. Lembik sampai terbaring je. Alhamdulillah, dia nak gak makan walaupun meraung-raung.
Petang aku ambik diorang dari taska, tengok Izzat dah ok sikit. Malam ni pun ada gak dia meragam sikit-sikit. Tapi, oklah since aku pun dah start makan ubat pagi tadi. Katanya ubat untuk cuci bahan toksik dalam badan. Cuba je lah. Doakan kami sekeluarga cepat sembuh dan terhindar dari penyakit-penyakit yang memudaratkan ye. Sangat takut..dan sangat penat bila sakit ni. Huhu...
Sepanjang minggu ni kalau aku tiba-tiba terdiam, tak reply mesej, emel, bolayan terhadap pertanyaan2 atau yang sewaktu dengannya, aku minta maaf banyak-banyak sebab aku tak dapat nak fikir benda-benda lain selain dari situasi aku sekarang ni. Kerja kat opis pun aku tak boleh nak fokus, apa tah lagi hal-hal lain.
* Tiba-tiba rasa bosan kerja kat opis sekarang ni.
Gambar ni dah lama dah. Saja nak letak gambar.
~ s u h i d a ~
12 comments:
Dekat header tu gambar husband mana da?? :D
mmg pun bila anak-anak demam tak leh fokus keje. rasa nak cuti jer..kdg2 tu rasa nak berenti keje jaga anak..tapi bila fikir ekonomi yg tak stabil terpaksalah lupakan hasrat tuh. bykkan berdoa mg anak2 cepat sembuh dan kurang sakit2 lagi
pizli:dia pemalu..kekeke...
rynas:tul tu.muka kat opis pun berkerut je, :) insya allah.tolong doakan sama ye.
su, cantek header & layout baru kau..
isnin - khamis, a hectic day utk kau sefamily, aku harap izzat, razi & kau semakin pulih. sape tak risau kalau keadaan kesihatan anak2 yang membimbangkan.
aku amat paham bagaimana keadaan kau, permasalahan ini buat kita hilang fokus pada semua bende, kadang diri sendiri pun kita tak pk...dok pk anak2 je..
aku paham kau tak sms or tak reply email, take ur time razi izzat lebih memerlukan kau.
aku doakan hujung minggu 3 hari ni semuanya akan berlal pergi...insyallah
alahai..siannya korang...sgt2 susah hati kan..kalau anak x sihat..kita pun leh jd x sihat gak mengenangkan anak2 ni...hopefully izzat n razi cepat sembuh n sentiasa sihat...
btw..cantik ko nya header su...
hi su..alahaii siannyer plak k.da tgk korang ni,mmg camtu la bila anak2 sakit ni, nk buat apa pun serba x kena,apa lg kalu kite sakit skali,k.da ni pun kalu sara sakit sit je mulalah gelisah..still fobia ngn kes sara kena warded demam panas thn lepas,huhuuu..hopefully cepat sembuh n seme ok ek,jg diri baik2
p/s su,hehee tang header kat atas tu pun sama ler kite,che hubby k.da pun pemalu orgnya,kekekkee...sukeee!
bed:maceh.alhamdulillah,razi dah sihat.aku pun da ok.cma smput izt je ada lagi.
ainey:maceh ainey.hik3...
kak da:maceh kak da...insya allah tak lama lagi sihat la ktorg ni.
mmg minggu yg panjang kan su? aku pun dpt rasakan. ko kuat lah. walau tak nak ngaku ko tetap kuat pd aku. manage handle anak2 ko. moga razzi & izzat tak miss makan ubat, selera makan kembali dan sihat kembali seperti biasa ye. bg mak senang hati balik ye :)
hai su..lama kakna tak leave komen..bukan tak singgah..selalu singgah..cuma susah nak sign in..tu maleh nak sign in...apa2 pun kakna doakan su sekeluarga cepat2 sembuh dan dihindari dari yg bukan2..kuatkan hati..
alya:maceh.berkat doaa,hr ni nmpk izt dah ok.demm pun da takde. :)
kak na:maceh kak na.hehe..takpe.yg penting, tali silaturrahim tak putus.kak na,selalu2 lah update blog ye. :)
Salam, sue..aku dh lama x update blog nk jengah ke blog ko pon kekadang aku miss..memandangkan awathif pon tgh x sihat..tp aku tetap ingat ko..ko mak yg kuatkan,sue..semoga ko n anak2 sihat walafiat...segera sembuh semuanya...
Post a Comment