Wednesday, June 30, 2010

:: Contest For Contestant ::


Assalamualaikum....Aku ditag oleh Kak Da untuk join Contest For Contestant yang dianjurkan oleh Rina (MrsBifa) dan Bifa's Collezion. Sempat lagi ni, ado lagi satu jam ni sebab last date nak join, hari ni 30 Jun 2010. Nak tahu syarat-syarat, boleh klik ---> sini 
Ok, ini gambarnya...
.
.
.
Emak korang yang lebih.. :P

3 orang aku nak tag :
Ina
Elin
Zura
(huhuhu..macam tak sempat je..)

~ s u h i d a ~

:: Ambik Kau Cicak! ::

Assalamualaikum.......
Aku tak tahu kenapa Razi sekarang ni sangat-sangat takut pada binatang. Sebelum-sebelum ni, dia ok je. Siap kejar kucing bagai. Hairan jugak, tapi tak apalah. Nanti dah besar sikit, ok lah kot. Antara binatang yang dia takut yang paling ketaralah nampak dia takut ialah kucing dan cicak. Oh ya rama-rama. Ada sekali tu masa aku kat rumah abang sepupu aku, ada rama-rama putih cantik terbang dekat dengan kitorang. Razi nampak rama-rama tu, terus dia melompat-lompat melompat-lompat takut ye nak panjat atas badan aku. Menjerit-jerit dia "Lullapy! Lullapy!" Butterfly sebenarnya yang dia jerit tu. Masih tak pandai sebut dengan betul lagi. Kekekeke... Berpeluh-peluhlah dia punya takut kat rama-rama tu, susah aku nak describe. Nak gelak pun ado jugak. :P
Mmmm...Aku ni sebenarnya nak cerita pasal cicak. Oh ya, kalau bab cicak, walaupun cicak tu kat dinding jauh gila dari kitorang pun, Razi dah menggelupur jerit Cicak! Cicak! Aduhai....Tu belum lagi aku cerita pasal kucing lagi tu. Sabo je ler.. Haa..pasal cicak. Korang pernah bunuh cicak tak? Hihihi...Aku pernah.....baru-baru ni. Terasa kejam gila. Dah nak masuk 30 baru dapat bunuh cicak? Eleh...
Aku bengang, pasal banyak sangat aneka binatang serta aku hanya serangga berkeliaran kat dalam rumah aku ni. Setakat ni Cik Siti tak de lagi. Alhamdulillah. Kalau Cik Siti ado, mahu aku pulak yang menjerit lompat-lompat pulak. Kahhh... Banyak sangat cicak. Aku memang geram je dengan cicak sejak dahulu kala lagi. So, pada suatu hari....Memang malang lah nasib cicak yang seekor ni. Dia pergi merayap-rayap kat kaunter dapur aku tu. Memang hari tu, angin aku tak berapa nak best. Nasiblah siapa jadi mangsa. Hehehe... Aku nampak cicak ni menyorok balik botol air masak. Aku pusing tengok kat rak pinggan, nampak botol air minum budak-budak ni. Itu yang aku sempat capai, aku ambik, "PAP!!" aku ketuk cicak tu. Melantun cicak tu buat summersault, jatuh atas lantai. Saspen gila. Aku tengok dia tak gerak. Mamai agaknya. Ambik kau, aku hentak dia dengan tong sampah dapur kitorang yang gabak penuh dengan sampah sarap tu. Tu je yang aku terfikir masa tu. Kahhhhh....
Tapi, aku tak berani nak angkat lagi masa tu. Takutlah, di buatnya dia tak mati lagi ke. Melompat ke aku ke, tak ke naya? Tak lama pastu, angkat tong sampah tu. Terkujurlah kaku bangkai si cicak dan terkeluar segala isi perut dia. Huhuhuhu.... Geli tak? Kejam, kejam....Tapi, hukum bunuh cicak sunat kan? Kan kan?
Riwayat dari Abi Hurairah dari nabi s.a.w:
"sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan
membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan,kebajikannya kurang dari yang kedua"
Dipetik dari Ustaz Azhar.com.
Tapi kan, serius..aku hentak cicak tu dengan tong sampah. Entah bila masa entah dia pergi putuskan ekor dia. Ekor dia terpisah jauh tu dari badan dia, dan still gerak-gerak lagi walaupun aku tinggalkan kawasan pembunuhan tu agak lama jugak. Konon nak trap aku lah tu, ko pergi putuskan ekor kau tu eh?

