Thursday, August 27, 2009

:: Susu Berkurangan ::

Assalamualaikum..
Syukur dah 6 hari berpuasa. Badan rasa penat sangat. Entah pe yg penat ntah. Hehe...Org duk kenen2 aku peknen. Cukuplah hari tu aku cek sekali je pregnancy test tu. Huhu...
Masuk hari ni dah 2 hari aku tak pakai breast pad lagi. Satu .... sebab duit dah tinggal cukup2 je, nak beli rasa macam sayang lak duit...Dua..nak pergi beli kat manjaku tu, malas tul. Tiga...susu ku dah berkurangan. Dari 2 botol panjang penuh dan 1 botol pendek (masa Razi dulu) ke 4 /5 plastik susu tu. Itupun 4 oz, 4 oz..Sekarang dah jadi dua plastik je. Huhuhuhu...Nak wat cane? Tapi susu tu still ada lagi. Cuma stok tak sederas dulu ler. Harap2 tak berterusan cani. Malas ar nak guna susu tepung. Nanti nak kena bangun buat susu. Dahlah kena buat untuk Razi, ni nak kena buat untuk Izzat pulak..haii..tak rajinnye aku. Huhu..Kalau susu cap gantung, senang je. Sedar2 tengok Izzat tengah menyusu. Pandai dah carik sendiri. Hehe...
Cuma Razi ni je aku pelik, kenapa dia selalu bangun dua kali semalam, mintak susu. Selalunya sebelum tidur tu, ada je makan. Boleh tahan gak makan kadang-kadang tu aku nengoknya.. Aku tengok anak orang lain, dah lah tak kuat makan macam Razi. Minum susu pun kurang. Malam tak berjaga pulak tu. Pelik bin ajaib betul. Kadang-kadang elok Izzat bangun mintak susu, dia pun bangun gak mintak susu. Dah kena tinggal Izzat, gi dapur buat susu. Izzat pun menangis, campur lagi Razi menangis. Aih..tertekan aku kadang-kadang tu. Bukan tertekan sebab kena bangun sangat. Tertekan sebab tak lalu dengar diorang menangis. Hehehe.. Leh tak macam tu? Aku masa kecik dulu pun kuat menangis. Paling teruk kot aku rasa banding ngn adik beradik lain. Betul ke mak?
~ s u h i d a ~

Wednesday, August 26, 2009

:: Award Dari Ryn ::

Assalamualaikum..
Rasa macam dah lama je tak dapat award, kan..Ngee..Mekasih Ryn bagi aku award ni..Syookk...
1. Letakkan logo award ini di blog anda.
SUDAH.
2. Anugerahkan award ini kepada 10 blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.
~ KAK AI ~
~ IMAH ~
~ NASZ ~
~ AYUZACK ~
3. Menyatakan penghargaan ini melalui 'backlink' dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda.
SUDAH.
4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
SUDAH.
5. Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini..
Terima Kasih Ryn bagi aku award ni, dahlah ko bagi baju free hari tu utk Razi dan Izzat. Hehehe...Ko memang baik hati. Moga ko dimurahkan rezeki,Ryn. Aminnn....
~ s u h i d a ~

Tuesday, August 25, 2009

:: Kisah Kanak-kanak Aku ::

