Assalamualaikum...
Ahmad Farhan dah dua bulan dan abang dah cukur rambut Farhan masa 15 Julai hari tu. Dekat 2 jam abang cukur rambut bam bam Farhan. Razi Izzat dulu pun abang yang cukur, aku tak pandai nak cukur kepala baby. Takut tertoreh. Huhu...
Lena Ahmad Farhan tidur lepas kepala dah dibotakkan. Sekarang ni Farhan menyusu tak kerap, tidur je banyak. Ada sekali tu aku tertidur dari pukul 11 malam, tersedar bila dia mintak susu, masa tu dah pukul 5.45 pagi! Huhu.. terkejut aku, dahlah rabun. Dalam gelap-gelap dengan tengah mamai-mamai tu, berkelip-kelip mata aku tengok jam. Takut tersalah tengok jam. Huhu..
Sekarang bermula kembali aktiviti mengpum susu ye. Ini gambar stok EBM untuk Farhan. Alhamdulillah... Gambar ni diambil masa nak menyusun balik susu dalam freezer. Dah penuh sangat freezer. Susun balik yang lama-lama letak kat depan yang senang nak capai. Yang baru-baru letak belah dalam. Mana tak banyak macam tu, aku simpan susu 3-4oz je dalam satu plastik. Huhu... first day balik dari hospital, aku dah start pum. Sebab Farhan jaundice. Dia tak kerap menyusu. Tu yang pum je sokmo. Lagipun kali ni berazam nak menyusukan anak susu badan sepenuhnya sampai 2 tahun. Susah macam mana pun nak pum masa kerja, aku akan usahakan. Masa Izzat dulu aku give up pum kat opis sebab budak-budak opis lama aku kuat mengusik masa aku tengah pum. Tension ler, nak pum susu pun kena concerntrate gak. Hihi....
Aktiviti mengpum harian aku bermula dengan dari pukul 6 pagi. Bagi yang fresh punya kat taska pagi-pagi tu. Tengahari pum sekali kat surau awam. Huhu.. Ada la seorang je kakak yang tegur aku masa tengah pum masa kat surau. Ok jugak takde orang nak tegur, segan jugak pum susu kat surau awam. Ada jugak aku try pum kat opis, tapi masa lunch lah. Itu pun tak selesa jugak sebab pum kat workstation je. Tertoleh toleh kat pintu, takut ada orang lelaki masuk tiba-tiba. Takpun tiba-tiba bos sergah ke. Huhu.. Hari tu ada sekali, tengah-tengah pum, member budak lelaki tak pergi lunch, dah terbantut susu aku. Huhu... Sekarang ni pum pakai avent manual, penyelamat aku. Sebab spectra aku entah mana-mana aku letak. Bersepah-sepah. Dah jumpa mesin, corongnya pulak tak jumpa. Yelah, kan pindah rumah hari tu.. Ewah, alasan... Hihi...So sekarang ni tiap-tiap hari pagi pagi dengan mata tak boleh bukak, pum ler susu secara manual. Kat surau pum ler sampai lenguh tangan. Yelah pum susu stok dari pukul 7 pagi sampai pukul 1 tengahari baru nak pum. Dah tentu-tentu lama nak pumnya. Huhu.... Ini ler cabaran orang nak menyusu anak susu badan ye. Ingat senang ke. Orang yang gigih je sanggup tau. Huhu...
~ s u h i d a ~

8 comments:
chayok2 beb , aku tau ko bley ...
aku time akil pun gune pum manual jgk , lepak selumber je pum dlm tandas, but tandas tu b4 aku lepak ..cleaner2 dh tau , diorg akan bersihkan selicin2 nye... pehtu siap kunci, aku je leh masuk... mmg time pum kene relax .. kalau kt surau ke, aku no hal ler.. cz sume pempuan ..
kt tmpt duduk compom x leh ler..wakakakak haru plak kang
Banyaknya susu kau.. Sebulan tahan tu.. baguslah!!
beshnyer EBM tuk farhan meriah....arfa xnk frozen EBM, aku try bg smlm...camner nih nk anto taska...huhu
gud job suhida, awk mesti boleh punyer, pedulikan org2 yg ade, zura dulu pun pam kat cubicle jer mls nak jln jauh2 go2 chaiyok!
sue, anak kamo si farhan ni sgt comel...cute je dia tdo camtu...dah selamat botak da...
kagom aku dgn susu yg ko pum ni...byk giler tuh..alhamdulillah murah rezeki tuk farhan...
lama tak tgk anak2 ko ni su. kasik update selalu ye. cmne anak dah 3? mcm dah senang je tu. betul kata ko, yg gigih je sanggup nak fully bf. aku ni tak segigih korang. huhu..
caiyokk2!.. insyallah berjaya nnt.. :-)
zura:insya allah, ada gak aku pum kat tmpt duduk,tp memang saspen ar memanjang.hahaha...
pizli:tak banyak pun tu klu ikutkan. tp alhamdulillah..insya allah boleh full bf.azam ni. :)
elin: Ngee!~ :)
azura:insya allah.hrp2 bekalan susu cukup smpi farhan 2 tahun.
nome:ye ke..ngee...alhamdulillah.hensem ckit ar dari abang2 dia.hehehe...alhamdulillah,rezeki farhan.
alya:insya allah..aku cuba ni alya...anak dah 3 camne ye?mm..camtu laaaaaa....huuuuuuuuuuuu..
jue: :) tq2.
Post a Comment