Assalamualaikum....
Razi memang dari kecik lagi ada masalah sembelit. Sembelit kadang-kadang berhari-hari sampai 4 hari pun ada. Masuk hari ke-4 tu, memang nampak dia merana jugak lah kalau sakit perut. Macam baru-baru ni, sembelit 4 hari. Dah bagi makan oren, makan pisang, minum air kosong banyak.. Tapi still tak jalan jugak. Tak membuang dari hari Jumaat sampailah ke hari Isnin. Susah jugak bila dia sembelit ni. Bila bawak ke bilik air, dah duduk mencangkung pun tak keluar-keluar jugak. Hari Sabtu & Ahad tu terpaksa aku pakaikan dia pampers sebab kadang-kadang datang bila dia nak memerut tu, takde lah kena seluar, takut tembus ke lantai.
Masa nak balik ambik diorang dari taska, aku tanya pada cikgu Ana.. Razi ada berak ke hari ni? Razi tak berak lagi, duk mengerut dahi, menggaru-garu kepala sebab nak memerut, kata cikgu Ana. Huhu... Aku mengadu kat cikgu Ana kalau macam tu, masuk hari ni dah 4 hari Razi tak berak-berak. Memang kesian... Sengsara weh. Masuk 4 hari lagilah susah nak membuang, najis dah jadi keras.
Kak Ana pinjamkan aku MINYAK BUT-BUT dari HPA ni. Dia bagitahu, ada mak budak lain baru-baru ni pun anak dia sembelit. Dah 3 hari tak boleh berak, kak Ana suruh sapu minyak but-but tu, tak sampai sejam budak tu dapat membuang. Boleh jugak cuba..manalah tahu dapat membantu Razi membuang.
Ini lah minyak but-but dari HPA.
Balik tu, aku sapu minyak but-but kat perut Razi sambil baca doa. Kelakar..sekarang ni, kalau sakit je..mintak aku bacakan doa bagi hilang sakit dia. Huhu... Dalam setengah jam sebelum tu takde kesan pun. Sekali dah nak masuk sejam aku sapu minyak tu, Razi dah start mengeras duduk memerut.
Alkisah bila dah nampak dia memerut tu, aku bawak dia ke bilik air. Kesian nengok nya haaa.. Macam-macam gaya ada. Mencangkung, berdiri, ruku' macam nak tertonggeng pun ada. Menangis-nangis dalam bilik air.. Aduhai.. sakit tu. Tapi Alhamdulillah, dapat jugak dia membuang. Sakit bontot....katanya sambil menangis-nangis...huhu...
So, aku ingat nak beli satu, insya Allah. tadi google..tengok banyak jugak kegunaan minyak ni. Harga pun ok, RM10 satu botol 75ml.
Ini gambar selepas kejadian sembelit sudah berakhir. Muka lega..happy je. Kalau tak..berkerut-kerut.. Razi..Izzat, mak sayang korang ye. :) Jadi anak-anak yang baik tau!
~ s u h i d a ~
5 comments:
ooo.. ok gaks minyak nie ekk.. kalo kena kat iman nnt leh try minyak nie...
mmg kesian kan budak kalo meke sembelit, kalo kite ni pun dah tau sakit pelah budak lagilah berganda sakitnye...
aku masih ingat lagi razi ada problem nak membuang. skang dah ada soluton je. harus aku buat stok gak. so far belum alami lg. tp mana tau kan. besar dah anak2 ko kan. nak jadi abag pun :)
alahai siannya razi..mifzal pun pernah gak sembelit..menangis2 sambil pegang aku..aku pun duk la suruh mifzal.."push..push..push" hehe cam nak teran banak plak..
jue:leh la kot cuba. kdg2 benda2 ni jadi..kadang2 tak.huhu..
azura:huhuhu...sakit klu sembelit ni..perut memulas2..tp bendanya tak kua2..adeh...
alya:mm..itu ler..pesen sama cm aku sembelit..klu izzat..tak sempat ckp go, kejap je dah membuang.huhu
ainey:kdg2 tu kita pun ikut sekali bunyi teran..huhuh..nak encourage nye psl. hehe...
Post a Comment