Assalamualaikum..
Hari tu bersembang dengan budak opis pasal kisah masa budak-budak dulu. Aku banyak kisah yang bodoh-bodoh berlaku kat aku masa kecik-kecik dulu dan aku masa tadika dulu, memang agak sememeh dan selekehla... (Sekarang pun sememeh jugak..aku sedar..nggeee..) Kalau tengok balik gambo masa kecik2 dulu..hai...geleng kepala. Banyak ikut karakter budak lelaki. Pulak tu, mak cakap tanak pakai skirt lak tu. Banyak pakai baju lelaki. Hehe..
Ada satu kisah masa kat tadika dulu, yang meningatkan betapa sememehnya aku sampai orang tanak kat aku. Hahaha...Satu hari tu teacher ajar nyanyi lagu Que Serra Serra. Mula-mula teacher suh nyanyi dulu ramai-ramai. Pastu, dah abis nyanyi teacher suruh menari pulak. Teacher pun suruh cari pasangan masing-masing. Nak menari romantik-romantik gitu...Semua orang pun carilah pasangan masing-masing. Termasuklah aku menggagau tunggu orang datang. Hahaha...Mengharap. Huh..Takde sorang budak lelaki pun nak kat aku. Dah terkulat sorang-sorang. Teacher tengok aku sorang-sorang, dia pun ajak aku menari dengan dia. Tak best je rasanye masa tu. Hahaha..Menari ar dengan teacher lagu Que Serra Serra tu. Nampak sangat sememeh beno sampai orang pun tanak menari ngn aku. Huhu..Nasib dah besar, ada orang nak yo..Kekeke..
~ s u h i d a ~

Monday, August 24, 2009

:: Wardah Wardrobe ::

Assalamualaikum kawan-kawan.
Aku dah pun berjaya membuka blogshop, Alhamdulillah.... Berminggu jugaklah nak membuat blog baru. Sila klik link ni : wardahwardrobe. Nama blogshop ni adalah sempena nama mak aku (Setelah macam2 nama difikirkan ye..Nak pikir nama kedai pun pening). Jemput-jemputlah singgah ye. Buat permulaan, aku cuma menjual tudung. Insya Allah kalau ada rezeki, akan ada tambahan barang-barang lain.
Aku memang suka menjual. Dah macam2 barang dah aku jual dari dulu-dulu lagi. Harap-harap dari aku suka-suka ni, menjadi lah pulak kali ni. Teringat dulu aku pernah melukis karakter kartun Dragon Ball dengan Doraemon, buat jadi penanda buku. Pastu suh adik aku Dhilah jual kat sekolah. Laku lah jugak. Hahaha... Tahun lepas, jual kuih raya. Sebab aku tak kerja tahun lepas, ajak adik aku Ina buat kuih raya. Tahun ni ada repeat order, kuih makmur. Hehe..Ingat orang dah tanak repeat order lagi dah..Kekekeke....
Ok, doa-doa kan lah kedai ni sukses. Sekadar menyempit dan memeriahkan lagi blogshop-blogshop yang ada. Hehe..
~ s u h i d a ~

Saturday, August 22, 2009

:: Selamat Berpuasa Semua ::

Assalamualaikum..
Terima kasih miemiey bagi kad ni pada aku. Hehee...Selamat berpuasa juga.
Kepada semua rakan bloggers, aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dengan penuh ketaqwaan. Semoga segala ibadat Allah berkati.
Nak jugak bagi kad yang lawa ni pada :
:: Emak.
:: Adikku Nur Fadhilah yang akan beraya kali kedua di negara orang. Selamat berpuasa dik.
:: Ain dan Jieha, adik2 sepupu aku yang tengah belajar berblog.
:: Zura (Taukeh MAB)
:: Ryn
:: Kak Ai
:: Chekuna
:: Naszif
:: Ezlin
:: Ila Razali
:: FidahFendi
:: Bed
:: Wanie_Putra
:: Encik Pizli
:: Ainey
:: Rumaizah
:: Hanny, adik sepupuku.
Kepada semua yang takde dalam list ni, ada yang dah dapat kot. Tapi, aku tetap nak ucapkan kat korang Selamat Berpuasa jugee....
~ s u h i d a ~

Wednesday, August 19, 2009

:: Kalendar Cina ::

