Dua tiga hari ni,asyik berym dengan sahabat lama dari sekolah rendah. Dia dah selamat melahirkan baby girl bulan Mac lepas. Asyik bercerita pasal susu badan ekslusif. Banyaklah cerita timbul macammana nak banyakkan susu ibu, pum apa yang bagus dan macam-macam lagi pasal susu badan.
Pagi ni aku google dan terjumpa satu petikan:
Ketika menyusu bayi, ibu digalakkan membaca doa yang baik untuk kesejahteraan anak, ayat al-Quran serta harapannya supaya anak itu menjadi orang berguna. Ruang mendoakan anak terbuka selebar-lebarnya ketika menyusu anak. Melalui cara itu, anak bukan saja sihat daripada segi fizikal dan mental, tetapi juga rohani. -Dr Robiah Kulop Hamzah
Jadi aku google lagi sebab pendek sangat maklumatnya..Terjumpa satu artikel penuh, dari Harian Metro. So,aku tepek kat sini eh.
HARIAN METRO : 22/1/2008

RAMAI tahu khasiat susu ibu daripada sudut kesihatan, malangnya masih ramai tidak bersungguh-sungguh menyusui bayi kerana alasan tertentu yang kadangkala kurang munasabah.Susu ibu sepatutnya menjadi santapan pertama anak ketika lahir dan berterusan sehingga si kecil mencapai usia dua tahun sebagaimana dituntut Islam.
Berapa banyak pun susu formula yang menggunakan teknologi masa kini dicipta, ia tidak mampu menyamai keunggulan makanan ajaib ini.Melihat kelebihan susu ibu dalam jangka panjang membentuk keperibadian seseorang, Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa Malaysia, Dr Robiah Kulop Hamzah, berkata anak yang diberi susu ibu lebih senang dibentuk atau dilentur. Menurutnya, cairan ini adalah unsur pertama bagi menyemai kasih sayang dan kejiwaan dalam diri anak, iaitu secara fizikal melalui pelukan erat ibu ketika menyusu anak. Ia adalah lesen pertama membentuk dan membangun kekuatan personaliti anak, membentuk jiwa hamba Allah, jujur dan berketrampilan.
Susu ibu terjamin kebersihannya kerana tiada sentuhan tangan manusia dan jika betul cara didikan ibu bapa, anak akan menjadi insan yang baik.Memberi susu ibu ialah konsep memberi dan menerima, menjadikan hubungan antara anak dan ibu akrab kerana selama dua tahun menyusu ibu, si anak membesar menjadi individu yang patuh pada orang tua dan tidak banyak melukakan hati ibu.
“Susu ibu dapat menurunkan darjah sikap melawan atau menentang ibu kerana rangkulan si ibu ketika menyusui bayinya memberi aura ketaatan. Malah, dalam jangka panjang, susu ibu menjadikan kesihatan mental, fizikal dan emosi anak lebih mantap.
“Jika ketika mengandungkan anak, ibu sering membaca ayat suci al-Quran sebagai makanan rohani anak dalam kandungan, selepas melahirkan, amalan boleh diteruskan ketika menyusu anak. Ketika menyusu bayi, ibu digalakkan membaca doa yang baik untuk kesejahteraan anak, ayat al-Quran serta harapannya supaya anak itu menjadi orang berguna. Ruang mendoakan anak terbuka selebar-lebarnya ketika menyusu anak. Melalui cara itu, anak bukan saja sihat daripada segi fizikal dan mental, tetapi juga rohani,” katanya.
Anak yang menyusui susu ibu sangat dekat hubungan kejiwaannya dengan ibu dan bapa dan emosinya tidak mudah terganggu.“Amalan menyusu berserta doa dan harapan juga baik jika dibuat dengan menyentuh ubun-ubun anak dan membelainya. Anak mendapat tumpahan kasih sayang dan perhatian mutlak daripada ibu ketika menyusu.
“Degil macam manapun, anak yang menyusu ibu akhirnya akan mendengar cakap ibu. Begitu juga jika setinggi manapun pangkatnya, jika penyusuan ibu lengkap dan disertai amalan doa, anak akan menghormati dan taat padanya,” katanya.
Dr Robiah berkata, kebanyakan ibu yang memberi alasan tidak dapat menyusu anak kerana susunya kering berpunca daripada tindakan memakan ubat yang menyebabkan masalah itu atau tidak gembira ketika memberi susu badan.
“Ibu perlu membuat persediaan untuk menyusukan anak ketika hamil lagi, iaitu dengan mengambil makanan berkhasiat. Jika menghadapi masalah susu kering, ibu boleh mengambil ubat penggalak susu atau makan makanan yang boleh memperbanyakkan susu ibu. “Ada sebilangan ibu berpendapat, susah hendak kembali bekerja selepas cuti bersalin jika menyusukan anak. Malah, ada juga berpendapat, jika tidak menyusu anak, mudah sedikit jika dia hendak pergi kursus,” katanya.
Ruginya lah sape yang pikir camtu.
Pada aku memang nak fully breastfeeding memang satu cabaran. Lebih-lebih lagi kalau bekerja. Tapi, kalau hati tu nak buat, boleh je. Member bercerita,katanya ada orang ni cakap kalau pum susu boleh buat tisu buah dada rosak. Ntahlah...gayanya kalau tak pum masa kerja, mau bengkak macam betik jadi nya. Silap haribulan boleh demam.
Tapi pas baca artikel ni rasa untungnyalah ibu-ibu yang leh menyusu anak smpai 2 tahun....Harap-harap kali ni dengan Izzat leh la lepas sampai dia 2 tahun sebab razi dulu sempat setakat 1 tahun 1 bulan je sebab susu dah kering. agaknya hormon mengandung kot. Tak tahulah..
~ s u h i d a ~

3 comments:
ada gak org ckp cmtuh yek ..
patut nye dia rugi x dpt nyusu kan anak lebih lama..
* x perlu di ragui lg SUSU IBU ada la susu paling besh & bagus tuk bby..
.. masa nyusu kan akil, selalu niat dlm ati supaya akil jd anak yg soleh
Memang byk khasiat susu ibu nikan... sue dah kira bgus dpt susukan razi 1 thn 1 bln..
ita masa beranakkan raisha susu kurang.. so tak dapatlah nak susu lama...
zura: selalu gak doakan diorg masa susu..tp tak nah tau lak,rupa2nya doa masa nyusu terbuka luas..baru tau ni..huu..
ita:tu la ita.hrp2 izzat kali ni dpt susu lama sikit.
Post a Comment