Assalamualaikum...
Isnin lepas, kitorang satu famili dengan mak, abah, mak arah dan anak2, famili abang mi, abang ju, azizah, ina pergi berbuka puasa kat Dewan Perdana Felda kat Jalan Semarak. Sebab tahun lepas aku dah pernah pergi, so tahun ni saja ajak mak dan abah pergi, nak merasa buffet ramadhan D'Saji. Harga seorang dewasa RM50, kanak-kanak antara 6-12 tahun - RM25 dan kanak-kanak bawah 5 tahun - RM10. Harga yang berpatutan, ada 88 jenis juadah disediakan. Memang puas hati, tapi aku tak puas makan..huhuhu... Jom, layan gambar... Layan...Zassss...
Muka nakal Razi.
Hidangan masing-masing sebelum berbuka. Bersih je meja. Habis makan, habis bersepah. Biasalah d engan budak-budak makannya. Huhu...
Props atas pentas tahun ni berkonsepkan rumah kampung. Siap dengan motor lagi. Angle macam ni nampak macam rumah betul, kan? Siap ada lampu lip lap lagi. Hihi.. Tiba-tiba rasa macam meriahnya nak raya sudah.
Tengok punyalah ramai manusia.... Stesen makanan je panjang. Penuh satu bulatan dewan felda ni dengan makanan. Ada lauk-pauk yang banyak gila, nasi beriyani, nasi goreng, ketiau goreng, spageti, laksa johor, kambing harus ada ye, rojak, ais kacang..macam-macam lagi lah..
Itu kat tengah-tengah tu abah aku, En. Mat Hanip. Tengok muka dia berseri-seri gembira je ajak makan kat sini. Bolehlah buat acara setiap tahun lepas ni. :)
Lepas berbuka, ada persembahan dari kumpulan nasyid Frenz. Tak pernah dengar pun, tapi suara diorang ok gak.
Kitorang nak jugak bergambar. Razi tu bukannya makan, buat main je.
Last sekali sebelum balik, haruslah ambik gambar beramai-ramai ye.
~ s u h i d a ~
11 comments:
waaaaa,meriah tu su,bestnyer dpt gather2 gtu,mmg best buka posa kat dewan felda ni,dulu masa zmn muda2 (hihii skang dh tua skittt) k.da slalu gak bukak posa ngn member2 opis kat sini,time tu artis spt m.nasir,mawi,raihan,inteam yg buat show ;-)
su, sekali sekala dpt makan mcm ni mmg best....
meriah betul... syoknyer dapat makan ramai2..
Menariknyer,sue... big family...
FULAWEIIII meriah bangat ...
haku bz 4 & 5sept ni .. reunion buke pose... entah g ke idak ...
dgn fmily compom kt umh je... abah aku bulan pose mmg bz di surau ..
kak da:huhu..best kot kt dwan felda ni.makanan pn ok.na solat,surau pn ok.
Bed & mamalyna: a ah,sekali sekala mkn rmi2 cani mmg seronok.
elin: :) meriah,budak2 berlari sana sini.hehe..
Zura:slalunye mkn kt rumah je.sekali sekala g makan kt luar.susah na ajak abah aku buka kt luar. :)
best gak bukak posa kat situ...ramai tol manusia....penoh semua tempat...nape sue? x puas mkn ker? cian awak..
nome:mmg rmi manusia.penuh. :) a ah,xpuas mkn.keke..
seronok bila family dok dekat2, bole arrange buka puasa macam ni kan. en mat hanip pun nmpak happy je. anak2 nye pun begitu juga. hehehe... ye la, aku ingat td entrance kat luar sebab ada moto. tertipu aku. tp sgt kreatif.
alya:tu ar kreatif dorg wt props rumah cm2.bila kump nasyid tu wt psembahan,rasa mcm g knduri lak.keke..mmg,abah aku la yg pling epi. :)
Post a Comment