Friday, April 30, 2010

:: Cindai Versi Bahasa Cina ::

Assalamualaikum...
Tadi bukak facebook jap. Saje-saje tengok apa status kawan-kawan. Sekali terpandang status kawan aku, dia bagi link Siti Nurhaliza- Cindai (Chinese Full Version) by Chien Bai Hui.
So, saja lah bukak youtube. Artis dari China kot, aku tak pasti. Nyanyi lagu cindai version bahasa cina. Kelakar lak aku rasa. Hehe..Biasa dengar bahasa Melayu, bila kena tukar bahasa lain, rasa lain pulak. Suara artis yang nyanyi ni pun buat bulu roma aku meremang. Keke..Cuba lah korang dengar. Kat bahagian last-last tu, dia ada nyanyi sikit versi bahasa Melayu.

~ s u h i d a ~

Wednesday, April 28, 2010

:: Present For Cik Shiqa ::

Assalamualaikum....
Hari ni aku hepi, walaupun siang tadi rasa bosan gila duduk kat opis. Rasa macam nak lari balik rumah je. Huh....Aku hepi sebab..kan hari tu follower blog ku ini mencecah sampai ke 100 orang dan entah kenapa masa tu tergerak hati ni nak bagi present kat follower ke 100 yang bertuah. Sekali insan yang bertuah tu ialah Cik Shiqa. Tadi dia mesej aku kat wardahwardrobe yang dia dah buat entry pasal baju tu kat blog dia. Suka dia dapat kebaya blouse kaler hitam tu. Hehehe....Sila lah terjah ye. Tapi yang pasti, aku pun hepi tengok cik shiqa hepi. :)

~ s u h i d a ~

Tuesday, April 27, 2010

:: Aku Takde Kerja ::

Assalamualaikum....
Hai kawan-kawan.. Wah..ceria je bunyinya ye. Kahhh...Buang tebiat. Pelik dak, aku boleh update blog time kerja. Haruslah pelik, kan? Ate..bos takde, dan kerja pun takde. Manager baru tak bagi kerja lagi. Aku tengah kebosanan..sebab takde kerja. Kalau ada kerja, lagi bosan. Kahh.... Hehe...Boring, takkan nak melanguk je hadap PC. Aku pernah buat, melanguk je hadap PC macam orang bodoh. Duk zoom in zoom out autocad tu. Huh...kalau nak layan internet, haruslah takut-takut gak. Nama aku kan dah masuk dalam list orang na kena buang, khabar-khabar angin ler. Walaupun tau satu opis main internet time kerja.
So,kalau aku layan internet  takdelah layan sangat pun macam skrin kat atas ni ler. Kalau nak ym, cover chatbox cinonit macam tu. Pakai autocad, memang leh cover line ler. Tapi, still leh nampak gak sebenarnya. Hehe...
Dilema aku sekarang ni - malas dah nak kerja, kalau time dapat kerja. Tapi haruslah kerja. Betul tak?
Semalam sembang-sembang dengan abang Cha, saje sembang-sembang, 
Aku : " Kalau kita kena buang kerja, nak buat apa ye."
Abang Cha : "Duk rumahlah."
Wahh..bersinar-sinar mata aku.
Aku : "Abis tu, PTPTN siapa nak bayar?" dengan harapan, dia nak offer ler bayarkan..Kekke..harapan je ler.
Abang Cha : "Tak payahlah bayar."
Aku : "Kerajaan tak ni ke...."
Abang Cha : "Habis, dah tak kerja, nak bayar cane."
Mmm..betul gak tu...Hmmmmm....

~ s u h i d a ~

Monday, April 26, 2010

:: Izzat 9.2kg, Ok Tak? ::

Assalamualaikum..
Hari ni aku bawak Izzat pergi Klinik Kesihatan kat Gombak (KKIA) untuk injection 1 tahun 6 bulan. Berdebar-debar gak kalau-kalau berat Izzat tak naik.Hari tu last cek-up dua bulan lepas, berat Izzat 7kg je. Nurse kat klinik tu cakap berat Izzat tak normal. Ha ah, kalau dah setahun 4 bulan, berat aku rasa mestilah da 9 atau ke10kg. Mana taknya, dahla Izzat asma banyak kali dengan cirit birit lagi. Makan memang tak lalu. Huhuhu...Memang drastik la turun berat Izzat. Kesian Izzat..
Tapi tadi, Alhamdulillah, berat Izzat timbang dapat 9.2 kg. Syukur sangat. Dia tak masuk line kuning kat carta tu. Border line je. Ok la tu, apa pun progress tu yang penting kan? Makan pun dah ok la gak. Alhamdulillah.
So, tadi Izzat injection HIP, IPV dengan DTCP. Aku pun tak tahu apa nama panjang injection-injection tu semua. Tapi ikut kata nurse yang jaga bilik injection, injection-injection ni untuk anti folio, penyakit-penyakit lumpuh dan macam-macam lagi lah. Izzat kena injek menangis sekejap je. Menangis sebab terkejut. Aku pun terkejut, nurse tu cucuk macam main tikam-tikam. Main cucuk je. Sabo je ler aku.
Pastu nurse yang cek Izzat (nurse injek lain, nurse cek up lain, nurse timbang berat lain..ekkeke..) tanya aku bila last abang Razi makan ubat cacing. Tak ingatlah. Seingat aku, masa dia umur 2 tahun lebih kot. Itu pun aku beli kat farmasi. Rupa-rupanya leh je klinik kerajaan bagi ubat free kalau ada stok. Nurse tu pesan, lagi 3 bulan bawak Izzat datang, bawak kad Razi sekali. Leh cek berat Razi, cek up macam biasa. Baiklah, insya allah ye nurse. 
* Nurse yang cek Izzat tu sangat sweet, tengah pregnant. Cakap pun lembut-lembut. Macam dapat baby girl je, Hehe..Pandai-pandai je aku ni. O oh, tambahan..masa dia bagi time slip tu. Aku cakap sampai pukul 11.30 je. Tapi dia up sampai pukul 12. Hehe..Tapi aku masuk opis kul 11.15 gak. Nape aku tak masuk kul 12, kan? Rugi rugi..Hmmm...