* Teringat masa kecik-kecik dulu, arwah pak long cari penyapu lidi kalau nak bunuh cicak. Aku penyapu lidi pun takde kat rumah. :P Tu yang pakai bahan alternatif tu. Ngeee!~ Oh ya, aku tak snap gambar mangsa pembunuhan tu. Lupa. Nak bersihkan bukti secepat yang mungkin. :P

~ s u h i d a ~

Tuesday, June 29, 2010

:: Hadiah Aku Menang ::

Assalamualaikum.......
Hari tu kan aku menang contest,kan? Dah dapat dah hadiah nya. Tadaaaa....
Ini ler hadiahnya. Klip gambar yang berdiri tu. Aku letak ler gambar kawen kitorang ni. (Gara-gara gambar ni tertinggal kat opis, sebab aku tumpang scan kat opis, nak masuk contest. Hehehe...ha ah, masa aku kahwin, tangkap gambar pakai filem je. :P)
Daripada tak pakai, baik aku letak gambar kahwin aku ni. Sekali sekala, boleh menenangkan perasaan aku yang tertekan ni haa...

~ s u h i d a ~

:: Cutest Baby in PURPLE Contest ::

Assalamualaikum....
Yes, akhirnya dapat join contest yang dianjurkan oleh Mama atau Kak Da. Cutest Baby In Purple Contest. Tarikh tutup pada 1 Julai 2010. Nak tau syarat-syarat, boleh klik ---> SINI.
Hadiah2nya sangat best, tajaan :
MYKIDSZONE, APPLE OF MOM'S EYE & JEMARIART
Ini gambar yang dipertaruhkan..
.
.
.
.
Muhammad Fakhrurrazi
3 tahun 3 bulan
20 Mac 2007

~ s u h i d a ~

Monday, June 28, 2010

:: Ibu Kaisya Giveaway ::

Assalamualaikum....
Ibu Kaisya Giveaway sempena pembukaan kedai beliau. Tarikh tutup 30 Jun 2010. Syarat-syarat sangat mudah. Rugi kalau tak join. Salah satu hadiahnya ialah coklat buatan tangan Ibu Kaisya. Aku kan suka makan coklat.

~ s u h i d a ~

:: Giveaway Cayang Ibu ::


 Assalamualaikum...
Akhirnya dapat jugak aku buat entry untuk contest ala-ala kena tag ni. Aku kena tag untuk join contest ni oleh Kak Da dan Elin. Terima kasih ye kawan2, tag daku untuk join contest ni, Giveaway "CAYANG IBU" anjuran Ema Cupcake.
Nak tau syarat-syarat boleh klik ---> SINI.
Gambar "Sayang Mak" oleh Razi.. suka-suka hati aku je tukar tajuk.hehehe... ialah gambar ni...
.
.
.
.
. 
"Saaaaayang Mak!" <---- ayat favourite Razi.
 Hehehe...Nak tau cerita gambar ni?
Razi ni walaupun dia abang, tapi manja sangat-sangat dengan aku ni haaa... Sabo je ler. Gambar ni diambil masa aku tengah sibuk-sibuk nak siapkan hantaran kahwin abang sepupu aku kat rumah abang sepupu aku ler. Dahlah tengah buat final touch-up, Razi pun sibuk jugak nak menyendeng-nyendeng. Tengok gambar-gambar kat bawah ni. Gambar selingan je ye.
 "Mak buat apa tu, mak?" Salah satu soalan favourite Razi. 
 Ish Razi ni, mak nak buat kerja lah. Aku ke katil, dia ke katil. Aku ke cermin dia ke cermin.
 Tengah mencangkung pun, dia nak peluk. Nasib mak tak tergolek, tau."Sayang Mak..." Oh, bukan...macam ni... "Saaaaaayanngggg Mak!" Hehehe... Tu aku geram tu, nak peluk-peluk sangat, tu yang gambar kat atas tu aku peluk, balas balik. "Saaaaaaayang abang Razi!". Sudahnya, dia lak yang malu-malu. Kekekeke...
Oh ya, aku pulak kena tag orang. Sempat lagi ni. Tarikh tutup 30 Jun 2010.
5 orang yang aku nak tag ialah...
*Walaupun gambar tu macam blur-blur, aku tetap suka gambar tu. Lama gak aku tahan nak buat entry ni sebab nak snap gambar cantik sikit. Tapi still tak sama dengan moment yang ada pada gambar kat atas tu, sebab masa gambar tu diambil, memang antara moment yang aku takkan lupakan yang Razi sangat sayang pada aku. Huhuhu....Mak sayang abang Razi juga. :P Sedih la pulak, tiba2. Hihihi..

