Apa perasaannya ek,bila dapat gaji bulan ni, tapi gaji bulan lepas dan bulan bulan sebelum sebelumnya tak abis lagi? Bestnyaaaa...Dulu,masa mula-mula kerja, alasannya gaji sikit dan kena bayar installment kereta, Sekarang, bila gaji dah up sikit dan kereta dah clear, alasannya pulak duit tu dah disalurkan ke tempat lain pulak.
Bukan aku nak merungut, tapi ada sampai sekali tu terdetik gak kat hati kenapa walaupun gaji aku dah up sikit, tapi aku still rasa tak cukup-cukup. Mak pernah cakap dengan aku, kalau kita selalu kongsi rezeki kita dengan orang, Insya Allah rezeki kita akan cukup. Maybe aku tak kongsi lebih kot. Tak tahulah, tertekan aku.
Kadang-kadang tu terfikir macamne ada setengah orang leh pakai Mercedez, BMW dan sebagainya. Pulak tu ada 2,3 bijik lagi. (Contohnya lah...) Macamne diorang leh banyak duit sampai cenggitu sekali. Macamne effort diorang ek?
Bertambah-tambah angin aku bila aku kompem,tp takde increment. Bila aku mengeluh camni, mak cakap kita kena redha dengan apa yang Allah bagi. Kadang-kadang kita rasa benda tu tak baik untuk kita, tapi sebenarnya baik pada Allah. Kadang-kadang tu kita rasa benda tu baik untuk kita,tapi sebenarnya tak baik untuk Allah. Bila mak cakap camtu, barulah aku rasa lapang sikit. (Tapi, ada gak sikit rasa tak puas hati jugak tu sebenarnya bila tulis entry camni kan..hehehe..)
Sabar je lah. Selagi cukup makan kami sekeluarga, tak apalah...Harap-harap, dimurahkan rezeki selepas ekonomi merundum ni.
~ s u h i d a ~
















.jpg)
.jpg)
.jpg)







