Thursday, January 28, 2010

:: Anak Dua Orang ::

Assalamualaikum...
Tiba tiba terdetik nak buat entry pasal macam mana ada dua anak kecil dan kebanyakan masa dihabiskan antara hanya kami bertiga sahaja. Entry ni sekadar nak meluahkan perasaan sahaja. Aku tau memang lah orang akan cakap alahai, dah ada anak tu bersyukur la. Tak kiralah camne perangai diorang, orang lain lagilah takde anak. Mmm..memanglah aku bersyukur, ada dua orang anak yang sangat baik. Memang keletah diorang kadang-kadang tu boleh buat aku tergelak sorang-sorang.. Tapi, bila time meragam tu, dua orang lak tu kadang-kadang serentak. Masing masing nak tarik perhatian..Macammanalah aku nak cope? Jenis merengek mendayu-dayu pulak tu. Huhu..
Razi dah nak masuk 3 tahun bulan Mac ni. Dengan Razi yang dah semakin bijak dan Izzat yang pun sama dah semakin pandai nak bermanja, kadang-kadang aku rasa tak tahu siapa dulu yang patut aku pujuk dulu. Dua-dua pun nak bermanja dengan aku.
Malam semalam, aku mintak tolong Ina jagakan Razi dan Izzat sebab tiba-tiba je aku rasa nak jumpa Zaihan sebab dah lama sangat tak jumpa dia. Hehe...So....pas dah jumpa tu, aku pun balik ke rumah mak, nak ambik Razi dan Izzat dengan hati yang agak lapang sedikit sebab dapat loosen up jap jumpa member lama. Masuk je rumah mak, dua2 pun meluru kat aku. Huhu..tapi aku ambik Izzat dulu, automatik kot sebab Izzat kan tak pandai jalan lagi. Tak lama pastu Razi pulak berebut nak dukung, nak duduk atas riba aku. Izzat pulak marah, tak bagi aku dukung abang dia. Siap ditolaknya abang Razi, sampai aku dah nak terduduk dah disebabkan diorang berebut2. Sampai satu tahap tu tiba tiba aku rasa aku macam dah tak boleh bernafas, jantung berdegup laju, asap macam nak keluar dari hidung dan telinga dah....dan tiba-tiba je aku rasa macam nak menjerit. Tapi tadi kat rumah mak aku sabo lagi. Huhu...
Pastu lagi satu pasal berebut barang. Abang Razi tak boleh tengok Izzat pegang barang mainan yang menarik sikit. Semuanya nak direbut. Bila dah berebut, yang sorang tu menangis ler. Mula-mula aku akan cakap slow je, "Razi, jangan kacau adik.." Sekejap je, pastu dikacaunya lagi. Aku cakap pelan lagi "Razi..mak cakap apa tadi? Jangan kacau adik. Biar dia main.." Mmm...sekejap je, pastu dikacaunye Izzat lagi. Aku diam dulu..Tapi bila dah lama Izzat menjerit2 marahkan abang dia, sambil pandang aku dengan muka sedih dan telinga aku dah mula panas sebab bunyi siren kuat sangat. Haaa..mula lah aku lak yang tiba tiba bertukar jadi Incredible Hulk, memang lepas tu suara Razi la pulak yang menjerit sebab peha dia kena cubit. Hmmm....Nak cerita banyak sangat, itu belum lagi bab mandikan diorang serentak, pakaikan pampers serentak. Bangun mintak susu serentak..Hai..macam kembar la pulak..
Macammana? Korang boleh tak bagi idea atau apa2 kata nasihat macammana nak handle ragam anak anak yang jarak umur diorang rapat. Serius, aku masih tak pandai lagi. Kesian sangat tengok Razi dan Izzat. Masing masing macam berebut kasih sayang dari aku sorang.

* Tadi Razi kiss lagi pipi aku beriya-iya sebelum tidur. Pas kiss tu terus tutup mata dan tertidur. Tengok dia menyusu dan tidur, sungguh aku rindu masa dia baby dulu. Huhu..Izzat pulak semput lagi. Susah hati aku tau. Malam tadi abang Cha tak balik rumah lagi. Sedih sedih....

~ s u h i d a ~

6 comments:

mamashasha said...

su...inii citer org anak 2....yg 3,4,5 lagi lah.....aduhhhhh cemana lah kalau shasha ada adik nanti....

Ibu Mifzal said...

tu yg buat aku kagum nga yg ada anak lebih dr sorang..pastu rapat lak jaraknya..cemana korang handle anak2 kan..sbb aku yg br sorang ni pun dx melayan karenah anak ni...huhu..

fazilzura said...

alamak .. ni cto anak 2 ni.. tungu proses aku nnt yek .. heheheh
biasa le su, budk2 ni .. lg plak dgn abag adik , sure jelos2.. kahhh .. diorg saje je tu ..

** awat abg cha ko x balik beb

Mrs. Simplicity said...

cerita ko ni seram la weh. tau sebab apa? sebab aku rasa nia pun mcm razzi kot. tak leh org amik barang dia. skang cemburu kat wan la. bila aku dok rapat2 dgn wan pun ditepis nye wan tuh. esok kalau dah ade adik cmne? adeh, takut aku nak fikir. aku tau ko kuat, besar pengorbanan ko tau..

mamashasha said...

alya...haha peel nia sama ngan shasha bukan blh tgk mama rapat ngan papa....mesti dia akan nyelit2 jugak...

Anonymous said...

hehehe...that explained y ko tak reply sms aku mlm tu...neway aku suka sgt dpt spend sembang ngn ko mlm tu...tak ler sms-sms...tegantung..(aku ler tu slalunye..hehe)rasa cam gosip girl lak(tp kita yg innocent type kan?)

we should do it again! maybe twice a month? okay...okay...once a month? good bargain kan? ;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...