Wednesday, July 29, 2009

:: Hari Yang Mencemaskan ::

Assalamualaikum...
Dua tiga hari ni aku sibuk sikit. Tu yang tak berblog tu. Malam ni curi masa sikit na bercerita. Minggu ni memang bos dah sound kena balik lambat sebab rushing projek baru (Sabtu ni pun kena datang kerja..boring je...Naik gaji aku cepat! Heii..).
Alkisahnya, hari Selasa lepas aku ambik Razi dan Izzat kat taska dalam pukul 8 camtu. Masa dah nak sampai taska, aku dah nampak ada seorang lelaki ni jalan slow je kat tepi jalan sambil tengok-tengok rumah orang. Tapi aku takdelah syak wasangka apa-apa. (Kan tak baik bersyak wasangka kat orang...Huhu..) Aku park je kat tepi pintu pagar taska. Kebetulan lak, aku biar tingkap terbukak separuh dan tinggalkan handphone ngan beg kat dalam kereta. Selalunya aku tak bukak tingkap. Boleh hari tu menggatal gi bukak tingkap. Sabar je la...Bila aku dah masuk pintu pagar taska, lelaki tu pun sampai ke tepi pagar, tapi kat luar lah.
Tiba-tiba Zakiah, cikgu Izzat cepat-cepat bagi Izzat kat aku, terus lari ke pintu pagar sambil jerit. "Khazanah, ambik lock, cepat! Cepat!" Punya lah cemas. Aku pas dia jerit camtu, dari tak rasa apa-apa, terus tarik Razi masuk dalam. Razi yang tengah baru nak pakai kasut, terkebil-kebil tengok je apa yang berlaku. Khazanah, cikgu Razi berlari bagi lock kat Zakiah. (Memang ar kadang-kadang aku rasa hidup aku ni banyak drama swasta arrr..mm..)
Aku tengok mamat kat luar pagar tu tunjuk tangan 1. Nak mintak seringgit kot. Tapi memang menakutkan sebab kitorang je perempuan dengan budak kecik. Walaupun dia seorang, tapi dia laki. Dia duk tunjuk 1 kat cikgu-cikgu tu. Aku kat dalam dah mengigil-gigil mintak pinjam handfon cikgu Anna nak kol abang. Aku risau gak kalau dia perasan tingkap kereta tu terbukak. Anytime dia leh amik handfon ngan beg aku. Zakiah lak berani gak duduk kat tepi pagar tu, halau mamat tu. Berani gak tu..dan sangat lah alert. Aku lak yang terkebil-kebil masa tu.
Alhamdulillah mamat tu blah dari situ. Agaknya nampak aku call orang. Maybe dia ingat aku call polis kot. Kalau tak, mesti dia tak blah. Aku rasa laa...Bila kitorang rasa macam dia dah blah. Aku cepat-cepat bawak Razi dan Izzat masuk dalam kereta, diorang lak cepat2 masuk dalam rumah. Takut wooo..dibuatnya mamat tu tekad panjat pagar. Bukan tak boleh panjat pagar pun. Heiii....Alhamdulillah..
.............................................................................................................................................................................
Aku yang masih lagi dalam keadaan hati tak tenang tu pun drive balik. Tengah jalan terserempak dengan abang yang jalan kaki nak pergi ke taska lepas dapat call dari aku. Kebetulan, jalan keluar yang selalu aku lalu, jam.. Kereta banyak sangat. So, kitorang decide nak keluar ke jalan highway terus. Aku lah yang drive tu, abang duk kat belakang. Masa nak keluar simpang, memang kebiasaannya orang-orang yang keluar kat jalan tu, takkan pandang kiri punya. Kalau pandang pun, maybe sekali je..sebab nak keluar jalan tu memang kena drive cepat punya sebab kereta laju.
Masa tu aku dah tengok kiri, line clear. Tengok kanan, dah rasa macam leh keluar. Elok aku nak tekan minyak, tiba-tiba abang jerit "Ayang, ada orang naik basikal". Huiii...pakcik tu leh ngan rilek nya kayuh basikal dengan muka toya melintas depan kereta aku. Heiii...sabar je la..Berdegup degap jantung aku. Kalaulah aku tertekan minyak, camne ye? Memang naik atas badan pakcik tu. Nauzubillah...
Aku : Abang, kalau tadi kite terlanggar pakcik tu, kite lah yang salah eh?
Abang : Hmm...kalau ikut law, memang salah ar. Tapi kalau ikut common sense mana ada orang nak lintas camtu.
Aku dah terbayang macam-macam dah..Memang hari yang mencemaskan betul. Hari ni aku gi amik diorang awal sikit. Alhamdulillah tak terserempak ngan mamat tu lagi. Tapi berdebar-debar juga. Terfikir Razi dan Izzat. Huu...
~ s u h i d a ~

Sunday, July 26, 2009

:: Dah Cabut Dah ::

