Sunday, February 28, 2010

:: Alasan ::

Assalamualaikum..
Kebelakangan ni aku dah jarang nak update blog. Bukannya aku malas. Alasannya adalah:
1. Aku tak sempat nak update blog kat opis.
2. Balik rumah nak kena tidurkan Razi dan Izzat dulu. Dah malam sangat-sangat barulah aku boleh nak online. Bila dah malam sangat, semua benda nak tengok, email nak  tengok, facebook nak tengok, kedai wardahwardrobe aku tu pun nak tengok. So, idea nak mengupdate tu pun entah ke mana2. Nak komen blog kawan-kawan pun kadang-kadang tu tak sempat.
3. Kalau Razi dan Izzat tak tidur lagi dan kalau aku boleh online. Terpaksalah online dengan dua tab macam kat bawah ni. Bagi diorang layan nursery ryhmes  YouTube sebelah, aku buat kerja aku kat sebelah. Hehe..
Ini Toonbo ABC. Razi dan Izzat paling suka ni. Cuba korang layan.
Yang ni pulak Alphabet Sounds. Aku pun suka. Hehe...
Tapi, sekejap je pun diorang layan betul-betul YouTube ni. Dah boring, tangan pun gatal-gatal duk tekan-tekan laptop ayah diorang ni. Huhu..dan aku pun malas ler nak update blog. Kahhhh.....Alasan.....
* Dah pukul 10 pagi ni, bila lah Razi ni nak bangun. Izzat dah lama bangun. Siap dah mandi dan breakfast lagi kan Izzat kan kan...Sama ler dengan ayah diorang ni. Bangun ler bang oi.

~ s u h i d a ~

Thursday, February 25, 2010

:: Muzium Negara ::

Assalamualaikum
Rasa macam blog aku ni dah bersawang dah. Hehe..Dah lama tak ada entry baru. Awal bulan hari tu, tak dirancang pun, kitorang sekeluarga pergi Muzium Negara. Dengar muzium dah berupa baru. Lama dah dengar, tapi tak sempat-sempat nak pergi. Murah je entry fee, RM2 untuk orang dewasa. Untuk kanak-kanak bawah berapa tahun entah aku tak ingat tapi free ler. Aku rasa last aku pergi muzium masa tahun 2002 ke 2003, tak ingat. Masa tu tengah kecoh-kecoh pameran hantu. Korang ingat tak? Siap tengok teater hantu lagi. Kekeke..Ok, meh layan gambo. Layan....Zasss...
Rajin pulak Razi pakai songkok. Dah macam apa dah rupenye. Bersongkok tapi pakai seluar katok. Haih..Mat saleh pun tegur Razi. Sengih sengih.
Lawo tull awan tu kan..
Depan pintu masuk utama muzium. Panas tak hingat~
 Abang Cha bergambar background tempat kerja dia. 
Sejarah Muzium Negara
Kat galeri depan pintu masuk muzium. Aku rasa area ni je kot tak direnovate. Sebab lantai ni kot. Ada sejarahnya kot. Entah. Masa ni tengah pameran sejarah Islam.
Model Masjid Kampung Laut.       
Al-Quran besar dari Indonesia dengan tulisan tangan.
Senapang gajah kot.


Ini peta lama tanah melayu. Macam pelik je peta Sabah dan Sarawak tu kan?
Hmmm...area sejarah tanah Melayu.
Tau tak Razi dari mula masuk tempat gelap duk meragam2 nak berdukung. Haih..Masa ni Izzat baru bertatih-tatih. Tengok ler tu.Masa kat area zaman batu tu lagi dia takut. Sebab ada tulang tengkorakkkkk...Real punyeeee..Ngee!~
Cebek...
Dapat la gak berdukung. Cian Izzat, membawa diri.
Agak-agak korang ada berapa banyak bilah keris dalam muzium ni. Banyak gila.
Agak-agak korang malam-malam dorang main terbang-terbang tak? Macam dalam cerita Night in Museum? Ngee!~
Aku tak tahu kenapa Razi takut. Takut betul dia.
Suka tengok ni. Diorang gabungkan 3d dengan model. Memang nampak real. Bergerak-gerak kartun kat dalam tu.Sayang diorang cuma buat satu ni je.
Ini kapal korek namanya.
Kitorang main picit-picit button tu, nak bagi kapal korek tu bergerak. Kah..Aku pun join sama.
Basikal mamat jepun mana la diorang cilok nih?
Sebelum balik, ambik gambar kat luar puas-puas dulu.
Suka betul Razi dengan train.
        