~ s u h i d a ~

Sunday, June 27, 2010

:: Season 3 : Cute Baby With T.O.Y ::

Assalamualaikum.....
Yeay..nak join contest lagi. Huhuhu.....
Dari suziey.com & malinasiam.com & penaja contestnya AIVEE MART
Tajuk contest kali ni :
Boleh klik --> SINI untuk maklumat lanjut. (suziey, tak pandai ar nak letak link kat banner, sori ye..)
Penaja contest pulak ialah :
 Hadiah tajaan Aivee-emart
.
.
.
.
  ~Fun Cars Storage Box 3pcs Set for BOY~
~Butterflies & Flowers Storage Box 3pcs Set for GIRL~
.
.
So, gambar yang aku nak pertandingkan ialah..
Nama : Muhammad Fakhrurrazi
Umur : 3 tahun 3 bulan
.
.
Sekarang ni, Shrek dan Fiona tulah dikedongnya kehulu kehilir. Sabo je la dengan anak teruna aku yang seorang ni. Huhu... Bangun tidur pukul 3-4 pagi pun, kalau tengok takde dua ekor patung tu kat sebelah dia, alamat..memang menangisler...Takpelah Razi..Oklah tu dari bawak bantal busuk. Mak lagi rela Razi suka bawak Shrek dan Fiona tu kehulu ke hilir. Takpe..Bawaklah..bawaklah... :P
Gambar-gambar kat bawah ni selingan je..
Sejak kdah pandai posing, dah pandai pulak malu-malu ambik gambar. Sampai nganga nganga mulut tahan muka nak senyum. Sabo je ler.
Gambar kandid baru nak senyum betul-betul.
.
.
Opppp....cop cop cop.. :) ado lagi sorang nak join.. Hehe..Sila beri laluan. Adik Izzat pun nak join jugak, kan?
 Nama : Muhammad Fakhri Izzat
Umur : 1 tahun 8 bulan
.
.
Yang lagi sorang ni pun dah pandai ikut perangai abang dia. Ke hulu ke hilir bawak kereta mainan. Nasib tak kisah nak kereta yang sama. Tak kisahlah mana-mana kereta, asalkan kereta. Pergi sekolah pun nak kena bawak kereta sekarang ni. Huhuhu... Nak tidur pun kena pegang kereta. Hahahaha...
Gambar-gambar kat bawah selingan sahaja..
.
Memang susah nak suruh dia tengok kamera.
Seronok tengok adik Izzat dah sihat, kan? Alhamdulillah... Perangai pun dah sama naik macam abang Razi. :)
.
.
Jom korang, join ramai-ramai memeriahkan lagi dunia contest blogger. Promote la pulak. Hadiah sangat2 menarik. Rugi kalau tak join..... Sebab contest2 suziey.com ni ada banyak season dan hadiah utamanya yang paling best. Mana tau berpeluang memenagi....
GRAND PRIZE for FINALE SEASON are 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM
Aku dah cakap dah syok kan? Kan kan kan...Jom join cepat. Contest berakhir pada 15 Julai 2010.