Assalamualaikumm...
Nak sambung cerita pasal bukak implan hari Jumaat lepas. Aku dan abang sampai LPPKN lebih kurang pukul 10 pagi. Tengok ar, lengang..Lagi-lagi hari Jumaat. Memang klinik ni pada aku selesa sangat sebab tak crowded dan lounge dia pun comfortable kan...Beza la ngn klinik2 kerajaan yang lain. Huhu..oppsss.. (Betul kan?)
Aku masa sampai je klinik LPPKN, aku bagitau korang aku memang konpiden nak bukak implan ni dan nak makan MAB. Kalau tak, takdelah aku sampai ke situ, kan...Ingatkan, leh bukak suka-suka hati. Tapi..hai..tertekan aku masa tu.Ok...Alkisahnya, mula-mula aku kena panggil jumpa nurse dulu. Timbang berat..6puluh tuttt tuuuuutttt...Kat situ je aku dah down. Nurse suh duduk dan cek BP. Masa cek tu, mula la soal jawab.
Nurse : Kenapa u nak buang implan?
Aku : Sebab saya nak makan perancang.
Nurse : Pil apa tu?
Aku : Makjun.
Terbeliak biji mata nurse tu dengan nurse lagi sorang.
Nurse : Ada makjun tu? Nak tengok.
Aku dengan lurus bendulnya bagi nurse tu botol MAB. Sambil belek-belek botol makjun ko tu, Zura...
Nurse : Eh, ini takde kelulusan dari JKM ni. Ubat-ubat takde kelulusan JKM ni tak boleh makan sebarang-barang dik..Takut ada steroid. (Dalam hati aku, macam dalam ubat doktor takde steroid.)
Aku : Tapi ni jamu. Sama lah macam kita makan jamu masa pantang. (Aku tengok muka nurse tu cebek..Heii..)
Tengah cek bp ni, aku tengok nurse tu duk tekan lagi sekali mesin BP tu sebab BP aku 91. Haha.. Mana tak tinggi, dalam hati tengah mendidih. Aku tengok je dah tinggi camtu, aku terus cool down..Tarik nafas....(Sambil buat pekak telinga dua2 org nurse tu membebel-bebel...) Tiga kali pum BP tu, yg last sekali BP aku 74. Hehe..Memang tullah, kalau tengah marah tu, leh naik BP. Kena banyak sabar ni. Tinggi gak tu kalau dah 94, kan...Sambung balik cerita..
Nurse : Baik u cakap betul-betul kenapa u nak cabut implan ni. Berterus terang..
Aku dah tak tahu na jawab apa..aku cakap..
Aku : Berat badan saya naik banyak dan tak datang period.
Nurse : Masa u pasang tu kan, ada nurse bagitahu risiko2 klu pakai implan ni. Macam tak datang period, masalah berat badan, kan...
Aku : Yelah...masa tu saya tak tak tahu lagi pasal makjun tu. (Tipu...hehe)
Panjang gak debat aku ngan nurse2 dua orang ni, sampai 1 tahap tu aku diam...Dalam hati lalalalaa....Malas nak dengar ko membebel. Diorang leh marah aku, katanya implanon ni subsidi kerajaan. Pada diorang macam aku ni membazir harta kerajaan ar..Sori eh, aku bayar cukai ok. Pas diorang tengok aku diam je, diorang cakap kitorang ni membebel2 ni untuk bagitahu kat u dulu sebelum u jumpa doktor, u kena marah dengan doktor nanti. Ewah, ingat aku budak2? Tapi, aku diam je..Buat muka stone. Kekeke..(Korang leh bayangkan tak?) Pastu nurse lagi sorang tu, tengok aku wat derk je, dia hempas pen dia ke meja. Marah benor diorang ni, apahal? Aku bayar apa.. Bukan mintak duit dorang pun. Lagipun, suka hati aku lah..badan aku. Nak cabut ke, nak tanam ke, badan aku. Eii..sakit hati tul masa tu. Nurse2 tu leh cakap "Apa kata u tunggu sampai dua tahun setengah, baru u cabut" Dengan muka konpiden. Aku dalam hati, rasa macam nak tarik je mulut dia suruh diam. "At least kalau u pakai setahun pun ok. Ni baru 9 bulan" So.....? Maknanye concern diorang bukan lah sebab takut aku terpeknen. tapi, membazir sebab pakai tak lama. Weh...suka hati aku lah.
Last-last masa jumpa doktor tu, doktor tu cakap lembut je. Aku tau intention doktor tu nak convincekan aku tak bagi cabut implan tu, tapi cara dia approach aku memanglah teramat professional. Doktor tu cakap "Takpe, apa-apa pun lepas ni u punya decision, nak cabut ke tak ke, tak pe. Saya cuma na cerita je, supaya u paham, saya dapat bagitau concern saya" Lebih kurang gitulah cakap dia. Dia tanya aku kenapa aku nak cabut implan ni. Aku tipu..huhuhu..Aku cakap aku nak makan perancang. (Mampus nak bagitahu makan makjun? Nanti kang doktor tu lak yang hempas pen kang..Huhu..)
Aku cakap berat aku naik. Dia tengok berat aku sebelum pasang implan, naik 7kg. Dia cakap sepatutnya kalau ikut kajian, berat maksimun yang naik pun 2 kg je. Normal untuk orang beranak akan naik beratnya. Tak normal..tak normal..Kata dia lagi, tambah-tambah kalau tak exercise. Dia mengpsiko aku masa tu. Aku dahla tak exercise, makan lagi, tak ikut aturan. Beranak 2 memang lah berat badan tu naik, bukan salah implan tu yang buat aku gemuk. Entah ar, susah aku nak cakap...masa tu aku antara goyang tak goyang. Antara point-point dia :
- Dia nak aku faham yang pakai implan ni tak akan bagi berat badan naik. Dia siap sound aku jangan bagitau kawan2 yang implan ni leh bagi badan gemuk. Entah ar, aku ada seorang kawan yang pakai implan, badan dia pun naik gak.
- Memang bila umur dah meningkat, metabolisme akan jadi lambat. So, memang senang nak naik berat badan. Heloo....Tambah2 lagi, kalau dah beranak ramai, memang akan naik punya.
Pas dia membebel tu, dia suruh bincang dulu dengan suami kat luar, nak cabut ke tak. Macam drama swasta lah pulak..Malas aku nak cerita.
Aku faham concern abang kalau aku cabut ni, aku terpregnant camne. Entah ar, abis tu aku gemuk ni cane. Agaknye dia faham isi hati aku kot masa tu..Syahdu gila.."Ayang gemuk ke, ayang kurus ke, abang tetap sayang kat ayang.." Kekeke..Menitik air mata dengor dia kabo cenggitu. Hehehehe..Korang jangan jeles ek..Ngee...Aku malas nak pikir-pikir panjang2 sangat. Dah beli dah pun makjun tu. Dan dah sampai pun ke klinik. Kalau aku tak pikir masak2, takdelah aku buat 2 perkara tu,kan...
So, cabut gak implan tu. Sakit sikit je masa kena injek tu. Doktor toreh kulit pakai pisau, pastu tarik implan tu keluar. Hari ni bengkak lagi. Tapi ok je...Entah ar..harap-harap tindakan aku ni betul. Aku dan makan 2 hari dah MAB. Angin keluar baik punya...Hahaha...

