Assalamualaikum...
Mata tak mengantuk lagi. Tadi baru lepas siapkan hantaran telekung. Pening jugak nak menggubahnya. Maklumlah.. tangan tak kreatif. Sempat jugak aku google nak tengok mana-mana gubahan lipatan telekung yang boleh dibuat contoh. Hampeh, semua aku tak reti nak ikut. Last-last aku buat ikut suka aku. Asal nampak cantik kat mata aku, bolehlaaa...
Ni pemandangan petang tadi. Acara warming up buat hantaran. Kasi selongkar dulu barang-barang terpakai dan barang-barang yang empunya badan nak kahwin Sabtu ni. Gila kan..Sabtu ni nak kahwin, aku baru buat dua hantaran. Rilek ler..hantarannya lima dulang je. Ewah..jangan riak..jangan riak.. Sebenarnya kerja aku takdelah berat sangat. Sebab Nina, bakal pengantin ni nak recycle balik bekas-bekas hantaran ahli keluarga dia. Bunga pun ada yang dah siap gubah. So, kerja aku cumalah nak menrecycle balik semua hantaran tu. Siang tadi sempat buat hantaran perfume dan malam tadi sempat buat hantaran telekung. Hari ni Razi dan Izzat behave. Alhamdulillah. Hari ni, lepas balik dari rumah opah diorang terus tidur. Adalah dekat pukul 10 malam tadi diorang dah selamat dibuai mimpi. Tidur pun takdelah asyik 15 minit sekali bangun.. Malam ni tidur dengan lenanya.. Senang hati mak. Boleh lah mak update blog kejap ye. :P
Mmmm.. So, sekarang ni harap-harap dapatlah aku siapkan 5 dulang tu sebelum hari Jumaat ni. Insya Allah boleh siapkan, kan? Esok pagi-pagi, Nina nak datang hantar beg tangan, duit hantaran dan frame. Risau jugak, takut dia kondem hantaran aku buat. Huhu... Tapi, takpe..aku sedia menerima komen-komen dan cadangan-cadangan. Ewah..
Nak cerita sikit pasal Razi dan Izzat. Sekarang ni hari-hari diorang mintak tengok CD Toy Story. Boring tengok Toy Story 1, tengok pulak Toy Story 2.. Dah boring Toy Story 2, bukak pulak Toy Story 3. Sampai dah boleh hafal lah dialog diorang. Sekarang ni nak tahu siapa yang obses dengan Toy Story??? Oh silap...bukan Razi. Tapi si kenit tu ha...Izzat tu.. Suka betul dia dengan Toy Story sampai digigit-gigitlah CD tu. Dia pun dah pandai dah tekan tutup DVD player aku tu. Dah tahu mana nak tekan eject button.
Ini pulak kes tak puas tengokTV.. Ha... Duduk dekat-dekat dengan TV tu. Aku tegur, kejap je diorang ke belakang. Tak sampai 5 minit, pergi balik ke depan TV. Aduhai... Punyalah pagi, petang, siang, malam asyik duduk layan Toy Story je, sampai....huhu..sampai...habis DVD Player aku rosakkkkk... Huhu.. Dahlah itu jelah kenangan barang yang aku beli dengan bonus terakhir yang pernah aku dapat, laaaammmmaaa dah..tahun 2006. Huhuhu... Bayangkan, sudah berapa lama aku tak pernah dapat bonus. Hangin, hangin.
~ s u h i d a ~



7 comments:
lambat ko tido su....buat hantaran lagi? bagusla boleh tambah pendapatan ko kan disamping isi masa lapang & upskill ko...aku tau kau kreatif!
aku pun sama kalau nak buat hantaran mesti check bahan dulu...apa yg boleh recycle...bila dah check senang nak decide apa nak tambah kan....
best nye hero 2 org tu layan toy story...shasha pun sama sekejap je dia jauhkan diri dari kaca TV..kalau boleh nak masuk dlm TV tu...
wah kelas pandai wat hantaran. kalau akak ler kan wpun recycle tapi hampeh mesti tak lawo punya...hehhehe. selamat menggubah hantaran yer..nnati tunjuk dh siap yer..
selamat hari raya maaf zahir batin yor..
bed:isi masa lapang kot bed.klu tak,nanti ngadap internet je.kahhh....
itu ler..jenuh ler duk suruh ke belakang sikit.sekejap je dorg ke belakang.tak lama pastu ke depan balik.sabo je ler.
rynas:kak..selamat hari raya jugak. :) sy ni ada problem sikit, lepas dah siap buat hantaran, selalu lupa nak tepek kat blog.huhu..hrp2 kali ni,dptlah saya tepek.
slow2 wat ye sue...nanti lama2 siap la hantaran ko tuh...sure cantek nih...sbb ko ni kreatip orgnyer...
anak2 ko peminat toy story yer...sama je peel dgn leesya..suka sgt hadap tv dekat2...puas dah aku bebel, plan nak lekat tv tu kat dinding...baru puas hati..kalau tak, ari2 nak cium tv
nome:dorg ni ikut musim.tp klu dorg suka satu benda tu.dorg stick agak lama jugaklah.cuma lately ni aku risau sikit,razi dah start suka tgk kartun dora.Dora weh.huhu..
rajin ko gubah hantaran...apa plak tgn x kreatif..kreatif la tuh..
tertngok gmbr last 1 almari penuh nga piala n pingat..bagus anak2 hang..x usik..kalau mifzal.. dah berterabur dia balik sana sin..hehe
ainey:huhu...psl dorg tak usik tu..klu razi,mmg dia tak usik. tp izzat ada gak dua tiga kali aku haip kalau ternampak dia macam nak usik2 piala2 tu.keke..klu tak haip, mmg selamatlah... :)
Post a Comment