Malam tadi aku demam kejap. Tiba-tiba je takde angin takde ribut, lepas pukul 12 lebih, rasa hidung aku macam tersumbat. Sok sek sok sek. Bila naik nak tidur kat bilik, kompem aku demam, sebab rasa lemah lutut. Demam rindu kat Razi kot. Dah tiga hari dah Razi takde kat rumah. Huhu...Taska Razi cuti seminggu sempena cuti sekolah ni. Jadi, sekarang ni dia kat rumah mak mertua aku. Nenek dia nak jaga. Rindunya lah. Semalam cakap video call dengan dia pun rasa tak puas. Malam ni Insya allah dia balik kot, ayah dia gi ambik pas abis kerja. Pasni, hari-hari tengok Madagascar lagi lah nampaknya...
Izzat pulak aku hantarkan ke Cheras, rumah bekas cikgu taska diorang. Semalam hantar Izzat pagi-pagi kul 8 pagi. Alhamdulillah tak berapa jem sangat MRR2 tu. Agaknya sebab cuti sekolah kot. Liza suruh kitorang tunggu kat Esso je depan Econsave Pandan Perdana tu. Kitorang keluar rumah kul 8, aku pun bajet maybe sampai pun dalam pukul 8.30-8.40. Tapi, sebab tak jem, dalam pukul 8.20 dah sampai ke sana. Aku tipon Liza, dia cakap "Sat no kak Su, Liza nak keluar dah ni. Tapi laki Liza tiba-tiba nak memerut pulak" Huhu... Sabar je la...So, kitorang posing la dulu.
Balik masa nak gi ambik Izzat kat rumah Liza, tak susah sangat. Oklah, cuma jalan dalam dia agak mencabar jugak ar. Tengok Izzat hepi je. Masa amek tu pun, tengok Izzat tak berpeluh2, baru pas mandi kot. Aku suka kalau Liza dan Yanie ni jaga, sebab macam mak-mak yang jaga. Bersih dan selamat. Setakat ni lah, Alhamdulillah. Tapi, jauh benar rumahnya, kat Cheras Baru nun. Kalau sekali-sekala tak pe lah, contohnya macam kalau taska Razi cuti seminggu ke, leh la aku hantar ke diorang. Liza cakap semalam, "Panggil mak long ngn mak cu ye..Kat sini tak de cikgu-cikgu dah".....Alahai...Kalau aku hantar Razi ke sini mesti diorang suka, sebab Liza jaga Razi dari start aku abis pantang, Razi baru 3 bulan. Sampailah ke setahun lebih gak lah umur Razi. Nanti lain kali lah aku hantar Razi ke diorang. Insya Allah.
~ s u h i d a ~
3 comments:
ish, jeles tgk anak2 korang bole pelepas kat nenek diorg. tak berani nak bg nia tinggal dgn opah or tok diorg sebab, tgk muka je pun da menangis macam kena dera.
p/s : taska tmpt razzi dgn izzat pun ade cuti gak ek? mujur taska nia tak de cuti gitu. kalo tak, parah nak pk nak letak nia ktne. kena bawak datan ofis nampak gayanya. huhu...
comei izzat...
gambar posing kat stering tu pandai ye toleh tengok kamera pastu senyum..
kena bayar ke hantar izzat kat diorang tu masa cuti sekolah ni?
alya : a ah,taska dorg aada cuti.aku klu tak ngenangkan taska tu ok,mau aku cr tmpt lain.na wat cane.setahun dorg cuti 16 hari tau.huhu...
strawberi:byr..tp dorg ckp ikut suka hati ar na byr berapa...
Post a Comment