Assalamualaikum...
Baru-baru ni, seorang kawan aku selamat melahirkan anak lelaki. Nama baby tu Harith Danial kalau ikutkan last sms kawan aku tu lah. Sebab diorang tak decide lagi betul2 nak taruk nama apa. Mana tak nya, sebab bajet dapat baby girl, tapi yang keluar tup tup baby boy. Hehehe...Haru..
Alkisahnya, kitorang kalau kontek cuma melalui tipon je, sebab kawan aku ni duk kat Kuantan. Aku emailkan kalendar cina macam kat atas tu ke dia. Agaknya, aku pun tak tahu cane dia tengok dan maybe dia bagi info kat aku pun salah, kitorang pun bajet ar dapat baby girl. Sebab tengok kat kalendar tu memang dapat baby girl. Lagi kuat lak tekaan bila pergi scan, doktor kata tak nampak. Hm..kompem ar baby girl.
Sekali aku dapat sms dari dia, dah selamat dah lahir, baby boy. Aik, aku dah beli baju dah untuk baby girl. Nasib 2 helai tu baju unisex. Kalau tak, nak bagi sape lak ek? Hehehe..Tapi tahun ni memang ramai kengkawan aku yang mengandung. Yang dah beranak je dah 3 org. Ada budak2 kat opis lama, 3 orang mengandung serentak. Dua orang bulan yang sama, lagi seorang tu lambat sebulan. Hehe..Leh main laga2 perut. Yang tengah pregnant selain yang dah beranak dan yang tiga orang tu ada....3 orang. Ramai kan? Hahaha.. Ada sesapa nak join? Kat atas tu dah ada dah kalendar Cina tu. Leh la plan nak anak apa lak pasni. Hahaha....

~ s u h i d a ~

~ s u h i d a ~

Monday, August 17, 2009

:: Bila Razi Pegang Bedak ::

Assalamualaikum...
Razi jarang dapat main bedak sebab aku selalu cepat rampas bedak dari dia kalau dia duk godek2 bedak. Hari tu, masa kat rumah mak, aku kat bilik tengah nyusukan Izzat. Tiba-tiba dengar dia menangis dan Ina (adik aku) bawak masuk bedak. "Razi main bedak." Dalam hati dah mendidih ni. Sekali dia masuk bilik menangis-nangis. Mengadu, mak ndak ambik bedak dia. Hehehe...Dari nak marah, tak jadi aku nak marah. Geli hati aku. Kesian pun ye gak, sebab menangis beriya-iya nak main bedak. Tengok ar gambo dia eh..Layan..Zasss..
Mengadu sambil tunjuk tangan ke luar bilik nak mintak bedak. Dia ingat mak ndak ambik bedak bawak keluar bilik.
Hihihi...Dia ingat hensem la tu, taruk bedak banyak cenggitu?
Alahai..ciannye la pulak. Menangis bersungguh-sungguh. Tapi, aku still geli hati.
Bising sangat, kena cepuk dengan Izzat. Hahaha...

Dah kena dukung pun menangis lagi. Sekarang ni susah tul nak pujuk Razi. Dah tak makan pujuk dah. Sabar je lerr...

~ s u h i d a ~

Friday, August 14, 2009

:: Perangai ::