~ s u h i d a ~

Sunday, April 25, 2010

:: Status Hari Ahad ::

 Assalamualaikum...
Misi terkini : Hantaran kahwin abang amrin.
Jumlah dulang : 9 dulang.
 Item :
1. Rantai dan cincin
2. Beg tangan
3. Kasut
4. Kain telekung
5.Jam tangan
6. Duit hantaran
7. Coklat
8. Sirih junjung
9. Perfume
 Status : Baru nak start buat hari ni!!!!
lalalalalaalalalala~
Adeh...sakit bahu aku, leh sape2 tolong picitkan? Antara barang-barang hiasan yang aku nak kena siapkan. Tengok ler bunga pun tak gubah lagi. Boleh ke ni?!!!!
Insya allah sempat, kan?
* Razi dan Izzat tinggal rumah nenek hari ni. Tenkiu ye mak. Huhuhu..
Kalau diorang ada masa aku tengah buat ni, kompem diorang join sekali.
* Sowi buat masa terdekat ni, aku tak dapat lagi nak announce result contest aku tu. Insya allah pas setel kenduri abang amrin ni ye, kawan-kawan.
~ s u h i d a ~

Friday, April 23, 2010

:: Jalan-jalan Hujung Minggu ::

 Assalamualaikum..
Ahad lepas abang Cha off day. So, dapat ler pergi jalan-jalan. Hehe.. Rasa macam dah lama betul tak keluar sefamili. Nak keluar jalan-jalan, tapi tak tahu nak pergi mana. Macam biasa... Abang Cha ajak gi Kompleks Kraftangan Malaysia. Dia kan kerja hotel, tempat-tempat camni haruslah pergi melawat. Senang sikit nak cerita kat tourist2 ni. Kompleks Kraftangan Malaysia ni kat Jalan Conlay, dah dekat sangat dengan Pavillion tu. Bersebelahan dengan Hotel Royale Chulan. Aku suka tengok bangunan hotel tu. Memang tradisional habislah. Sangat berani.
Ok, jom layan gambo kitorang jom. Layan...Zassss....
Kat pintu masuk. Lapang betul kawasan. 
Izzat jalan tanak pegang tangan mak.
 Izzat sibuk nak bergendang.
 
 Rebana kecik yang aku pegang tu rege 50 ringgit!!! Agak-agak sikitlah weh. 
Razi jadi model jap eh. Sangat berkenan dengan fridge magnet kebaya ni. Tapi tak terbeli. Sudahnya terkilan. Patutnya beli je lah kan.. Haih... 
Painting. Antara yang ada kat dalam kedai kompleks kraftangan ni.
Keris Sakti..hehe..pandai-pandai aku je.
 Dah puas round kat dalam, jalan-jalan kat luar pulak. Suka tengok landskap dia. Tapi banyak betul nyamuk hurung kitorang. Takut....Tak duk lama kat situ.
Kat luar tu ada kawasan luas. Agaknya tempat buat persembahan kot. Puas budak-budak ni berlari. Tengok Izzat tu, dah macam budak besar dah. Hik2...
Lepas tu, kitorang pergi Menara Kuala Lumpur lak. Kebetulan hari tu, Jamal Abdillah ada buat function kot. Tak perasan sempena apa. Tapi ramai ler orang hari tu kat Menara KL. Pastu dah banyak betul aktiviti diorang buat kat sini. Ada flying fox, ada kedai pameran binatang eksotik, ada halaman budaya kot...ala..tempat orang buat persembahan. Pastu yang tertariknya ada pony ride. Razi sibuk-sibuk nak naik. "Mak, abang Razi nak naik horse..". Banyak kali sangat dia mintak. Aku risau kalau-kalau dia nangis je masa naik kuda tu nanti. "Abang Razi tak takut ke naik horse?" "Tak...abang tak takut...". Ece...Konfiden ye... So, kitorang bagi ler dia naik. Dah tengok dia excited nak naik. Sekali, bila turn dia nak naik, ada seorang budak pompuan mat saleh naik sebelum dia, menangis. Apa lagi, mula-mula Razi cebek je. Letak je atas pony tu, Razi pun start enjin ler. Menangis ler. Ces, buat spoil je budak mat saleh tu tau.
Cebek..Kah...lawak betul.
Bawak gak dia round. Dapatlah satu pusingan. Oh, bayaran RM10 tau untuk dua pusingan.
Pastu kitorang legar-legar je kat kawasan bawah menara tu. Nak naik, rasa macam nak tercekik pun ye. Tiket untuk dewasa RM38. Untuk kanak-kanak tak perasan lak, dalam RM20 lebih. Dah dengar dewasa pun RM38, memang kompem tak naik ler. Lagipun aku dah pernah naik. Tapi itu 9tahun yang lepas. Mak aih lama gak eh. So, kitorang pun round-round je ler kat bawah tu. Takde apa-apa sangat pun. Banyak kedai-kedai yang harganya sangat tak logik. Tengok-tengok, Muzium Telekom ada buat pameran telefon-telefon awam kat Malaysia.
Telefon awam ni mesti korang biasa tengok, kan? Ni time kite sekolah-sekolah dulu.
Ini telefon awam paling otai. Tahun 1906 tak silap aku. Ada slot untuk syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Sangat cute. Kekeke...Pastu instruction dia sangat kelakar. Tekan butang B untuk keluarkan duit baki. Butang B tu kat bahagian tepi telefon.
Telefon ni tak perasan lak tahun bila diorang pakai. Tapi sangat comel lah. Letak satu kat rumah pun ok gak kan? Klasik.
Ok, sekian. Terima Kasih.

