Monday, August 24, 2009

:: Wardah Wardrobe ::

Assalamualaikum kawan-kawan.
Aku dah pun berjaya membuka blogshop, Alhamdulillah.... Berminggu jugaklah nak membuat blog baru. Sila klik link ni : wardahwardrobe. Nama blogshop ni adalah sempena nama mak aku (Setelah macam2 nama difikirkan ye..Nak pikir nama kedai pun pening). Jemput-jemputlah singgah ye. Buat permulaan, aku cuma menjual tudung. Insya Allah kalau ada rezeki, akan ada tambahan barang-barang lain.
Aku memang suka menjual. Dah macam2 barang dah aku jual dari dulu-dulu lagi. Harap-harap dari aku suka-suka ni, menjadi lah pulak kali ni. Teringat dulu aku pernah melukis karakter kartun Dragon Ball dengan Doraemon, buat jadi penanda buku. Pastu suh adik aku Dhilah jual kat sekolah. Laku lah jugak. Hahaha... Tahun lepas, jual kuih raya. Sebab aku tak kerja tahun lepas, ajak adik aku Ina buat kuih raya. Tahun ni ada repeat order, kuih makmur. Hehe..Ingat orang dah tanak repeat order lagi dah..Kekekeke....
Ok, doa-doa kan lah kedai ni sukses. Sekadar menyempit dan memeriahkan lagi blogshop-blogshop yang ada. Hehe..
~ s u h i d a ~

9 comments:

Ryn said...

Tahniah sue dah ada kedai...

fazilzura said...

TAHNIAH SU..

daku dh terjah td... so cepat2 upload gambo stok baru nnt yek

miemiey said...

wah baguslaa tu ...mudahan murah rezeki..

nasz said...

sue, aku dah melawat. tahniah ye. sorg2 kwn2 berniaga. aku bila lagi!! ekekeke

Mrs. Simplicity said...

sue, all the best dalam bisness baru ko ni. moga ianya bola menambah rezeki. aku sokong ko dari belakang! :D

suhida said...

maceh semua..doa2kan ye.klu tak sukses pun,at least ada org membeli sikit2 pun takpe..hehe..

strawberi @ mamadira said...

tahniah su..

nanti link ye gan kedai aku tu...
ehehhehee

mamashasha said...

tahniah atas pembukaan kedai online tuh...

A.I said...

Congrates Su..!!!

Gud luck k...jom kita sesama menchantekkan kepala wanita lain! muahahahahahaha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...