~ s u h i d a ~

Thursday, July 23, 2009

:: MAB Here I Come ::

Assalamualaikumm...title macam best je yek. Hehe..
Kawan-kawan...(Ewah...formal lak..)Err...tadi dah sampai dah MAB, aku beli kat Zura. Esok, insya Allah kalau tak de apa apa yang menghalang, akan ku keluarkan implanon ni dari lengan aku, buat kat LPPKN, Jalan Raja Laut. Deme caj RM100 untuk keluarkan implan..Sabo je le...Huhu...Caj ubat bius kot mahal sampai camtu. Errr....Korang doakan la aku tak sakit eh. (Ewah, macam na kena operate je..) Huu..bukan apa. Aku ni takut gila dengan jarum sebenarnya. Paling tak suka badan kena cucuk-cucuk ni. Maybe laa masa dia buat tu tak rasa apa-apa, tapi pas hilang ubat bius tu, takkan tak rasa sakit tempat cabut tu kan. Entah entah mahu 2-3 minggu terasa bisanye tu. Tu yang rasa malas tu. Tapi nasib la kan, sape suh gatal2 nak pakai implan masa mula-mula dulu. Huhu... Baca ar kisah aku masa pakai implan hari tu. Kekeke.. Nape la orang perempuan yang kena hadap benda2 cani ye. Untuk dapat pahala banyak kot...
Aku tak cek2 lagi ketul kat b***** aku ni. Entah ar...Susah. Menyampah!
~ s u h i d a ~

:: Izzat 9 Bulan ::

Assalamualaikummmm...Alhamdulillah....Izzat dah 9 bulan hari ni dan perkembangan terbaru yang aku rasa sangat best ialah dia dah boleh mengengsot dah. Lama pulak rasanye nak tunggu dia mengengsot. Akhirnya..Tak lama lagi dia merangkak dan memanjatla pulak. Kena get ready ni. Huhu..Cabaran cabaran.

Dah besar leh main sama-sama dengan abang.
Aku suka gambo ni.
Bontot saya power. Jangan marah aaaa....hahaha..

~ s u h i d a ~

Wednesday, July 22, 2009

:: Perangai ::