~ s u h i d a ~

Thursday, April 22, 2010

:: Hadiah ::

Assalamualaikum....
Kepada peserta-peserta Cutest Baby Birthday Picture Contest diharapkan dapat bersabar ye. Aku masih dalam proses pemilihan lagi. Susun gambar pun belum lagi. Agak kesibukan sekarang ni. Nak buat entry ni pun sekarang dah pukul 3 pagi. Tapi, aku gagahkan jugak demi untuk korang semua. Kekeke...
Cuba teka entry pasal apa? Pasal apa lagi...hadiah lerrrrr.....Hadiah-hadiah ini telah dipilih oleh aku dan juga adik ipar aku. Ada 5 hadiah. Yelah, untuk 3 pemenang dan dua lucky draw kan. Hadiah tempat pertama je aku fixkan, yang lain-lain tu random sebab tak tau lagi siapa pemenangnya samada lelaki atau perempuan. Oh, korang mesti tertanya-tanya hadiah apa kan? Selalunya hadiah untuk mak-mak je, kali ni aku nak bagi hadiah untuk anak-anak ye.... :) Sesuai ler tu dah nama pun hari jadi diorang kan.
So, ini antara hadiah-hadiahnya,
Remote control BEN 10.
Pistol THOMAS & FRIENDS
 White Board kat depan, ABC kat belakang. 
 Kereta mainan bunyi-bunyi.
.
.
Hadiah untuk tempat pertama ialah My First Alphabet Book. 
 
Ni bahaguan dalam. Ada dua tiga perkataan dari satu huruf. Pastu leh main susun-susun huruf kat kotak tu. Harap siapa yang menang ni suka. Sebab aku pun suka buku ni. Ngeee!~

~ s u h i d a ~

Wednesday, April 21, 2010

:: Tag Dari Bed & Ryn ::

Assalamualaikum..
Sebelum aku lupa baik aku siapkan tag BED & RYN ni dulu.
syarat2 tag ni:
1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friends to do the same

Aku ada 2 folder gambar dalam laptop abang Cha ni kalau ikutkan bersepah2 folder gambar. Tapi aku amek yang betul-betul dalam folder aku yang proper eh. Satu tu dari folder gambar-gambar masa Razi baby lagi.
So, ini gambarnya. Ini masa Razi 10 bulan, date 23 Januari 2008. Aku tinggal dengan mak aku lagi masa ni. Razi sibuk nak ikut ayah naik motor. Ayah nak pergi kerja, tapi layan Razi dulu, eksyen je duduk atas motor tu. Hehe...
Folder gambar yang kedua ni semuanya gambar-gambar baru. So, gambar yang ada dalam folder ke 8 ialah gambar Izzat, 2 Februari 2010. Masa ni Izzat tak sihat, kena asma. Tapi still lagi aktif nak main kereta. Aku EL duduk kat rumah berdua je dengan Izzat masa ni.
ok seterusnya 8 blogger yang aku pilih ialah :
Fadet
 
Huhu..Sekian. Sekarang aku nak terjah final peserta2 contest aku ni haaa...dengan Izzat yang bangun tiap-tiap 10 minit.. Tengok ler aku larat ke tak eh. Mata macam dah mengantuk.
Ok, kawan-kawan, sila buat tag ni ye. Mekasih..
 
~ s u h i d a ~

Tuesday, April 20, 2010

:: Cutest Baby Birthday Contest ::

Assalamualaikum....
Ini adalah STICKY MODE yang akan berada di atas ini sehingga 20 April 2010..for new entry, please scroll down yerr..
Sempena hari lahir Razi yang ke 3 tahun pada hari ini (ye, hari ini 20 Mac 2010..alhamdulillah...), aku ingin menganjurkan: (iye...aku buat contest ni..tak caya lagi?kekeke...)
CUTEST BABY BIRTHDAY PICTURE CONTEST
Secara rasminya contest ini dianjurkan dari tarikh 20 Mac 2010 dan berakhir pada pukul 12 malam 20 April 2010.
Terbuka kepada si comel berusia 1 hingga 4 tahun sahaja.(Anak sedara pun boleh..anak kawan-kawan tak boleh lah ye...=p) Kalau ada 2 orang anak, boleh je, tapi sorang dalam sekeping gambar lah ye. 
Cara-cara penyertaan:
Jadi Follower FAZDARAZAT dan add blog aku dalam bloglist korang.
Letak banner contest ini di sidebar blog korang dengan link contest ni. Takde link, otomatik tak layak.
Buat entri mengenai Online Contest ~ Cutest Baby Birthday Picture Contest ini dan upload gambar si comel sewaktu sambutan harijadi si comel di dalam entry tersebut.
Hanya SATU (1) gambar sahaja yang dibenarkan. Nyatakan nama si comel, umur dan tarikh lahirnya. Pastu korang tulis lah sikit wish korang untuk si comel. Tak perlu panjang-panjang, ringkas dan padat.
Dalam entri tersebut pastikan korang mention dan link ke FAZDARAZAT.
Bila korang dah puas hati dengan entry tu, sila link kan url blog korang di ruang komen aku ye.
Hadiah disediakan untuk 3 orang pemenang dan 2 lucky draw.
Hadiahnya tungguuuuuuu!~
So, jom ler join beramai-ramai.
Sekian, terima kasih.
* Pemenang akan diadili oleh juri-juri jemputan. Lucky draw tu pulak, nanti akan dicabut oleh Razi dan Izzat.