~ s u h i d a ~

Friday, June 25, 2010

:: Tolong Vote Untuk Sara ::

Assalamualaikum kawan-kawan.
Saja buat entry ni nak tolong Kak Da promote SARA untuk menang Top 6 Cutest Baby Face Contest anjuran Anje a.k.a Mama Balqis. Cepat-cepat,  sebab undian akan berlangsung selama 23 Jun 2010 sehingga 25 Jun 2010. Hari ni last day untuk vote. Caranya....Taip "VOTE" space "05" dan hantarkan ke entry ini ye.


Dan inilah gambar yg terpilih :
.
.
PUTRI IRDINA QAISARA

Saya copy paste ye Kak Da. :P

~ s u h i d a ~

Thursday, June 24, 2010

:: Makan Ikan Bakar ::

Assalamualaikum...
Entry ni cuma nak berkongsi dengan korang kalau nak makan ikan bakar waktu tengahari yang sedap kat area Ulu Kelang ni. Semalam, tiba2 member opis teringin nak makan ikan bakar. Jadi, kitorang pergi tapau kat Pasar Keramat. Ada warung ikan bakar kat tempat parking pasar keramat tu. Sedap weh...
Ini kedai dia. Aku tak tahulah nama kedai brader ni. Tapi korang cari brader badan besar ni. Tengok muka dia betul-betul. Itulah kedainya. Sebenarnya ada dua kedai ikan bakar kat pasar keramat ni. Dua-dua pun sedap. Tapi dah biasa beli dengan brader ni. Servis pun cepat walaupun ramai orang.
Diorang cuma jual ikan pari, ikan cencaru dan ikan terubuk. Besar beb. Memang puas hati makan. Kenyang gila perut korang. Tapi, aku tengok diorang ada jugak jual lauk untuk nasi campur kat belakang tu.
Pakcik ni sempat lagi jeling kamera, sedar orang ambik gambar dia. Hehehe...
Kuah asam yang power mower dashyat super pedas. Tapi..sedap.... :P Kompem lepas makan, sakit perut. Huhuhu.. Tapi sedap punya pasal, telan gak. Habis keluar air hidung, tak boleh bercakap masa makan. Hehehe...Pedas gila-gila.
Tengok ikan pari bakar dia. Puas hati, kan? Diorang jual set. Nasi, ikan, air asam/belacan, ulam dengan kuah sup. RM14. Kalau set ikan cencaru, murah sikit. Boleh dapat RM10. Sup dia pun sedap. Cuba lah pergi try ikan bakar kat situ kalau-kalau korang terlalu kat Pasar Keramat tepi sekolah tu. 
*Kalau diorang buat ayam bakar pun sedap, kan? Hmm..dah lama tak makan ayam bakar kat AU3, kedai brader ribu-ribu tu.. Sedapnya...

~ s u h i d a ~

:: Toy Story 3 ::

Assalamualaikum...
Hari ahad lepas kitorang adik beradik pergi ramai-ramai tengok Toy Story 3. Plan asalnya aku nak bawak Razi tengok Shrek, tapi hari Sabtu pergi beli tiket, TGV Wangsa Walk dah tak tayang Shrek. Cepatnya diorang tutup. Maybe sebab panggung kecik kot. Kena bali awal kalau nak tengok kat Wangsa Walk sebab aku beli tiket hari Sabtu tu pun, kerusi dah full separuh. Seat kitorang tu pun cukup-cukup untuk 8 orang. Jom layan gambar.. Bukan gambar apa pun. Hehehe..
Irfan, Razi, Daniel, Ina dan Izzat. Izzat boleh je jalan. Cuma jalan tak laju lagi macam abang-abang.
Jom Abang Daniel tunjuk jalan.
Irfan yang comel~
Peace!~
Mesti mau amek gambar kat papan iklan ni.
Ina, Kak Zana, Jihah, Aku, Daniel (nak lari taknak ambik gambar), Izzat dan Razi.
Abang Mi dengan Kak Zana.
Irfan memang pandai posing ambik gambar. Hehehe..
I Love Toy Story!!!
Toy Story, yeay yeay! Toy Story, yeay yeay! Toy Story, yeay yeay!
Hehehe..Best gak tengok Toy Story 3. Walaupun movie  yang first dah lama gila. Sequel no 3 ni tetap best. Aku rasa lagi best kot dari sebelum-sebelum ni. Dan sedih jugak masa ending dia. Rasa macam tak puas lagi nak tengok. Nak pergi tengok lagi sekali, boleh tak? Pertanyaan ni ditujukan khas untuk abang. Huhuhu...

