Monday, August 16, 2010

:: Meh Aku Tunjuk Jalan Nak ke Klinik Homopati kat Selayang ::

Assalamualaikum....
Sunyi sudah blog aku ni, tak de mood nak bercerita. Disebabkan hari ni aku takde mood nak bekerja. Meh aku update blog kejap. Kerja rajin-rajin pun sudah takde maknanya. Huhu... Boleh gitu?
Nak cerita pasal Pusat Perubatan Homopati kat Selayang yang aku selalu pergi selepas dicadangkan oleh dua orang yang aku kenal. Diorang cadang bawak Izzat pergi homopati kat Selayang, berjumpa Dr Sabri. Boleh tengokkan asma Izzat yang sangat teruk. Teruk sangat sampai kan ada dia kena attack selang seminggu sekali. Masa tu susah aku nak cerita keadaan Izzat. Tertekan sangat masa tu. Sampai kena admit 3 kali sebulan kat HKL. Sampai admin opis sound "Kerja kena fikir jugak." Sampai sekarang hati aku sakit kalau terkenang balik. Geram je..Ishhh...
So, berbalik kepada homopati tadi, ada jugak aku cadangkan pada sesiapa yang nak cuba kaedah rawatan homopati, aku siap snap lagi gambar jalan nak ke sana. Korang kena lalu Jalan Kuching nak menghala ke Pasar Borong Selayang. 
Nampak Pasar Borong Selayang belah kanan tu.
Pastu nampak bangunan Warta, kaler coklat belah kiri. Homopati dekat-dekat situ.
Nampak Satria Neo masuk simpang sebelum Caltex tu. Haa..masuk simpang tu. Dah masuk kiri, pergi straight sampai ke belakang shop lot. Pastu belok kiri lagi. Homopati tu kat shop lot belakang bangunan Warta tu.
Tu dia signboardnya. Aku sampai awal. Pukul 9 lebih. Klinik bukak pukul 9.30 pagi. Lebih kurang lah pukul 9.45 camtu diorang sampai. Yang jaga klinik ni cuma Dr Sabri dengan wife dia..aku lupa nama dia.
Disebabkan aku kena pergi sorang-sorang, aku cuma bawak rambut Izzat yang aku potong sikit letak dalam kertas. Nanti bagi kat wife Dr Sabri, dia akan isikan dalam plastik untuk discan nanti masa jumpa Dr Sabri.
Ini lah Dr Sabri, Nampak tu dia tengah scan badan Izzat berdasarkan rambut Izzat yang aku bawak tadi. Mula-mula dia akan scan bahagian yang sakit, macam Izzat dia akan pergi ke paru-paru. Lepas dah tau sakit apa, baru dia pergi ke ubat mana yang sesuai dengan badan Izzat. 
Memang ler macam rumah. Hehehe...Kalau bawak Razi Izzat memang kompem main mainan ni. Budak-budak yang datang semua main kot. Hehehe...
Alhamdulillah, walaupun dua tiga hari gak nak sembuh, kadang-kadang tu seminggu baru nak sembuh. Izzat je ambik masa nak sembuh. Tapi, Izzat dah tak kena asma macam dulu. Ada gak dua tiga kali macam nak kena dan kena,  tapi bawak ke Homopati ni, takdelah kena admit hospital macam dulu. Syukur sangat-sangat.

~ s u h i d a ~

12 comments:

pizli.mw said...

Hehe, siap ambik gambar.. bagus..

suhida said...

ekslusif utk ko pizli..kekekeke...

Ibu Mifzal said...

moga izzat cepat sembuh..sian dia..

suhida said...

insya allah ainey...now dah ok dah.kdg2 je klu selsema lama sgt je,dia semput sikit.tp alhamdulillah ok.dah tak mcm dulu. :)

brat2104 said...

ni yg dia boleh buat akupunktur tu gak ke?

suhida said...

xde akupunktur mai.dia scan dgn bpandukn besi yg kte pegang je.

Mrs. Simplicity said...

haritu silap warta. warta baru ke lama ke 2 2 pun mcm lama. heheh.. eh ko mintak izin doktor tu ke nak amik gmbr? aku nak gak amik gmbr aritu tp segan. ater baru 1st time kan. tak mo la lepas laku. :D

suhida said...

alya:kekekeke...ntah,aku rasa warta lama..tp abg cha ckp warta baru.konpius sudah.
hahahaha...a ah aku mintak kebenaran doc tu.kuikui...itu pun etelah beberapa kali pergi.

A.I said...

La...baru ni aku tau kt blakang warta baru tu ada homopati (tp warta tu dh tutup). boleh la bebila sok, nk cuba kat sini..
Tak baek ooo org admin opis kau ckp camtu. tak kene kt batang idong sendiri, bleh la ckp camtu. aku ni sib bek la opis aku mmg kasi kelonggaran kt aku. senang nk gi spital ke, amik darah ke, amik ubat ke, cuti sbb tak larat nk bangun ke..opis x kisah. asalkan keje kita settle udah. syukur sgt..

eh, terpanjang lak komen aku. kahhhhhhhhh...semoga Izzat cepat2 sembuh k..

suhida said...

kak ai, leh la try gi kat situ.manala tau kan.cuba cara homopati lak.dr lak ok melayan borak.
pastu now da kena kat btg hidung admin tu dah..hr tu laki dia adimtted ward...skg dia lak da seminggu dah..tu la,da kena btg hidung baru tau.kan kan kan..
insya allah, maceh doakan izzat. :)

ellin_ibu_awathif said...

Semoga izzat sihat dh lepas² ni... kan izzat kan...sembuh utk selama²nya...aminnnnn

suhida said...

elin:insya allah.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...