Friday, December 30, 2011

:: Ohhhh....Samsung Galaxy Note ::

Assalamualaikum...
Gadjet yang aku teringin sangat nak.
Sob..sob..sob...
Tengok video ni buat aku lagi sakit hati..
Huuuu...

~ s u h i d a ~

:: Birthday Abang ::

Assalamualaikum...
Ini entry yang simple. 25 Disember yang lepas, harijadi abang yang ke 37.
Selamat Hari Lahir. Sayang abang selalu. :)
Kek Birthday coklat ada cheese jugak dari Kak Ram Cakes. Takde idea nak letak ayat apa atas kek.
Dapat jugak ambik gambar sefamili. Macam ala-ala formal. Izzat tu tak sabar dah tu nak makan kek.
Suka gambar ni walaupun goyang. :) Hehehe..
Happy Birthday, kitorang semua sayang ayah!

~ s u h i d a ~

Thursday, December 29, 2011

:: Yes ::

Assalamualaikum...
Yes, hari ni aku berjaya menunjukkan yang aku tengah bad mood kat opis. Selalunya orang lain je yang boleh tunjuk diorang not in the mood. Diorang je yang banyak kerja, semua kerja orang adalah kerja aku jugak, sampai kerja aku sendiri yang tertangguh. Benci betul. 
Yes, hari ni aku juga berjaya panggil semua orang yang aku pergi beli adaptor, tanya harga beg angry bird, pergi kedai celcom, beli ayam penyet...semuanya aku panggil diorang adik. (Aku dah terasa diri aku tua...Boleh dikira cakap yes jugak ke? Hmmmm..)
Yes, Farhan dah boleh angkat lutut dah. Dah 7 bulan dah anak bongsu aku ni. Nape kejap sangat masa berlalu?

~ s u h i d a ~

Wednesday, December 28, 2011

:: Rasa Macam Nak Pergi Bercuti Je ::

Assalamualaikum...
Ada member opis aku bagitahu dia nak travel sorang-sorang pergi Australia tahun depan. 2 minggu dia cuti nanti. Nampaklah kesungguhan dia, nak challenge diri sendiri. Berani ke tak, nak travel tempat orang sorang-sorang. Ye ar, orang perempuan. Haruslah rasa risau. Dia dah beli pun tiket air asia, RM1k return bulan 8 ni. Reason dia nak buat macam tu sebabnya ada kawan perempuan dia, pergi bercuti ke Europe sorang-sorang. Hmm...Huhu.. Kalau aku, teringin gak jalan-jalan tempat orang. Tapi kalau sorang-sorang, aku tak berani kot. Aku bukan apa, aku takut aku mati kutu je jalan sorang-sorang. Hehehe...Tapi agak menarik gak kan, nak travel sorang-sorang, amek gambar, suka hati nak pergi mana. Huhu... Ataupun reason kenapa pergi sorang-sorang sebabnya member-member takde badjet nak pergi jalan-jalan oversea. (Aku nak berjalan kat Malaysia ni pun tak ada badjet...hihihi)
Ada gak member aku yang lagi sorang ni, pergi holiday dengan member-member opis. Holiday trip dengan girlfriends je. Anak dan suami tak follow. Hmmm... Macam nak try sekali, boleh tak? Huhuhu..

~ s u h i d a ~

Thursday, December 15, 2011

:: Just Nak Update Cerita yang Tak Berapa Nak Update ::

Assalamualaikum
Dah lama tak bercerita pasal life aku kan? Ewah....
Hmm..sekejap je aku rasa waktu berlalu bila kerja kat opis baru ni, dah setahun sebulan dah pun. Alhamdulillah, aku suka kerja kat opis baru ni, walaupun masa mula-mula dulu aku macam kureng je kan. Environment ok, bos ok. Kawan-kawan ok lah jugak, walaupun ada masa-masanya menyakitkan hati. Boleh buat aku jadi mental. Haih.... Makan pun dah ada kedai makan yang reasonable harga dia. Aku dah jarang makan dah nasi goreng kampung harga RM11.90 tu. Huhuhu... Kaya sangat lah aku ni kannn...
Tapi, kerja serius kerja macam orang gila. Tunggang terbalik hidup aku sekarang ni.
 Ini lah tempat aku berdondang sayang hari-hari. Nasib baik workstation baru, semangat sikit nak buat kerja yang tak berkesudahan. Nampak meja macam kemas je kan. (Mestilah, nak masuk dalam blog..kasilah kemas sikit..hahaha)
Tapi, aku tak pasti lah samada aku ni yang over sensitive ke atau normal...Kenapa lah perangai sama je mana-mana pergi. Orang memang dengki kan kalau kita balik sharp pukul 6. Diorang rasa macam best je tegur orang, nak balik dah? Awalnya balik? Cabut ehhhh? Saje cakap kuat-kuat jerit sepelaung. Dalam hati aku, sama je macam opis lama kalau bab dengki tengok orang nak balik. Yelah, aku balik..ada 3 orang dah menunggu.. Korang balik, berlenggang kangkung, tak ada sesiapa yang tunggu. Kalau lambat ambik, OT sepuluh - lima belas hengget!!! Letihlah situasi macamni. Korang balik awal, ada aku kisah?? Hmmm!!!!! 
By the way, Farhan dah nak masuk 7 bulan!
Ahmad Farhan dah start makan masa nak masuk 6 bulan hari tu. Sekarang asyik menangis tak boleh kena tinggal. Nak masak pun nak kena berdukung. Huhu.. nasib tak masak hari-hari, kalau tak mahu patah pinggang mak, Farhan. Ngee!~

* Sayang anak, tangan-tangankan.. tapi kalau terlebih tangan, takut jugak. Hai, hati...sabar banyak-banyak ye.

~ s u h i d a ~

Tuesday, December 13, 2011

:: Aku Nak Rajin Berblogging Balik, Boleh? ::

Assalamualaikum...
Weeehuu... Macam dah lama tak jenguk blog.
Pejam celik dah nak berganjak ke 2012 dah. Serius tahun 2011 ni cepat betul berlalu.
Kenapa aku macam dah tak berblogging dah, eh. Nak jalan-jalan tengok blog kawan-kawan pun sekali sekala je. Terasa sangat yang 24 jam tu tak cukup. 
Hmmm... Harap-harap tahun 2012 akan datang, semua benda dipermudahkan, rezeki dimurahkan, hati dilapangkan, gaji dinaikkan, bisnes dimajukan..eh eh. Hehehe.....Aminnn... Korang doa-doakanlah untuk aku ye.

* Aku rindu nak berblogging... Aku rindu nak pergi jalan-jalan..huwaaaaa....

~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...