~ s u h i d a ~

:: Last Day Contest ::

Assalamualaikum...
Semalam aku ngantuk sangat-sangat, pukul 11malam kitorang dah tidur. So, tak sempat aku nak update blog . Pagi ni baru aku perasan dah 20hb April. Apakah maknanya itu? Huhu..
Hari ni last day Contest Cutest Baby Birthday Picture. Penyertaan akan ditutup pada pukul 12 malam nanti. So, sape-sape yang tak join lagi, masih sempat lagi ni. War-warkan ye...
Buat yang dah join, terima kasih banyak-banyak sebab support aku. Tenkiu very much. I Love You Alllll...Hehehe...
* Weh, hadiah aku dah beli tau. Excited nak buat entry pasal hadiah pulak. Ngeee..

~ s u h i d a ~

Monday, April 19, 2010

:: Third Trial "No Pampers"...Berjaya!! ::

Assalamualaikum....
* Pukul 9 pagi - mandikan Razi dan Izzat.
Setiap 30 - 40 minit aku angkut Razi ke bilik air. Duduk dalam bilik air, kitorang main shu-shu..buat bunyi macam nak kencing tu. Kekeke...Ada sekali tu Razi membebel-bebel, "Abang tanak kincinglah!". Kekeke..
* Pukul 12.30 tengahari - Kali keempat aku angkut dia ke bilik air. Itu pun masa aku ajak tu, dia dah macam malas-malas dah nak masuk bilik air. Nak mengelat. Kali ni masuk bilik air, Razi berjaya kencing dalam bilik air.. Yeay!~ Aku yeay dalam bilik air, Razi pun ikut sekali yeay dalam bilik air. Kelakar tul Razi ni tau. Sabo je mak ni tau tak? Hehehe..Usaha no pampers sampai tengahari je, sebab pastu mandi-mandi siap-siap. nak keluar gi jalan-jalan dengan suami tercinta. Huhu...Usaha ni akan disambung pada minggu hadapan. Sekian~
* Weekdays malam-malam aku tak boleh nak buat sebab selalunya aku akan singgah rumah mak dulu sampai pukul 10-11 malam. Malas nak train dia kat rumah mak. Bilik air jauh. Hehehehe...Pastu kalau aku tak singgah rumah mak pun, balik kerja dah penat. Sorang-sorang pulak tu, tak larat..Tunggu weekend je lah Razi ye. Nak tau pasal second trial, klik sini ye.

Gambo kitorang gi jalan-jalan. Nanti esok aku tepek gambo kitorang gi jalan2 eh. Macam dah lama tak tepek gambar ye dak?

~ s u h i d a ~

Sunday, April 18, 2010

:: Second Trial "No Pampers"...Fail ::

Assalamualaikum...
Hari ni second trial aku tak pakaikan Razi pampers. Hmmpppp.....Fail...
*Pukul 8.45 pagi.
"Abang Razi hari ni tak payah pakai pampers ye. Nak kencing kita pergi bilik air ye."
"Mmm.." Pandang muka aku sambil anggukkan kepala.
"Tak mau pakai pampers lagi ye. Abang Razi dah besar."
"Tak mau pakai pampers eh mak?"
"Ha ah, abang Razi dah besar. Kencing pergi bilik air tau!"
"Ok~" jawab dengan penuh confident nya.
*Pukul 9.15 pagi.
 Aku leka sidai kain kat luar. Razi dan Izzat main kat dalam rumah. Tiba-tiba Razi jerit. "Mak..Makk.." Tengok dah basah dah seluar dia. Aduh...Paling tak tahan, tengok muka dia tersengih-sengih. Muka tak cuak langsung. Bila aku dukung dia nak masuk bilik air, dia sengih nakal kat aku. "Tak kelakarlah!~" huhu..Sabo je ler.
*Pukul 9.30 pagi.
"Mak...Makk.."
Apa lagi pulak ni???? Aku tengok dia dah terduduk dah, macam dia nak meneran.
"Abang nak kincing...". Cepat2 ler aku angkut ke bilik air.
"Razi ni nak berak ke nak kencing?"
"Nak kincing..."
"Kan tadi dah kencing?" Agaknya nak membuang kot. Aku pun tinggalkan dia dalam bilik air kejap, pergi ke dapur kejap. Nak buat apa entah, aku lupa dah. Tak lama pastu, Razi jerit panggil. Aku masuk bilik air, haaa....amek ko, dua ketul, besar lak tu.
"Tadi abang Razi kata nak kencing?"
"Abang beraklah!!!"
Huhu...Sabo je ler..Bagus gak, senang sikit dia membuang. Tak sampai 2 minit pun teran. Selalu meneran masa pakai pampers, agak lama gak ler nak tunggu dia membuang.
Tapi penat woooo....Camne ni??? Korang ada petua tak? Nak bagi dia fahm betul-betul yang kalau nak kencing kena pergi bilik air. Kalau asyik camni, sakit pinggang weh.

~ s u h i d a ~

Thursday, April 15, 2010

:: Buang Mainan ::

