Nak sambung cerita pasal bukak implan hari Jumaat lepas. Aku dan abang sampai LPPKN lebih kurang pukul 10 pagi. Tengok ar, lengang..Lagi-lagi hari Jumaat. Memang klinik ni pada aku selesa sangat sebab tak crowded dan lounge dia pun comfortable kan...Beza la ngn klinik2 kerajaan yang lain. Huhu..oppsss.. (Betul kan?)
Aku masa sampai je klinik LPPKN, aku bagitau korang aku memang konpiden nak bukak implan ni dan nak makan MAB. Kalau tak, takdelah aku sampai ke situ, kan...Ingatkan, leh bukak suka-suka hati. Tapi..hai..tertekan aku masa tu.Ok...Alkisahnya, mula-mula aku kena panggil jumpa nurse dulu. Timbang berat..6puluh tuttt tuuuuutttt...Kat situ je aku dah down. Nurse suh duduk dan cek BP. Masa cek tu, mula la soal jawab.
Nurse : Kenapa u nak buang implan?
Aku : Sebab saya nak makan perancang.
Nurse : Pil apa tu?Aku : Makjun.
Terbeliak biji mata nurse tu dengan nurse lagi sorang.Nurse : Ada makjun tu? Nak tengok.
Aku dengan lurus bendulnya bagi nurse tu botol MAB. Sambil belek-belek botol makjun ko tu, Zura...Nurse : Eh, ini takde kelulusan dari JKM ni. Ubat-ubat takde kelulusan JKM ni tak boleh makan sebarang-barang dik..Takut ada steroid. (Dalam hati aku, macam dalam ubat doktor takde steroid.)
Aku : Tapi ni jamu. Sama lah macam kita makan jamu masa pantang. (Aku tengok muka nurse tu cebek..Heii..)Tengah cek bp ni, aku tengok nurse tu duk tekan lagi sekali mesin BP tu sebab BP aku 91. Haha.. Mana tak tinggi, dalam hati tengah mendidih. Aku tengok je dah tinggi camtu, aku terus cool down..Tarik nafas....(Sambil buat pekak telinga dua2 org nurse tu membebel-bebel...) Tiga kali pum BP tu, yg last sekali BP aku 74. Hehe..Memang tullah, kalau tengah marah tu, leh naik BP. Kena banyak sabar ni. Tinggi gak tu kalau dah 94, kan...Sambung balik cerita..
Nurse : Baik u cakap betul-betul kenapa u nak cabut implan ni. Berterus terang..Aku dah tak tahu na jawab apa..aku cakap..
Aku : Berat badan saya naik banyak dan tak datang period.Nurse : Masa u pasang tu kan, ada nurse bagitahu risiko2 klu pakai implan ni. Macam tak datang period, masalah berat badan, kan...
Aku : Yelah...masa tu saya tak tak tahu lagi pasal makjun tu. (Tipu...hehe)Panjang gak debat aku ngan nurse2 dua orang ni, sampai 1 tahap tu aku diam...Dalam hati lalalalaa....Malas nak dengar ko membebel. Diorang leh marah aku, katanya implanon ni subsidi kerajaan. Pada diorang macam aku ni membazir harta kerajaan ar..Sori eh, aku bayar cukai ok. Pas diorang tengok aku diam je, diorang cakap kitorang ni membebel2 ni untuk bagitahu kat u dulu sebelum u jumpa doktor, u kena marah dengan doktor nanti. Ewah, ingat aku budak2? Tapi, aku diam je..Buat muka stone. Kekeke..(Korang leh bayangkan tak?) Pastu nurse lagi sorang tu, tengok aku wat derk je, dia hempas pen dia ke meja. Marah benor diorang ni, apahal? Aku bayar apa.. Bukan mintak duit dorang pun. Lagipun, suka hati aku lah..badan aku. Nak cabut ke, nak tanam ke, badan aku. Eii..sakit hati tul masa tu. Nurse2 tu leh cakap "Apa kata u tunggu sampai dua tahun setengah, baru u cabut" Dengan muka konpiden. Aku dalam hati, rasa macam nak tarik je mulut dia suruh diam. "At least kalau u pakai setahun pun ok. Ni baru 9 bulan" So.....? Maknanye concern diorang bukan lah sebab takut aku terpeknen. tapi, membazir sebab pakai tak lama. Weh...suka hati aku lah.