~ s u h i d a ~

Tuesday, June 22, 2010

:: Bila Razi Dah Petah Bercakap ::

Assalamualaikum....
Razi dah 3 tahun 3 bulan dah. Banyak benda dia dah pandai dah. Memang banyakkkk...Pandai mintak mainan pun ye gak..Huhu.... Dia dah pandai jawab dah umur dia berapa kalau orang tanya. Pandai baca doa makan. Pandai nyanyi lagu Negaraku. Pandai simpan mainan bila disuruh kemas. Pandai susun kasut sebelum masuk rumah. Pandai ambik tisu sendiri. Pandai buang sampah sendiri (Tapi itu bila dia betul-betul rajin dan tak takut pergi dapur sorang-sorang. :P ) Bila nak pandai buang air kat toilet, abang? Tak payah pakai pampers dah. Huhuhu.. Dan..pandai bercakap. Mulut dia makin bertambah-tambah becok. Ada je benda dia nak bercakap, bertanya, mengusik dan sebagainya.
Mula-mula kalau Razi tak kenal orang tu, dia memang pemalu sikit. Tapi, bila dia dah biasa...Mmm..Boleh tahan jugak nak melayan mulut dia tu. Huhu...Kadang-kadang tu berulang-ulang benda tu dicakapnya. Kena lah sabar melayan. Contohnya ....
Razi : Mak, abang nak tengok shrek.. (Gara-gara berjanji dengan dia nak bawak pergi tengok Shrek)
Aku : Yelah, nanti kita pergilah tengok...
Razi : Mak, abang nak tengok shrek.. Nak shrek..Mak, nak shrek.. Abang nak tengok shrek..Mak, abang nak tengok shrek. Mak, na shrek..Mak... (Berulang-ulang tanpa berhenti. Berhenti bila kita jawab dan sambung balik selepas itu...)
Hihihi...
Kadang-kadang dia bercakap tu ada yang boleh buat aku tergelak sorang-sorang. Yelah, kebanyakan masa aku duduk dengan diorang berdua je kat rumah. Aku nak gelak dengan siapa kan.. Antara ayat-ayat yang Razi suka cakap :
Razi : Mak, abang dah besar kan? Abang tak payah minum susu. (Tapi, kadang-kadang tak sampai 10 minit dia cakap camtu, dia mintak jugak susu..Hehehe..)
................
Razi : Abang sayangggg mak! (Lepas dia cakap tu, mesti satu ciuman singgah kat pipi aku..)
................
Kalau dia kena marah dengan aku atau dia tak dapat apa yang dia mintak.
Razi : Abang tanak kawan mak!
Aku : Mak pun taknak kawan abang Razi.
Razi : (Tersengih-sengih...) Abang sayang mak... (Huhuhu...Sabo je ler..)
................
Aku : Abang Razi tolong mak ambik tisu.
Razi : (Sengih-sengih sambil buat-buat malas..)
Aku : Abang Razi cakap abang Razi dah besar, nak tolong mak..
Razi : (Terus lompat bangun.) Abang Razi dah besar, abang Razi kena tolong mak! (dengan nada yang gembira...hehehehe...)
Tapi, aku ni pun satu. Memanjang duk mintak tolong dia. Ada satu masa tu aku mintak tolong dia...
Razi : Ish mak ni.... Abang tak nak jadi besarlah!
Hehehehe...
.
.
Razi 9 bulan
.
.
Razi 1 tahun 2 bulan (Masa ni Izzat dah ada dalam perut :P )
.
.
Gambar terbaru- Ha ah, abang Razi memang dah besar dah...
Razi : Mak, abang dah besar, kan? Izzat kicik lagi, kan?
Aku : Mmmm... (Dah penat..)
Hehehehe... 

