Tuesday, August 17, 2010

:: Izzatlah Pulak! ::

Assalamualaikum...
Saje nak cerita pasal Izzat. Tengok banyak gambar-gambar dia kat dalam handfon. Boleh lah upload dalam blog sikit. Sekarang Izzat dah macam-macam feel dah. Kalau dulu masa dia tak sihat dulu, diam je dalam kereta. Aku dengan Razi menyanyi-nyanyi pun, dia diam je. Selalu yang jadi pak lawak dalam kereta Razi je. Sekarang Izzat pun dah naik sama. Aku nak drive sorang dengan diorang berdua je, memanglah mencabar sangat-sangat. Serius mencabar. Tak caya, cubalah.
 Izzat masih menyusu badan walaupun dah nak masuk 2 tahun pada bulan 10 ni nanti. Memang tak full BF sebab aku dah tak boleh nak pump. Boleh kot, tapi susu sikit, malas aku. Tapi, kalau Sabtu dan Ahad tu memang susu direct je la dari celik mata sampai tutup mata , taknak dia kalau aku bagi susu botol. Aku tengah memikir macammana nak stop susu badan ni bila umur Izzat dah 2 tahun nanti. Pening... Harap-harap senang lah nanti nak stopkan susu badan.
So, layan gambar je lah ye aktiviti-aktiviti Izzat.
Masa dalam kereta, itu baru kejap je hisap susu, tak sampai seminit pun dah hulur bagi kat aku balik, tak nak. Memang kalau nampak muka aku, jangan harapler nak minum susu botol.
Kat rumah opah, main bawah meja dengan abang Razi. Sekarang, dia ikut je apa abang dia buat. Sempit-sempit tu pun nak menyelit gak. Hihi... dah pandai berebut-rebut. Bila berebut-rebut tu, kadang-kadang aku buat tak tahu je. Penatlah. Menang yang sorang, sorang lagi menangis. Menang yang sorang lagi, yang sorang lagi pulak menangis. Huhuh..haru...
Dah rajin baca buku. :) yang kelakarnya, korang tengok muka surat tu je yang dia minat. Dia tunjuk "Apa ni?".. Kena lah jawab gambar apa. Lepas tunjuk iguana sampai ladybird, pastu dia tunjuk balik ke iguana ulang sampai ke ladybird, pastu dia tunjuk balik ke iguana ulang balik....Arghhhhh....Hehehe..
Muka nakal Izzat. Susah nak tengok. Perasan tak Izzat memang pakai baju takde lengan. Sebab dulu badan dia memang cepat berpeluh. Tidur kipas no 3, campur kipas berdiri lagi, tapi peluh keluar macam air. Dalam air cond pun berpeluh, rilek je. Sekarang ni je, aku dah start biasakan dia tidur pakai baju tidur Razi, kain cotton sebab dah pindah rumah baru, tidur pakai aircond. Huhu.. Kesian lak, aku pun tak tahan sejuk a/c.
Gelagat makan Izzat. Izzat cuma suka makan roti, keropok, kerepek, biskut dan bubur. Makanan feveret ialah spageti atau mee dan yang sewaktu dengannya. Oh, juga french fries MC'D. Hehehe... Nasi memang susah nak tengok dia makan. Sebab tu badan susah nak naik.
Barulah nampak badan Izzat berisi sikit lepas cuba rawatan homopati untuk asma dia. Kalau tak, tulang je. Ni baru lah sedap nak peluk. Semoga Izzat sentiasa sihat ye, dan jadi anak yang baik tau.

~ s u h i d a ~

8 comments:

Mrs. Simplicity said...

izzat ape ni ek, nia lak ape tu? hehehe... jenuh la ko repeat eh. apa pun seronok tgk izzat membesar dgn sihat. moga sihat sampai ke besar ye. tak mau aku cuba drive sensorang bawak budak be2 tuh. huhu.. su, ni pakai camera phone ek? bape MP? nmpk clear gak gmbr2 dia kan?

suhida said...

alya:hehe..nak buat cane.terpaksa ler drive sorg2.mmg bahaya sebenarnya.
insya allah,hrp2 sihat smpi bila2.hihi..
huhu..5MP alya.syok kan..kuikuikui...

rynas said...

agak2 kalau suhida pegnent nanti doa stop ler tu kot susu badan hehhehe

Anonymous said...

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh beso nye gambo2 ko ni ...

puas hati nk tgk ..

suhida said...

rynas:ewahhhh....hahaha..tak mo laaaa...huhu..
zura:kuikui...aku pun puas hati nengok.kuikuikk

ellin_ibu_awathif said...

Su, xyah la stopkan susu badan tu dulu...aku penah tanyer ustaz, bagi jer selagi anak nak...tp mmg izzat xmo susu botol eyh? sib la dier dh mkn macam²..samer la awathif, nasi biasa x baper pndai nk kunyah padahal gg dh byk... klu bubur jer dier laju...

nome said...

semoga izzat sentiasa sehat...dah nampak dah badan izzat berisi dari dulu...hope ubat homeopati tu sesuai dgn dia...

suhida said...

insya allah,maceh nome.alhamdulillah takat ni serasi ubat homopati ngn dia. skg na peluk sedap dah. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...