Monday, December 14, 2009

:: Sungai Tekala, Look Out Point ::

Assalamualaikum...
Ahad semalam aku dan famili abang Cha terjah kenduri kahwin kawan abang kat Taman Desa Mewah kat Semenyih. Lepas pergi kenduri, abang ajak gi tempat kelah kat Sungai Tekala. Masuk kena bayar 50 sen untuk kanak2, dan RM1 untuk dewasa. Umangg aiii....Nak mandi sungai pun kena bayar dah sekarang nih. Tapi memang patut ler kena bayar sebab ada kemudahan tong sampah dan ada orang yang bekerja kutip sampah. Ok lah tu. Bersih lah gak sebenarnya aku rasa, tapi sebab terlalu ramai orang, maka terlalu banyak lah ragamnya. Tak logik betul aku rasa, pondok dah lawa2...tiba-tiba ada manusia tak bertanggungjawab, didukungnya anak dia pancut kencing kat pondok? Errr....kan ke sungai kat tepi tu? Takpun pancutler ke pokok. Bilik air pun banyak. Pe kejadah duk pancut kat pondok? Tak faham tak faham...Kan ke kalau orang terpijak ke dah menyusahkan orang lain? Haihh...
Malas nak ulas panjang, jom layan gambo...Zass..
Izzat semput-semput pun excited mandi sungai. Ado pelampung, cuak gak dia.. Tapi Izzat steady..Dia tengok sungai dari jauh pun dah sengih2.Hehe... Abang Razi tengok dari tebing je. Mula2 je excited nak masuk, dah masuk sungai, tiba2 jerit2 nak naik. Aku tak ambik banyak gambo kat sini. Tapi kalau rasa nak mandi sungai, ok gak tempat kelah Sungai Tekala. Boleh tembus dari simpang nak pergi Bukit Belacan, Ampang..Tak cayo den..Tapi betullah tu, kitorang lalu jalan dalam, lalu Hulu Langat, leh tembus sampai Bukit Belacan. On the way nak balik, lalu ler Look Out Point dah dekat2 dengan Ampang dah. Best, wa cakap lu....Jom layan gambo lagi..Zasss..
Dengan adik ipar aku, kat luar perkarangan restoran2 kat Look Out Point tu. Razi dan Izzat dah tidur, sebab baru pas mandi sungai kot.
Lily, abang Cha, Razi tidur, aku, Izzat tidur, mak mertua dan adik ipar, abang man. Razi dan Izzat ni aku tengok macam dah sama besar je dah..
Belakang tu sebenarnya background KL. Cantik..
Daku yang controll...control jangan tak controlll...hehehe...
Dari tebing restoran yang kitorang lepak. Nampak dok KLCC? Malam mesti best kan? Dengan sejuknya lagi..kalau ado resort mesti gempak nye kan?
Masing-masing tengah tengok pemandangan.
Petang kitorang sampai tu, parking masih banyak lagi. Masa dah nak malam tu, parking penuh..Orang pun ramai. Paling ramai yang datang aku tengok pak arab dengan cina. huhuhu..
Izzat tiada dalam gambo kerana kepenatan, tidur dalam stroller.
Mi Goreng Mamak spesel..Tapi biasa2 je mi dia. Aku goreng lagi sodap. Kah..
Burger Malaysia Boleh. hehehe....Dua makanan ni je aku sempat snap gambo. Makanan yang lain, lupa..macam biasa..Hahaha...dah abis makan, baru ingat nak snap gambo. Harap maaf lah geng ye..Tapi overall, nak enjoy view sambil makan2 kat sini, rege dia bolehlah tahan.
Lawo betull..
Ni restoran tempat kami lepak. Ado banyak lagi restoran lain. Ada lebih kurang 4 ke 5 kot.
Dah nak balik, Izzat still tidur lagi. Cian dia..

~ s u h i d a ~

6 comments:

~chekuna~ said...

bestnya...dalam terjah ke kenduri..sempat pi berkelah..
mostly mak2 semua pakai baju kurung..he he...

fazilzura said...

sana mmg kene bayor cz diorg jaga kebersihan nye... surau pun ado .. homestay pun ado .. mmg besh g lepak sana...

sok dik non , dh tau nk terjah situ .. leps ni kite wat geth gitu nak dakkkkkkk??? besh kan kan

mamashasha said...

ko mengingatkan memori sungai tekala aku dgn kawan2 kat itm...bestkan dpt mandi sungai...sejuk je air nye...aku pun gitew...kalau g kenduri mesti menyinggah mana2 ambik kesempatan.....hehe...aku nampak muke ko cam kecik la....ko diet ape wei???

mamashasha said...

ko mengingatkan memori sungai tekala aku dgn kawan2 kat itm...bestkan dpt mandi sungai...sejuk je air nye...aku pun gitew...kalau g kenduri mesti menyinggah mana2 ambik kesempatan.....hehe...aku nampak muke ko cam kecik la....ko diet ape wei???

Ryn said...

bestnyaaa mandi2....eh kat mn look out point eh...menarik gak tuh...tempat pn cantek...

Mrs. Simplicity said...

lamanya tak mandi air terjun. bila tahun gak la aku nak gi mandi air terjun ni. hhuu.. izzat steady je aku tgk..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...