Assalamualaikum......
Sangat penat wehhhhh.....Tersangat-sangat penat...Tolong bawak aku pergi bercutiiiiii.....
Huhu...Bertabah hati dan sabar melayan karenah Razi dan Izzat sorang-sorang. Kalau Razi duk diam main, Izzat pergi kacau dia. Kalau Izzat duk diam sorang-sorang, Razi pulak kacau dia. Masing-masing tak boleh tengok salah sorang main elok-elok.
Razi langsung tak nak kongsi mainan dengan Izzat. Semua nak main dia sorang-sorang je. Pastu kalau mainan tu baru beli, walaupun beli untuk Izzat, dia akan cakap, "Ini abang Razi nye..."
Malam tadi, Razi tengah elok main, susun-susun kereta, helikopter, lori dan seangkatan dengan dia dalam satu barisan. Datang Izzat, di ambiknya satu mainan yang tengah susun cantik tu. Razi punya marah, dia pergi tolak Izzat sampai jatuh terlentang. Tak sempat aku nak sambut. Berdeguk bunyinya tu. Alhamdulillah lantai tu lapik dengan tikar.
Aku geram, selalu sangat dia tolak Izzat sampai jatuh sebab tak bagi kongsi mainan, aku ambik sikit mainan dia, isi dalam plastik. Aku bawak pergi ke dapur, nak buang ke dalam bakul sampah.
"Mak nak buang semua mainan ni. Razi tanak main sama-sama dengan adik."
"Tanak buang, tanak buang!!!!" sambil menangis. Sebenarnya kalau ikutkan bukan menangis, tapi sekali dengan menjerit.
"Abang Razi main sama-sama dengan Izzat. Kalau tak, mak buang."
Dia cebek muka, menangis lagi. Tapi sempat lagi geleng kepala, tak nak kongsi gak tu.
"Mak buang lah semua mainan ni."
Terus aku masukkan dalam bakul sampah. Lagi kuat dia jerit pastu. Aku gi depan, kutip lagi mainan yang lain-lain lak masuk dalam plastik, tanya lagi nak main sama-sama ke tak. Dia geleng kepala gak sambil menangis. Memang sederet rumah aku ni boleh dengar dia nangis tu. Aku dah tak kisah dah. Aku dah nak pergi buang plastik yang kedua, tanya dia lagi kali terakhir.
"Nak main sama-sama tak dengan Izzat? Kalau tak nak, mak buang". Dua tiga kali aku ulang, baru dia angguk pelan-pelan.Huhuhu...Mmm..harap-harap betul-betullah lepas ni dia akan main sama-sama dengan Izzat.
Aku pun pergi dapur, tarik tangan dia. Razi terus pergi ambik plastik mainan tu bawak gi depan. Aku biarkan je, tengok apa dia nak buat. Dia tuang balik semua mainan yang dalam plastik tu ke lantai.
"Abang nak simpan lah sume mainan ni..." Dia pun kutip satu-satu masuk dalam bakul, dengan Izzat Izzat sekali tolong abang dia simpan mainan dalam bakul. Lohhhhh...Ingatkan nak sambung main. Aku ni nak ajar dia supaya kalau nak main tu biar main sama-sama dengan adik. Penatnyaaaa.........
Izzat yang mula-mula tengok je dari tepi. Nak join abang Razi.
Nak jugak dia usik Izzat..
Kan Izzat dah menangis.


~ s u h i d a ~

:: Kempen 90 Hari Untuk Ibu, Satu Juta Tandatangan ::

Assalamualaikum...
Buat pengetahuan korang semua, sekarang ni Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) tengah mengumpul satu juta tandatangan bagi kempen 90 HARI UNTUK IBU bersempena Hari Wanita Antarabangsa 2010.
Aku dapat tahu ni dari abang Mi, abang aku yang merupakan salah seorang dari mereka-mereka yang terlibat dalam kempen ni. Diorang tengah hantar memorandum ke Parlimen. Antara yang tertulis kat petition aku bukak tadi :
Cuti bersalin berkanun di Negara-negara Asia Tenggara
Singapura – 112 hari (16 minggu)
Thailand – 90 hari (3 bulan)
Kemboja – 90 hari
Indonesia – 90 hari
Malaysia – 60 hari
Apa daaa....Negara lain semua dah 90 hari cuti bersalin. Kita masih lagi 60 hari je. Singapura lagi best. Sampai 112 hari. NUBE ni aku dengar-dengar kesatuan diorang kuat juga. Manalah tau kan kalau-kalau diluluskan cuti 90 hari tu...Bestnyaaaa... Pastu, mengikut laporan UNDP dalam tahun 2005 memetik ILO berkata Malaysia adalah antara 25 buah negara daripada 152 yang menyediakan cuti bersalin untuk 60 hari atau kurang. Ish ish ish....
So, buat kawan-kawan, ramai-ramai sign petition tu supaya kita leh dapat cuti pantang 90 hari. Untuk yang belum kahwin pun boleh jugak, korang pun nanti akan tiba masanya gak berpantang, kan kan kan....
 Ramai-ramai terjah NUBE, sign kat sana, OK?
Sekian.

~ s u h i d a ~

Wednesday, April 14, 2010

:: Safi Sari Gamat? ::

Assalamualaikum...
Aku memang pakai pencuci muka Safi. Tengok ler kaler apa-apa pun, aku tak kisah. Aku ambik kaler mana yang berkenan masa tu. Ngeee..
Baru-baru ni pergi carrefour, beli barang-barang basah, beli ler sekali pencuci muka. Kat rumah nye dah nak habis. Sekali tengok ada kaler baru la pulak. Kaler biru......
Wah..kaler baru ke ni? Baca tengok Pencuci Muka Anti Jerawat, Sari Gamat. Wah...harus cuba ni. Sari gamat, pastu anti jerawat pulak tu. Tak tau ler produk baru ke produk lama ke, tapi aku tak pernah tengok lagi yang kaler ni. Aku pun rembat, beli.
Huhu....Ada lagi yang lama tu berbaki sikit lagi. Tapi, tak sabo aku nak pakai pencuci muka baru. Sekali.....cuci muka, bau dia ada lain macam sikit lah. Jenuh aku duk fikir bau apa ye pencuci muka ni. Bau macam familiar. Selalunya pencuci muka bau sabun kan? Pikir punya pikir, sebab bau tu familiar sangat... Lama-lama baru aku perasan bau apa. Sebijik bau ubat nyamuk.
Sabo je ler.. Camne dari sari gamat bertukar ke bau ubat nyamuk? Nasib bukan bau lipas...Huhu...Nasib aku suka bau ubat nyamuk. Kahhh...