        
Suka ye...masa dalam muzium asyik mintak berdukung. Kesian ayah tau.
Jaga kat situ bagi pinjam songkok dia na amek gambo. Kekeke...
Sporting abang Razi ye.. Izzat lak buat apa tu. Suka gambo ni.
Yeay..dapat gak gambo sefamili yang cun..Boleh la cun lah gak, kan..Ke tak? Kah..Sekian....

~ s u h i d a ~

Saturday, February 20, 2010

:: Diet The Biggest Loser ::

Assalamualaikum....
Semalam masa pergi rumah mak, Ina tunjuk kat aku THE BIGGEST LOSER MALAYSIAN BLOGGERS. Huhu..kreatif ko. Ala-ala The Biggest Loser tapi ini version blog. Tengok sambutan menggalakkan. Hadiah pun best beb. First prize dapat hadiah spa kat Serenity Spa. (Mesti ko nak join Zura..tapi ko dah kurus...huhu..) Pastu dapat hadiah kebaya dengan free make over lak tu.
Malangnya..contest tu dah berakhir dah pun. Kekeke...Jangan marah aa...
Tapi aku baca, owner TBLMB ni macam nak buat season 2 pulak. Harus ler aku mengjoinkan diri. Hadiah best tu....Memang berbaloi ler kalau menang. Nak tunggu orang sponsir gi spa, masa bila la pulak kan...Ngeee....
Anyway, season 1 winner ni dapat turun 19kg dalam masa 4 bulan yang mana aku rasa sangat ler menakjubkan sebab dapat menabahkan hati menurunkan berat badan sebanyak tu dengan cuma inisiatif sendiri je. Ye la, kalau tak ada azam, tak turun gak kan. Tahniah tahniah...Cayalah lu beb.
So, singgah-singgah ler tengok. Mana la tahu, tiba-tiba owner tergerak hati nak buat season 2, leh la join sambil menguruskan badan. Chaiyuk chaiyuk!
Mmm..Berat aku tak turun2 lama dah ni...Tension lah ni. Haih...Kucing kat atas tu sangat comel, kan? kan kan kan..

~ s u h i d a ~

Friday, February 19, 2010

:: Cupcakes Lagi ::

Assalamualaikum...
Aku dah order lagi cupcakes dari LIA LOVELY CAKES untuk majlis pertunangan abang sepupu aku. Design macam kat gambar tu. Tapi tema kaler putih dengan silver. Tak sabo na tengok camne rupenye...dan harganye jugak.
Bestnya kalau ler dapat cupcakes camni...surprise ke..Mahu aku tak makan..tengok je. Kekeke....

~ s u h i d a ~

Thursday, February 18, 2010

:: Izzat ::

Assalamualaikum....
Kejap je dah lepas tengah bulan dua kan? Razi dah nak masuk 3 tahun bulan 3 ni. Izzat pulak dah nak masuk setahun 4 bulan. Aku pulak dah nak masuk 30 tahun...Whatttt?????? Hehe..Ok skip pasal cerita aku berumur berapa tu ye..Dah lama tak update cerita Razi dan Izzat. Kali ni nak cerita pasal Izzat. Sebab....
Izzat dah pandai berjalan!!!!! Alhamdulillah....Dalam seminggu dua minggu yang lepas. Sejak dah ada kaki ni, bukan main lagi dia buat tour kat dalam rumah. Kalau kat rumah opah, mm...main panjat tangga ler. Naik turun naik turun tangga putih kat rumah opah tu.
Pastu bab mulut..mulut Izzat sekarang pun dah boleh tahan becoknya...Kekeke..Dia suka mengulang apa yang kita cakap, even kite menegah dia.." Hehhhh.." Diikutnya kite hehhhh balik.. Sabo je ler aku. Hari tu aku ajar dia bercakap. Dia ikut semua yang aku cakap, ada la bunyi2 dia nak dekat dengan bunyi perkataan yang kite sebut....Walaupun ada tiga perkataan dalam satu ayat tu, dia mesti ikut. Dah banyak dah ayat dan perkataan yang aku cakap dia ikut, aku cakap "Izzatttt.." Dia pun "Izzaatttt"..."Sayanggg Makkk..." Dia diam. "Izzat..Izzatttt Sayanggg Makkk" Dia diam.. "Izzat sayang Mak!" Dia diam. Mmmm..."Izzattt..Bas!" "Bas!" Aik..geram je aku. Hahaha...Oooo..suruh cakap sayang mak, tak mahu. Pandai ye....
Pastu tadi aku nak suap dia makan. Sambil suap, dia duk berjalan-jalan. Sekali suap, duk berjalan. Ada sekali tu aku suruh duduk. "Izzat, duduk..." Dia diam je tengok mangkuk mihun sup sambil berdiri. "Izzat, duduk!" Bagi suara keras sikit, bagi takut sikit. Hehehe...Dia boleh jawab... "Tak Nak!!!" wahwahwah.......kekeke...Cepat besar ye Izzat. Tak sabo nak gaduh dengan Izzat pulak.

