Assalamualaikum...
Aktiviti hari kedua kitorang ialah bawak Razi dan Izzat ke Taman Buaya Melaka dan Zoo Melaka. Serius, aku pun tak pernah sampai ke dua-dua tempat tu. Hehe.. Razi lah yang paling excited sekali nak tengok buaya, zirafah, tiger dengan elephant. Kat hotel lagi dia dah sebut-sebut. Haruslah di bawak ye.
Masuk-masuk je entrance, ada seekor buaya mati yang dah diawet diorang pamerkan. Macam tak sesuai je letak kat situ. Besar betul buaya tu...dan busuk.
Masuk-masuk je entrance, ada seekor buaya mati yang dah diawet diorang pamerkan. Macam tak sesuai je letak kat situ. Besar betul buaya tu...dan busuk.
Ngeri tak?
Bergelimpangan buaya-buaya ni layan tidur tengahari. Aku rasa ada lebih dari 30 ekor buaya kat taman buaya ni. Agak-agak kalau pagar diorang ni roboh, diorang kejar makan orang tak? Ke lari masuk sungai? Hehehe...
Besar. Kalau diorang ni bergusti, best gak nak layan tengok ni. Huhu..
Lalat hurung pun wa rilek je. Apa ada hal?
Kena dukung abang Razi. Sebab pagar tinggi sangat.
Syok korang berendam tengahari buta ni kan.
Tengah ngintai buaya.
Buaya makan ayam.
Posing ala-ala model famili gitu. Huhu..Tengahari panas buta. Sabo je ler.
Layan cawan pusing-pusing ni dengan diorang. Pening kepala aku main pusing-pusing ni.
Tugu Negara pun ado kat taman buaya ni.
F1 Circuit.
KLCC. TGV ada tak kat dalam tu? Huhu..
Itu bangunan apa eh. Ada sesapa leh bagitahu? Lupa dah. Huhu...
Ular sawa baru lepas makan ayam. Tidur kekenyangan.
Lepas dah puas pusing-pusing dalam Taman Buaya, kitorang pergi Zoo Melaka pulak. Ramainya orang weh. Tiket masuk Zoo Melaka RM7 untuk orang dewasa. Untung bawak budak bawah 5 tahun masuk tempat-tempat camni. Free.. Hihi...
Masuk-masuk je sibuk nak cari binatang kesukaan dia. Zebralah, zirafahlah, tigerlah, elephantlah. Sekali dapat jumpa zebra, bukan main suka abang Razi. Izzat pun ikut excited sekali. Hehehe..
Zebra gemuk.
Oh ya, kitorang naik kuda. Kalau dewasa dengan kanak-kanak diorang caj RM4. Razi mula-mula cuak, tapi dia tengok aku nak bawak Izzat, dia pun sibuk nak naik. Bawak abang Razi naik kuda dulu ye.
Pastu Izzat pulak naik. Hihi..
Dapat jumpa zirafah, siap posing. Hehehe..
Penat weh round Zoo Melaka. On the way nak keluar, kitorang sempat tengok persembahan gajah. Lupa pulak nak ambik gambar gajah-gajah beraksi. Tapi, memang fun masa tengok aksi gajah-gajah tu. Bijak.
Lepas abis round Zoo Melaka, kitorang balik hotel. Malam keluar balik pergi Menara Taming Sari. Dekat je Menara dengan hotel Seri Costa. Kalau jalan kaki lebih kurang 5-10 minit. Tapi, daku tak larat jalan kaki. Huhuhu...Nak naik Menara Taming Sari, kena bayar RM20. Tapi kalau ada MYKad diorang bagi RM10 tak silap aku. Pastu menunggu ada dekat 20 minit? Huhu...Ke, lebih? Tak perasan. Tapi memang ramai orang ler.
Beratur.
Dapat naik, yeay. Sori tak de gambar masa kat atas ni. Gambar tak jadi. Yang bestnya menara taming sari ni naik atas menara pastu berpusing dapat tengok bandar Melaka. Macam ala-ala restoran terapung Menara KL tu. Cuma ni takde restoran dan tak boleh berjalan masa menara naik ke atas. Huhu...Seram jugak..gayat...
Pastu naik beca round-round bandar Melaka kejap. Tambang RM20. Sekali sekala eh bang...Hehehe..
Nanti sambung cerita dan gambar lagi ye. Dah pukul 3 pagi ni. Huhu...
~ s u h i d a ~
9 comments:
waaaaaaa bestnyer su g jln2,jeless k.da yg terperuk kat umah ni,huhuuu lambtnyer mr hubby blk outstn nk gak g jejalan,huwaaaaaa!comey tul budak2 tu mesti hepi sakan kn g jejalan ;-)
p/s heheee posing kat buaya awet tu mintak maaap ler kalu k.da nk dok posing kat situ,penakut glerzzzz tahap gaban ni ;-)
sue, ko senyum tu aku nmpak cm smp kat tinge heheheheheh ...aku paham ..
aku kalau g tmn boye tu rela g water park dia beb , cz time siang2 boye tu zzzzzzzz... ponat dok tilik, last2 g zoo lg besh , sib baik seberang jln je kan ..
korg x g main go cart ke? anak2 ko sure suke , ado motor yg just tekan gune kaki , pehtu jln sdiri (bateri).. akil suke ler main situ , berjam2 layan dia sorg ..
sakan jalan2 ke melaka ekk..?? selalu bercoti memang sonok dan happy.. itu yg senyum sampai ke tinge tue... hehehe
menarek sungguh tmpt2 yg sue gi...cuaca pun cantek...puas dpt berjalan...
besnyer sue g jalan2...
kak da:haruslah suka gi jalan2.jarang dpt jln2 sefamili je.jalan2 pun jarang2.kekek..duduk sebelah buaya tu,huhu..menyesal gak.sebab buaya tu busuk.kuikui..
zura:maunya tak senyum smpi ke telinga.faham2 je la ye.kekek..ada gak abg cha ajak main go kart,tp masa mcm suntuk.kat zoo pun lama kitorg lepak.byk lagi tmpt tak pergi.next time la kot.insya allah.
jue:sakan jue.huhu...mmg ketara ke senyum smpi ke telinga?hik3...
nome:panas kat melaka tak ingat.alhamdulillah kitorg tak demam.uhuh..
azura:hihi...best2..da mcm budak2 jadinya dapat pergi jalan2.keke..
ko putih, pakai kaler oren, menyerlah gitu. sesuai kaler2 terang dgn ko ni. ko 2 kali naik kuda ye. nape abg cha ko tak mau naik? heheh...
beca tu korg naik ber4 dia kayuh pakai basikal biasa ke? larat ke pakci tu ngayuh weh?
nmpk anak2 ko happy sgt kan?
alya:huhu..ntah,makin meningkat umur ni tiba2 terminat kaler terang2.kahh.....
hoh,abg cha mana adventure2 ni dia tak minat.kekek...
kah....abg beca yg bwk kitorg tu gagah perkasa la alya.7 tahun bwk beca tu...
huhu..ha ah,muka aku pun hepi gak kan?ngeeee!~
aku belum smpai zoo melaka...ari tu masuk animal world sebelah theme park je...menarik gak naik menara taming sari tu....paling best poney ride....hehe tak takut pun ank2 ko su....oren mmg menyerlah su...aku suka
Post a Comment