Assalamualaikum...
Rumah sewa aku sekarang satu kawasan perumahan dengan rumah mak. Tapi, aku tak tahu kenapa, apa yang beza sangat antara deret rumah mak dengan deret rumah aku..Riuh kat deret rumah aku ni macam duk rumah flet. Huhu...Walaupun rumah mak betul-betul depan highway, bising bunyi kenderaan kat highway tu tak sebingit bunyi manusia kat deret rumah aku ni. Aku tak pasti adakah sebab rumah mak tu kat depan takde rumah orang lain dan rumah sewa kitorang ni menghadap rumah orang, itu yang bunyi bingit sebab terkepung kot. Bila dah bunyi bising ni, macam-macamla kan yang leh dengar.
Macam-macam feel aku dengar sebab memang peratus kekedapan bunyi kat area ni memang agak rendah ar..Hahaha..Perangai aku ni suka menyidai kain malam, sebab tak nak terkejar-kejar menyidai kain esok paginya dan boleh buat kerja bila Razi dan Izzat tidur. Masa sidai kain tu leh dengar dengan jelasnya orang bercakap. (Duk dalam rumah dengan sliding door tutup pun leh dengar baby menangis). Ada yang aku pernah dengar budak kecik mintak duit kat mak dia pukul 10 malam, nak beli piza. Hahaha...Kena marah budak tu dengan mak dia. Ada yang suka menyanyi kuat-kuat. Ingat suara ko sedap? Kakakakak..Ketawa geli hati aku. (Aku kat opis pun suka melalak..Hehe..nasibla..). Ada pulak tu satu famili tu suka bergaduh. Mula-mula dengar orang bertekak, bergaduh gaduh ni, tapi bahasa cha ya nun alif la...Tiba-tiba je aku dengar orang menjerit-jerit, "Shut up!! Shut up!! Shut up both of you!!" Terkujat aku jap. Dengar lagi orang yang bergaduh mula-mula tu membebel-bebel, pastu kena jerit lagi sekali. Baru diam. Padan muka. Bergaduh jerit-jerit tengah-tengah malam, memang kena la..Ni sekarang ni, pukul 10.30 malam, ada famili selang dua tiga biji dari rumah aku, ketawa mengilai-ngilai macam pontianak, bersembang sakan sungguh macam waktu petang pukul 5 ye. Sakit hati aku. Sakit telinga sekali, dahlah susah nak tidurkan Izzat. Hey...
Paling best, sekeliling rumah sewa aku ni rasanye rata-rata semua ada baby. Sebab asyik dengar baby menangis je. Orang depan, orang tepi kiri kanan, orang belakang rasanya semua ada anak kecik kot. Kuat lak tu diorang menangis, macam duk sebelah rumah je. (Dua-dua belah rumah aku ni takde baby). Agaknya bila Razi menjerit-menjerit tu campur aku nye kemarahan, mesti orang leh dengar gak, kan..Mesti diorang cakap garangnya makcik ni marah anak dia. Hahaha...(Aku pun nak buat bising gak, biar korang lak bengang..asyik memekak je.)
~ s u h i d a ~

Thursday, August 13, 2009

:: Sabar Je Leerr::

Assalamualaikum...
Hari ni dah habis sebotol MAB aku makan. Masa minggu pertama dan kedua aku makan, takde pe2 efek yang membimbangkan sangat. Alhamdulillah. Asyik kentut2 dan buang air besar 2,3 kali dalam sehari. Kompem membuang kalau pas telan MAB. Memang bestlah, ada sekali tu aku sendawa besar, puas hati betul. Hahaha...
Tapi yang tak bestnya, dalam seminggu baru2 ni, aku cirit kalau pas makan MAB. Sakit perut ye gak. Dan yang paling bestnya, asyik pening kepala je dan rasa penat je. Aih...timbullah persoalan..aku pregnant kewwwww....
Simptom2nya macam iye je. Pulak tu kiri kanan dengar kawan-kawan mengandung, bersalin. Huhu..cuak aku. So, pagi tadi aku buat pregnanct test. Kekeke..punya lah cuak,kan...Not pregnant. Huhu...Kalau pregnant lagi cane ye? Err....Aku tanya taukeh makjun, Zura. Nape efek aku makan MAB pening kepala teruk sangat. sampai rasa takleh blah. Rupanya kena minum air masak banyak. Aku ni minum air da banyak da rasanye..tapi air manis ler...Kuikui.. Sabar je ler...Ingatkan pregnant, pening kepala tak hingat.
.....................................................................................................................................................................................
Semalam memang best ar rasanye hidup. Alhamdulillah dinaikkan gaji...akhirnya. Oklah, tak kisah lah banyak ke sikit. Asalkan ada. Bolehla bayar duit PTPTPU tu..huhu..Aku dah dapat surat dari diorang, tanya kenapa da stop bayar. Lagi nak tanya..
So, baru-baru ni aku godek2 lah website dia. Ada cara untuk bayar dengan mudah pakai EFES. Ingat senang? Berminggu minggu gak aku godek2. Dengan internet lembap kat rumah ni. Satu hari tu aku mcm dah give up dah nak try. Aku main tekan-tekan je..Sekali leh bayar..Kuiuikui..Dengan happynya aku pun log in maybank2u dan click bayar. Sekali tengah buffer tu, tiba-tiba je internet kat rumah ni disconnected. Anginnye aku. Dahlah bayar rm260. Sakit tul hati. Disebabkan aku buat transaction tu hari Sabtu, so kena tunggu Isnin baru leh kol PTPTPU. Aku kol dari hari Isnin sampai pagi Khamis baru ada orang jawab. Itu pun lepas aku dah rasa give up dah nak kol. Berserah je lah, kalau duit tu burn.
Tengah membebel2 sambil tunggu orang angkat kol tu, tiba-tiba ada orang cakap hello. Hehe..Budak tu cekkan duit aku dah masuk dah. Yeay.Alhamdulillah..Tapi aku tanya dia sebenarnya aku kena bayar berapa monthly. mak aih, na dekat rm300. Cess...Naik gaji bayar PTPTPU je la..Huhu...Sabar je leerr....
~ s u h i d a ~

