Assalamualaikum...
Hari ni aktiviti aku padat walaupun duduk kat rumah je. Huhu.. Pagi-pagi masak mee goreng simple. Buat bekal untuk Razi dan Izzat. Sambil-sambil tu, lepas buat apa-apa yang patut, mengarang la kejap hantaran. Dekat tengahari, Nina datang lagi, bawak duit mas kahwin dan hand bag. Coach lagi tu. Berkenan pulak aku tengok handbag tu, simple je dan nice. Nanti dah siap hantaran, bolehlah tengok rupa handbag Coach tu macammana. Tapi, handbag mahal, aku tak pandai nak pakai. Kalau aku pakai, mesti nampak macam biasa je. Hehehe..
Petang sikit, adik sepupu aku Fuzah datang ke rumah nak beraya dan bagi kad jemputan kahwin dia. Kenduri bulan 12 ni kat Alor Setar. Syok, dapatlah berjalan-jalan lagi ke Padang Besar. Dapatlah pergi makan mee tomyam kat tepi jalan tu. Insya Allah.. dan jugak shopping sakan kat Padang Besar. Kalau dah dapat kerja, bolehlah shopping. Kalau tak dapat kerja, sila perhati je ye Puan Suhida. :P
Mmmm...So, Fuzah tadi bawak sekali kad jemputan kahwin. Sangatlah unexpected dan tak pernah terfikir pun. Dia buat dalam bentuk.....
.
.
CEK! Kekeke..Sangatlah jimat dan orang akan simpan kot cek ni. Buat kenangan. Siap dengan cover macam betul-betul buku cek haaa... Siap ada yang kat tepi tu yang tak tahan tu. :P
Peta ada kat bahagian belakang cek ni. Amacam? Ada berani nak buat kad kahwin bentuk macam ni. Kosnya pun agak murah jugaklah. Aku tak ingat tadi dia sebut berapa. Insya Allah, kalau takde apa-apa yang menghalang, sampai lah kitorang kat Alor Setar ye Fuzah.
* Nanti dia kahwin, tema warna baju untuk ahli keluarga dan sedara mara ialah warna kuning diraja. Dia dah bagitahu awal-awal. Ok jugak, bolehlah prepare apa2 yang patut. Satu-satunya baju kurung aku yang warna kuning, dah lama tak boleh pakai dah. Dah tak muat. Huhuhu... Untuk pengantin pulak, nanti diorang akan pakai baju warna merah. Kontra kan? Hehehe...Memang adik sepupu aku yang seorang ni, yang pelik-pelik je. Tapi yang pelik tu lah yang buat kita selalu teringat. :)
~ s u h i d a ~


8 comments:
wahhhh gitu! sgt teruja aku membelek nye....mmg creative! wei meh la share jantaran yg dah siap....
skang pattern mcm nie ekk.. senang jerr... lain dari yang lain.. hari tue member kawin pun buat mcm nie gaksss...
bed:hihi..itu ler.. aku tengok mula2 pun trkejut.jimat kos. :) hantaran?nanti dulu....hehe..
jue:ha ah jue.klu na jimatkan kos,ni slh satu cara yg kreatif ler.takdelah boring je bagi sekeping kertas biasa kan?
bagusla, cousin ko sue..uniq...
huhu.. klu kawin, nk tempah gak la
elin:hehe...jimat kos katanya.
mai:boleh mai,murah dan efisien. :)
lol...simple nye kad kawin kak fuzah..
ble kendurinya???
buat tema utk sedara kuning diraja..
mmg bgus..
wah.. sgt creatif.. mesti org yg dapat tu ingat dapat cek...
Post a Comment