* Gambar diambil dari google.
~ s u h i d a ~

Tuesday, April 13, 2010

:: Youtube ::

Assalamualaikum....
Hari tu aku saja saja browse youtube. Aku search "cara pakai shawl". So, keluar berderet-deret entah sape-sape ntah, rajin tul diorang ni nak videokan tunjuk cara nak pakai shawl. Kekeke... Alkisahnya, masa tengah tengok-tengok tu aku scroll down lagi ke bawah nak tengok cara orang lain pakai shawl pulak. Scroll punya scroll, aku terpandang satu tajuk tu... "cara-cara menenenkan anak" . Kahhhh....Tapi, aku tak bukak ler video tu.
Apa daa diorang ni. Agak-agaklah sikit, semuanya nak kena tunjuk cara-cara ke? Sabo je ler..
~ s u h i d a ~

Monday, April 12, 2010

:: First Ever Contest - Muka Garang Si Kecil ::

Assalamualaikum....
Hari ni aku nak join contest ni pulak. Dianjurkan oleh mylittleone-danish. Tajuk contest ini ialah FIRST EVER CONTEST -  MUKA GARANG SI KECIL. Tarikh tutup contest ini ialah pada 22 April 2010.

Syarat-syarat nak join ialah: 

  • Jadi follower blog ni

  • Copy banner kat atas dan letakkan kat side bar blog memasing berserta link ke en3 ini

  • Up load sekeping gambar anak yang umurnya antara 1bulan ke 3 tahun (muka kena serius or garang ye..)

  • Sertakan sekali nama penuh dan manja anak, tarikh lahir, nama ibu bapa dan email untuk dihubungi

  • Dah siap semuanya, tinggalkan komen kat entry ini berserta link sekali.

  • Contest ini bermula pada 22 Mac-22 April (sebulan)

  • Sebagai confirmation, aku akan tinggalkan komen kat entry korang


  •  Gambar yang aku nak pertaruhkan ialah
    .
    .
    .


    Nama anak : Muhammad Fakhrurrazi bin Mohammad Fadzli Shah.
    Nama manja : Razi atau abang Razi
    Tarikh Lahir : 20 Mac 2007
    Nama ibu : Suhida Binti Mat Hanip
    So, sesiapa berminat nak join, klik sini ye.
    Sekian, tenkiu~

    ~ s u h i d a ~

    Sunday, April 11, 2010

    :: First Trial "No Pampers" ::

    Assalamualaikum....
    Hari ni aku telah start "Say No To Pampers" bak kata Bed pada Razi. Huhu...Lepas mandikan dia pagi tadi, aku dah tak pakaikan pampers. Dalam masa tu gak, aku vakum karpet, nak simpan karpet. Senang, nanti kena karpet, dah satu hal pulak.
    Sambil kemas-kemas tu, aku ulang-ulang bagitahu Razi "Abang nak kencing abang bagitahu ye. Kita pergi bilik air". Dia pun angguk bukan main baik lagi. So, aku pun sibuk berkemas ler. Razi dan Izzat pun sibuk berkemas gak...Kekeke...
    Tiba-tiba je, "Mak, abang kincing..". Tapi biasalah, aku ni kadang-kadang imun bila dengar diorang ni bercakap. Latihan terapi bila dah tak larat sangat (tok gurunya abang cha..). Kekeke... "Mak, abang kincing!!!!" Lohhhh..aku paling tengok dia, dah kencing dah pun. Kena gak karpet sebab masa tu baru habis vakum. Karpet tak sempat lagi nak lipat. Cepat-cepat bawak masuk bilik air. nampak muka Razi cuak.
    "Ei, abang Razi ni. Tengok dah kencing kat karpet dah".
    "Abang dah bagitau tadi....." dengan nada sedih. Kekeke..Macammana aku nak marah. Aku tak boleh nak marah Razi sebab dia dah cakap, aku yang tak dengar.Takpe, ni baru first trial. Dah pukul 1 lebih ni, ada dua tiga kali gak aku bawak dia masuk bilik air, suruh dia kencing. "Kan abang Razi dah kencing tadi...." Hai, Razi Razi...

    ~ s u h i d a ~

    Friday, April 09, 2010

    :: Tag : Kamu Perlu Diet ::

    Assalamualaikum...
    Aku baru dapat tag ni dari MAI. Dia yang cipta tag ni. Kekeke...Agaknya aku orang first kot yang buat tag ni selepas dia. Layan ye tag ini.
    1- adakah anda pernah diet? bila? kenapa?
    Aku pernah diet. Tiga kali. Sekali masa frust menonggeng dulu. Diet sebab nak kurus. Hik2..Masa tu diet makan biskut ngn roti je. Pastu minum sunquick. Huhu...Pastu sekali masa nak kawen. Diet sebab nak kurus gak dan nak gambar kawen aku lawa ler. Nampak aku slim ckit. Kuikui...Pastu baru2 ni. Diet sebab berat mencecah 68kg! Gila la weh. (Lagipun sakit telinga aku orang panggil aku mok kat opis.)2- Apakah maksud diet pada anda?
    Control makan dan bersenam. Jangan makan nasi dan jangan minum air manis dan bergas.
    3- berapakah berat anda sekarang?
    64 kot. Timbang kat uma mak tu macam takleh dipercayai je. (Ece..ece..hik2..)
    4- bilakah waktunya anda paling berat? paling ringan?
    Baru-baru ni ler, yang berat sampai 68kg tu. Paling ringan...mm..masa sekolah tak kiralah ye. Paling ringan masa nak kahwin, berat 52kg. (oh rindunya dengan berat ku masa itu..huhuuh..)
    5- berapa berat idaman anda?
    Berat idaman? Below 54kg kot. Leh ke? Leh ke? huhuhu..
    6- apakah diet yang anda amalkan? berjaya ke?
    Baru-baru ni diet minum sup dan tak makan nasi. Berjaya turun 8kg. huhu..Tapi ni naik balik, sebab makan nasi balik dan minum air manis. Ngeee!~ Susah ar nak maintain.
    7- baca balik semua jawapan anda di atas. masih nak diet lagi ke?
    Nak..Aku masih lagi nak berdiet. Tapi, tak tau bila nak start balik.
    8- Kenapa anda rasa anda kena diet?
    Baju lah, banyak tak muat. lagipun horror tengok pipi tembam kat cermin.
    9- ejas gambar di bawah mengikut saiz badan anda (pendapat sendiri. jangan tanya orang)
    Aku rasa sesuai kot gambo ni dgn aku. ekekkeke...
    10- tag la beberapa orang yang anda suka. nyatakan sebabnya.
    Ina - Sebab ko tengah diet.
    Bed - Rakan diet aku. hehehe..
    Nome - Dulu dia kurus gila-gila. Cun habis.
    Ryn - Baju dah lain saiz dah.....hehe..
    Ainey - Dia pun kena diet gak tu.
     