Assalamualaikum...
Hari ni aku nak cerita pasal perangai manusia. Kekeke...Macam-macam. Masa lunch hour tadi, aku dan opismate pergi ke kedai kain kat satu shopping kompleks kat area opis aku ni. Asalnya nak cari kain langsir, tapi terbeli kain baju melayu. Nak belajar dengan Kak Shema, cara-cara potong kain buat baju melayu. Saje je gatal na belajar buat untuk Razi dan Izzat. Alkisahnya masa na mintak assistant kedai tu potong kain, member ku ini bertanya kat sorang minah kedai ni.
Member : (Sambil pegang satu kain ni) Kain ni boleh buat apa ye?
Minah Kedai : (Jawab dengan selamba rocknya..) Apa-apa pun bolehlaa.. (Boleh jawab camtu?)
Masa tu aku blah dari situ sebab kang aku stay kang tak pasal bergaduh lagi dengan orang.
Rupa-rupanya member aku cerita pastu dia tanya lagi kat minah tu, tapi kain lain pulak.
Member : Kain ni boleh buat ba...
Belum sempat habis ayat member aku tu, minah tu jawab.."Boleh, boleh, boleh.." Boleh?
Pastu member aku blah dari situ, pergi ke aku. Tiba-tiba kitorang dengar bos kat situ marah staf. Rupanya minah tadi tu kena sound dengan bos dia. Kuat lak tu suara bos dia. Aku rasa satu kedai kain tu boleh dengar sebutir-sebutir dia kena marah.Hahaha..."Ada orang cakap u layan customer marah-marah. Macam nak gaduh...bla bla bla..Kalau nak kerja sini, kerja elok-elok" Lebih kurang camtu la yang aku dengar. Rupanya ada customer mengadu. Agaknya minah tu ada masalah rumah tangga kot. Entah la..
..................................................................................................................................................................................
Ada sekali tu aku teman kawan aku ke bank dan menunggu giliran sambil duduk kat kerusi. Sambil borak-borak menghadap muka member aku tu, ada seorang mamat duduk belakang member ku itu. Tengah borak, biasala kite kan tak sedar mata tu memerhati keliling. So, bila bercakap menghadap member aku ni, secara otomatik nye terpandang la muka si mamat ni.
Tiba-tiba je dia membuat satu renungan nak mengorat kat aku. Renung sambil tersengih-sengih tepat kat mata aku. Aku pun dengan otomatiknya tercakap kuat-kuat. "Pehal mamat ni duk pandang-pandang aku ni..bla bla bla." Membebel-bebel. Bila member aku paling tengok dia, dia terus pandang tempat lain. Tak malu tul kan. Tak suka tul. Apa punya perangai. Dahlah dah tua. Perut buncit..Entah entah dah ada anak bini. Membebel bebel....bebel...
Perasan kan..Nasib mamat tu tak jawab "Siapa pandang kau?" Kekeke...
~ s u h i d a ~

Monday, July 20, 2009

:: Rindu ::

Assalamualaikum...
Rindu dengan Razi. Dah dua hari duduk dengan nenek dia kat Sentul. Memang terasa kan kalau anak takde dekat dengan kita.
Ada sekali tu melayan balik tengok gambar razi masa baby, compare dengan dia sekarang..Alahai, cepatnye masa berlalu. Ada satu hari tu, aku melayan perasaan sorang-sorang sambil lipat kain. Riak muka tu nampakla ketensionan aku. (Ada la kes..biasalah..adat berumah tangga kan..huhu..) Tiba-tiba Razi datang tegur "Mak..kenapa.." sambil buat muka sengih2 dia tu. Aku terdiam, sebab first time Razi tegur. (Selalunya menangis je..Kekekeke..) Dalam hati..dah besar dah Razi. Agaknya dia perasan aku takde mood. (Mana taknya, lipat kain sambil hadap sofa. Hahahha..Tension benor la tu..) Harap2 hari ni encik fadzli amek Razi bawak balik rumah eh. Mak rindu ngan Razi.
Izzat pulak dah nak masuk 9 bulan hari Rabu ni. Semalam tengok dia dah belajar mengengsot ke depan sikit-sikit. Alhamdulillah, seronok tengok perkembangan anak. Tak lama lagi, merangkak ye Izzat. Tapi, sekarang ni Izzat ligat kalau naik walker. Abis dikejarnya kita, kaki ni, kaki Razi pun dah berapa kali kena langgar. Kalau ke dapur, dia pun ke dapur. Kalau ke depan, dia ikut ke depan. Kalau ke bilik air, dia ikut gak tu. Menangis-nangis selagi aku ni tak keluar bilik air. Menangis macam kena pukul..Sabo je la. Memang takde harapan dah nak mandi lama-lama kan..Mandi kerbau je aku sekarang ni. Kuikui....
Insya Allah hari Jumaat ni kompem aku nak cabut implan dekat LPPKN. Nak cabut kena caj RM100. Huhu...Dah order dah MAB dengan taukeh makjun; Zura. Semoga dengan usaha ni dapat la turun berat badan aku,kan....Amiiinnn..

~ s u h i d a ~

Sunday, July 19, 2009

:: Outing KLCC ::

