Assalamualaikum....
Razi dah 3 tahun 3 bulan dah. Banyak benda dia dah pandai dah. Memang banyakkkk...Pandai mintak mainan pun ye gak..Huhu.... Dia dah pandai jawab dah umur dia berapa kalau orang tanya. Pandai baca doa makan. Pandai nyanyi lagu Negaraku. Pandai simpan mainan bila disuruh kemas. Pandai susun kasut sebelum masuk rumah. Pandai ambik tisu sendiri. Pandai buang sampah sendiri (Tapi itu bila dia betul-betul rajin dan tak takut pergi dapur sorang-sorang. :P ) Bila nak pandai buang air kat toilet, abang? Tak payah pakai pampers dah. Huhuhu.. Dan..pandai bercakap. Mulut dia makin bertambah-tambah becok. Ada je benda dia nak bercakap, bertanya, mengusik dan sebagainya.
Mula-mula kalau Razi tak kenal orang tu, dia memang pemalu sikit. Tapi, bila dia dah biasa...Mmm..Boleh tahan jugak nak melayan mulut dia tu. Huhu...Kadang-kadang tu berulang-ulang benda tu dicakapnya. Kena lah sabar melayan. Contohnya ....
Razi : Mak, abang nak tengok shrek.. (Gara-gara berjanji dengan dia nak bawak pergi tengok Shrek)
Aku : Yelah, nanti kita pergilah tengok...
Razi : Mak, abang nak tengok shrek.. Nak shrek..Mak, nak shrek.. Abang nak tengok shrek..Mak, abang nak tengok shrek. Mak, na shrek..Mak... (Berulang-ulang tanpa berhenti. Berhenti bila kita jawab dan sambung balik selepas itu...)
Hihihi...
Kadang-kadang dia bercakap tu ada yang boleh buat aku tergelak sorang-sorang. Yelah, kebanyakan masa aku duduk dengan diorang berdua je kat rumah. Aku nak gelak dengan siapa kan.. Antara ayat-ayat yang Razi suka cakap :
Razi : Mak, abang dah besar kan? Abang tak payah minum susu. (Tapi, kadang-kadang tak sampai 10 minit dia cakap camtu, dia mintak jugak susu..Hehehe..)
................
Razi : Abang sayangggg mak! (Lepas dia cakap tu, mesti satu ciuman singgah kat pipi aku..)
................
Kalau dia kena marah dengan aku atau dia tak dapat apa yang dia mintak.
Razi : Abang tanak kawan mak!
Aku : Mak pun taknak kawan abang Razi.
Razi : (Tersengih-sengih...) Abang sayang mak... (Huhuhu...Sabo je ler..)
................
Aku : Abang Razi tolong mak ambik tisu.
Razi : (Sengih-sengih sambil buat-buat malas..)
Aku : Abang Razi cakap abang Razi dah besar, nak tolong mak..
Razi : (Terus lompat bangun.) Abang Razi dah besar, abang Razi kena tolong mak! (dengan nada yang gembira...hehehehe...)
Tapi, aku ni pun satu. Memanjang duk mintak tolong dia. Ada satu masa tu aku mintak tolong dia...
Razi : Ish mak ni.... Abang tak nak jadi besarlah!
Hehehehe...
.
.
Razi 9 bulan
.
.
Razi 1 tahun 2 bulan (Masa ni Izzat dah ada dalam perut :P )
.
.
Gambar terbaru- Ha ah, abang Razi memang dah besar dah...
Razi : Mak, abang dah besar, kan? Izzat kicik lagi, kan?
Aku : Mmmm... (Dah penat..)
Hehehehe...
Mak sayang abang Razi tau..Adik Izzat pun mak sayang jugak...Next time mak buat entry pasal Izzat ye. :P
~ s u h i d a ~



9 comments:
su, memang best kalau anak petah bercakap...lagi rancak berbual....razi kan abang...bijak blh bayangkan kepetahan dia....hehe
shasha aku dah tak terlayan...menyanyi serah kat dia...cepat betul bluetooth nye...kadang tu aku belum bukak mulut dia dah tolong jawab...hehe...
kalau kat dlm kete aku layan borak ngan shasha mcm kawan je...
Bila anak dah bleh cakap dah boleh jadi kawan kita kan tu yang best tuh.
bestnyer anak dah pandai ckp, x sabar tggu Aina start b'ckp ngan petahnyer..skrg ni layan Aina ckp bahasa 'german' jer hehehe
sangat pandai. harap anak2 aku pun cerdik mcm abang razi. cair jap bila baca part razi sayang mak tu. dah tu cium ko lak. best nye. bahagia bergelar mak jap kan? :)
petah razi berckp ngan ko sue....aku gak tertunggu2 leesya ckp petah camtu...ekeke....
dah besar razi, dah bleh diharap....sonok kan? bile nak tgk citer shrek tu sue? selagi x tgk, selagi tu la dia mintak....ekeke....tp lama2 lupa la tu...
bed: huhu..itu ler.razi byk sgt bercakap,smpi izt tenggelam.izt diam je..kesian lak aku nengoknya.hahaha..anak pompuan lagilah banyak bercakap kan.
rynas:harap2 smpi ke besar dia nak bersembang dengan aku.uhuhu...
azura:hihi..tak lama lagi tu pandai la nanti aina tu.izzat pun dah boleh ckp ckit2. :P
alya:ha ah,rasa diri disayangi lebih dari segalanya. :) isk isk..sedih la pulak rasanya.
nome: dia dah lupa kot nome.hr tu ingat na tgk shrek,sekali kat wangsa walk ni shrek da takde.so,tgk toy story.dia ok..da tak mintak na tgk shrek lagi dah. :)
Bestnyer, mesti bahagia jer ngan teletah Razi tue kan, tak sabo nak tggu bb yu'xan beso...heheeh...
Salam, wahhh mmg abg razi dh besar la.. mcm teruja nk juperr abg razi la, abg razi pandai la... aku pon x sabar nk tggu awathif besar mcm razi , nk dgr dier byk cakap...hehe
kak ida, anak kak ida memang Comel(MashaAllah).
Post a Comment