Assalamualaikum...
Hari ni aku EL sebab Izzat demam. Berjangkit dari ayah dia, yang sebenarnya berjangkit dari aku. Huhuhu... Sabo je ler. Izzat terjangkit demam maybe gara-gara disebabkan berebut tempat tidur dengan ayah dia la kot malam semalam. Hehehe... Mana taknya ayah tidur kat tilam Izzat ye. Aku tengok malam tu sedap je Izzat tidur berpeluk dengan ayah yang tengah demam. Abang Cha demam teruk, sampai terbaring tak boleh bangun langsung. Huhu...Suhu badan abang Cha 57.8C. Terkejut aku masa doktor cakap suhu dia tinggi macam tu. Sori ye bang, demam kite terjangkit pulak ke abang. Huhu...
Yang Izzat pulak malam semalam dah nampak bayang-bayang macam nak demam, tapi tidurnya elok, tak terbangun-bangun pun. Bangun pagi, bila aku rasa badan dia, boleh tahan panas jugak. Memang terasa macam nak kena EL ni, tengok ayah dia pun tak larat semacam. Memang Izzat tak larat pun siang semalam, melepek je. Huhu.. Alhamdulillah, merengek meragam dia tak teruk sangat. Nak jugak makan nasi dengan sup dua tiga suap.
Razi aku hantar jugak ke taska, walaupun dia tak nak pergi sebab Izzat tak pergi sekolah. Ada cerita kelakar sebenarnya kejadian masa ambik Razi balik dari taska. Disebabkan hari ni hari Isnin, hari mengepos baju. So, aku ingat takpelah boleh bawak Razi seorang pergi pejabat pos. Alkisah, sampai-sampai kat taska, aku suruh dia buang air dulu sebab Razi dah tak pakai pampers lagi dah. Cuma kalau nak berjalan jauh dan time tidur je baru pakai pampers. Agak-agak dah dua bulan kot tak pakai pampers. Masa pergi pejabat pos ok lagi, tak nampak macam gaya-gaya nak kencing ke apa. So aku rasa macam ok lah nak bawak pergi Giant jap. Razi macam biasa dengan mulut becoknya bercakap tak henti-henti sambil duk kendong plastik cheese. Seronok aku belikan dia cheese, dia suka makan cheese. Masa aku tengah memilih-milih spageti, aku tengok Razi dah start bergoyang kiri kanan, kiri kanan. Dalam hati janganlah dia mintak nak kencing. Elok terfikir macam tu, Razi cakap "Mak, abang nak kincing..." Aduyai, terus aku campak spageti, campak cheese dia tu dalam bakul. "Jom, kita lari pergi tandas."
Hehehe.. Terpinga-pinga Razi, muka tak boleh blah. Ikut la aku berlari. Lari orang besar dengan budak kecik mana sama, terus aku dukung dia. Main langgar je orang. Aku terlanggar budak kaunter Giant, dengar dia cakap adui. Yela, ko menghalang laluan pun. Aku pandang jugak cakap sori. Tengok muka dia dari berkerut, terus berubah tersenyum... Hihi... Punya lah jauh toilet tu. Kalau orang biasa dengan Giant Taman Permata, toilet Giant kat food court kat hujung dunia nun. Dengan perut lagi, dengan berdukung Razi lagi. Sampai RHB aku serender, suruh dia jalan sendiri. Berlari-larilah kitorang ni pergi toilet.
Alhamdulillah sempat jugak sampai toilet. Kekeke...Punya lah aku tanak dia terkencing dalam Giant. Alih-alih masa dalam bilik air tu aku terjatuhkan spender dia, pastu masa nak angkat spender dia yang dah basah tu, aku terjirus belakang badan dia dengan air paip. Habis basah baju dia. Alkisah....sori ye Razi. Dia membebel-bebel marah kat aku sebab buat baju dia basah. Hehe... Takpelah Razi, kenangan manis mak dengan Razi. :)
6 comments:
Terkejut aku kau update hari kerja hehhehe.. Rupa2nya cuti.. Aku rasa ramai orang online rindu kau Suhida hehe..
hahahak..comel nye razi dan mak razi.. *sambil bayang mak boyot berlari2..kehkehkeh :p
aduyai .. xleh bygkan cmner kodgn perut cmtuh berlari2 beb ..
sib baik x jatuh ..
dak2 baru x pakai pempers ni , kdng2 setiap jam kene bwk ke tandas.. kalau kite tny , sure dia ckp x nak kencing lg..
cm akil ler.. kang kalau kite dok syok2 soping ke tgh beli brg ker.. tetiba dia ckp nak kencing, huhuhu haru
pizli:huhu...ye ke.. :)
ina:huhu..sabo je ler.
zura:pelik razi tu.kat rumah pandai lak dia bajet 3 jam baru nak ke toilet.maybe duk dlm giant tu sejuk kot. :)
x ler terbayangkan muka razi yang comel tu dan muka kak ida masa tu. Mesti cute kan korang berdua?
huhu..ain, bukan cute lagi..cuak dan penat.macammana la klu dia betul2 terkencing dlm giant? haruuuuu...
Post a Comment