Assalamualaikum...
Hari Jumaat lepas, kitorang bertolak ke Kedah untuk majlis pernikahan abang Ju, abang no 2 aku. Majlis berlangsung kat Guar Chempedak, Gurun, Kedah. Hari Jumaat hari tu, aku dan famili abang Cha bertolak pagi-pagi untuk terus ke Padang Besar. Huhu..pe lagi, nak shopping ler.
Tapi, korang layan dulu gambar hantaran lah ye, sebab aku dah tersalah upload gambo lain-lain dulu baru teringat na upload gambar hantaran. Hantaran pengantin lelaki. Jom layan gambo....Layan...Zasss...

Mas kahwin RM84 dengan cincin
Jam tangan dengan perfume
Kasut dengan beg tangan
Kek dari Lovely Cakes
Make up
Nak pergi ke Padang Besar, kena keluar dari highway PLUS yang paling hujung sekali.
View faveret aku, ladang tebu, Chuping.
Posing depan kedai jual toto dan beraneka macam. Toto tebal rege RM36 weh.
Tak tau apa yang dibincangkan. Serius je muka masing-masing.Frust tau, sampai-sampai je tengok kedai mi tomyam makcik yang sedap tu tutup. Tanya pak guard kat situ, dia cakap kedai tu dah dua tiga hari dah tutup. Yang paling frust aku rasa, abang cha ler. Huhu...Dahlah mak dan Ina siap pesan suruh tapau lak tu. Kekeke..Lain kali la kot. Mmm...Lepas abes shopping, kedai dah tutup, tak tau nak makan kat mana, tipon Imah. Huhu..Imah sajest ler kedai-kedai makan yang ada. Alhamdulillah, sedap dan kenyang perut. Aku oder gak mi tomyam, tapi still tak sama rasanye itu. Huhu.. Nasi goreng biasa dia sedap. Mmmm...Makan tak ingat ye suhida... (Nasi ayam Razi pun aku bantai..hehehe..)
On the way nak turun balik ke Gurun, kat Changlun kot..Kitorang terserempak dengan kemalangan lori dengan motor. Nampak le mayat atas jalan. Tapi dah cover dengan plastik. Kalau belum lagi, mahu aku takleh tidur malam tu. Huhu... Esoknya dapat tau, yang meninggal tu dua orang budak 16 tahun. Motor penyek bawah tayar lori tu.....Innalillah... Tak tau lah camne leh teraccident tu. Tapi yang buat kitorang sedih sebab time dan harinya sama dengan waktu kemalangan arwah abah meninggal. Memang lah, malam2 krismas ni sepatutnya duk rumah je kan. Entah lah......
Majlis pernikahan abang Ju Sabtu pagi pukul 9.30 pagi. Kat Masjid Sungai Lintang. Lawa tul masjid tu betul2 tepi sawah padi dengan tali air. Nyaman je rasa pagi2 tu nak menikah ye...Syok syok...
Majlis pernikahan abang Ju Sabtu pagi pukul 9.30 pagi. Kat Masjid Sungai Lintang. Lawa tul masjid tu betul2 tepi sawah padi dengan tali air. Nyaman je rasa pagi2 tu nak menikah ye...Syok syok...
Pemandangan yang sangat damai.
Masjid dimana akad nikah berlangsung.
Kakak iparku dan mak
Razi dengan Irfan dan pakcik-pakcik dia.
Betul-betulkan dulu baju pengantin. :)
Sempat lagi korang ni berposing ye. :)
Serius benar muka ko bang Ju. Tengah menghafal lafaz nikah kot.
Antara sedara-sedara yang hadir memeriahkan suasana.
Masing-masing serius benarnya kenapa..Hahaha.. Agaknya lapar perut tak sarapan lagi kut....
Hantaran cincin dari pengantin perempuan
Pengantin perempuan dengan mas kahwin dan cincin dari lelaki.
Masing-masing serius benarnya kenapa..Hahaha.. Agaknya lapar perut tak sarapan lagi kut....
Hantaran cincin dari pengantin perempuan
Kutip duit syiling yang terjatuh....2 kali lak tu.huhu... Lepas ni kompem tak bagi hantaran duit syiling lagi.