Assalamualaikum..(First time aku bagi salam..Insya Allah lepas ni aku akan mulakan dengan salam juge..)
Sempena hari tua aku hari ni, kitorang satu famili pergi jalan-jalan ke KLCC. Sebenarnya tengok movie Ice Age. Seperti biasa, aku memang suka tengok kartun, so..cerita tu memang beshh ar..Huhu..Tapi, yang peliknya Razi tengok sambil tutup dua2 belah mata. Mungkin bukak sikit kot sebab dia tak tidur. Aku pun tak faham kenapa dia wat camtu. Pas abis movie, en fadzli belanja makan kat Madam Kwan's. Nasi Bojari dia sedap. Memang penuh sampai kena tunggu kat luar. Memang bisnes dorang laku ar. Kitorang makan dua orang pun nak dekat RM100, bayangkan orang keluar masuk tak berhenti-henti. Berapa untung diorang ek? (Sibuk je nak tau, kan...hahaha..)
Pas makan, gi jalan-jalan outdoor. Saje je provoke Razi kat kolam mandi budak2 tu. Ingatkan dia tanak masuk sebab kes dia takut mandi sungai hari tu. Elok pulak, Razi suruh bukak baju nak join mandi. Hmm..dengan aku-aku basah baju dan seluar, sbab budak-budak berlari dalam air ikut suka hati dorg je, abis tempias air. Hahaha...geram gak sebenarnye...geram nak join mandi. Alang-alang dah basah kan (semenanye hantu air aku ni). Aku kalau ada mak budak join mandi, silap-silap aku pun join gak mandi. Kekeke... Layan gambo..Zasss..
Mula mula macam takut takut je.
Dah start excited dah...
Razi ajak aku join dia sekali. Kalau leh join, dah lama mak join tau. Kang ada yang kena sound ngn pok guard kang..Kekeke..Slow slow merangkak. Tu pun pas aku tunjuk ada seorang baby ni mandi merangkak rangkak. Aku memang agak baby tu tak sampai setahun tengok dari saiz badan. Tanya mak budak tu, umur baby tu baru 9 bulan. (Busy body je..kekeke) Ada snap gambo, tapi kat handfon, malas lak na upload. Tapi memang baby tu mandi dengan enjoynye merangkak laju betul. Best pulak tengok dia mandi.
Dah lupa diri dah.
Tengok budak tu tergolek, nak tergelak lak aku. Tapi ramai budak tergelincir..licin..Razi pun tergelincir gak, nasib tak terhantuk kepala..
Itu konon ala ala swimming ke Razi? Hehe..Izzat tak mandi sebab tidur..Cian..
Ada lagi satu benda aku nak cerita. Tiga toilet aku pergi nak kencing, semua aku tak jadi masuk. Sebab...line panjang gila..Ada yang sampai beratur sampai luar pintu toilet. Gilaaaalah..Tak kuasa aku nak berbaris panjang cenggitu. So, kitorang berjalan je kat luar terfikir nak ke KL Convention Centre. Lalu depan Mandarin Oriental tengok punyelah ramai orang. Rupa2nya MU player lepak kat situ..Hihihi..Aku takdelah minat bola kan..tapi klu semua orang dah teruja, apa salahnye teruja skali kan. Suka-suka..
Snap dari jauh je, ramai orang.
Cuba teka mamat kat tingkap tu, sape pandai teka, cepat..Tapi kalau betul, tak dapat apa-apa la..Hehe..
Hari ni memang penat, tapi seronok. Alhamdulillah...
p/s : Dhilah, mm..hampa..tak nmpk owen. Kalau aku dpt nmpk dia,mesti ko jeles kan..kuikui...
~ s u h i d a ~

Saturday, July 18, 2009

:: Gembira ::

Hari ni aku gembira sebab hari ni hari jadi aku yang ke 29 tahun. Walaupun udah 29 tahun aku hidup, tapi rasa masih banyak lagi kekurangan diri ni. Terima kasih mak sebab melahirkan kak ida. Mengandungkan kak ida 9bulan. Minta maaf sebab mak kena ganti puasa sebulan sebab kak ida lahir bulan Ramadhan. Terima kasih sebab beri kasih sayang pada kak ida yang tak berbelah bahagi sampai sekarang. Terima kasih sebab mak banyak berkorban untuk kak ida, kak ida tahu kak ida tak mampu nak berkorban mcm mana mak bagi kat kak ida.
~ s u h i d a ~

Friday, July 17, 2009

:: Bengong ::

Pernah tak korang ada satu masa tu, bengong sangat. Maksud aku pegang tu jatuh, pegang ni jatuh, tiba-tiba pegang yang ni lak jatuh. Huhu..Alkisahnya, macam biasa pagi-pagi nak pergi kerja, biasala kan kepala pun masih weng. Aku letak berus gigi kat bekas tergantung, tiba-tiba ubat gigi jatuh. Dalam masa yang sama aku gantung kan gayung kat dinding. Aku lepas je gayung tu jatuh pulak. Aku angkat gayung tu dan letak balik. Aku lepas je tangan, gayung tu jatuh balik. Hai..menguji kesabaran nampak. Aku ambik gayung tu dengan geramnya (sebab kena tunduk-tunduk) dan sangkut balik elok-elok....Dah tak jatuh dah. Pastu aku ambik ubat gigi yang jatuh tu, bila aku angkat je kepala, kepala terhantuk pulak kat kepala paip..Adusss...sakitnya..Mulut dah membebel-bebel kesakitan. Letak je ubat gigi, tiba-tiba ntah macammana shaver terjatuh dengan cover dia. Shaver kat bawah sinki, cover dia kat hujung bilik air.. Menyirap darah aku..Penat tau tunduk-tunduk..Huu...Aku capai shaver dan nak ambik cover dia, tiba-tiba ..zas...tiba-tiba rasa pedih lak kat peha...Huhu..tertoreh pulak peha aku ngn shaver tu...Aku geram sangat, last-last aku campak je shaver tu. Lantakla....