Monday, August 10, 2009

:: Aku Penat ::

Assalamualaikum...
Aku penat. Aku tak tahu kenapa lately aku rasa stress sangat. Balik dari kerja je, aku stress sebab kena menguruskan Razi dan Izzat sorang-sorang. Aku sengaja suruh anak-anak tidur awal. Pukul 9 tu aku dah tutup lampu. Tapi bila yang sorang nak tidur, yang lagi sorang ajak main. Bila yang sorang tu dah nak tidur, yang lagi sorang lak ajak main. Jadi tak tension ke? Tak baik merungut, kan...Aku jadi kesian dengan Razi dan Izzat. Sampai 1 tahap, aku rasa darah dah leh naik atas kepala dah, menahan sabar.
Aku cerita ni sekadar meluahkan perasaan. Nak menangis pun air mata dah rasa susah sangat nak keluar. Aku tau lebih ramai lagi orang yang lebih susah keadaan diorang. Tapi tak salah kalau aku melepaskan sikit beban kat hati aku ni, kan.... Abaikan apa motif aku bercerita ni ye.
-Sambil menulis ni, aku menangis ingatkan tadi aku marahkan Razi....(Sampai orang cakap aku dah jadi macam ibu tunggal..tak sedih ke...)
~ s u h i d a ~

Sunday, August 09, 2009

:: Perangai ::

Assalamualaikum...
Cerita ni bukanlah untuk mengumpat ye.
Sabtu lepas aku pergi satu klinik ni, berkenaan semput Izzat. Aku tak cerita Izzat ada asma. (malas nak cerita sebab aku emo nanti) Ini nak cerita pasal doktor tu sebenarnye.
Alkisahnya....4 hari sebelum ni aku dan abang bawak Izzat ke klinik untuk cek sakit Izzat. Seorang doktor wanita ni cek Izzat dan bagitau kompem Izzat ada asma. Tengah cek2 Izzat tu, dia tanya la, history family ada asma ke. Ku cakap ar, yang sedang duduk tu ada asma..(Encik abang intan payung kesayangan aku tu lee..) Hmm...pastu abang kena perli baik punye ar dengan doktor tu. Memang ku tau doktor ni memang sound direct laser berkuasa tinggi punya. Tak kisah perasaan orang. (Doktor kan takde perasaan..ewah..statement ku. Doktor-doktor nak marah? Marah ar..Dorang kan suka marah orang. Huh...)
So...Sabtu baru2 ni, berdua duaan je dengan Izzat aku gi lagi sekali ke klinik untuk follow up cek up Izzat. Tengah cek Izzat tu doktor tu tanya mana suami. (Satu yang aku suka doktor ni, sebab dia concern jugak dengan asma abang walaupun dia paed je).
Aku : Ada kat rumah, semput.
Doktor : Haa..yang kamu pilih nak kawen dengan dia dulu kenapa?
Aku terdiam..err...
Doktor : Lain kali sebelum kawen dulu buat syarat, saya nak abang stop hisap rokok. Saya tanak nanti menyusahkan saya dengan anak-anak.
Aku terdiam...err...
Aku : Haa..ha ah kan, patutnya sebelum kawen buat syarat kan. (Lebih kurang camtu lah conversation aku dan doktor tu..)
Itu je yang aku mampu jawab. Dalam hati aku ni..Allah je yang tahu. Doktor leh la cakap camtu, Allah jumpakan doktor dengan jodoh yang maybe doktor rasa sesuai kat hati doktor. Abis tu, dah aku rasa abang sesuai dengan aku, nak cakap camne. Alhamdulillah tak ambik laki orang. Oklah tu tak rampas laki orang, kan..
Masa first time aku jumpa doktor ni, aku suka dengan dia. Tapi, bila dia cakap camtu dengan aku, aku rasa macam nape ada orang dalam dunia ni suka membebel dan nak sound direct pada benda yang dah terjadi. Kenapa ada orang yang selalu fikir dia je yang betul dan orang lain buat semuanya salah. Kenapa ada orang yang suka berfikir yang dia tu perfect. Kenapa ada orang dalam dunia ni yang suka cakap lepas, tak pikir-pikir perasaan orang. Aku jadi benci....(Tapi aku still suka doktor tu..Pelik kan. Sebenarnya tak pelik pun, sebab aku memang camtu pada certain2 orang.)
Balik tu aku berfikir-fikir cakap doktor tu. Memang patut kena buat pilihan yang tepat ke sebelum kita buat keputusan nak kawen? Kalau orang tu tak hisap rokok, dia takde penyakit lain ke?
~ s u h i d a ~

