Saturday, December 12, 2009

:: Tidur Kat Wad - Izzat Asma ::

Assalamualaikum..
Aku tak pernah lagi cerita dalam blog pasal Izzat ada asma kan. Mmm.. hari Khamis malam Jumaat lepas, adalah malam yang paling menduga kesabaran daku...Izzat tak boleh tidur. Dia susah nak bernafas, jadi memang takleh tidur sangat ler....Esoknya tu, masa nak hantar Izzat ke taska pagi tu, aku perasan nafas Izzat laju sangat. Dada dia berombak naik turun naik turun. Tapi, aku percaya boleh lagi pakai nebulizer tu, aku tinggalkan kat taska dan mintak cikgu2 diorang buatkan. Pukul 11pagi tu aku tak sedap hati dan tanya khabar Izzat. Cikgu Anna nasihatkan aku bawak Izzat gi klinik sebab nampak Izzat teruk sangat katanya. Jadi aku mitak tolong abang Cha bawak Izzat ke klinik. Atas advice doktor, Izzat kena bawak gi spital pulak. So, pergi HKL, Izzat kena admitted. Huhu....Abes je keje kul 6 lebih, balik rumah siapkan barang-barang, amek Razi kat rumah mak dan terus ke Institut Pediatrik HKL.
Sampai-sampai diorang dah masuk wad dah. Huhu...Dalam hati duk berdebar-debar sebab teringat experience masa warded dengan Razi dulu. Tapi, mak pesan suruh beristighfar banyak-banyak. Biar doktor tengokkan Izzat, kalau tak tengok sekarang mana tau esok lagi teruk, kan susah. So, tabahkan hati jelah...Siapa tanak anak sembuh kan...
Doktor bagi Izzat ventolin pukul 9, pukul 2, pukul 6, pukul 10, pukul 1 tengahari. Lebih kurang 4 jam sekali kena bagi gas tu. Alhamdulillah, Izzat ok je, agaknya sebab ventolin tu bagi dia senang bernafas. Dia aktif macam biasa ler. Malam tu Izzat tidur agak lambat gak. Dalam pukul 11. Mula2 ada tiga orang je dalam 1 bilik tu. Tapi, dah nak ke pagi, aku tengok dah tambah lagi tiga pesakit. Huhu...
Alhamdulillah Izzat ok, tapi doktor macam tak agree aku bagi nebulizer pada Izzat kat rumah. Dia kata tu bukannya cara na sembuhkan asma. Dalam hati aku teringat pada doktor kat Kedah hari tu yang Izzat kena allergic tu. Doktor cina tu cakap "Asma memang tak boleh hilang punya. Memang itu keturunan. Dalam 4 orang anak mesti ada sorang kena asma punya. Jadi kalau sudah 4, baik stop. Kalau tambah lagi, mesti ada asma punya." Haih doktor ni. Bukannya nak bagi kata-kata semangat.
Mmmm..apa-apa je ler..yang penting Izzat ok dan aktif. Kitorang pun dah balik rumah dah ni. Izzat strong kan Izzat kan....Doktor suruh aku beli aero chamber pulakk.....Fungsinya untuk bantu pamkan inhaler ke mulut budak..macam tu sama je lah function nebulizer ngn inhaler tu. Mmm...Ntah, nanti lah aku google..Aku dah mula risau ni.Kesianlah Izzat hai..
Mm..Takpelah, nanti ler aku google lagi pasal asma. Korang jom ar layan gambo Izzat kat wad Sabtu tu. Dia dah ok dah...Alhamdulillah..
Belon hadiah nenek bagi Izzat sebagai peneman kalau keboringan.
Tengoklah duk memanjat sana sini. Abaikan gambo baju hitam yang tengah terbaring tu ye..Kahhhh...Takyah ler korang meneka tu pemende..
Main pusing2kan benda tu sampai bosan Izzat..Oh ye..lupa aku na bagitau nurse2 ngn doktor kat pediatrik HKL ni tersangat2 ler prihatin. Aku rasa kalau aku terlelap, bila celik mata je mesti ada nurse, mesti ada doktor. Diorang buat keje sangatlah cepat ok..dan mesra..boleh laaa...
Gambo ni yang tak tahan aku tengok ni..Posing manja ok...
Mak sayang Izzat tau. Nanti kita cari cara hilangkan asma Izzat ye..Maafkan mak ye Izzat...

~ s u h i d a ~

6 comments:

Ibu Mifzal said...

alahai..siannya kat izzat..su..aku leh bayangkan cemana budak kena asma ni...sbb ms mifzal warded dulu pun sebilik nga budak asma..budak tu kena sedut kahak..menangis2..n aku pun menangis sama..x tahan nak tgk n dgr..huhu

Ms. Ayu said...

sian kat izzat..
semoga cepat sembuh yer..
su pon jaga diri bebaik k..

suhida said...

ainey:huhuhu..kesian tapi terpaksa gak bagi gas kat dia.aku bagi izzat nangis2 sampai na terkua anak tekak dia.agaknye ibu2 dalam bilik tu tengok aku macam kejam je kan.sbb muka aku kool je masa buat tu.huhuhu..
ayu:mekasih ayu,insya allah...

Jue @ atanayuiman said...

sue.., cuba tgk kat Link jue dulu :

http://atanayuiman.blogspot.com/2009/08/hadiah-dari-doktor-untuk-iman.html

ada gambar ubat asma untuk iman + aero chamber.. aero chamber nie alat untuk bagi ubat inhaler dan Evohaler kat budak. senang sikit pakai nie. kalo izzat ada asma, nnt doktor akan bagi ubat macam nie.. Ini ubat iman dapat bila doktor suspewct dia ada asthma. elok bagi sebagai pencegahan.. maybe akan dtg asthma tak ada lagi...

** pasal nasihat dr cina tue, jue tak percaya sgt sebab doktor yg merawat iman, ada cakap asthma boleh hilang jika kita mencegah dari kecik. jika budak dah besar, asthma mungkin susah nak hilang... lagipun ada beberapa sedara jue masa kecik ada asthma.. bila besar takder da.. maybe boleh cuba.. jue pun tgh mencuba juga nie..

fazilzura said...

asma kalau dari keturunan mmg sure sorg ke 2 org dh ahli akan ado ..
tp rs nye leh di cegah dr kecik ..
cm family ku , sume yg lelaki nye masa kecik ada asma teruk , now dh beso xdak dh .. x kuat cm masa kecik.. sume tang adik ku yg ke 2 tu mmg teruk smp dia skolah menengah, dia makan royel jely alhamdulillah ..k alau idak , HKL tu mmg rumah ke 2 dia ler , cz g sedut kahak & ambik gas...

tu yg tang akil, kalau dia ado kahak .. daku terus je g ambik gas, kasi kahak cair.. kuor kut tahik nye.. if simpan2, nnt akan jd asma

Ryn said...

alahai...sian izzat...cepat2 semboh yee...

nebulizer tu aku rasa better ko ty 2nd opinion...takut guna sendiri nnt memudaratkan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...