~ s u h i d a ~

Thursday, July 16, 2009

:: The Bloggy Friend Award ::

Mekasih mamadira sebab bagi kat aku award kiyut miyut ni. Gambo flower dia tu tak tahan ar kiyutnyeee..Hehehe...Tak sangka dalam alam maya ni pun ramai gak kawan yang kita leh kenal-kenalan, kan? Harap-harap perkenalan kita ni berpanjangan.
Award ni daku na beri pada kawan-kawan blog yang aku baru kenal suam-suam kuku gitu. harap-harap dapat jadi lebih rapat lagi ye.
1. Ayu
2. Ita
3. Fidah
4. Wanie_Putra
Aku nak bagi gak award ni kat sahabat lama aku sejak dari sekolah rendah, Noorezlin. Ambik award eh elin..Yang lain, tu bukan aku tanak bagi, tapi dah dapat kot award ni. Takpe, award lain kali aku bagi ye.
~ s u h i d a ~

Wednesday, July 15, 2009

:: Hati Unta ::

Baru-baru ni ada parents kat taska Izzat bagi aku hati unta dari Mekah. Katanya elok untuk semput, Insya Allah. Alkisahnya Izzat maybe ada bronkitis..Entahla..tu yg doktor kata. Baru-baru ni Izzat kena lagi. Asalnya berjangkit selsema dari aku. Pastu berjangkit batuk dari aku pulak..Terus datang semputnya. Mak minta maaf ye Izzat. Kita sama-sama sakit..Ayah Izzat bawak ke klinik, doktor bagi gas. Ni kali kedua Izzat diberi gas. Kata ayah dia, masa bawak gi klinik, kepala Izzat berdenyut-denyut. Memang kalau pegang kepala Izzat masih terasa lagi lembiknya. Pas bagi gas, aku balik tengahari tu jenguk dia kat rumah..eloklah kejap, but still ada lagi bunyi2 keruh dia tu.
Sebelum ni aku bagi Izzat minum minyak unta, dua kali. Aku pun ada try sekali un tuk batuk aku ni. Rasanye....huhu..menangkap hidung.. Kesian lak aku bagi Izzat minum minyak unta, camtu rupanya rasa minyak unta. Err...Kalau tak bagi, cane nak sembuh ye Izzat.Tapi tengok Izzat minum minyak unta, dia layan baik punya. Hmm..aku lagi rela bagi dia makan minyak unta ni dari bagi makan ubat. Susah tul na suapkan dia ubat. Huhu..Alhamdulillah, kurangla sikit batuk tu lepas minum minyak unta tu.Hehehe...Cuma selsema ni je tak hilang-hilang lagi..
Ni haa hati unta kakak tu bagi. Aku ingatkan dia bagi daging fresh ke. Tapi yang ni hati ni macam dah dikeringkan.
Hitam pekat, salah tengok boleh ingat benda ni kayu.
Aku ketuk-ketuk pakai lesung, masukkan dalam bubur. Masukkan sikit je,rebus sekali sampai lembut. Yang hitam-hitam tu, hati unta la tu.
Ni bubur nasi hati unta yang dah diblend sekali.

Harap-harap pasni sembuhla semput Izzat ni. Banyak gak aku tanya orang kalau bagi minyak atau hati unta masa kecik2, Insya Allah boleh sembuh. Razi dan adik daku Dhilah pun pernah diberi minyak unta, Alhamdulillah dah takde semput dah deme... Harap-harap Izzat pun sama ye..Pastu selain dari leh ubatkan asma dan lelah, ada jugak yang cakap hati unta ni boleh melebatkan rambut. Wallahu a'lam. Kan setiap ciptaan Allah tu ada kegunaannya.
Aku google punya google, rupanya banyak gak cara orang amalkan untuk hilangkan semput ni..Ada yang bagi makan lemak belut, ada gak yang makan gamat. Kalau ikut cara tradisional lah, kan...Banyak caranye..rupanya. Ada gak yang bagi makan habbatussauda. Ikut keserasian kan, dan ikut cara masing-masing..
~ s u h i d a ~

Tuesday, July 14, 2009

:: Tag Beg Kerja ::