Friday, August 07, 2009

:: Tag Kereta Dari Jue ::

Cerita pasal kereta.. Jue, sowi..baru nak buat tag. Huhu..

1. when do you get your driving licence?
Tahun 2001. Dua kali aku amek test, fail sebab pemeriksa tu kata aku memandu secara merbahaya. Ek eleh..bawak 60km/j tu bahaya ke. Agak-agak ar ckit reason tu.
2. your first car is?
Satria. 1.3 manual.
3. what type is your car now?
Satria. 1.3 manual. Ada sesapa na beli? Kekeke..
4. do you choose you plate number or was it given?
Dapat yang itu, aku terima je. Sebab aku suka nombor plet aku.
5. what is the colour of your car?
Silver Metallic..Again, ada sesapa nak beli?
6. reveal 3 most important things in your car?
Smart tag, duit dengan selipar. (Tak selesa drive pakai kasut).
7. have you ever got yourself into accident?
Setakat ni Alhamdulillah tak pernah terlibat lagi dengan kemalangan yang besar2. Kecik2 tu biasa la.
8. when is the due for your insurance & roadtax?
January 2010. Adeh, tak lama je lagi ye. Rasa macam baru je renew. huhu..
9. do you plan to change your car?
Ada..tapi tak kesampaian. Tak tahu bila lagi.
10. lets make your friend do this too. who would you choose?
Tag ni dah lama ar..Sape nak buat, buat la ye..

~ s u h i d a ~

:: Besday Iman ::

