Friday, November 30, 2012

:: My Heroes ::

Assalamualaikum...
4 orang hero dalam hidup aku sekarang ni.
Izzat - ikut muka ayah.
Farhan - ikut muka abang Razi.

Saja letak gambar diorang dalam purse, setiap kali buka purse confirm teringat kat hero-hero aku ni. :)

~ s u h i d a ~

Saturday, November 24, 2012

:: Menziarahi Abang Mi yang Gastrik ::

Assalamualaikum...
Malam semalam kitorang pergi Tawakal nak ziarah abang sulung aku, abang Mi yang warded sebab gastrik. Lepas maghrib, kitorang gerak.
Pak Aji Farhan cari ketayap, pakai sendiri. Hihi.. 
Rupa lift lobby kat Tawakal. 
Corridor ke bilik pesakit. 
Abang Mi dah dua malam warded. Katanya masa kena tu rasa sakit dada dan sesak nafas. Gastrik sekarang  puncanya macam-macam dah bukan macam dulu. Dulu kalau gastrik sebab tak makan. Sekarang gastrik ada sebab makan makanan yang tak sesuai, ada sebab makan pedas, ada sebab punca dari kuat minum kopi, ada yang sebab ubat. Aku dah 32 tahun baru kena gastrik tahun ni. Sebab makan tak ikut time. Huhu... Lepas tu kalau orang gastrik, kalau masa gastrik datang, pastu bila kita makan, lepas makan tu yang sakit gastrik jadi teruk.  Moga cepat sembuh abang Mi, Ahad ni ada kenduri. Hehehe... Kalau tak keluar hospital, tak dapat ler nak makan lauk kenduri.
Feature Wall kat main lobby, ada ikan comel-comel dalam akuarium kecik.  
Perlu ke buat glass panel kat depan akuarium tu. 
Ikan bandaray kaler oren. 
Main lobby tawakal. Sempoi je. :) Saja ambik gambar banyak-banyak id Tawakal. Opis aku kan hospital specialist. 

~ s u h i d a ~

Friday, November 23, 2012

:: Layan Jumaat Sorang Diri ::

Assalamualaikum...

Aku suka hari Jumaat kat opis aku. Sebab dalam bilik department aku, aku sorang je perempuan. Jadi bila Jumaat tengahari memang best ler melayan perasaan sorang-sorang kat meja.
Kat luar pulak hujan, jadi confirm orang lelaki balik ke opis pukul 3. Yeay... 
Hujan2 ni layan minum ice blended dengan makan donut... :) jemput makan....

P/s : sebenarnya baru sudah makan nasi lemak tadi..huhu...nanti-nantilah start diet balik. :))

~ s u h i d a ~

Thursday, November 22, 2012

:: Durian Crepe ::

Assalamualaikum...
Sana sini orang duk bercerita pasal durian crepe. Macam best je nak rasa jugak. Aku nak tahu apa yang bestnya durian crepe ni. Kebetulan semalam wife officemate aku upload gambar durian crepe dia buat. Jadi aku pun order. Hari ini dia bagi aku rasa dulu sekeping.
Heeeee.....oklah. Inti cream dengan durian. Sebab dah lama keluar peti ais, tak dapat nak enjoy rasa sangat kot. Sekarang ni sambil menaip, sedak bau durian campur krim.  :)

~ s u h i d a ~

Tuesday, November 20, 2012

:: Daftar Razi Darjah 1 ::

Assalamualaikum....
Aku tak tahu pun yang sekarang ni kalau nak daftar anak masuk darjah 1 kena awal 2 tahun. Masa hujung-hujung bulan September baru aku tau. Itu pun lepas bersembang-sembang dengan mak kawan Razi kat taska. Mak Dani tanya aku nak hantar Razi sekolah mana. Huhu....Pastu dia bagitahu sekolah Melawati dan Taman Permata dah full. Apalagi, menggelupur ler aku cepat-cepat cek online. Alhamdulillah, sekolah yang kitorang nak Razi masuk masih ada kekosongan lagi. Kalau nak daftar anak sekolah, bolehlah ke laman web http://www.moe.gov.my. Lepas register online, bawak salinan asal dan potostat ic kedua ibubapa, surat nikah, lampiran pendaftaran online (macam gambar kat bawah ni) yang dah diprint dan juga bil air/api ke pejabat sekolah yang didaftarkan.
Razi dah nak masuk darjah 1, aku pun dah nak kena start rajin-rajin ambik tahu bab-bab akademik ni. Pastu nak kena belajar sabar mengajar. Mesti...Lagi satu kena rajin mengajar jugak.. Ngeee...