Tag dari alyyani - beg kerja anda.
1. sila ambil gambar beg yang anda bawa ke kerja (kalau ada 2-3 pun, masukkan sekali) Beg ini je lah yang aku kendong ke hulu ke hilir. Ke opis ke, ke kedai ke, ke kenduri ke. Sebab beg-beg lain da buruk dan ada yang rosak. Tapi, nanti nak beli beg baru, hadiah untuk diri sendiri sempena hari tua aku yang akan datang. Huhu..Beg ni jugak ar leh isi pampers Razi dan Izzat, botol susu. Kadang-kadang tuala pun aku sumbat..bantal..hahaha..
2.kemudian,sila ceritakan sedikit ape yang terkandung dalam beg kerja anda itu, sila sertakan gambar sekali..(tak payahla kemas beg tu semata-mata na go public..:D) kemudian terangkan secara detail isi beg anda.
Beg tangan aku ni takde partition. Straight to the point je. Hehe...
Ni jelah barang-barang yang ada dalam beg aku. Purse, bedak tepek tu, lipstick ngn breast pad. Selalunya ada pantiliner, tp dah abis. So,aku tak snap la eh. (Purse tu pun rasa macam nak tukar, sebab nampak dah buruk benor dah..Tunggu bajet akan datang kot..Huhu...)
3.nyatakan sebab-sebab kenapa anda suka beg kerja anda itu.
Mestilah aku suka, sebab da takde beg lain dah..hahaha...
4.sila nyatakan kenangan manis atau apa yang istimewa nya pada beg itu pada anda.
Speselnye beg ni sebab aku beli beg ni secara online kat wanitamelayu.com. Masa tu baru nak try2 beli barang online. Kiranye ni beg first lah aku beli online..Hahaha..Jakun betul..Lagi satu sebab nape beg ni spesel sebab aku beli masa aku tak kerja setahun tu. Duk rumah buat freelance je. Beg ni aku beli untuk hadiah diri sendiri sebab wat kerja freelance masa tu macam nak mati. Hehe...
5. sila tag 10 orang yang lain (sape-sape nak buat,buatlah..sebab aku rasa ramai yang dah kena buat tag ni..huhu..)
~ s u h i d a ~

Monday, July 13, 2009

:: Razi Pergi Zoo ::

Khamis lepas, 9 Julai 2009, taska PPBA (taska Razi) buat lawatan sambil belajar ke Zoo Negara. Seronok Razi cikgu dorang cerita, asyik sebut "japah..japah.." maksudnya zirafah. Hehe.. Aku pun tak tau na cerita pe sebenarnya, layan je ah gambo kot.. Layan...Zasss...
Dengan kawan-kawan kat taska.
Nak buat peace kot..
Beratur kat luar taska dulu.
Ha ah eh..lupa lak na bagi Razi topi dia.
Dah sampai Zoo. Agaknya tunggu trip no 2 kot.
Dengan kawan-kawan dan cikgu-cikgu PPBA.
Alahai..dengan beg birunya tu. Macam nak gi sekolah dah dia.
Berani dia nak jalan ye..Selalunya nak dukung je..Hmm..Baguslah,lepas ni jalan eh kalau gi mana2. Dah besar pun..
Camne lah cikgu2 ni handle budak-budak ni.Haha..Tengok gambo ni, aku ada sekeping gambo masa darjah dua, lawatan ke Zoo gak. Muka sebijik macam muka Razi ni..Muka blur pandang kamera.
Orang lain tengok ikan, Razi.
Masing-masing angkat tangan tunjuk good kot.
Ini agaknye tengah tunggu nak naik tren round Zoo.
Alahai..dah berpeluh-peluh. Seronok jalan-jalan dengan rakan sebaya agaknye..Hahaha..
~ s u h i d a ~

Saturday, July 11, 2009

:: Daku Berjaya Jugak Akhirnya ::

Yeay..akhirnyaaaaaa...Kesabaran sungguh nak tukar-tukar layout ni. Huh..Alhamdulillah selesai gak. Takdela lawa benor. Cuma ni je yang berkenan kat biji mata aku ni. Kalau tak berkenan kat mata korang, takpelaaa.. Habis,ini je yang ado eh..Terimala seadanye yoo..
Habis semua widget aku, benjy aku..ikan-ikan aku, ticker hilang. Nak kena buat balik ni yang sengal sikit. Takpe..takpe..Pelan-pelan. Pasni harus belajar camne tanak bagi benda-benda tu hilang. Harusss..Alkisahnya, banyak tul aku jumpa layout-layout yang best-best. Tapi entah apsal ntah rasa mcm tak best je..Ada satu tu, ntah bahasa pe ntah dia letak kat blog aku. Merepek je..Lawa memang la lawa, tapi kalau udah bahasa nye aku tak faham dan layout settingnye bersepah, baik aku amek yang jenis macam ni je. Add a gadget html je. Next time, kalau nak tukar layout lagi, widget tak hilang dah. Aku cari layout ni kat scrappingblogs ni. Oklaaa..banyak gak choicenye.


Antara layout yang ada kat scrappingblogs ni. Kalau korang rajin nak tukar layout, gi lah terjah ye. Hoho...Hmm..Pasni leh la jawab tag dari Jue dan Alya. Insya allah akan ku segera wat kerja sekolah korang bagi tu.
Sekarang aku nak add widget2 tu semua balik..Aduh, banyak kerja tul. Pada sesapa yang aku belum add alagi address blog dia tu, sabar ye..Nanti kang aku add balik. Huhu..maceh~

~ s u h i d a ~

Thursday, July 09, 2009

:: Tukar Layout ::