Assalamualaikum...
Kebelakangan ni,aku tak sempat nak update blog sebab banyak sangat sebab. Huhu...apa yang aku sibuk sangat pun aku tak tahu.
Baru hari ni nak story pergi birthday Iman, Jue's baby boy 1 tahun umurnya. Alkisahnya, hari Sabtu tu aku kena kerja, so bersiap-siaplah pakai baju kaler merah, nak ikut tema la katakan. Dah molek benar lah aku rasa. Tengah rushing-rushing nak siap tu, dah angkat Razi masuk dalam kereta dan nak angkat Izzat pulak masuk dalam kereta. Elok je aku dukung Izzat, tiba-tiba dia muntah atas baju aku....Huhuhu..Tudung baru pun sama kena. (Baru ingat nak melaram pakai tudung baru). Angkut Razi masuk balik dalam rumah. Bersihkan Izzat, aku tukar baju, keluar balik rumah. Itu dah satu baju.
Abis kerja gi Carrefour jap, nak cari hadiah untuk Iman. Sambil-sambil tu, lehla aku mengshopping pampers. Murah lak tu masa tu Drypers RM31.95. Huhu..Saiz L untuk razi dah abis. Aku kaut je saiz XL. Benci aku. Bolehla tu. Nak murah nye pasal. Abis badan aku berpeluh-peluh. Tengok jam baru kul 2. Hmm..bolehla, balik rumah dulu. Mandi dan solat. Keluar rumah pukul 2.50. Daj tukar baju lagi. baju merah dahla limited. (Kes tak suka baju merah..Huhu..) Last last capai je baju kaler pink. Kaum kerabat merah jugak kan? Keke..Lagipun Jue kan suka kaler pink. Boleh la tu..Haha..
Hmm..Nak jadi cerita, masa nak cari rumah Jue tu, sesat..Kuang kuang kuang...Punyelah eksen tanak tengok peta cane nak gi uma Jue. Ambik, terlajak sampai nak ke bukit belacan. Terpaksa kacau Jue, tipon tanya arah. Tapi Alhamdulillah..sampai gak ke rumah Jue. Meriah betul, macam kenduri kahwin. Sampai-sampai tengok diorang tengah potong kek. Bestnye kek Wall-E. Comey...Tapi kalau nak tengok gambo kek, tengok kat blog Jue lah eh..Aku tak snap gambo. Huhu..
Ni pinggan Zura. Hehe..
Ni pinggan aku. Sedap betul kek2 tu. Tapi aku tak sempat nak makan sampai abis. Frust aku. Makan tak puas.

Mak-mak orang beratur. Hehe.. Yang paling vouge kat tengah-tengah tu Wana.
Dari kiri, kawan Jue..tak ingat ar nama dia..Sowi eh.... Pastu Jue dan Iman, Wana dan Izz. Birthday Izz sama dengan Iman. Gebuss tul Izz..Pipi bam bam macam mak dia. Comey...Taukeh makjun yang berdiri sebelah aku tu, Puan Zura, Ngee...dan yang gemuk gedempol pakai baju lari tema tu aku le...Huhu..
Selamat hari jadi Iman..Semoga jadi anak yang soleh ye. Aminnn..
p/s : Dah main ke toy acik bagi tu..Huhu..
~ s u h i d a ~

Monday, August 03, 2009

:: Razi Work ::

Assalamualaikum...
Hari Sabtu lepas, aku dan budak2 opis kebanyakannye kena kerja. Konon-konon tengah rushing ar untuk projek baru. Hmm...Memandangkan hari-hari balik lambat, aku rasa segan gak nak kacau cikgu-cikgu Razi dan Izzat hari cuti diorang ni. So, Izzat aku mintak tolong adik aku jaga. Razi lak aku bawak gi opis. Alhamdulillah, baik..tak banyak karenah pun. Izzat nanti kalau dah besar macam abang Razi pun nanti mak bawak gi opis eh. Haa...nak sangat aku kerja hari Sabtu. Razi suka pulak main-main kat opis hari tu. Main sampai terhantuk meja dua kali. Masa first time terhantuk, muka macho lagi. Tak sakit sangat agaknye. Second time terhantuk, hmm..dah tak macho dah. Menjerit..Sakit oo...Ish ish..Duk tonggeng nak amek kereta mainan dia kat bawah meja. Bila bangun, terhantuk la kat meja..Adeh...Ok ar, layan gambo..Zasss..
Sampai opis kena breakfast dulu, kan Razi. Sedap nasi lemak tu, aku beli kat simpang 7Eleven kat Wangsa Melawati.
Da makan, suka hati.
Asyik ambik gambar je, orang nak buat kerja la mak. Mana-mana nak pergi mesti bawak mainan elephant dengan tiger dia tu. Takpun kereta mainan.Hai..nak tido pun pegang mainan dia tu. Nanti bila-bila aku snap gambo dia tido pegang mainan ye..
Aku google kat internet, cari gambo best2 hitam putih..print banyak2 suh dia kaler. Suka dia.
Haa..kusyhuk mengaler..Huhu.. Senang dan jimat. Takyah beli buku kaler. Print je. Gambo kite leh pilih suka hati lak tu.

~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...