Wednesday, June 30, 2010

:: Ambik Kau Cicak! ::

Assalamualaikum.......
Aku tak tahu kenapa Razi sekarang ni sangat-sangat takut pada binatang. Sebelum-sebelum ni, dia ok je. Siap kejar kucing bagai. Hairan jugak, tapi tak apalah. Nanti dah besar sikit, ok lah kot. Antara binatang yang dia takut yang paling ketaralah nampak dia takut ialah kucing dan cicak. Oh ya rama-rama. Ada sekali tu masa aku kat rumah abang sepupu aku, ada rama-rama putih cantik terbang dekat dengan kitorang. Razi nampak rama-rama tu, terus dia melompat-lompat melompat-lompat takut ye nak panjat atas badan aku. Menjerit-jerit dia "Lullapy! Lullapy!" Butterfly sebenarnya yang dia jerit tu. Masih tak pandai sebut dengan betul lagi. Kekekeke... Berpeluh-peluhlah dia punya takut kat rama-rama tu, susah aku nak describe. Nak gelak pun ado jugak. :P
Mmmm...Aku ni sebenarnya nak cerita pasal cicak. Oh ya, kalau bab cicak, walaupun cicak tu kat dinding jauh gila dari kitorang pun, Razi dah menggelupur jerit Cicak! Cicak! Aduhai....Tu belum lagi aku cerita pasal kucing lagi tu. Sabo je ler.. Haa..pasal cicak. Korang pernah bunuh cicak tak? Hihihi...Aku pernah.....baru-baru ni. Terasa kejam gila. Dah nak masuk 30 baru dapat bunuh cicak? Eleh...
Aku bengang, pasal banyak sangat aneka binatang serta aku hanya serangga berkeliaran kat dalam rumah aku ni. Setakat ni Cik Siti tak de lagi. Alhamdulillah. Kalau Cik Siti ado, mahu aku pulak yang menjerit lompat-lompat pulak. Kahhh... Banyak sangat cicak. Aku memang geram je dengan cicak sejak dahulu kala lagi. So, pada suatu hari....Memang malang lah nasib cicak yang seekor ni. Dia pergi merayap-rayap kat kaunter dapur aku tu. Memang hari tu, angin aku tak berapa nak best. Nasiblah siapa jadi mangsa. Hehehe... Aku nampak cicak ni menyorok balik botol air masak. Aku pusing tengok kat rak pinggan, nampak botol air minum budak-budak ni. Itu yang aku sempat capai, aku ambik, "PAP!!" aku ketuk cicak tu. Melantun cicak tu buat summersault, jatuh atas lantai. Saspen gila. Aku tengok dia tak gerak. Mamai agaknya. Ambik kau, aku hentak dia dengan tong sampah dapur kitorang yang gabak penuh dengan sampah sarap tu. Tu je yang aku terfikir masa tu. Kahhhhh....
Tapi, aku tak berani nak angkat lagi masa tu. Takutlah, di buatnya dia tak mati lagi ke. Melompat ke aku ke, tak ke naya? Tak lama pastu, angkat tong sampah tu. Terkujurlah kaku bangkai si cicak dan terkeluar segala isi perut dia. Huhuhuhu.... Geli tak? Kejam, kejam....Tapi, hukum bunuh cicak sunat kan? Kan kan?
Riwayat dari Abi Hurairah dari nabi s.a.w:
"sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan
membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan,kebajikannya kurang dari yang kedua"
Dipetik dari Ustaz Azhar.com.
Tapi kan, serius..aku hentak cicak tu dengan tong sampah. Entah bila masa entah dia pergi putuskan ekor dia. Ekor dia terpisah jauh tu dari badan dia, dan still gerak-gerak lagi walaupun aku tinggalkan kawasan pembunuhan tu agak lama jugak. Konon nak trap aku lah tu, ko pergi putuskan ekor kau tu eh?

* Teringat masa kecik-kecik dulu, arwah pak long cari penyapu lidi kalau nak bunuh cicak. Aku penyapu lidi pun takde kat rumah. :P Tu yang pakai bahan alternatif tu. Ngeee!~ Oh ya, aku tak snap gambar mangsa pembunuhan tu. Lupa. Nak bersihkan bukti secepat yang mungkin. :P

~ s u h i d a ~

7 comments:

Anonymous said...

ko dpt pahala preee..

aku mmg suke 'tembak/ cicak dgn air.. simbah banyak2, pehtu jatuh..terus pijakkkk

fadhlina said...

tahniah.haha..geleman aku dengar

haha.aku suka time razi nyanyi lagu lullapie ikut lagu spiderman :p

suhida said...

zura:mak aih, ko pijak zura?huhuhu..
ina:kekeke..skg dia da pandai nyanyi lag enjit2 semut versi lagu pe ntah, aku tak ingat.

mamashasha said...

haaaa mmg kena la....ambik kau cicak!!
hehe kalau aku bercakap bg pihak serangga....mmg kau sgt kejam su....tapi kalau aku bercakap sebagai suri rumah mmg kau ambik tindakan yang betul......cute la razi panggil lulafly tu...

suhida said...

bed:kekekeke...mmg terasa kejam gila klu ingat balik.hehe..
hahahaha...ko tak dgr lagi dia nyanyi lullapy..lullapy versi lagu spiderman.sape ntah ajar dia.kekeke..

Mrs. Simplicity said...

aku tgk tajuk entry ko ni tadi, ko tau tgh aku drive td bole cicak kua kat lubang aurcond, kejung 1 badan aku ketakutan! aku bole gang razi kot. hahaha.. aku geli tgk cicak, nak bunuh lg la. wan suka la lastik2 cicak ni. tp bila cicak tu degil la dok berak sana sini.

suhida said...

alya:kekekekeke..cane leh kua kot lubang a/c tu.mesti dia terkejut,ingatkan kat kutub utara kot.kekekeke....
haa..tu yg wat aku bengang tu,kuat berak cicak ni.sakit hati tul.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...