Sunday, September 05, 2010

:: Jalan-jalan Uptown Danau Kota ::

Assalamualaikum....
Malam Sabtu yang lepas, kitorang jalan-jalan malam-malam ke uptown Danau Kota. Huhu...Dah nama pun uptown, malam ler kan... ;P  Abang Cha MC sebenarnya hari tu, takde suara dan sakit perut.. Tapi, aku ni nak jugak ajak dia pergi jalan-jalan, nak sopping konon-kononya. Kejam betul. Huhuhu....Tenkiu ye abang.
Layan gambar je lah ye. Layannn...Zassss...
Razi kalau sebut uptown, mesti dia ingat ada arnab. Yang kelakarnya dia sebut uptown pelat, dah macam bunyi AHTONG dah. Hehehe... Ingatkan kat Danau Kota takde arnab, tapi adalah pulak. So, wajiblah singgah kan. Bukan main suka lagi Razi dan Izzat dapat tengok arnab. Razi siap request nak pegang arnab. Tapi, aku tak berani nak angkat. Karang melompat, tak ke naya... Comel-comel arnabnya.
Masa kitorang nak berjalan pergi tempat lain, nampak ada seorang budak perempuan ni pegang binatang. Aku tak tahu tu binatang apa..hehehe...Sempit betul ilmu pengetahuan pasal binatang. Tupai terbang rupanya. Jinak pulak tu. Duk geliat geliut dia melingkar kat tangan awek ni.
Razi dapat jugak peluang nak pegang tupai terbang ni. Suka ye. Kejap je, pastu dia start geli binatang tu duk merayap-rayap kat tangan dia. Kekeke... Comel kan tupai terbang. Nasib kau tak terbang, tupai. Kalau kau terbang, mahu aku melompat terkejut. Huhu...
Izzat pun nak pegang jugak. Tapi izzat pegang ekor tupai tu. Kesian tupai, sakit ekor kena tarik tau.
Jalan punya jalan, terjumpa kedai jual songkok. Tak plan pun nak beli, tapi tengok harga songkok budak RM10.. Beli je ler.. Songkok Razi yang tahun lepas punya dah tak muat. Izzat pun tak muat.
Mana taknya, saiz kepala Izzat sama dengan saiz kepala Razi. Huhuhu....Ukur lilit kepala diorang 19 inci 3/4. Tahun ni Izzat ada songkok raya, yeay!!!! Sepanjang-panjang kitorang kat uptown tu, memang songkok kat atas kepal je ler. Sampai berpeluh-peluh kepala Izzat. Pastu kitorang sempat lagi beli sehelai tshirt untuk Razi dan Izzat. Aku pulak sempat beli cardigan hitam. Hehehe.. Nak jugak tu shopping. Huhu.. Aku rasa kalau aku jalan sorang je ni, mahu keluar dengan dua tiga beg plastik. Kekeke... Ingat...takde kerja sekarang ni. Sila jimat cermat ye. ;P
Dah penat pusing-pusing, masa kitorang berjalan nak balik ke kereta, terserempak dengan penyanyi kurang upaya. Gigih diorang cari rezeki di malam orang belanjakan duit untuk bershopping. Huhu...

~ s u h i d a ~

4 comments:

EazyIzzy said...

pergh,sugar glider tu..
mahal nk mampos binatang tu..
utk pengetahuan kak ida, sugar glider = tupai terbang..
binatang tu femes skrg..

Jue @ atanayuiman said...

sempat lagi terjah uptown tue..

kak su, tryla terjah jalan TAR malam raya nnt.. tapi, takyah bawa dak tecit 2org tuee.. best gaks.. dorang lelong barang..

nome said...

meriah org bersopping kat danau kota...best tol...jinak sgt la tupai tuh..kalau aku pegang, sure tangkap jerit...ekeke...

suhida said...

hani:mahal ek.klu nak bela pun mcm takut gak.takut terlepas..klu mahal, menangis tu klu hilang.huuh...
jue:ha ah,klu dah last2 tu mmg ler dorg lelong je. pernah beli blaus harga rm20 je. best kan?kekek..
nome:huhu..tu ler..ramai gila org.brg2 dorg jual pun pelbagai.tu yg rembat je sehelai baju tu.huhu...geram je tgk kasut2 jual kat uptown tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...