Tuesday, November 24, 2009

:: Jogging ::

Assalamualaikum...
Lately aku kerap ternampak orang berjoging. Tau tak kat area Taman Permata, Wangsa Melawati ni ramai kaki jogging. Huhu..Sama ada pagi sebelum aku pergi kerja ke ataupun petang masa balik nak ambik anak-anak dari taska.
Antara kategori orang-orang berjoging yang aku duk perhatikan, orang joging pun aku sibuk nak perhati..huhuhu.. orang lelaki berjoging sorang-sorang tak kisahlah pakcik ke ataupun budak muda. Kategori ni ramai, banyak la aku tengok diorang rajin berjoging. Bestnya lah...Orang lelaki joging sorang-sorang ok lah kot. Berani...huhu..
Kategori lain ialah suami isteri. Aku selalu nampak dua couple..pakcik makcik. Satu couple ni, sangat la supprotive masing-masing. Suami isteri ni baya-baya mak abah kot. Tiap-tiap pagi wajib terserempak dengan diorang ni kalau hantar Razi dan Izzat ke taska. Tak berlari pun, tapi berjalan ler. Pusing setengah kawasan tu gak lah aku rasa. Dua tiga kali lak tu. Sambil jalan sambil berborak. Bagus gak aktiviti sihat buat bersama-sama..Respect la gak..hehe..Couple yang lagi satu tu, aku jarang nampak. Agaknya pukul 9 tu dah balik rumah kot. Huhu...
Pastu yang selalu aku terjumpa gak, makcik tiga orang ni. Siap complete pakaian berjoging masing-masing...pakai kasut sukan... Berjalan sambil bercerita, happy je aku tengok. Yelah, joging dengan rakan-rakan sebaya seronok gak...boleh bergosip sekali, kan....Tapi...aku tengok kat tangan masing-masing wajib ada sorang satu pegang plastik makanan..hehehe..Asal aku nampak je mesti tengah lalu kat kedai-kedai makan kat AU5 tu..Jogging cane tu, pastu makan nasi lemak eh..Hehe..takpelah makcik, berjalan gak tu dari aku ni kannnnn...kekeke..
* Err.. aku bukan nak bagi alasan kenapa aku tak berjoging...Aku takde kasut sukanlah. Takkan nak pakai selipar ala-ala makcik aku tu bawak berjoging..kuikuikui...alasan je tu..

~ s u h i d a ~

5 comments:

Mrs. Simplicity said...

ape jenis tu jogging smbil pegang makanan kat sebelah tangan? hahaha... cmne nak pecah lemak tu. hehe..

eceh, kasut sukan banyak dijual su. :D

dulu salah satu cara dating aku dgn wan, mmg bejogging la kat tasik upm. then da kawen, pregnant lak. kena hold jap. nia da kua, lepas pantang ceaser lak. lepas dia 6 bulan aku jogging balik. jalan la. lepas tu lekat pulak. huhu... mmg bersih la kasut sukan aku tuh.

Jue @ atanayuiman said...

memang tul laa.. time bercinta org suka pie joging.. pas kawin..? xdo daa.... hehehe...

mamashasha said...

su...ko bile pulak nk jogging tu?

suhida said...

alya:tu namanye sambil menyelam minum air..hehe..
a ah,kasut joging ada je jual..tp mata duk tgk kasut lain je.kekeke..
jue:betulla jue..skg joging atas katil je..keke..
bed:er....jom bed kite joging..huhu..

miemiey said...

best gak berjoging ni...riadah penting dlm kesihatan..tingin nk berjoget tapi tu laa hari mgu asyik buat tahik mata je...huhuh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...