Assalamualaikum...
20 Mac 2011 yang lepas Razi menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 4. Sebulan sebelum tu dah kecoh dah mintak kek spongebob. Sabo je ler....
Layan gambar ye, ni sambutan hari jadi Razi kat taska diorang.
Kali ni bagi buku sebagai ganti goodies bag. Jimat sikit, lagipun buku bolehlah diorang belajar, kan? ;) Razi mintak buat rambut pacak, untuk dia pun aku balutkan jugak buku macam hadiah. Huhu... Bangun pagi tu hepi je tengok aku tengah bungkus-bungkus buku untuk kawan-kawan dia.
Untuk tak menghampakan permintaan anak, aku order kek spongebob seketul ni haaa....Ini ler kek spongebob saiz sebenar Ina. Hihi.... Kek marble coklat dan vanila ni sedap weh. Aku order dengan Kak Ram cakes. Sebiji kek ni RM65 je. Caj penghantaran RM10. Aku order kek marble sebab cikgu Ana dah pesan awal-awal dah, kalau nak bawak kek, jangan bawak kek coklat. Sebab budak-budak lepas makan coklat je, terus hyper aktif jadinya. Hihihi... Kek marble ni ok kot, lagipun ringan, senang budak nak makan.
Aktiviti sambutan hari jadi diorang buat kat halaman kawasan taska. Kebetulan ada lagi sorang kawan Razi sambut hari jadi gak. Buat serentak. Razi cakap kek Zarif tak cantik. Huhuhu....
Baby pun angkut duduk kat luar. Huhu...
Izzat tumpang join sekali.
Antara kawan-kawan Razi. Yang pakai tudung biru tulah Anis, makwe Razi. :) hihi..
Ada acara main kerusi muzik.
Beriya-iya Razi.. :) Cuba tengok Izzat kat hujung tu. huhuhu...
Acara pemberian hadiah.
Antara kawan-kawan Razi. Bagus gak diorang buat macam ala-ala acara pemberian hadiah. Nak built self esteem diorang. Takdelah pemalu sangat. Huhu....
Dani, best friend Razi.. Huhu...
Semoga menjadi anak yang soleh, baik, lembut hati, penyayang, bijak dan sentiasa menyejukkan hati mak ye. Sayang abang Razi.
* Dia dah mintak dah kek untuk harijadi dia 5 tahun nanti daaaa.... Tepuk dahi aku.
~ s u h i d a ~











6 comments:
happy belated birthday abg razi..:)
cantik kek spongebob...RM65 xde mahal sgt...just nice..
Hahaha cantik betul kek tu, and yes 65 ringgit berpatutan..
Epi belated besday razi, semoga menjadi anak yg soleh, pintar, hensem dan bertggjwb. Kek sgt cantek dan nampak sedap. Ramai tol kwn2 razi.
kak na:huhu..ok regenye kan. rasanye pun ok. :) tak menghampakan...
pizli: sebb dorg delivery sekali, caj rm10 je. mmg syok ler..takyah susah2.alhamdulillah rasanye sedap. leh la kot order kek ultraman utk umar. hihi..
nome : time kasih nome :) insya allah..doa2kan eh.
oh itu ke awek razi. comel! :)
alya: a ah, awek no 1. anis ni dah pindah sekolah. sekali sekala je dtg. skg awek terbaru razi hasya. tp masa besday razi tak dtg. caya tak razi? hihih.. sabo je ler..
Post a Comment