~ s u h i d a ~

Saturday, November 17, 2012

:: Kelemahan Mak ::

Assalamualaikum...
Aku ada satu kelemahan iaitu.... aku lemah betul kalau anak-anak buat permintaan. Mesti aku try jugak dapatkan apa yang diorang nak. Rasa tak sampai hati bila diorang merayu. Huhu... (tu yang terjebak sampai ke Legoland tu. Ini semua kawan-kawan diaorang punya pasal lah ni. Terpengaruh dengar cerita kawan-kawan kat sekolah yang bercerita).
Yaya pun jadi jugak. Haiii... 
Tapi, kadang-kadang aku fikir-fikir balik, aku beli sebab tak sampai hati ke, ataupun aku jugak yang minat sebenarnya. Hehehehe... Oklah... tak sampai hati dan aku pun sebenarnya memang minat kartun pun. :p
Mahal betul patung boboiboy ni, RM19.90. Razi siap suruh beli topi boboiboy sebab kawan kat sekolah ada jugak topi tu. Aku pergi jugak tengok harga...RM24.90. (Sebab aku tak minat topi dia, aku tak beli...Kekekeke...)  Kuat betul pengaruh rakan sebaya kat sekolah....

~ s u h i d a ~

Thursday, November 15, 2012

:: Trip Ke Legoland ::

Assalamualaikum....
Kejadian pergi ke Legoland adalah tidak dirancang sama sekali. :) Kitorang ke Johor sebab ada kenduri kahwin sedara abang cha. Dan nak dijadikan cerita, adik ipar aku pulak dapat 2 keping voucher tiket free untuk kanak-kanak. Mengenangkan akan ke Johor, dapat tiket free untuk Razi Izzat. Pastu Farhan pulak free jugak sebab bawah 2 tahun. Aku pulak cuti Isnin, memang kenalah kan. :) hihihi..
Sebenarnya ramai gila yang line up nak beli tiket. Dekat dua jam beratur. Kitorang pulak sampai nak dekat pukul 11, memang lambat ler dapat masuk dalam. Tapi, kat luar legoland ada banyak kedai makan atau tempat lepak. Jadi sementara tunggu abang cha beli tiket, aku dan anak-anak merayap kejap kat mall luar tu. 
Muka excited sambil pegang tiket. Harga tiket untuk seorang dewasa RM140. Ramai jugaklah yang kata mahal... Siap ada komen kat fb, aku kaya dapat pergi Legoland... Hmm, kalau kaya..aku tak pergi Legoland, aku pergi Switzerland. Boring je... Dah ada rezeki lebih sikit, ada peluang..pergi ler.
Kereta lego ni untuk kids 3-6 years. Diorang boleh drive sendiri, 2 round. Dari kitorang tengah beratur lagi, Izzat dah target nak kereta biru ni. 
Ada banyak patung-patung Lego yang sangat kiut, tapi aku tak jumpa Ninjago. Kalau jumpa Ninjago, best jugakkan. 
Pass jadi pilot. :) 
Ini pun pass jadi pilot, tapi kena berdiri konpiden sikit. :)) 
Ini pass jugak, walaupun tak lepas kaler merah lagi. Hebat. hihihi... 
Dah besar nanti, Farhan bawak mak fly tau. :) 
Ada 3 ekor zirafah lagi sebenarnya. :) 
Memang ada gaya model la abang Razi. 
Saya singa :) 
Seyes tengok budak-budak naik train ni excited, aku pun rasa macam nak join. Hihi.. 
Abang Razi jaga Farhan. Farhan pun nak join jugak. :) 
Alah mak..slide ni kacang je. Hari-hari Farhan main slide kat sekolah dengan cikgu ana. hihihi...
Masa ni Razi dah start cuak dah. Tapi macam boleh cover lagi. 
Hehehe... Memang tak boleh cover muka memang cuak. :) Izzat pun cuak jugak, tapi tengok Razi cuak, dia boleh gelak pulak. 
Nasib baik dia tak suruh aku beli kuda ni bawak balik. :) 
Ini kalau kuda betul, mahu meraung mintak turun. :) 
Masing-masing dah penat ni, mengelamun tengok air pancut. 
Ada banyak lagi model miniatur bangunan dengan kenderaan. Ini bangunan KTM. 
KLIA. 
Taj Mahal. Masa ni hujan lagi, dah dekat pukul 8malam. Pastu aku berlari pergi shopping barang Lego sebelum kedai tutup. Tapi tak puas hati, tak dapat shopping banyak barang, sebab kedai ramai gila orang. Cari lego ninjago tak ada pulak. Frust je. Kalau dapat jumpa tu, mesti Razi Izzat happy. 
Insya Allah next time tunggu Farhan dah lepas pembaris tanda merah, kita pergi lagi eh.... 

~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...