~ s u h i d a ~

Friday, February 12, 2010

:: Entry Lama ::

Assalamualaikum...
Tadi aku saje nak baca balik entry2 lama aku. Terjumpa link masa aku operate batin buang fiborid. Naik ngeri lak bila aku fikir balik. Aku ke tu? Huhu..Memang aku ler... Kalau korang nak tengok, klik link ni ye. FIBROID KE?
Gila berani gak kan? Kahhh.... Abang Cha yang amek video tu. Naik turun naik turun perut aku bernafas. Hehe...Rugi lak dia lupa nak amek video aku bangun berjalan keluar dari bilik tu. Tak macam orang baru lepas operate. Besar gak fibroid tu, dalam 6 cm. Ada sesapa berani cuba?
Mmmm..maknanya aku dah kena operate 3 kali ler. Huhuhu...Itu yang masa operate bersalinkan Izzat, doktor kata perut aku teruk sangat. Dinding rahim melekat ke dinding abdomen katanya. Dan dia pesan, kalau nak bersalin lagi pasni, jarakkan jauh dan mesti bersalin kat HKL gak. Sebab dah ada rekod kat situ. Baiklah doktor. HKL pun ok. Kekeke...Agak-agak kalau aku pregnant lagi sekali, boleh tak aku beranak normal? Memang ajaib ler kalau boleh, kan? Takpelah, tak kisah lah kalau operate pun...Lagipun macam aku nak pregnant dalam masa terdekat ni? kan kan kan... Huhu...

~ s u h i d a ~

:: Nak Handphone ::

Assalamualaikum........
Tadi member lama ku tanya ada dapat tak mms gambar baby dia dah 5 bulan. Handfon lama, tak dapat nak receive gambo, maaf ler. Dah ler reception handfon kat opis aku teruk, pakai handfon lama ni lagi la teruk. Kadang-kadang tu tak de line langsung.
Nak beli handfon baru yang canggih2 sikit, tahun ni tak dapat kot. Nak tunggu dapat hadiah? ...mmm... Nak handfon macam kat bawah ni, boleh tak? Ada sesapa yang murah hati nak derma kat aku? Ngeee!~
Kalaulah ada duit lebih, seronok kan...kan kan kan...Hari ni handfon hilang, esok dapat baru. Ngee...
Bersyukurlah suhida. Handfon nak canggih2 benor, bukannya ada orang nak tipon, na 3G pun kan, kan kan kan... Pakai je lah apa yang ada.

~ s u h i d a ~

Thursday, February 11, 2010

:: Dialog ::

Antara dialog-dialog yang aku rasa macam sakit telinga dan sakit hati nak dengar.

A : Jadi Siti hantar dan ambik anak dari sekolah lah ye. Suaminya kerja.
S : Taklah, ayah diorang gak yang ambik dan hantar. Siti duduk rumah je. Hehehehe...

Z : Hana ni selalunya datang taska lambat.
A : Kenapa parents dia hantar lambat ke?
Z : Ha ah, ayah dia yang hantar tengahari. Balik petang emak dia datang ambik.
A : Ooo..ayah dia masuk kerja petang kot. Itu yang ayah dia hantar tu. Seronoknya lah.
Z : Ha ah, ayah dia jaga pagi tu, nak pegi keje hantar ke taska ler.

