Monday, June 07, 2010

:: Melaka - Hari Pertama ::

Assalamualaikum...
Hari Jumaat hingga Ahad lepas, kami sekeluarga telah pergi bercuti ke Melaka. Rancangan asal sebenarnya nak ke Krabi. Tapi terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang terpaksa diambil kira. Duit deposit yang dah dibayar pada travel ejen, abang Cha cuba mintak kalau boleh digantikan pada mana-mana hotel di Melaka. Alhamdulillah, kitorang dapat menginap di Hotel Seri Costa. Betul-betul di tengah-tengah kesibukan bandar Melaka. Hotel tu shoplot sebenarnya. Kesian orang tu, tak dapat nak mandi swimming pool. Hihihi...Jom, mcam biasa. Layan gambar...Layan...Zasss...
Razi yang kepenatan. Mana taknya, bersiap awal bukan main. Kitorang bertolak dari KL lepas solat Jumaat.
Perjalanan di higway PLUS ok. Cuma bila dah nak sampai tol Seremban sampai tol PD, jalan jem tak ingat. Ni saja ambik gambar signboard exit Ayer Keroh dan Bandar Melaka. Hihi.
Abang Razi dah bangun.
Tak tahu nak tuju mana dulu. Sampai Ayer Keroh pun dah pukul 5 lebih. Ternampak signboard Melaka Wonderland. Macam taman tema air, baru bukak 15 Mei yang lepas. Ajak abang Cha pergi cari kejap mana tempatnya.
Oh, ini tempatnya. Memang taman tema air yang baru pun. Pokok pun diorang baru nak tanam. Nampak macam ada lagi bangunan yang diorang nak naikkan bersebelahan dengan Melaka Wonderland. Kitorang planning nak mandi kat sini hari Ahad, insyaallah.
Sampai bandar Melaka, tengok banyak betul dah berubah. Last aku pergi masa tu dengan mak. Tahun 2004 kot. Tengok sekarang ni banyak shopping kompleks yang senibina dia melambangkan Melaka. Barulah pelancong datang nak tengok senibina kat Malaysia ni rasa seronok sikit. Jalan-jalan kejap kat Mahkota Parade, beli baju swimming Izzat. Pastu baru cek in kat hotel. Rehat-rehat kejap, dalam pukul 8 kitorang keluar, jalan-jalan sekitar bandar Melaka. Naik beca sampai ke river cuisine. Nak naik bot rentas sungai Melaka. Huhu..
Posing sebelum naik bot. Razi yang tak sabar-sabar nak naik bot, excited beno.
Posing lagi. Cuak jugak. Takde jaket keselamatan pun...
Naik bot rentas sungai Melaka malam-malam sangat best sebab sepanjang-panjang tepi sungai tu ada je diorang hiaskan dengan lampu macam-macam warna. Part yang paling aku suka tengok masa lalu Kampung Morten. Lawa diorang hias rumah kayu dengan lampu sportlight dan fluorescent. Pastu ada pulak orang-orang tua menebeng kat tangga rumah melaka tu sambil pandang bot-bot yang lalu. Memang bestlah.
Ada pelampung, tapi ada berapa je. Huhu...yang naik bot tu aku rasa ada 30 orang.
Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya. Hahaha...
Lepas dah habis naik bot, kitorang round-round sekitar tebing Sungai Melaka. Kawasan kat situ agak ramai orang sebab diorang tengah sibuk buat raptai Perasmian Pesta Sungai Melaka yang akan berlangsung esoknya, hari Sabtu 5 Jun 2010. Tak snap gambar pun masa diorang buat raptai tu. Ada lah tarian Melayu, Cina, India, Portugis. Masa tarian Portugis tu, aku pun rasa macam nak ikut joget. Hihi..Suka tengok tarian portugis. Pastu ada orang buat flying fox rentas sungai Melaka. Ish, seram aku. Buatnya terjatuh dalam sungai Melaka tu. Huhu...haru..
Pastu perut dah lapar, cari gerai kat situ je. Aku order keuy teow goreng. Abang Cha order nasi goreng. Huhu.. Menghampakan. Aku tak boleh telan langsung kuey teow goreng tu. Tak sedap langsung. Tahulah ramai orang, tapi....macam tu ke korang meniaga. Rasa nasi goreng abang Cha..mmm..ok je lah. Boleh lah telan. Keuy teow...out.
 
 Ini lah kuey teow nya. Rugi sungguh. 
 Anak dan ayah yang gigih makan. Diorang ni nak meniaga, buat milo ais pun tak sedap. Apa da....
Habis makan, kitorang jalan-jalan kejap kat pasar malam kat tepi Menara Taming Sari. Hampir-hampir tergoda untuk beli beg harga Rm15. Huhu...
Balik hotel, terus tidur. Penat betul. Esok sambung cerita lagi ye.. :)

~ s u h i d a ~

9 comments:

Jue @ atanayuiman said...

bestnya coti2 ke melaka.. melaka dah cantek kan? happening pulak tuee..

mamashasha said...

ye ke sue tak jadi ke krabi? takpe next time k...melaka pun ok...byk tempat utk dilawati all in one area...dekat2 lak tu....shopping mall dah mcm KL...hehe...aku next mth terjah melaka...asyik ke melaka je la balik-balik...ermmmmm budget pun ok kan....

rynas said...

tak dpt Krabi Melaka pun jadilahkan. Bestnya bawa anak-anak jalan..

Anonymous said...

WAHHH besh nye..

sue, even seri costa x dak pool .. tp pool tuk org awam ado dokat je .. jalan kaki je beb .. ramai org mandi manda situ .. aku je x smpat g ..

wakakakak aku SOKONG , air yg tenang jgn di sangka x dak boye.. mmg ado beb .. aritu kiteorg g mmg ado nmpak , anak boye.. and sure ler ado mak bapak nye jgk kan kan ..

Mrs. Simplicity said...

aku dah agak mesti korg ke melaka ganti tak gi krabi tuh. alhamdulillah budak2 pun sihat kan? sorry ganggu ko masa atas bot. dah la tak de life jacket ye. hehehe... gmbr clear, seronok aku tgk. tunggu 2nd day lak.
round2 boat tu baru ade eh? mcm2 la pulak ada kat melaka skang ni kan?

suhida said...

jue:ha ah,terkejut gak masa mula2 sampai.hihi..pulak tu kitorg dtg masa tgh na perasmian pesta sungai melaka.lagila ramai org.
bed:ha ah,ok la gak ke melaka.na mkn pun tak ragu2 kan, banding gi krabi.hihi...takpe bed,balik2 ke melaka..kitorg pun mybe mcm na ke melaka lagi ni.tak puas.hihi..
rynas:huhu..sekali sekala cik abe dpt cuti.
zura:ha ah,masa naik menara taming sari aku nmpk pool tu.tp tak smpt na pergi, masa padat sgt.
huhu..terbyg2 aku ada boye dlm sungai tu.
alya:hmm..bot tu baru tak baru gak.dulu aku gi tahun 2004,sungai tu berlecak je.macam longkang je.bagus usaha kerajaan melaka buat mcm ni,baru ada attraction pelancong na ke melaka.huhu..takde life jaket tu yg seriau tu.aiyo..

Ibu Mifzal said...

wah..ko pun ke melaka gak ke? aku dah balikd ah time ko gi tu..kalau x leh jumpa2 kat sana..hehe

suhida said...

ainey:oh..cuti2 ke melaka ke.ada buat entry da ke.ke aku tak bc lagi?huhu....

fadhlina said...

ko suka tengok tarian portugis? comel kan? mcm aku mnari dulu2.kahhhh:p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...