Assalamualaikum.....
Baru-baru ni aku update status aku kat facebook - positif. Ada dua tiga orang yang reply bertanyakan aku, diorang bajet aku positif pregnant. Wuuuhoooo.... Takdelah weh. Positif pregnant, mau aku saman tempat yang aku pasang tu. (Ewah, ada hati nak saman..hehehe..)

Kaedah implan adalah kaedah sementara yang paling berkesan setakat ini dalam mencegah kehamilan, keberkesanannya muncul seawal 24 jam pertama pemakaiannya dan kesuburan juga kembali kepada asal dalam tempoh 24 jam ia ditanggalkan. Doktor akan bius kat lengan dan masukkan implan tu kat lengan. Boleh pilih lengan kanan atau kiri. Sengal gak dua minggu masa mula-mula dulu. Sekarang tak rasa apa dah.
Aku pilih implan sebab aku culas makan ubat. Aku malas nak jumpa doktor banyak kali kalau kena injek (alasan je..sebenarnya takut nak kena injek..)kekekeke...dan aku nyilu kalau nak pakai IUD tu..ok..
Aku buat kat LPPKN, harga RM320. Nurse tu ada remind aku, dia cakap nak cuba injek dulu tak. Sebab dah banyak kes yang pakai 6 bulan je. Pastu datang mintak tanggal. Alasan sebab masalah2 yang akan timbul akibat pakai implan ni. Dia explain ada yang period tak menentu dan macam2 lagilah.
Hmm..sekarang ni aku lak terfikir na cabut implan ni. Sebab badan dah gemuk sangatla...dan period aku langsung tak datang-datang da dekat 5 bulan pas aku pakai implan. Bila aku cakap dengan abang aku nak buang implan. Dia cakap, kang mengandung kang, cane? Kalau mengandung, abang tak tau. Boleh macam tu..Huuu..Kitorang berdebat lah gak pasal badan aku gemuk, dia lak cakap suh aku kurangkan makan la apa lah..Abis tu kalau baru kul 11 pagi, dah menggigil-gigil pe cerita. Padahal, pagi tu aku dah bantai makan nasi lemak. Apa kes? Dia leh cakap "it's all in your mind" ewah..cuba aku suh berhenti isap rokok...Entahlah..Nak kena pikir panjang gak ni. Takleh jadi ni, aku kena bertindak gak, sebelum berat aku naik mencecah angka 70kg. Gabra weh...
Pastu baru tadi aku kena sound gemuk. Dah....tertekan tertekan..
....................................................................................................................................................................
Sebenarnya aku tulis status aku positif tu sebab aku cuba na berfikir positif sekarang ni. Serius..Hari tu aku demam, tetek aku bengkak. Sakit gila...Agaknya aku demam sebab bengkak susu kot. Maybe betulla kot bengkak susu yang ketulan tu. Aku rasa ketul tu still ada lagi. Positif..positif..Takpe, tunggu hujung bulan ni ye..Hujung bulan ni gi cek lagi.
Aku cuba positif gak, untuk dapat increment lagi dua bulan atas pe yang mamat tu promise. . Kalau dia kencing gak pasni, sowi lah weh..Hai hai bai bai la... (Huuuu...)
Aku cuba positif gak kalau Razi dan Izzat meragam serentak. Positif suhida, positif..sabar..Tangan tu ringan je kadang-kadang...Eiiii...positif positif Suhida.
....................................................................................................................................................................
Malam ni aku tidur rumah emak. Saje tengok album-album lama. Aku pun tengah rajin, aku scan la gambo-gambo lama. Budak-budak dah tido. Aku lak dah lama tak layan blog..Korang layan la tengok gambo aku masa dulu-dulu. Tanak layan, takpe..yang nak layan..Layan...zass...
Kat rumah Taman Permata, duduk atas tembok. Ambik gambar nak tayang jam dan baju baru agaknya..
Masa ni kami baru berempat. Dhilah takde lagi. Aku, Abang Mi, Abang Ju, Ina dan Mak.
Dah lain dah tangga rumah ni.
Kekeke...Tengok balik, sebijik muka Razi.
Mak cakap kereta tu kereta mak WAH (Werdah Abdul Halim) 2145 (Birthday mak 2/4/51)..Bolehlaaa...

Cuba cari mana aku..Hehehe...Tadika St Ronan. Tahun berapa aku tak ingat. Tapi cikgu tu sampai mati aku ingat dia sebab dia pernah kurung aku dalam bilik air gara-gara aku tak tahu nyanyi lagu "Once I Caught A Fish Alive" Psiko punya cikgu. Huh....
~ s u h i d a ~

6 comments:
think positif sue...chaiyok...
imah pon selalu think positif dan berharap positif...
sue.,ape susah..kalo ko ngandung laie..ko pass la adik razi n izzat ni kat imah..heheheh
kalo hal ngndung ni, slalu kita isteri2 ni je la yg dok risau kan?
tak pe sue, ape2 pon think positive k
sue, betui la wk kalopakai implan tuh badan naik? adoi, aku fobia la.. tu pasal smpi skang aku x pakai ape2 perancang. rancang sendiri. mmg hati2 betul. la..
p/s : kalo ko dpt baby.G mesti comel mcm ko la msa kecik2 tuh :D
be positip okeyyy
hehehe..imah..nangis aku imah klu bg anak kat org..kuikui...
nas,biasa la.hal2 cani mmg isteri yg risau sbb kite yang peknen kan...
a ah alya..ikut org.tp mmber aku sorang yng pakai implan pun naik bdn dia.ada org tak.
baik puan zura..positif positif..hehe
Post a Comment