Last-last masa jumpa doktor tu, doktor tu cakap lembut je. Aku tau intention doktor tu nak convincekan aku tak bagi cabut implan tu, tapi cara dia approach aku memanglah teramat professional. Doktor tu cakap "Takpe, apa-apa pun lepas ni u punya decision, nak cabut ke tak ke, tak pe. Saya cuma na cerita je, supaya u paham, saya dapat bagitau concern saya" Lebih kurang gitulah cakap dia. Dia tanya aku kenapa aku nak cabut implan ni. Aku tipu..huhuhu..Aku cakap aku nak makan perancang. (Mampus nak bagitahu makan makjun? Nanti kang doktor tu lak yang hempas pen kang..Huhu..)Aku cakap berat aku naik. Dia tengok berat aku sebelum pasang implan, naik 7kg. Dia cakap sepatutnya kalau ikut kajian, berat maksimun yang naik pun 2 kg je. Normal untuk orang beranak akan naik beratnya. Tak normal..tak normal..Kata dia lagi, tambah-tambah kalau tak exercise. Dia mengpsiko aku masa tu. Aku dahla tak exercise, makan lagi, tak ikut aturan. Beranak 2 memang lah berat badan tu naik, bukan salah implan tu yang buat aku gemuk. Entah ar, susah aku nak cakap...masa tu aku antara goyang tak goyang. Antara point-point dia :
- Dia nak aku faham yang pakai implan ni tak akan bagi berat badan naik. Dia siap sound aku jangan bagitau kawan2 yang implan ni leh bagi badan gemuk. Entah ar, aku ada seorang kawan yang pakai implan, badan dia pun naik gak.- Memang bila umur dah meningkat, metabolisme akan jadi lambat. So, memang senang nak naik berat badan. Heloo....Tambah2 lagi, kalau dah beranak ramai, memang akan naik punya.
Pas dia membebel tu, dia suruh bincang dulu dengan suami kat luar, nak cabut ke tak. Macam drama swasta lah pulak..Malas aku nak cerita.Aku faham concern abang kalau aku cabut ni, aku terpregnant camne. Entah ar, abis tu aku gemuk ni cane. Agaknye dia faham isi hati aku kot masa tu..Syahdu gila.."Ayang gemuk ke, ayang kurus ke, abang tetap sayang kat ayang.." Kekeke..Menitik air mata dengor dia kabo cenggitu. Hehehehe..Korang jangan jeles ek..Ngee...Aku malas nak pikir-pikir panjang2 sangat. Dah beli dah pun makjun tu. Dan dah sampai pun ke klinik. Kalau aku tak pikir masak2, takdelah aku buat 2 perkara tu,kan...
So, cabut gak implan tu. Sakit sikit je masa kena injek tu. Doktor toreh kulit pakai pisau, pastu tarik implan tu keluar. Hari ni bengkak lagi. Tapi ok je...Entah ar..harap-harap tindakan aku ni betul. Aku dan makan 2 hari dah MAB. Angin keluar baik punya...Hahaha...
~ s u h i d a ~
So, cabut gak implan tu. Sakit sikit je masa kena injek tu. Doktor toreh kulit pakai pisau, pastu tarik implan tu keluar. Hari ni bengkak lagi. Tapi ok je...Entah ar..harap-harap tindakan aku ni betul. Aku dan makan 2 hari dah MAB. Angin keluar baik punya...Hahaha...