Mak sayang abang Razi tau..Adik Izzat pun mak sayang jugak...Next time mak buat entry pasal Izzat ye. :P

~ s u h i d a ~

Sunday, June 20, 2010

:: Menang Contest ::

Assalamualaikum....
Yeay yeay, kita menang. Yeay yeay..Kahh....
Kitorang dapat tempat no 5 dalam Pertandingan Gaya Paling Seksi Makan Kerepek anjuran Kerepek Bayam. Okla tuuu... First time menang tu. Kekeke..Happy ler...
Tak tahu pulak puan penganjur nak bagi hadiah apa. Tak sabar nak menunggu ni. Huhu...Berkat doa korang yang mendoakan aku, terima kasih ye. Ada jugak luck kali ni. Harap-harap lepas ni menang lagi contest-contest lain yang aku join. Bersemangat pulak rasanya nak join contest lain. Hihi...Last-last aku update blog untuk join contest lak jadinya.. :P
Ok, sekian terima kasih.

~ s u h i d a ~

:: Hadiah Ulangtahun Perkahwinan ::

 Assalamualaikum....
Huhu.. HADIAH ULANGTAHUN PERKAHWINAN, giveaway yang aku nak join lagi ni.
Jom kita meriahkan giveaway dari mama aqif nie..
Nak tengok syarat², boleh klik ---> sini
Mama Aqif cakap boleh letak seberapa banyak gambar yang ada. Aku letak 4 keping je pun cukup lah eh. Join last minit, tak sempat nak bubuh banyak-banyak. Aduyai, jap karang nak pergi ambik Razi dan Izzat kat rumah mak mertua. Hari ni kan aku kena kerja, mintak tolong mak mertua jagakan Razi dan Izzat kejap.
Dah..membebel hal lain pulak..Hehe..Jom layan gambar dulu...
.
.
.

.
.
Malam Nikah - 2 Jun 2006 (Gambar ni lepas dah sah menikah ye.. :P)
.
Kenduri di rumah aku - 3 Jun 2006
.
Menyambut menantu (aku lah tu..hehe) - 10 Jun 2006
.
.
Alkisah macam mana boleh kenal?
Alkisahnya......abang Cha adalah abang kepada kawan baik aku. Dah kenal lama dah, selama mana aku kenal Lily dari Tingkatan 2, selama itu lah aku dah kenal abang Cha. Tapi kenal tau dia tu abang Lily je. :P Lepas dah habis sekolah, selalu jugak terjumpa kalau pergi rumah Lily, kalau kebetulan dia ada. Kalau telefon rumah Lily, kalau dia angkat, masa tu je lah bersembang. Tapi, masa tu tak de apa-apa perasaan pun.
Sampailah pada satu ketika..Ewah..Masa tu kakak Lily, ataupun adik abang Cha; Kak Ina korang faham ke aku merepek ni nak kahwin. Mak abang Cha (mak mertuaku sekarang ler..) mintak aku jadi pengapit Kak Ina. Hik3..Malu I. Masa tu ler, tiba-tiba nampak abang Cha ni hensem jugak. Huhuhu..uhuk uhuk...So, start dari situ, barulah rapat.
Kitorang melangsungkan perkahwinan pada 2 Jun 2006. Harapan aku semoga ikatan perkahwinan kami kekal dan bahagia sehingga ke akhir hayat kami...dan semoga jugak seluruh hidup kami dan ahli keluarga kami diberkati dan dilimpahi rahmat Allah...Amin... :)
P/S : Abang, I Love You Forever and Ever tau.
Sekian, terima kasih.

~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...