    ~ s u h i d a ~

    Thursday, April 08, 2010

    :: Follower ke 100 ::

    Assalamualaikum.....
    Sempena follower aku dah mencapai yang ke 100 orang, aku dengan berbesar hati nak bagi hadiah pada follower aku yang bertuah, iaitu follower yang ke 100, CIK SHIQA. Tahniah!!! Hehehe...Apalah mimpi aku kan..So, hadiahnya ialah sehelai baju dari WaRdaHwaRdrObe. Cik Shiqa boleh pilih mana-mana baju yang cik shiqa berkenan ye. 

    ~ s u h i d a ~

    Wednesday, April 07, 2010

    :: Tag Apa-apa Aje ::

    Assalamualaikum....
    Mai mengetag aku..ngee...Mekasih Mai...First time dapat tag dari kau Mai....Dah semakin advance berblogging sekarang ni. Ok, layan tag joms..
    1 - Bila kali terakhir anda pergi bercuti dan kenapa/sebab anda nak pergi bercuti?
    Kali terakhir bercuti...(sebelum tu bercuti tu maksudnya betul-betul pergi bercuti,kan? Kalau gi kenduri kahwin kira pergi bercuti ke?) Kalau bukan kenduri kahwin, last aku pergi bercuti, bulan 10, 2009. Itupun opis sponsor gi Bali, opis trip. Teringin nak pergi bercuti satu famili. Baru-baru ni plan nak ke Krabi kitorang cancel kan, sebab fikir keadaan kesihatan Izzat. Takpelah, tunggu Izzat sihat, kita pergi jalan-jalan ye Izzat.
    2 - Berapakah umur anda? (jangan malu2 nak announce)… dan adakah anda rasa puas dengan pencapaian anda diusia anda sekarang ni?
    Umur aku 29 tahun 8 bulan. Tahun ni aku 30 lah. Aku bersyukur dengan pencapaian aku sekarang. Oklah tu. Nak macammana lagi, kan?
    3 - (tak jawab pun tak pe) Saya tahu anda seorang yang gemar bergambar didepan kemera! jadi pergi ambik kemera anda dan snap gambar wallet/beg duit anda! jangan la malu nak cakap berapa harganya sebab kuantiti nilai dalamnya lebih berharga!
    Kahhh..dah ada dah pun gambar purse aku ni haa...Korang pun tau dah berapa harganya. RM12. Beli kat Carefoure Wangsa Maju.
    4 - Anda mungkin seorang blogger, bila waktu yang paling anda suka untuk update/kemaskini blog anda dan kenapa anda pilih waktu itu?
    Hmmm..waktu berblogging  yang paling sesuai dengan aku, dah tentulah bila Razi dan Izzat dah tidur. Lehla bertenet sesuka sesuki hati. Selalunya tengah-tengah malamlah. Kalau tak, memang tak berupdate lah blog aku ni haa...
    5 - Apakah yang berlegar2 dalam fikiran anda sekarang?
    Bila selsema aku nak hilang ni? Sakit hidunglah!
    6 - tag 3 org lain yang anda suka (ayat aku sendiri)
    Ina, Zura, Bed..(Yang lain-lain tu of course aku suka jugak. Tapi, aku bagi can ler korang pas-pas tag ni, kan...ate..tag pusing-pusing kat kita-kita gak, kan..hehehehe..)

    ~ s  u h i d a ~

    Tuesday, April 06, 2010

    :: Aksi Tepung Gomak Si Manja ::

    FanTaGHiROLyNN CONTeST ~ AKSi TePuNG GOMAK Si MaNJA ~ ini akan bermula dari 17 Mac hingga 14 April 2010 jam 1.00 pm.
    Syarat-syarat Penyertaan :
    1. Contest ini terbuka kpd Bloggers sahaja.
    2. Wajib menjadi follower fantaghirolynn
    3. add kan blog ini dalam bloglist masing2.
    4. Add LINK contest ini di entry blog masing2.
    5. Add kan banner contest di side bar blog masing2.
    Cara-caranya adalah :
    1. Sila uploadkan SEKEPING gambar AKSi TePuNG GOMAK Si MaNJA.
    2. Si manja hendaklah berumur kurang dari 4 tahun semasa gambar itu di ambil.
    3. Nyatakan nama anak anda dan umur beliau pada ketika itu
    4. Sila tinggalkan link penyertaan anda di entry ini agar mudah untuk saya buat semakan.
    ***Hadiahnya???akan di update kemudian.
    PERHATIAN
    1. Hanya 3 orang pemenang yang akan dipilih.
    2. Pemenang akan dipilih berdasarkan aksi tepung gomak yang paling menarik.
    3. Pemenang akan ditentukan oleh juri yang dilantik.
    4. Tiada kompromi dalam pemilihan pemenang.
    5. Keputusan adalah muktamad...sebarang surat menyurat tidak akan dilayan...
    Maka, gambar yang nak aku pertaruhkan ialah...
    Muhammad Fakhrurrazi, 2 tahun setengah. (ketika aksi ni dirakam)
    Hehehe..Masa ni kitorang kat rumah mak aku. Razi duk main sorang-sorang kat depan. Sunyi sepi je. Dadak dia yang tangkap dia tengah leka main bedak. Terkujat muka kena sergah, haaa. Kekeke...