Sori semua, masih tengah nak ubah suai rumah baru. Nak buat pun curi-curi masa sekejap2. Banyak tul layout template untuk blog yang boleh pakai. Cuma pandai nak upload dan sabar banyak-banyak je nak buat layout baru. Huhu....Nak kena isi balik blog list korang-korang semua.Banyak lagi lah nak kena ubah. Sabar je laaa...Nanti dah siap baru aku wat tag ko ye Jue, yang pasal kereta tu. Harus...Hahaha...
Hari ni taska Razi buat lawatan ke Zoo Negara. Mula-mula aku ingat kak ina, cikgu besar taska tu tak bawak razi sekali sebab maybe Razi kecik lagi. Tapi, pagi semalam cikgu Zakiah inform yang Razi akan ikut diorang ke Zoo. Mmm..Tau tak cane perasaan aku? Takut..Hahaha..maklumlah, first time nak lepaskan anak gi lawatan sekolah. Kahhh....Dah besar anak mak...Semalam siap dipesan suruh bawak beg sandang nak isi tuala kecik, pampers, botol air. Kelam kabut suruh ayah dia gi beli jap. Jumpa beg Garfield kaler biru. Macam-macam..baru nak pergi lawatan sekolah. Lum kenduri kahwin lagi. Hmm...

Razi nak pergi Zoo mak..Babai...


~ s u h i d a ~

Wednesday, July 08, 2009

:: Baju Baru Lagi ::

Baru-baru ni aku jumpa Jue, owner kedai Baby and Kids collection, amek baju Izzat yang dibeli. Jumpa Jue kat Mc'D Ampang Point. Tak ambik gambo pun dengan Jue. Sayang kan Jue, buat kenang-kenangan. (Aku memang malu-malu kucing kalau orang ajak amek gambo ni...Kekeke...) Takpelah, lain kali ada rezeki nak beli lagi dari kedai Jue, lehla jumpa lagi kan Jue..Sape-sape nak ziarah ke kedai Jue, lehla klik di sini. Ok, ni aku nak gayakan dorang jadi model. So, layan...Zasss...Hehehe..
Baju Razi. Osh Kosh Cyan. Dah kedut-kedut sebab baru pas basuh.
Baju Izzat Osh Kosh apa ek Jue. Lupa lak nak tanya. Hahaha..
Model tengah takde mood ar nak senyum sebab selsema.
Ini model memang susah nak amek gambo dia. Asyik berlari je..Sabar je la aku..
Haa...barulah model senyum sebab dah pakai spek hitam ngn cap. Rappers yo..Hehe..
~ s u h i d a ~

Tuesday, July 07, 2009

:: Thank You Ryn ::

Hehe....Seronok sebab dah dapat tshirt dari Ryn semalam. Memang comey dan kemas sangat jahitan Ryn. Excited aku masa dapat pakej kat opis. Semua orang aku tunjuk, bos pun tengok. (Tapi yang bos tengok tu secara tak disengajakan..hehehe). Ramai gak yang suka. Mana tau nanti ada orang nak order lagi ke, leh la dpat komisen ek Ryn. Ngeeee....
Bila Izzat dan Razi sampai rumah je, terus aku pakaikan baju-baju tu kat diorang. Razi suka aeroplane tu..Duk sebut aeroplane..aeroplane..Nak jadi pilot ke nanti..huhu... Layan ar gambo-gambo ni..Zass...
Razi as usual tak gemor nak amek gambo. Puas lah aku suh tengok kamera..Huhu..
Izzat lak nangis masa pakai baju. (Mak je yang beriya benor haaa nak pakai kan korang baju acik Ryn bagi ni..Huhu)
Abang peluk Izzat. Macam dah besor lak aku nengok Izzat ni.
Baru nak gelak. Oklah tu..
Mekasih Ryn. Sesapa nak tengok baju-baju Ryn yang cute2 lagi, leh la klik di sini. Memang kreatif laa..Bukan semua orang leh wat cenggitu. Plus kena la rajin. Macam-macam idea orang berniaga, kan? Aku ni bila la nak berniaga...Huhu..
~ s u h i d a ~

Monday, July 06, 2009

:: Tak Sabar Dah ::

Assalamualaikum...
Yeay yeay..hari ni hari isnin. Suka nye aku.Huhu..Bukan suka sebab kena kerja, tapi suka sebab hari ni dapat pakej dari Ryn. Insya allah, dapat la kot baju handcraft dari Ryn untuk Razi dan Izzat. Disebabkan aku dah excited, aku pinjam gambo dari blog ko eh Ryn tepek kat cni baju-baju Razi dan Izzat. Suka sangat sebab comel. Cepat lah sikit sampai nye...tak sabo na sarungkan kat budak-budak tu. Hehe..
Ni baju Razi. Razi memang suka aeroplane pun. Maceh Ryn..Macam ko tau2 je..
Izzat nye batman. Cute sangat. Sebenarnya aku yang suka batman. Izzat tak tahu pe2 lagi. Hehe..
Maceh ryn, comey sangat2. Ni baru tengok kat internet je. lum lagi sampai kat tangan aku ni. Huhu...Insya allah nanti Ryn aku nak order. Nanti dah dapat baju tu, aku ambik gambo dorang pakai baju ko ni dan post entry ek.

~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...