Pengantin perempuan menyarung cincin.
Pemandangan sawah padi.
Pengantin perempuan menyarung cincin.
Kahwin jugak abang aku ni..hikhikhik..
Izzat ni. Tengok mak tak sempat posing tau...
Antara famili dan sedara-sedara yang hadir.
Aku, Izzat dan Lily. 
Antara famili dan sedara-sedara yang hadir.
Aku, Izzat dan Lily. 
Izzat yang kepenatan
Pemandangan sawah padi.
Enjoy the view.
Ini tengah tunggu pengantin bersiap untuk bersanding.
Inang-inang dah ready nak merombongkan diri dengan hantaran. :)
Jauhnya perjalanan pengantin perempuan.huhu..
Sempat lagi korang tengok kamera eh.
Sebenarnya abang aku kena pakai baju lain, Tapi masa dia tengah gosok baju tu, dia pergi tinggalkan kejap, angkat2 tengok dah berlubang. Ada sebesar penumbuk gak lah. Elok je kat bahagian dada. Tembus sampai ke belakang pulak tu. Lawak tul. Planning nak ke rumah pengantin perempuan pukul 1. Tapi terlajak sampai pukul 2. Oklah tu. Baju yang abang aku pakai ni ok sangat2 dari yang berlubang tu. Huhu..ada hikmahnya..Kekek..
Homestay yang kitorang tinggal.
Ini tengah tunggu pengantin bersiap untuk bersanding.
Inang-inang dah ready nak merombongkan diri dengan hantaran. :)
Happynye bapak pengantin.
Jauhnya perjalanan pengantin perempuan.huhu..
Sempat lagi korang tengok kamera eh.
Sebenarnya abang aku kena pakai baju lain, Tapi masa dia tengah gosok baju tu, dia pergi tinggalkan kejap, angkat2 tengok dah berlubang. Ada sebesar penumbuk gak lah. Elok je kat bahagian dada. Tembus sampai ke belakang pulak tu. Lawak tul. Planning nak ke rumah pengantin perempuan pukul 1. Tapi terlajak sampai pukul 2. Oklah tu. Baju yang abang aku pakai ni ok sangat2 dari yang berlubang tu. Huhu..ada hikmahnya..Kekek.. Semangat mak pengantin lelaki tu ye..hikhikhik..
Kalau bukan sebab ko yang jadi pengantin bang Ju, aku rasa ko tak pakai baju melayu ni. Hihihi...
Pelamin pengantin.
Chik, Hana, Jihah, Kak Zana, Ina dan Ain.
Famili kitorang pulak bergambo.
Izzat dah berpeluh bagai, kena bukakkan baju. Berpoloh-poloh bak kata Razi. :)
Antara lauk-lauk yang dihidangkan. Memang menyelerakan, tapi aku tak enjoy pun makan sebab sibuk handle Razi dan Izzat yang meragam.
Meja pengantin.
Antara lauk-lauk yang dihidangkan. Memang menyelerakan, tapi aku tak enjoy pun makan sebab sibuk handle Razi dan Izzat yang meragam.
Meja pengantin.
Deretan hantaran.
Izzat dah tak pakai baju dah, sebab berpeluh macam mandi.
Pengantin bergambar dengan abah dan mak. Muka abah kenapa begitu?

Mak gajah tu nampak tua benar. Nampak macam lapar benar. Tapi, macam takde makanan je. Kesian lak aku tengok. Kaki gajah tu langsing. Keke..Tak macam gajah2 yang kat Kuala Gandah yang kitorang pergi dulu. Gemuk gemuk.
Adik ipar ku, Farah, mak mertua dengan Lily dan Izzat.
Malam tu kitorang singgah Zoo Taiping, Night Safari. Seorang RM 18. Ramai betul orang. Malam-malam nak jalan kaki macam takut je, kitorang naik tren. Tapi, rasanya kena tunggu 20 minit gak sampai tren sampai. Syok tul zoo taiping. Paling syok, nampak singa dengan harimau. Kekeke...Luas kawasan dorang, 23km. Nak berjalan ke? Huhu...Siang ok la kot. dan kalau bawak stroller.