    ~ s u h i d a ~

    Saturday, April 03, 2010

    :: Try Homopati Pulak ::

    Assalamualaikum...
    Start dari hari Rabu aku dah mula rasa macam nak sakit. Tengok-tengok nak kena selsema. Mulalah bersin-bersin tak ingat dunia. Hari ni, aku bawak Izzat ke Pusat Perubatan Homopati Selayang. Aku pergi dengan adik aku, Ina. Sampai klinik tu dalam pukul 11.30. Masih tak ramai orang lagi. Masuk je pukul 12, ruang tamu tu dah mula penuh. Huhu..Alhamdulillah sampai cepat sikit kalau tak jenuh gak nak menunggu rmai-ramai tu. Memang macam ruang tamu pun, ada banyak sofa, karpet siap ada bakul mainan untuk budak-budak.
    Aku nak cuba pulak homopati ni, mana lah tau. Ikhtiar.... Kitorang jumpa Dr Sabri. Aku pun tak banyak sangat info pasal doktor ni, tapi ada orang bagitau mesin yang dia pakai tu (tengok gambar ye..oh, gambar tu aku amek dari google image..link ke smiley-applecider.) satu-satunya mesin yang ada kat Malaysia. Mesin tu boleh detect kita ada masalah kesihatan apa dan ubat apa yang sesuai dengan badan kita.
    Doc Sabri bagi kite pegang macam batang besi yang sambung ke mesin dia tu, (macam Izzat tanak pegang besi tu, doktor potong rambut Izzat sikit, letak atas mesin tu) pastu dia cek kat monitor. Tapi kite bagitau dulu sakit apa la, lebih spesifik. Sebab Izzat asma, dia terus pergi ke paru-paru. Memang berbunyi bila dia klik ke paru-paru. Tapi paru-paru belah kiri je. Belah kanan Izzat, alhamdulillah tak ada apa-apa masalah. Cuba jelah dulu eh, mana lah tau.
    Aku pun cek gak, dah alang-alang tu. Aku cek kenapa datang haid dah tak macam dulu. Sikit sangat macam haid yang hari terakhir, Cuma keluar tompok-tompok coklat, risau gak aku ye. Mestilah risau. Seganlah gak, tapi....Mmm...Lantaklah. Doktor pergi ke gambar vagina, dia klik kat semua tempat, semua tempat berbunyi. Mak aih....Semua area kat rahim aku problem, tapi tu lah, doktor ni tak terangkan spesifik sangat. Cuma dia cakap rahim aku tak pulih betul-betul pas bersalin hari tu. Tapi, betullah aku risau gak sebab satu rahim aku problem. Mmmmm...Oh ya, kahhh..bila aku cakap aku selsema, doktor cek2, rupanya aku ada resdung. Macam tak caya je, sebab aku bukan jenis yang bersin pagi-pagi. Kalau selsema je aku bersin. Tapi, aku perasan gak sekrang ni aku tak boleh habuk2 sikit, mulalah aku bersin. Kalau masuk kedai karpet atau kusyen ke, mesti hidung aku gatal. Resdung rupanya...Sabo je ler...
    Adik aku Ina pun cek gak. Sebab dia selalu sakit dada dan batuk-batuk. Rupa-rupanya Ina ada asma...jeng jeng jeng....Kesian dia. Macammana leh dapat asma ntah. Yang kelakarnya, bila doktor klik kat ubat mana yang sesuai dengan Ina, Ina dapat ubat Blatia apa ntah. Pastu doktor tu terus cakap, "Blatia ni sebenarnya lipas.." Kahh....Ubat tu diorang proses dari lipas. Entah, aku tak reti nak komen. 
    Tapi, korang doa-doakan ye supaya kami anak beranak sekeluarga cepat sihat dan sentiasa sihat ye..Amin..
    *Takde gambar sebab malas nak ambik gambar.
    p/s : lehla baca entry Ina gak pasal homopati ni.
    ~ s u h i d a ~ 

    :: Giveaway & Contest With Fazilzura ::

    Pengumuman pelancaran Contest
    "GIVEAWAY & CONTEST with FAZILZURA"
    Bermula dari 1st April 2010 - 30 April 2010 (1ptg)
    ** Sempena pembukaan blog baru & folower mencapai 100 org
    Syarat2 nya :
    1. Add blog FAZILZURA di bloglist anda & wajib menjadi Follower - Udah
    2. Tepekkan banner Contest @ Giveaway disidebar blog anda & pastikan ianya di link back ke blog berkenaan.(no link back will be disqualified) - Udah
    3. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog & bermula dari
    1st April - 30 April 2010
    5. Hanya tajuk diatas je yang diterima "GIVEAWAY & CONTEST with FAZILZURA"

    - Udah
    4. Story skit psl blog2 FAZILZURA yg anda sukeeeee sgt2...& kasi cadangan tuk meriahkan lg blog ni (hanya di ruang komen ni yek...) - Udah

    5. Tuk Contest , sila teka yg mana satu (1) langsir yg FAZILZURA dh hiaskan di tingkap rumah baru...hanya 2 org TERAWAL yg menjawap dgn betul akan dpt hadiah..^_^
    7. Bila dah siap, tinggalkan link/komen di entri ni
    8. Hadiah ?? BIAR LAH RAHSIA ...
    9. 2 pemenang untuk Contest & 1 pemenang Giveaway (berdasarkan komen yg berasas)
    10. JURI JEMPUTAN telah pun di lantik ^_^

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...