~ s u h i d a ~
12 comments:
Banyak byi lak nes tu eh...at least bersopan laa sikit kan...
aku lak yang geram dgn cerita ko nih!! Mmm sebenonya depa yg malas nak cabut. Tu je!! su, kawan aku pakai implanon pun debab gilos. terkejut aku tgknya tau!! mana tak debab ada hormon tiruan dlm bdn. for long term, not gud. aku dgr dr pakar senirik cakap dlm astro awani pagi. paling okey dlm byk2 method kondon je. hahaha. tp tak best la plak ek.....
ko try mab ni tgk macam ner....usually mmg keep apetite. ada ke minah tu kata steroid!!! ish..ish tgk laa pembuatnya!! sah2 a gud islam. aku baik ngan akak tu... !! yang nk buh steroid ni kalau kapir2 ni. lgpun nobody yg report any side effect. a gud effect ado!! depa tak tau penangan mab lagi. nnti try br tercari2..!! hikhik....laki sayang kita ooo....best performance pun yer jugak tu...hahaha....
kahh daku sokong kawn mu ni Su.. (and agak leh agak dia makan MAB jgk yek).. heheh betui tu .. diorg lum tau lg penangan MAB .. but now moslty hosp ke klinik ke , dh melambak2 diorg gune jgk cara tradisi.. cz x sume penyakit leh ilang dgn "dadah" hosp tu.. family aku le moslty dlm bidang hosp2 ni.. now haku pun terjebak dlm keje kat kolej kejururawtan .. heheheh .. tp cara tradisi x kan penah ilang ..
insyallah su , ko makan kasi tetap .. anything col haku okey
sue...kwn kakna pun..pakai implanon..gebuss giler.. tapi dia dah nak buang bulan 9 ni..dah cukup 3 tahun.. anak dia pun dah 3 tahun lebih.. mmg terkejut la jumpa dia..baru2 ni... lps buang dia ckp nak kurus kan badan.. peknen? tak mahu lagi katanya..nak tunggu ekonomi stabil!!??? boleh ker..
hmm..nes tu lak yg lebih2 marah ek..suka ati la kan..bak pasang sulu pun bukannya free..
MAB ni pada aku mmg bagus..sbb aku pun dah makan dah 8 bulan..peod tetap dtg bulan2..hari yg sama lak tuh..hr ke 3 peod aku smbg balik makan MAB..mmg pusingan dia tetap..aku suka sgt..
menarik baca entry ko kali ni. banyak info pasal implanon ni yang aku tak tau. mmg aku plan nak amik gak. tp tu lah, komen kat sebelah ni sume cakap implanon bole menggemukkan. aku kalau bole nak cari yang tak menggemukkan & tak ganggu hormon. ish.. susahnye kan?
eeei, tak professional nye nes tu. spai nak hempas2 pen lak!! sukati la, kita byr pe utk implan tu?? bkn kita pasang free kan??
hehehe...ramai tul yg marah kat nurse2 tu.memang..aku tu mengenang kan sabar je.mendidih gak tapi sabar....
ryn : biasa ar ryn, kite dtg tmpt dorg. mesti dorg lupa diri.hehehe..
ila : tu ar,leh doktor tu ckp ikut kajian naik 2 kg je maksimum. aku sengih je masa dia ckp camtu.
zura : tul, bukan smua penyakit leh sembuh ngn ubat spital.
kak na : kak na cuba sajes kat dia MAB tak? cane la daku ni klu tunggu 3 tahun eh.
ainey : hehe..tu yg pelik tu,kite ni bayar.klu free, aku pun segan juge.
alya : err...makan MAB je ar alya. toksah pakai implan. betull...
nasz : tu yg aku tak faham, nape na emo. agaknye bngkerk tengok muka stone aku tu kot..serius, aku wat tak dengar je dorg ckp. tengok muka pun tak.kekeke..ingat balik, puas hati.haha..
su..
akhirnye..ko cabut juga implanon tu ye..
sungguh dramatik nak cabut implanon tu gan nurse2 gan doktor tu..
pas ni bagi feedback pasal mab pulak ye..makan punctual jgan lupe2..nanti menyusul no 3 plak..hehhehh
a ah,mama dira..mcm drama swasta.sabo je lee...
tu la salah satu sebab aku tak suke g jumpe nurse gomen.....potpetpotpet....apa pun su....pass is pass jom kita makan MAB....ntah apa2 kan diorang tu...yg sakit, yg bayor sume kite bukan diorang pun lagi nak bising!!!!!!!caitttttt
dah mcm kat balai polis lak aku rasa! kene soal siasat la pulak...isk!
Post a Comment