M : Opis aku bagi bonus sikit sangat lah. Bagi 1K je. Kedekut.
A : (Haih..opis aku, duit raya pun tak dapat. Bonus lagi lah..harammmm)

I : Alah...jaga baby kan senang. Bagi makan cukup, susu cukup, pastu tidur. Baby kan tidur je.
A : (Wahhh..mulut...Tunggu ko kawen, ada anak nanti. Huh.)

Sesi meluahkan perasaan. Banyak lagi dialog-dialog yang menyakitkan hati. Tapi, aku tak ingat sekarang ni. Maybe ada entry kedua pasal dialog-dialog ni lagi.

Sunday, February 07, 2010

:: Sayur dan Buah ::

Assalamualaikum...
Aku dapat email dari mak gambar sayur dan buah-buahan yang dah digubah. Kreatif dan agak lawak gak sesetengah tu aku rasa. Saje nak share dengan korang. Tengok ler..










~ s u h i d a ~

Saturday, February 06, 2010

:: Selamat Tinggal Spek Lamaku ::

Assalamualaikum...
Macam dah lama tak update blog. Kesibukan melanda. Maleh nak cerita. Ni nak cerita aku dah beli spek baru. Terbeli secara tak sengaja. Hehehe..boleh?
Rabu lepas, masa nak balik dari opis, tiba-tiba enjin kereta Avanza takleh start. Balik naik teksi pergi taska. Tunggu abang Cha amek, pastu pergi balik opis aku bawak jumper. Rupa-rupanya air bateri kering. Huhuhu....
Pas kereta dah leh start, dah alang-alang kat kawasan opis aku, kitorang gi ke Wangsa Walk Mall ler...Pusing-pusing, lalu kedai cermin mata. Tengok ada promotion. Kedai first yang aku pergi spek dia tak menarik. Harga memang best RM180 spek dan lens. Murah tu, tapi desingn takde yang berkenan. Masa tu aku rasa macam takpelah, pakai je la spek yg ada ni pun. Ewah...pasrah..Pusing-pusing lagi jumpa lagi kedai spek. Buat info korang, Wangsa Walk Mall ni aku rasa shopping kompleks yang paling banyak provide kedai cermin mata. Banyak... tapi aku tak kira berapa. Huh...
Ok, jumpa lagi satu kedai spek, kitorang tengok offer Rm188 untuk spek dan lens. Pilih punya pilih, tak jumpa yang berkenan. Masuk dalam sikit, promotion RM248 untuk frame dan lens. Up sikit.....Tapi still tak jumpa gak yang berkenan, aku macam dah malas dah dengan Razi dan Izzat yang dah start buat perangai. Tapi abang Cha ajak tengok kat dalam lagi. Kali ni, spek 50% less lah pulak, kannnnnn. Makin dalam makin mahal pulak ye..Mmmm.. Ada la satu tu aku mcm suka. Aku pun decide ambik yang tu. Tapi hati macam berat je. Budak sales tu dah buat resit, dah bayar dah pun. Tiba-tiba mata aku terpandang satu spek ni, aku mintak na try. Huh....Sekali pakai je, aku dah tau dah ni ler spek aku untuk beberapa tahun akan datang. Ngeee...Akhirnya dah ada spek baru dah. Jom layan gambo jom...Layan...Zass...

Ini ler spek ku yang dah menemui ajalnya. Huhu...

Tengah tanya rege spek. Budak sales ni sabo je melayan karenah aku. Aku pilih spek, korang memang malas nak layan ler...Banyak songeh. Hahaa....Benda-benda lain aku tak kisah sangat, malas nak lama-lama pilih barang. Tapi kalau spek, harusler cari yang sesuai. Pakaian muka lah katakan.

Ini meja last yang kitorang singgah. Aku rasa aku try ada dalam 10 spek kot. Ngeee... Kiri sekali adalah spek lama aku sebelum ku kahwin. Pastu nak balik, haruslah singgah makan kat Restoran Ayam Penyet Ria. Huhuhu...

Izzat yang masih tak sihat.

Ayam Penyet..Sedap..Mehla try.

Bakso kuah. Aku suka gak.

Ini ler spek baru ku. Power dua dua belah naik 100. Perghh..memang ler kepala ku pening pakai spek lama. Power naik gila2. Kiri da 475. Kanan da 375. Tapi silau sudah turun. Agaknya sebab ku titis Kington tu kat mata kot. Ngeee.....Kalau power turun sekali kan ke best. Huh..

~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...