Friday, April 23, 2010

:: Jalan-jalan Hujung Minggu ::

 Assalamualaikum..
Ahad lepas abang Cha off day. So, dapat ler pergi jalan-jalan. Hehe.. Rasa macam dah lama betul tak keluar sefamili. Nak keluar jalan-jalan, tapi tak tahu nak pergi mana. Macam biasa... Abang Cha ajak gi Kompleks Kraftangan Malaysia. Dia kan kerja hotel, tempat-tempat camni haruslah pergi melawat. Senang sikit nak cerita kat tourist2 ni. Kompleks Kraftangan Malaysia ni kat Jalan Conlay, dah dekat sangat dengan Pavillion tu. Bersebelahan dengan Hotel Royale Chulan. Aku suka tengok bangunan hotel tu. Memang tradisional habislah. Sangat berani.
Ok, jom layan gambo kitorang jom. Layan...Zassss....
Kat pintu masuk. Lapang betul kawasan. 
Izzat jalan tanak pegang tangan mak.
 Izzat sibuk nak bergendang.
 
 Rebana kecik yang aku pegang tu rege 50 ringgit!!! Agak-agak sikitlah weh. 
Razi jadi model jap eh. Sangat berkenan dengan fridge magnet kebaya ni. Tapi tak terbeli. Sudahnya terkilan. Patutnya beli je lah kan.. Haih... 
Painting. Antara yang ada kat dalam kedai kompleks kraftangan ni.
Keris Sakti..hehe..pandai-pandai aku je.
 Dah puas round kat dalam, jalan-jalan kat luar pulak. Suka tengok landskap dia. Tapi banyak betul nyamuk hurung kitorang. Takut....Tak duk lama kat situ.
Kat luar tu ada kawasan luas. Agaknya tempat buat persembahan kot. Puas budak-budak ni berlari. Tengok Izzat tu, dah macam budak besar dah. Hik2...
Lepas tu, kitorang pergi Menara Kuala Lumpur lak. Kebetulan hari tu, Jamal Abdillah ada buat function kot. Tak perasan sempena apa. Tapi ramai ler orang hari tu kat Menara KL. Pastu dah banyak betul aktiviti diorang buat kat sini. Ada flying fox, ada kedai pameran binatang eksotik, ada halaman budaya kot...ala..tempat orang buat persembahan. Pastu yang tertariknya ada pony ride. Razi sibuk-sibuk nak naik. "Mak, abang Razi nak naik horse..". Banyak kali sangat dia mintak. Aku risau kalau-kalau dia nangis je masa naik kuda tu nanti. "Abang Razi tak takut ke naik horse?" "Tak...abang tak takut...". Ece...Konfiden ye... So, kitorang bagi ler dia naik. Dah tengok dia excited nak naik. Sekali, bila turn dia nak naik, ada seorang budak pompuan mat saleh naik sebelum dia, menangis. Apa lagi, mula-mula Razi cebek je. Letak je atas pony tu, Razi pun start enjin ler. Menangis ler. Ces, buat spoil je budak mat saleh tu tau.
Cebek..Kah...lawak betul.
Bawak gak dia round. Dapatlah satu pusingan. Oh, bayaran RM10 tau untuk dua pusingan.
Pastu kitorang legar-legar je kat kawasan bawah menara tu. Nak naik, rasa macam nak tercekik pun ye. Tiket untuk dewasa RM38. Untuk kanak-kanak tak perasan lak, dalam RM20 lebih. Dah dengar dewasa pun RM38, memang kompem tak naik ler. Lagipun aku dah pernah naik. Tapi itu 9tahun yang lepas. Mak aih lama gak eh. So, kitorang pun round-round je ler kat bawah tu. Takde apa-apa sangat pun. Banyak kedai-kedai yang harganya sangat tak logik. Tengok-tengok, Muzium Telekom ada buat pameran telefon-telefon awam kat Malaysia.
Telefon awam ni mesti korang biasa tengok, kan? Ni time kite sekolah-sekolah dulu.
Ini telefon awam paling otai. Tahun 1906 tak silap aku. Ada slot untuk syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Sangat cute. Kekeke...Pastu instruction dia sangat kelakar. Tekan butang B untuk keluarkan duit baki. Butang B tu kat bahagian tepi telefon.
Telefon ni tak perasan lak tahun bila diorang pakai. Tapi sangat comel lah. Letak satu kat rumah pun ok gak kan? Klasik.
Ok, sekian. Terima Kasih.

~ s u h i d a ~

7 comments:

Anonymous said...

wahhh berkurun zaman aku x lepak situ beb .. situ kalau wekdays ado lunch , mmg sodap msakan nye .. murah2 plak tu ... now sejak keje dasara idok ler daku terjah sanun dh ..

** mano gambo sefamily nye beb ..

mamashasha said...

best2 jalan-jalan sefamily nih....aku tak pernah terjah situ lagi.

Mrs. Simplicity said...

wah telefon itu, betul2 menggamit memori. heheh.. tp best la, sekali dah berjalan tempat2 yg menarik abg cha ko bawak. syok betul. kalau aku tu? ke shopping mall je la. mana lagi. hahaha...

suhida said...

zura:gambo sefamili nan ado..kekeke...kat ne?kraftangan tu ada kedai mkn2 ke?oh ye lah,ko keja kat ngn klcc dulu kan.
bed:huhu..dah tak tau nak gi mana.tu yg kesitu tu.
alya:ha ah..tul2 memori tu tipon oren tu.zmn sekolah rendah tu.kekeke..

nome said...

sue, aku paling jeles ngan gambo ko anak banak ni la....ko tau nape aku jeles...sbb ko kurus seh...ala2 kakak dan adik2 tau...xde ghupe cam mak org...huhuhu...selim la ko ni sue...

suhida said...

nome:kahh..jgn terpedaya..tu sume palsu semata2...efek kamera..kekekek...
mana ada slim.

Hana said...

Salam,wow bestnyer g sner..Kak ida pakai tudung cmtu,nmpk cntiklah..

Razi,naik kuda,cam takut jer..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...